Sunday 31 December 2017

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN SIRI 1 - KRISIS PERLEMBAGAAN 1983, MENGURANGKAN KEKEBALAN ATAU IMUNITI RAJA-RAJA MELAYU.


Krisis Perlembagaan 1983 merupakan krisis perlembagaan pertama setelah tiga tahun Tun Dr. Mahathir mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri. Ia bermula apabila beliau cuba mencadangkan untuk meminda sebahagian besar Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kuasa dan imuniti Raja-raja Melayu seperti Perkara 38(4), 66(1), (5) dan 150(1).

Namun perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu Perkara 66 dan 150 di mana ada hubung kait dengan Yang diPertuan Agong (YDPA). Perkara 66 berkenaan kuasa pekenan oleh YDPA dan Yang diPertuan Negeri (YDPN) ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi Perlembagaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Perlembagaan Negeri. Perkara 150 pula kaitan YDPA dengan Rang Undang-udang (RUU) tentang pengisytiharan darurat.

Sebelum krisis 1983, segala RUU yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat akan dipersembahkan untuk mendapat pekenan daripada YDPA, jika YDPA tidak memberi pekenan maka RUU tersebut nyata tidak sah.

Pada peringkat permulaan dalam pindaan ini Tun Dr. Mahathir cuba mencadangkan dalam RUU ini sekiranya tidak dipekenan oleh YDPA dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan sama ada dipekenan atau tidak dipekenankan oleh YDPA akan tetap terus menjadi undang-udang (If for any reason whatsoever a bill is not asserted by the king within 15 days of its presentation the bill shall become law).

Namun pindaan ini mendapat tentangan oleh Majlis Raja-Raja Melayu kerana menurut Perkara 38(4)2 yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan raja-raja mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu. Ini kerana kedua-dua pindaan tersebut ada kaitan dengan kedudukan raja-raja.

Di atas tentangan Majlis Raja-Raja Melayu, Mahathir tanpa mengambil kira  implikasi pindaan tersebut terhadap bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini pada jangka panjang, terus menghantar lima orang wakil Majlis Tertinggi UMNO pada 20 November 1983 ke Kota Kinabalu Sabah untuk menemui Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang ketika itu. Namun pertemuan itu tidak menghasilkan apa-apa keputusan. YDPA tetap tidak bersetuju tentang pindaan perlembagaan ini.

Oleh kerana tidak mendapat persetujuan daripada YDPA, Tun Dr. Mahathir telah menghasut untuk meraih sokongan rakyat dengan mengadakan sesi penerangan dan perhimpunan berterusan, walaupun banyak rakyat di luar sana menentang pindaan tersebut. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Mahathir bukanlah melalui himpunan rakyat untuk menunjukkan sokongan sebenar kepada beliau terhadap isu pindaan perlembagaan ini, ia sepatutnya dilakukan melalui referandum rakyat untuk menentukan sokongan sebenar terhadap cadangan beliau itu.

Memandangkan ia telah melibatkan rakyat walaupun bukan majoriti, telah menyebabkan Majlis Raja-Raja mengubah keputusannya mereka. Pada 15 Disember 1983, Majlis Raja-Raja Melayu dengan persetujaun Timbalan YDPA bersetuju agar Tun Dr. Mahathir membawa balik cadangan tersebut ke Dewan Rakyat supaya dimasukkan ke dalam RUU.
Mengikut tempoh yang dipersetujui oleh baginda untuk memberi pekenan pada RUU ditambah menjadi 30 hari bukannya 15 hari sebagaimana yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Di mana sesudah suatu RUU diluluskan oleh Dewan Rakyat kemudian akan dikemukakan kepada YDPA, 30 hari yang pertama untuk baginda memberi pekenan atau mengembalikannya semula kepada Dewan Rakyat bagi pindaan selanjutnya, apabila Dewan Rakyat memindanya, maka 30 hari berikutnya untuk YDPA memberi pekenan atau tidak sekali lagi. Selepas itu, RUU tersebut secara automatik akan menjadi undang-undan tidak kira sama ada ia mendapat pekenan atau tidak oleh baginda.

Ini serupalah yang kuasa YDPA dihapuskan, bukannya dipinda sebagaiman Mahathir kata.

