Thursday 29 June 2017

OPERASI PENGUBAHAN WANG HARAM MAHATHIR.

Ringkasan artikel:

480 syarikat keluarga Mahathir tidak berjaya dan tidak memberi sebarang pulangan wang kepada beliau dan keluarganya. Hakikatnya, ia merupakan disebaliknya. Mahathir pula memberi 480 syarikat ini wang. 480 syarikat itu digunakan sebagai topang untuk membantu pemindahan wang haram supaya  Mahathir dan anak-anaknya boleh membelanjakan wang dan hidup seperti raja tanpa menarik sebarang persoalan atau menimbulkan syak wasangka tentang daripada datangnya wang yang dimiliki.

HonorĂ© de Balzac seorang novelist Perancis awal 1800. Sekitar zaman beliau Perancis mengalami Pemberontakan Kedua, tentera Napoleon Bonaparte menakluki seluruh Eropa, dan banyak lagi. Di antara kata-kata terkenal de Balzac mengatakan: : ‘behind every great fortune lies a great crime’.


Sudah tentu, ini mungkin tidak selalu benar. Dalam beberapa kase seperti Soon Seng, Hong Leong, Kuok, Genting, YTL, Kumpulan Berjaya, dan lain-lain, ia mengambil 40-50 tahun untuk keluarga tersebut menjadi bilionair. Sebagai contoh, Soon Seng sudah ada semasa penaklikan Jepun. Genting bermula sekitar semasa Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan, Kumpulan Berjaya bermula sekitar 1970, dan sebagainya. Mereka tidak mencapai stataus bilionair sehingga sekurangnya generasi kedua atau ketiga.
Dan kemudian kita ada Mahathir dan anak-anaknya — Mukhriz, Mokhzani, Mirzan and Marina. Apabila disatukan mereka mengawal 480 syarikat dan sudah tentu merupakan keluarga bilionair. Dan tanggapan yang mereka tunjukkan bahawa mereka adalah usahawan yang berjaya dan mereka menjadi bilionair sebab 480 syarikat milik mereka.
Ini sebenarnya alasan yang salah atau falasi bercampur pembohongan besar. Puak Mahathir mungkin dari keluarga bilionair, tetapi mereka menjadi bilionair bukan kerana mereka berjaya dalam perniagaan atau kerana 480 syarikat. Hakikatnya, kebanyakkan daripada syarikat mereka tidak berapa maju dan kalau harap mereka sendiri mungkin sudah lama lingkup.
Sebagai permulaan, anak-anak Mahathir tidak sebenarnya tidak begitu pandai. Siapa yang mengenali mereka secara peribadi akan memberi tahu anda bahawa anak-anak  Mahathir sedikit ‘lembab’. Kritik yang tidak baik mengatakan bahawa anak-anak Mahathir sebenarnya dungu. Mereka mungkin memiliki 480 syarikat tetapi hanya sebab nama mereka Mahathir dan bukan sebab lain. Tanpa nama Mahathir mereka mungkin hanya merupakan seorang eksekutif rendah yang berkerja untuk orang lain.
Malah persoalan penting sama ada mereka jadi bilionair kerana berjaya dalam perniagaan dan 480 syarikat mereka atau disebaliknya? Dalam lain perkataan, adakah 480 syarikat mereka memberi pulangan wang lumayan atau disebaliknya merekalah yang memberi wang kepada 480 syarikat itu?
Ya, sebagai mana HonorĂ© de Balzac kata, “Behind every great fortune lies a great crime.” Mahathir dan anak-anaknya perlu menjelaskan kepada rakyat dari manakah datangnya kekayaan luar biasa yang mereka perolehi sekiranya tidak daripada jenayah besar. Dan cara mereka berbelanja tidak boleh dinafikan bahawa mereka mempunyai kekayaan luar biasa dalam kawalan mereka.
Aanda boleh lihat bahawa puak Mahathir boleh hidup cara hidup keluarga diraja Arab Saudi. Macam mana mereka mampu cara hidup sedemikian? Jawapannya ialah:sebab mereka berjaya dalam perniagaan dan memiliki 480 syarikat. Baiklah, sekurangnya itu apa yang mereka cuba cadangkan.
Tetapi itu adalah alasan yang salah atau falasi dan merupakan pembohongan besar. Perniagaan mereka tidak begitu maju dan berpura-pura memperolehi wang berbilion. Hakikatnya, mereka mengepam wang ke dalam syarikat-syarikat ini untuk membolekan ia terus hidup dan menyelamatkan ia dari tutup kedai.
Syarikat-syarikat ini hanya merupakan penyamaran untuk menutup kegiatan salah laku mereka. Mereka pada zahir dan kepura-puraannya harus menjelaskan kepada rakyat daripada mana datangnya wang yang mereka perolehi. Syarikat-syarikat berkenaan dijadikan hanya satu kegunaan: iaitu untuk mengubah wang haram mengikut apa yang ditulis Barry Wain, Mahathir menyalah guna wang sekurang-kurang  RM100 bilion. Itu tidak termasuk lagi RM100 bilion di mana sepatutnya wang milik Umno tetapi tidak disimpan dalam akaun bank Umno. Sistem yang dibentuk oleh Mahathir dan Daim bila Umno Baru ditubuhkan pada 1988 adalah harta Umno akan dipegang di bawah nama penama (trustee). Mahathir and Daim merupakan dua orang daripada tiga penama ketika itu.