Manakala Perkara 150 berkenaan dengan perisytiharan darurat, ia kekal seperti sebelumnya, namun kuasa YDPA untuk perisytiharannya ialah atas nasihat kabinet.

Kesimpulannya, walaupun Tun telah menyatakan kononnya pindaan ini bukanlah bertujuan untuk menghapuskan sistem Raja Beperlembagaan , tetapi pada jangka panjang Tun telah memberi banyak ruang kepada mereka-mereka yang mempunyai agenda untuk menulis semula Perlembagaan Malaysia. Terutama konsep Malaysian Malaysia DAP yang menentang sistem Raja Beperlembagaan; pembahagian masyarakat antara Bumiputra dan bukan Bumiputra; hak keistemewaan orang Melayu ; Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Apabila ini berlaku, tidak mustahil sistem Raja Beperlembagaan terhapus oleh golongan ini. Tempoh pekenan YDPA selama 30 hari boleh dimanpulasikan oleh kumpulan berkepentingan ini untuk menulis semula Perlembagaan Malaysia yang baharu sebagai undang-undang negara tanpa sekatan dari YDPA.

Sebelum ini, walaupun negara ini negara berbilang kaum dan agama, namun pemerintahan negara ini masih bertunjangkan Melayu dan Islam serta berpayung di bawah Duli Yang Maha Mulia YDPA dan Raja-Raja Melayu.

YDPA dan Raja-Raja Melayu adalah benteng terakhir bangsa Melayu dan Islam di negara ini. Dengan hilangnya sistem Raja Beperlembagaan , maka hilanglah ‘Hak Keitimewaan orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak’ serta ‘Islam sebagai agama persekutuan’ seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akhir sekali tinggallah Tun Dr. Mahathir dengan sikap ego dan gila kuasanya, ‘ibarat menang sorak kampung tergadai’.





MAHATHIR - MATLAMAT PENUBUHAN PPBM BUKAN DEMI RAKYAT DAN NEGARA HANYA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB SAHAJA.


Kebencian dan keburukan, itu sahaja yang boleh ditafsirkan apabila kita mendengar ucapan dua pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meneliti satu demi satu ayat dalam teks ucapan Pengerusi dan Presiden PPBM tersebut jelas sekali apa yang tersemat dan kesumat di dalam hati mereka ialah kebencian ialah kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan segala-galnya hanya keburukan apabila memperkatakan mengenai Barisan Nasional (BN) dan UMNO.


Pada pandangan politik kebencian mereka, tidak ada sekelumit pun kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan BN kepada negara dan rakyat, semuanya buruk belaka. Nafsu yang berkobar-kobar akibat diselubungi perasaan benci mendalam terhadap Perdana Menteri telah memungkinkan  Dr. Mahathir dan Muhyiddin (2M) menghamburkan pelbagai tuduhan dan tohmahan kepada kerajaan.


UMNO yang pernah meletakkan mereka menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun kini menjadi sebuah parti yang di benci dan penuh dengan keburukan.

Pada masa sama, pujian dihamburkan kepada parti-parti Pakatan Harapan termasuklah DAP yang sudah tentulah bakal ‘penyambung nyawa’ kepada perjuangan politik PPBM. DAP yang satu ketika dahulu dianggap parti cauvinis dilihat parti penting untuk kononnya mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

Berdasrkan ucapan kedua-dua pemimpin yang dianggap hebat itu, jelas sekali mereka menggunakan atau menkitar semula segala tuduhan yang pernah dilemparkan oleh parti-parti pembangkang ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan semasa Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mereka cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada seburuk-buruknya kerajaan yang pernah wujud di negara ini sedangkan semua orang tahu bagaimana keadaan negara ketika Dr. Mahathir memerintah.

Tidakkah ketika itu pemerintahan beliau dituduh penuh rasuah? Tidakkah ketika itu kepemimpinan beliau dianggap zalim khususnya dalam isu penahanan tanpa bicara melalaui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tidakkah ketika itu media-media dianggap tidak bebas sehingga ada media yang digantung permit? Tidakkah sehingga kini Dr. Mahathir belum menjawab bagaimana anak-anaknya boleh menjadi kaya-raya sehingga ada yang bertaraf bilionair? Di mana prinsip politik mereka apabila memuji parti-parti pembangkang yang ada pemimpinnya satu ketika dahulu dahulu dianggap tidak layak menjadi Perdana Menteri?

Ternyata sekali pemimpin ‘2M’, sudah tidak mampu lagi berfikiran secara rasional atau matang dalam politik. Dan paling penting terbuktilah perjuangan mereka dalam PPBM bukanlah demi rakyat dan negara tetapi sekadar melampiaskan dendam kesumat pribadi ke atas Najib. Ucapan mereka sudah membuktikannya!!!

Saturday 30 December 2017

RAKYAT JANGAN TERPENGARUH DENGAN ‘BADUT POLITIK’ YANG PUNYA AGENDA PERIBADI - BERPURA SEHATI SEJIWA HAKIKATNYA PENUH DENDAM KESUMAT ANTARA MEREKA.



Tahun 2018 dianggap tahun paling penting yang bakal menentukan masa depan rakyat dan negara.

Ia memandangkan pada 2018, rakyat Malaysia sekali lagi diberikan mandat untuk menentukan kerajaan melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bila PRU tersebut akan diadakan ia terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menentukannya. Apa yang pasti keputusan oleh rakyat akan menentukan hala tuju negara seterusnya. Oleh itu keputusan tidak boleh dilakukan dalam keadaan beremosi apatah lagi menganggap ia medan ujian.


Menilai harapan yang dilontarkan oleh rakyat melalui media-media sosial dan media arus perdana, ternyata majoriti rakyat negara ini mahu tahun 2018 terus membawa kemakmuran kepada negara, keamanan dikekalkan manakala kos sara hidup rakyat ditangani termasuklah mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Tetapi apakah semua itu mampu dicapai atau dilakukan jika tahun 2018 mahu dijadikan medan untuk melunaskan dendam politik mana-mana individu?

Apakah segala impian itu akan terlaksana jika negara ini ‘diserahkan’ kepada sekelompok parti politik yang sudah terbukti membentuk satu pakatan semata-mata hanya mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada?

Sememangnya kita akui ada perkara yang perlu dilakukan dan diperbaiki oleh kerajaan, malah kita juga harus berjiwa besar untuk mengakui ada kelemahan dan kepincangan yang perlu diatasi tetapi dalam berhadapan dengan apajuga isu, kerajaan tidak pernah lepas tangan. Ia termasuklah juga usaha bagi meningkatkan taraf hidup rakyat tidak kira di manapun mereka berada.

Janji kerajaan untuk membela nasib rakyat sentiasa sahaja dilaksanakan termasuklah yang paling ketara dalam Bajet 2018 baru-baru ini. Usaha dan perancangan terus dilakukan dalam memastikan rakyat terus mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.

Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis kelompok tertentu di pesada politik tanah air yang sering menggambarkan kononnya mereka boleh melakukan jauh lebih baik daripada kerajaan sedia ada. Kaji dan lihat bagaimana negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.

Apakah ia lebih jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang diperintah oleh parti kerajaan pusat? Apakah mereka benar-benar bebas dari sebarang skandal, penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah atau masalah rakyat?

Hakikatnya, mereka jauh lebih buruk daripada apa yang mereka cuba gambarkan. Tetapi mereka bijak bersandiwara, pandai bermain kata-kata dan cerdik dalam memanipulasi fikiran rakyat. Kesudahannya apa juga yang dilakukan oleh kerajaan cuba digambarkan tidak baik, buruk dan penuh dengan cacat cela.

Malang sekali politik kelompok itu disokong oleh media-media yang berkiblatkan mereka. Apa juga langkah dan usaha kerajaan tidak pernah mendapat sokongan apatah lagi pujian. Ada sahaja perkara yang dibangkitkan bagi mewujudkan keraguan rakyat kepada kerajaan sedia ada.

Kelompok ini sebenar tidak ikhlas dan tidak matang dalam berpolitik.