Oleh itu bilion apa yang kepunyaan Umno di dalam tangan Mahathir dan Daim. Dan mereka bentuk satu sistem proksi dan penama untu mengagihkan wang tersebut.  Dan itulah sebabnya mengapa wang tersebut tidak dalam tangan UMNO tetapi dalam tangan  Mahathir dan Daim (dikatakan sebanyak RM100 bilion dalam tangan  Mahathir dan RM60 bilion dalam tangan Daim).
Daim meletakkan wang tersebut di seberang laut dalam beberapa buah bank di Afrika dan Eropah Timur sementara Mahathir meletakkan wang tersebut di dalam kononnya 480 buah syarikat yang berjaya milik keluarganya. Wang yang diletakkan dalam syarikat berkenaan, yang tidak mendapat sebarang pulangan kewangan, kemudian berbalik semula ke poket keluarganya kononnya sebagai ‘keuntungan daripada perniagaan yang berjaya’. Kemudian apabila mereka dilihat hidup seperti keluarga diraja Arab Saudi tiada siapa terperanjat dan mempersoalkan mereka.



Banyak pihak telah mendedahkan bagaimana Mahathir dan Daim mengepam keluar wang menggunakan nama Umno dan angka yang disebutkan ialah  RM100 bilion dan RM60 bilion masing-masing berturut-turut yang mana mereka curi.
Lain-lain hartawan and billionair mengambil 40-50 tahun atau dua generasi untuk mencapai sebagaimana mereka hari ini. Mahathir dan keluarganya tiba-tiba, melebihi hanya lima tahun, menjadi di mana mereka sekarang. Malah orang yang bijak memerlukan 40-50 tahun atau dua generasi. Anak-anak Mahathir terlalu bisu untuk melakukan hanya dalam tempoh lima tahun.
Anda tidak boleh menjadi billionair di luar jangkaan dalam tempoh lima tahun melainkan anda melakukan satu perkara haram. HonorĂ© de Balzac menerangkan dengan baik apabila beliau berkat , “Behind every great fortune lies a great crime.” Sekiranya Mahathir cuba memberi tahu kita bahawa mereka menjadi bilionair sebab mereka berjaya dalam perniagaan dan cuba memberi tahu kita bahawa mereka menjadi bilionair sebab mereka mempunyai perniagaan yang berjaya dan 480 syarikat, ia merupakan itu satu pembohongan. Beliau dan keluarga mempunyai kekayaan sebab telah melakukan jenayah yang besar kepada rakyat.
480 buah syarikat merupakan syarikat yang tidak berjaya dan tidak memberi pulangan wang kepada Mahathir dan keluarganya. Hakikatnya, ia disebaliknya.  Mahathir disebaliknya telah memberi wang kepada 480 syarikat ini. 480 syarikat tersebut telah dijadikan alat untuk membantu dalam pemindahan wang haram supaya Mahathir dan keluarganya boleh membelanjkan wang dan hidup seperti raja, tanpa menimbulkan persoalan atau disyaki tentang dari mana datangnya wang tersebut.
Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir kecewa dengan pergerakan pemuda PPBM atau Exco Armada kerana mempersoalkan kekayaan beliau dan keluarganya. Yang lepas tiada siapa mempersoalkan kekayaan beliau dan keluarganya. Yang lepas tiada siapa mempersoalkan 480 syarikat ini atau mencadangkan bahawa ia merupakan alat untuk menyembunyikan dan memindahkan serta membersihkan kekayaan yang Mahathir curi daripada negara.
Dengan RCI kerugian forex terhadap Bank Negara akan bermula, ini mungkin mencetuskan satu penyiasatan tentang berapa banyak yang Bank Negara rugi dari kononnya dari forex yang kononnya rugi di pasaran tetapi sebenarnya dicuri. Dan ini akan memaksa SPRM terlibat untuk menyiasat punca kekayaan Mahathir. Paling teruk, pihak kerajaan mungkin akan merampas semua kekayaan yang beliau miliki dan memulangkan kepada negara: yang mana nasibnya lebih teruk daripada hukum mati bagi beliau.