Walaupun sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi memerlukan pembangkang tetapi malangnya bagi Malaysia kerana mempunyai pembangkang yang hanya tahu membangkang sepanjang masa dan terlalu bernafsu mahu mencarai kuasa politik.

Atas sebab itulah tahun 2018 perlu disambut dengan penuh kesyukuran kerana Malaysia jauh lebih baik daripada sesetengah negara.

Dan apa yang paling penting janganlah terpengaruh dengan mainan politik mengejar mimpi yang dicipta oleh ‘badut-badut politik’ yang sanggup berpura-pura sehati sejiwa tetapi hakikatnya penuh dendam kesumat antara satu sama lain.

Kita tidak harus mengorbankan apa yang kita nikmati sekarang semata-mata merasakan ingin mencuba perkara baharu. Menentukan masa depan negara bukanlah boleh dicuba-cuba, sekali kita melakukan kesilapan sengsaranya mungkin akan ditanggung sepanjang hayat.

Usah termakan dengan hasutan bahawa parti memerintah sedia ada sudah terlalu lama. Persoalan masa depan negara bukan bergantung kepada berapa lama sesebuah parti memerintah tetapi sejauh manakah parti itu mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Kerajaan sedia ada sudah membuktikan, ia bukanlah sebuah kerajaan yang memekakkan telinga atau membutakan mata dalam menguruskan kehidupan rakyat. Setiap isu melibatkan rakyat ditangani dengan sebaik-baiknya tetapi bukanlah melalui langkah populis yang akhirnya akan membawa bencana kepada negara.

Kalau mengikut cara politik kelompok tertentu, mereka menjanjikan bulan dan bintang, malah kalau boleh matahari pun dijanjikan akan dipetik untuk diberikan kepada rakyat, tetapi fikirkanlah apakah yang mereka janjikan itu benar-benar mampu ditunaikan atau sekadar umpan beracun yang akan meragut masa depan rakyat dan negara ini.

Oleh itu apabila kita melangkah ke tahun 2018, banyak-banyaklah bermuhasabah. Berfikirlah dengan terbuka dan hati yang ikhlas. Ingatlah apa juga keputusan yang kita buat bakal menentukan masa depan anak cucu kita. Jangan biarkan kebencian melumuri hati sehingga kita menganggap tahun 2018 adalah tahun untuk melampiaskan dendam hanya disebabkan kita terpengaruh dengan mainan politik kelompok yang tamak kuasa.

Percayalah mereka tidaklah sehebat mana. Sememangnya hak demokrasi mana-mana juga individu untuk menentukan siapa yang mereka mahukan tetapi janganlah membuat keputusan yang akhirnya menjemput ‘malapetaka’ kepada bangsa, agama dan negara kitaa. SELAMAT TAHUN BAHARU 2018.
 

ADAKAH DAP PARTI SUCI TIDAK TERLIBAT SENTIMEN PERKAUMAN DAN EKSTREMISME?


Pada Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menangis di atas pentas, dengan perwakilan UMNO dan mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Penguman mengejut beliau telah menggemparkan negara. Walaupun dipujuk kepimpinan UMNO ketika itu, Dr. Mahathir tetap bersara pada 31 Oktober 2003. Ketika itu, beliau berjanji untuk ‘benar-benar’ meninggalkan politik.

Beliau tidak mahu lagi mencampuri hal ehwal politik.

Lapan tahun sebelumnya, iaitu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, Lim Kit Siang telah berjanji semasa berkempen untuk mengundurkan diri sepenuhnya daripada politik jika projek Tanjung 3 tajaan DAP gagal untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Pada PRU itu, Kit Siang dikalahkan oleh Tan Sri Koh Tsu Koon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bungah, Kit Siang hanya mendapat 5,384 undi manakala Tsu Koon mendapat 13,087. Setelah keputusan itu diumumkan, Kit Siang sekali lagi mengumumkan beliau akan bersara daripada arena politik.

Bagaimanapun, janji dilafazkan Dr.Mahathir dan Kit Siang pada 14 dan 22 tahun lepas tidak ditepati apabila kedua-dua veteran itu masih lagi berpolitik, malah mereka adalah yang paling aktif berpolitik mengalahkan semua ahli politik pakatan pembangkang.

Masih terngiang-ngiang jelas ditelinga kita apabila Dr.Mahathir dengan lantangnya melabelkan Kit Siang sebagai rasis dan pelampau perkauman. Kit Siang pula mengatakan bahawa Dr. Mahathir adalah rasis nombor satu dalam Malaysia. Bagi Kit Siang, Dr. Mahathir adalah penjahanam negara ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah berkata bahawa Dr. Mahathir adalah perasuah besar merompak kekayaan negara dan beliau turut menyarankan agar keluarga Dr. Mahathir yang kaya raya disiasat.

Sekarang, pelampau perkauaman, rasis nombor satu, penjahanam negara dan perasuah besar ini yang menerajui Pakatan Harapan serta mahu mentadbir negara. Mereka ini juga bercakap menentang rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan antirasis.Di manakah logiknya semua ini?

Tetapi apabila difikirkan, adalah sangat malang apabila kepimpinan Pakatan Harapan begitu lembik tidak mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri apabila mereka terpaksa bergantung kepada individu yang berusia 93 dan 76 tahun ini untuk meneruskan kesinambungan politik mereka.

Ia juga boleh diterjemahkan sebagai kepemimpinan pakatan itu telah gagal untuk menyerlahkan diri masing-masing dalam arena politik negara. Kedaifan mereka itu yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung nasib kepada dua veteran itu.

Kerana itu juga, ada pihak mengatakan bahawa kedua-dua veteran itu tidak boleh dipercayai, malah tiada prinsip kerana lebih mengutamakan agenda peribadi dan mengejar kuasa.
Lim Guan Eng, anak Kit Siang pula melenting cuba menafikan kenyataan tersebut.

Seperti biasa, beliau turut menuding jari menyalahkan UMNO dan PAS kononnya memainkan sentimen perkauman dan ekstremis untuk menghina kaum Cina dengan menyebut Cina DAP.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan iaitu apakah DAP begitu suci murni dan tidak terlibat langsung memainkan sentimen perkauman dan ekstremisme?

Sejarah tidak akan membohongi kita. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah disebabkan oleh sentimen perkauman yang amat ekstrem diapi-apikan oleh DAP.

Sikap kurang ajar melampau tidak menghormati kaum Melayu ketika itu telah mencetuskan peristiwa yang tidak mungkin akan dipadamkan pada bila-bila.

Cuma yang bezanya ialah sebahagian besar rakyat tidak ambil kisah dengan peristiwa tersebut kerana ia perkara silam. Memang benar ia peritiwa silam tetapi coretan sejarah tersebut masih dibawa hingga ke saat ini di dalam dasar-dasar parti DAP.

Antara lain ialah Deklarasi Setapak yang menggariskan bahawa deklarasi itu memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera ditentang.

Kata mudah, DAP menentang kewujudan bumiputera, satu dasar jelas telah mencabuli Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia yang mengariskan hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera.

Dalam masa sama, isu Kit Siang bercita-cita untuk memegang jawatan tertinggi bukan satu perkara baharu. Beliau berbohong dan hipokrit jika menafikannya. Kit Siang telah melancarkan beberapa siri projek Tanjung di beberapa PRU untuk memastikan cita-cita beliau memegang jawatan tertinggi di Pulau Pinang tercapai. Namun gagal.

Ironinya, bibit-bibit keangkuhan dan kebongkakan kepimpinan DAP pada era 90-an itu diulangi kepimpinan DAP hari ini. Kerajaan DAP negeri bertambah angkuh dan berkonfrontasi dengan banyak pihak bukan hanya UMNO dan BN.

Komen dan rintihan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili suara rakyat Pulau Pinang tidak didengari malah diperlekehkan begitu sahaja.

Yang terbaharu, Majlis Rakyat Cina Pulau Pinang (PCCC) telah membatalkan sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baharu Cina pada tahun depan gara-gara tindakan kerajaan DAP negeri yang tidak memberi kerjasama kepada mereka. Kepimpinan DAP kuat berdendam, satu lagi sikap buruk parti tersebut.

Beberapa kepimpinan PKR negeri turut dianaktirikan tanpa mampu dipertahankan oleh kepimpinan tertinggi PKR.