Wednesday 28 June 2017

WANG FOREX YANG DICURI DIGUNAKAN UNTUK MEMBIAYAI PAKATAN HARAPAN.

Ringkasan artikel:

Mahathir telah bersetuju untuk membiayai Pakatan Harapan RM3 bilion untuk pilihan raya akan datang untuk mereka bersetuju mendaftar gabungan mereka dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama. Tetapi difahamkan terdapat satu  perkara tentang RM3 bilion itu. Ia itu difahamkan RM3 bilion itu merupakan sebahagian daripada wang Forex yang dicuri dari Bank Negara Malaysia untuk Mahathir menutup mulut Kit Siang.

Untuk bulan sejak pelancaran PPBM atau Pribumi telah melobi,  hanya untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan yang dikenali sebagai Pribumi-Pakatan Harapan. Sekarang, akhirnya,Pakatan Harapan telah bersetuju menerima Pribumi untuk menyertai gabungan pembangkang itu. Oleh itu sekarang ia tidak lagi dikenali sebagai  Pribumi-Pakatan Harapan tetapi sebagai gabungan Pakatan Harapan iaitu gabungan empat parti yang mengandungi : DAP, PKR, Pribumi dan PAN.

Walaubagaimana pun, pada mulanya Mahathir tidak mahu Pribumi sebagai ahli rasmi Pakatan Harapan melainkan gabungan tersebut didaftarkan mengikut undang-undang, dengan beliau sebagai Pengerusi, dan  semua parti yang menjadi ahli bertanding dalam pilihan raya akan datang di bawah satu nama, satu bendera dan satu logo. Mahathir mahu Pakatan Harapan seiras seperti Barisan Nasional(BN) di mana semua parti dalam gabungan bertanding dalam pilihan raya di bawah BN dan bukan sebagai parti-parti berasingan. Beliau berasa inilah caranya gabungan pembangkang itu boleh menang melebihi 70 kerusi parliamen.

Pakatan Harapan telah bersetuju untuk mendaftar gabungan berdasarkan undang-undang dan mewujudkan logo dan manifesto bersama seperti mana yang Mahathir mahu.
Bendera dan logo Pakatan Harapan yang telah