ADUN PKR Penanti menangis di dalam DUN meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak mahu mendengar luahannya tentang permasalahan rakyat di kawasannya. 

Friday 29 December 2017

EMPAT KEGAGALAN UTAMA MENTERI BESAR SELANGOR MENJELANG PRU14



Dua hari lagi tirai 2017 akan dilabuhkan. Sudah pasti sepanjang tahun ini pelbagai kenangan pahit dan manis kita lalui. Bagi rakyat Selangor, terlalu banyak perkara yang mereka tempuh bukan sahaja sepanjang tahun ini tetapi sejak pentadbiran kerajaan negeri berada di bawah kepimpinan pakatan pembangkang yang disertai oleh DAP, PKR dan PAS.

Keadaan seolah-olah menjadi bertambah buruk apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin yang diharapkan akan membawa lebih banyak perubahan kepada Selangor sebaliknya dilihat semakin gagal menguruskan negaer itu.

Terdapat banyak isu yang menujukkan Azmin gagal sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun beliau berjaya menutup semua kegagalan itu melalui permainan politik licik. Azmin lebih beretorik dalam menyelesaikan masalah rakyat dan berhadapan dengan sesuatu isu.

Kalau mahu digariskan terlalu banyak perkara yang menunjukkan kegagalan Azmin. Tiada apa yang membanggakan bagi Selangor di bawah kepimpinan Azmin, sebaliknya sehingga ke hari ini di penghujung 2017, masih terdapat pelbagai kemelut dan krisis di negeri itu gagal ditangani beliau.

Kami tidak perlu menyenaraikan kesemua masalah di negeri tersebut tetapi cukup mengupas beberapa isu utama yang menjadi bukti hakikatnya Azmin bukanlah pentadbir yang baik sebaliknya hanya bijak menutup kegagalan dan kelemahannya melalaui penampilan dan ucapan semata-mata.

Antara perkara utama yang sehingga kini tidak diselesaikan oleh Azmin biarpun kita sudah mahu melangkah ke tahun baru ialah;

Masalah bekalan air berlanjutan

Ramai yang mengecam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos apabila beliau memakai tuala melakukan demonstrasi membantah masalah bekalan air di Selangor, tetapi apa yang beliau lakukan adalah bagi menyampaikan mesej bagaimana kerajaan negeri gagal mengatasi isu itu biarpun sudah berlanjutan sejak 2012.

Dalam isu ini Azmin lebih banyak menuding jari menyalahkan pihak lain sedangkan beliau sendiri tidak bersugguh-sungguh mengatasinya khususnya dalam mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat. Azmin ternyata terlalu ego. Beliau tidak mempuyai apa-apa pelan tindakan krisis air. Akibatnya dari semasa ke semasa masalah bekalan air terus menghantui negeri yang dianggap terkaya di negara ini.

Integriti semakin musnah

Kerajaan negeri Selangor sering menegaskan, mereka telus dan penuh integriti, tetapi sehingga ke hari ini Selangor merupakan satu-satunya negeri yang tidak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Kalau Azmin benar-benar memiliki integriti yang tinggi, beliau tidak takut untuk menandatangani ikrar tersebut, bagaimanapun alasan keengganan Azmin mula terjawab apabila anak saudaranya ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir scara haram.

Malah kredibiliti dan integriti kerajaan negeri juga semakin dipertikaikan apabila tercetus isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjong Karang. Setakat ini sebanyak 15 individu termasuk seorang exco kerajaan negeri dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

Isu perumahan rakyat

Sepanjang menjadi Menteri Besar, Azmin ternyata gagal menangani isu ini. Mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat retorik dan janji-janji kosong. Pada masa sama, penduduk di projek pangsapuri kos rendah dan sederhana terus dibelenggu masalah infrastruktur, tetapi apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar campur tangan Azmin menuduh Noh mahu bermain politik.

PKNS dan Skandal UNISEL

Dalam isu perumahan juga, Azmin gagal untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal penubuhannya iaitu membantu rakyat memiliki rumah.

PKNS ketika ini jelas tidak berjaya membantu orang Melayu memiliki rumah. Sebaliknya seperti teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, perbadanan itu seolah-olah bersaing dengan pemaju lain dan terlalu ghairah mengejar keuntungan.