dicadangkan.
Pada 20th March 2017, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk mendaftar gabungan berdasarkan undang-undang dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama, seperti apa yang Mahathir mahu. Mahathir, sebagai balasan, bersetuju memperuntukkan wang RM3 bilion yang diperlukan pembangkang untuk membiayai pilihan raya akan datang.
Semasa isu RM2.6 bilion derma yang berpunca daripada Arab Saudi yang diterima oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak terbongkar, Mahathir berkata bahawa  RM2.6 bilion terlalu banyak untuk membiyayi satu pilihan raya. Mahathir mendedahkan kononnya semasa beliau menjadi Perdana Menteri beliau hanya perlu RM1.5 billion untuk membiayai pilihan raya (di mana semua orang sudah tahu dahulu lagi). Itu bermakna lebih daripada  RM1 bilion kononnya telah diseleweng dan Mahathir ingin tahu, apakah yang  telah berlaku terhadap wang tersebut.
Sekarang Mahathir terpakasa menelan balik perkataan yang beliau sebut sebelum in kepada Najibi. RM1.5 billion sebenarnya tidak mencukupi dan beliau sendiri terpaksa mengadakan RM3 bilion untuk membiayai Pakatan Harapan. Dengan ringkas, Mahathir telah mengesahkan bahawa RM2.6 bilion adalah mencukupi dan merupakan anggaran angka yang betul untuk membiayai satu pilihan raya memandangkan beliau sendiri terpaksa diperuntukkan dengan RM3 bilion untuk membiyai Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang..