Apa yang berlaku di UNISEL lebih teruk apabila wujudnya dakwaan melibatkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dengan syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd.(JNSB) dan universiti itu. Ia berkaitan campur tangan MBI dalam penyelesaian pertikaian antara JNSB dan UNISEL. Kemungkinan unsur penyalah guna kuasa dalam isu ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Kesimpulannya, kami berharap rakyat Selangor akan membuka mata untuk melihat dan menilai bahawa pentadbiran negeri Selangor di bawah Azmin sebenarnya penuh dengan masalah dan skandal.

Bagaimanapun masih belum terlambat untuk rakyat Selangor melakukan perubahan yang drastik. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pasti akan diadakan pada 2018. Oleh itu, sambutlah tahun baharu dengan kesyukuran dan pada masa yang sama menanam keazaman untuk melaksanakan perubahan politik di negeri Selangor. Langkah itu bukan semata-mata memberi kuasa kepada BN, tetapi untuk memastikan Selangor tidak terus dirosakkan oleh petualang-petualang ahli politik seperti Menteri Besar yang ada sekarang.

Thursday 28 December 2017

PROGRAM GULA-GULA KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK PANCING UNDI.


Kami menyifatkan program-program kerajaan negeri seperti Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Bas Smart Selangor, Peduli Sihat dan lain-lain program kerajaan negeri hanyalah sebagai gula-gula pilihan raya bagi menarik hati pengundi semata-mata, sedangkan program-program tersebut hanya dapat dinikmati oleh segelintir rakyat sahaja dan bukannya rakyat Selangor secara keseluruhannya.
Kami lihat, program yang dibuat oleh kerajaan negeri itu boleh diumpamakan seperti pepatah Melayu, ‘melepaskan betuk di tepi tangga’ dan ia diwujudkan sekadar untuk mengaburi mata rakyat, kononnya apa yang dibuat oleh kerajaan negeri itu lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat untuk rakyat.
Contohnya seperti program KISS. Dulu pemimpin pembangkang termasuk Azmin mengkritik apabila kerajaan mewujudkan skim BR1M dan mendakwa pengagihan subsidi secara terus kepada kumpulan sasar itu merupakan satu bentuk rasuah. Tetapi hari ini, mereka juga meniru program tersebut melalui KISS.
Tetapi yang malangnya, pemberian KISS tidaklah menyeluruh dan saya mendapat aduan di mana hanya mereka yang terpilih sahaja dapat menikmatinya. Bahkan syarat yang diletakkan oleh Kerajaan Selangor yang  menetapkan mereka yang layak menerima KISS adalah golongan yang tidak mendapat bantuan BR1M daripada kerajaan pusat. Sedangkan mana-mana rakyat yang bergaji di bawah RM2,000 sudah pasti akan menerima BR1M.
Begitu juga dengan perkhidmatan Bas percuma. Ianya terhad kepada rakyat di kawasan tertentu sahaja dan tidak menyeluruh. Skim Peduli Sihat pula yang memperuntukkan RM50 untuk satu keluarga dilihat tidak begitu efisyen dan hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, berbanding perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan yang hanya dikenakan bayaran RM 1 sahaja.
Tambah lagi kerajaan Selangor seolah-olah tidak mempunyai idea-idea baru untuk dilaksanakan dalam usaha untuk memberi kebajikan dan manfaat rakyat selain daripada meniru program-program kerajaan Barisan Nasional (BN).
Apabila berucap di hadapan rakyat, Azmin kata kerajaan pusat meniru idea kerajaan negeri Selangor, sedangkan hakikatnya kerajaan Selangorlah di bawah pimpinannyalah yang lebih banyak mencedok idea-idea kerajaan pusat.
Kita dapat lihat tidak ada pembangunan di Selangor yang boleh dibanggakan oleh rakyat di negeri ini sepanjang pakatan pembangkang memerintah. Apa yang kerajaan Selangor tahu hanyalah menjual aset-aset kerajaan negeri untuk mendapat keuntungan segera.
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran pakatan harapan ketandusan idea-idea baru yang boleh diimplementasikan untuk manfaat rakyat. Mereka hanya terlalu fokus untuk berpolitik sepanjang masa, sehingga tidak ada masa untuk memikirkan idea-idea dan program yang perlu diwujudkan untuk membantu rakyat.

ANALISIS : PAKATAN HARAPAN TIADA HARAPAN DI SARAWAK


Sarawak akan kekal sebagai negeri yang sukar untuk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) akan datang  dengan pembangkang tidak mungkin dapat mempertingkatkan kemajuan, menurut satu analisis politik.
Professor Bersekutu Universiti Malaysia Sarawak’s (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata beliau percaya keputusan PRU14 akan datang tidak akan banyak berubah daripada sebelumnya.
Yang terbaik pembangkang boleh jangkakan adalah mempertahankan prestasi tahun 2013,” beliau berkata, merujuk kepada enam kerusi parlimen yang PH perolehi  – iaitu DAP (5) dan PKR (1) – berbanding Barisan Nasional (BN) 25 kerusi.
Beliau menambah bahawa kase sinario terburuk adalah keputusan sama yang dilihat sebagaimana pilihan raya negeri yang lepas pada 7hb Mei 2016, di mana mereka kalah walaupun di kubu kuat mereka.
Sekiranya United People Party (UPP) dan Sarawak United People Party (SUPP) boleh mengenepikan perbezaan merekadan dan berkerjasama disebalik mengkhianati antara satu sama lain, ada kemungkinan yang mereka boleh merampas Sarikei dan Sibu daripada DAP,” beliau memberitahu media FMT.
Perdana Menteri dan Pengerusi BN Najib Razak kelmarin menyeru agar konflik antara SUPP dan parti serpihan, UPP, perlu diselesaikan sebelum pilihan raya akan datang.
Saya minta yang pertelagahan diselesaikan sekali dan selama-lamanya.
Saya percaya (Ketua Menteri Sarawak ) Abang Johari (Tun Openg) mempunyai satu  formula untuk menyelesaikannya sebelum PRU14, untuk SUPP menjadi parti yang kuat semula, sebagai SUPP yang satu,” beliau dilaporkan berkata semasa menutup Mesyurat Perwakilan Tiga Tahun SUPP ke 24.
Menurut Jeniri, kerjasama dan saling menyokong antara SUPP dan parti serpihan UPP akan menjadi faedah tambahan kepada BN Sarawak.
Bagaimanapun, beliau percaya yang walaupun tiada perhubungan sedemikian atau bersatu semula sebelum PRU 14, ia tidak akan memberi impak kedudukan PH di negeri itu.
Ini sebab pembangkang, terutama DAP, telah mencapai puncak di Sarawak. Pilihan Raya yang lepas, mereka hampir menang semua kerusi Cina kawasan bandar.
“DAP sekarang harus mencari kerusi luar bandar untuk memenangi negeri Sarawak. Tetapi tiada jalan untuk mereka lakukan ini, tanpa wang dan sumber yang BN ada,” beliau berkata, merujuk kepada apa kadang kala orang panggil 3M – money (wang), machinery (jentera), dan media.
3M, beliau menambah, adalah amat penting untuk pengundi luar bandar yang mana fokus utama masih atas isu utama.
Mereka tidak kisah isu yang komplek sorotan di tempat lain dalam negara ini.
Dan di kawasan luar bandar , media bentuk tradisional seperti radio dan TV masih lagi punca maklumat utama.”
Bila ditanya sekiranya janji yang tidak dilaksanakan, termasuk autonomi dan pembangunan yang lebih besar, akan menjejaskan BN negeri, Jeniri berkata memandangkan trend pengundi yang lepas, beliau percaya ia bukan sebagai satu faktor.
“BN pada pilihan raya yang lepas dengan banyak janji yang tidak dilaksanakan, tetapi rakyat luar bandar masih lagi mengundi gabungan itu.
Dan BN mempunyai banyak muslihat minit terakhir. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah salah satu muslihat yang biasa berkesan terhadap pengundi luar bandar,” beliau berkata.
PRU14 dijangkakan diadakan dalam tempoh lebih kurang tujuh bulan akan datang.