Mahathir terpaksa menutup mulut Kit Siang dengan wang (itulah sikap semula jadi Mahathir sebagai perasuah tegar).
Tetapi Mahathir mempunyai lebih daripada satu sebab untuk bersetuju untuk membiayai Pakatan Harapan sehingga RM3 bilion. Pertama, sudah tentu, untuk mendapatkan Pakatan Harapan untuk bersetuju mendaftarkan gabungan pembangkang berdasarkan undang-undang dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama. Kedua untuk menentukan bahawa Kit Siang tidak bekerjasama dengan atau memberi keterangan di hadapan Suruhabjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan dibentuk untuk menyiasat kerugian Forex AS$10 bilion daripada 1988 ke 1994.
Kit Siang mempunyai banyak bukti berkaitan dengan skandal ini, dan sekiranya beliau memberi keterangan di hadapan RCI dan mempersembahkan bukti ini, Mahathir boleh diibaratkan orang yang sudah mati berjalan(a dead man walking). Dan  Kit Siang telah pun mendedahkan sebelum ini bahawa beliau mempunyai bukti dan sekiranya pembangkang memperolehi kuasa beliau akan menentukan bahawa Mahathir ditahan dan dipenjarakan seluruh hayatnya.
Dan ini paling menakutkan Mahathir. Beliau perlu menutup mulut Kit Siang dengan menyumbat mulutnya dengan wang. Dan Mahathir akan menggunakan sebahagian daripada wang yang dicuri dari Bank Negara di bawah samaran ‘Kerugian Forex’ untuk menyumbat mulut Kit Siang. Dan setelah mulut Kit Siang disumbat dengan wang yang dicuri beliau akan merupakan orang yang terakhir di bumi ini yang akan mengaitkan Mahathir dalam kecurian bilion daripada Bank Negara yang berkaitan dengan urusan Forex pada 1988-1994.
DAP berpura-pura perlu menjana wang untuk membiayai pilihan raya yang akan datang, wal hal mereka sudah ada RM3 bilion daripada Mahathir, tidak termasuk   RM1.5 bilion yang dahulu mereka terima daripada Israel.
Dengan ringkas, Mahathir beli Kit Siang untuk menutup mulutmya. Sebagai satu bonus, Mahathir dapat jadi Pengerusi sebuah gabungan yang didaftarkan mengikut undang-undang. Imej Pakatan Harapan akan kemudian bertukar daripada gabungan pimpinan-DAP kepada gabungan pimpinan-Pribumi dan ia boleh membuang identiti Ali Baba. Mahathir berharap ini akan kemudian menarik lebih ramai pengundi Melayu. Dan ini juga berkesan untuk Kit Siang sebab ketika itu DAP tidak perlu menggunakan  RM1.5 bilion yang diterima dari Israel di mana ia mempunyai risiko untuk membuktikan dakwaan dari mana DAP memperolehi sumber pembiyaan tersebut.
Tetapi Mahathir tidak sepenuhnya jelas setakat setakat ini. Sementara itu Pakatan Harapan mungkin telah bersetuju untuk mendaftar gabungan dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama, itu tidak bermakna DAP masih tidak boleh mengadakan manifesto pilihan raya sendiri (berasingan), seperti dahulu, (atau malah manifesto pilihan raya untuk setiap negeri) dan bertanding pilihan raya di bawah bendera DAP  — yang bermakna akan bertentangan daripada tujuan asal.
DAP masih membiarkan pintu terbuka dan ‘rocket’ masih belum dibuang setakat ini.  DAP tahu bahawa pengundi Cina dijamin mengundi ‘rocket’ tetapi tidak ada jaminan bahawa mereka mengundi simbol yang lain. Oleh itu DAP akan rugi banyak dengan membuang ‘rocket’ nya.
Pengundi Cina mengenali DAP dengan simbol ‘rocket dan selain daripada itu akan merugikan DAP banyak undi.
Kit Siang mahu Mahathir menyerahkan RM3 bilion dahulu sebelum DAP akan membuat keputusan terakhir dan menutup pintu atas simbol ‘rocket’. Hingga itu pintu masih terbuka. Janji RM3 bilion ialah satu perkara. Tetapi selagi RM3 bilion belum lagi dalam poket anda banyak ketika itu banyak perkara boleh berlaku dalam perjalanan. Namun begitu, Mahathir telah banyak pusingan-U akhir-akhir ini yang anda tidak tahu apakah keputusan beliau pada hari esok.
Oleh itu setakat ini keadaan adalah buntu. Mahathir mahu gabungan didaftarkan berasaskan undang-undang dan bendera dan logo bersama dan manifesto pilihan raya bersama. Beliau juga mahu semua parti yang bertanding dalam pilihan raya akan datang di bawah satu nama dan bukan di bawah nama parti individu. Anthony Loke Siew Fook berkata ia belum lagi muktamad. Dan ia akan menjadi muktamad hanya apabila Mahathir menyerahkan pembiyaan RM3 bilion.
Mahathir tiada pilihan tetapi menyerahkan RM3 bilion sebab beliau perlu menutup mulut Kit Siang. Sekiranya Kit Siang menyanyi sedih semasa RCI Forex maka Mahathir diibaratkan sebagai ‘daging mati’ (dead meat). Tetapi sama ada beliau menyerahkan wang tersebut sekarang atau hampir dengan pilihan raya merupakan satu keputusan yang beliau harus dibuat sekarang. RCI mungkin dibentuk dan bersidang tidak lama lagi dan sekiranya Mahathir tidak boleh menutup mulut Kit Siang, kemudian sesungguhnya masa hadapan beliau akan menjadi terlalu suram. Mahathir bergantung kepada talian hayat Kit Siang and beliau harus bebaskan diri daripada cengkaman Kit Siang.
Kit Siang hilang kesabaran apabila ditanya tentang pendirian beliau tentang skandal Forex.
Apabila ditanya oleh wartawan tentang pendirian beliau sekarang tentang skandal Forex, Kit Siang hilang kesabaran dan menjerit bahawa pendirian beliau masih sama.  Kit Siang kata beliau masih mahu melihat mereka yang menyebabkan kerugian AS$10 bilion ini harus disiasat dan dihukum. Dan skandal perlu disiasat oleh RCI sebab sebahagian besar wang itu bukan ‘kerugian biasa’ tetapi dicuri disebalik penyamaran ‘Kerugian Forex’. 
Sekiranya peranan Mahathir dalam kecurian ini didedahkan kemudian beliau akan dipaksa untuk memulangkan wang tersebut. Dan kita bercakap tentang AS$10 bilion di sini dengan sebahagian besar daripada itu sebenarnya dicuri. Oleh itu RM3 bilion adalah harga yang kecil untuk menutup mulut Kit Siang dan pada masa yang sama untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang berdaftar mengikut undang-undang dan dilantik sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu.
Oleh itu siapa kata Lim Kit Siang dan pemimpin DAP bersih, suchi, tidak rasuah dan tidak boleh dibeli? Kit Siang telah membuktikan bahawa dengan harga yang betul beliau boleh dibeli. Dan Mahathir, dengan itu, telah belajar bahawa bila berurusan dengan Kit Siang, janji sahaja tidak mencukupi.Ia perlu disertakan dengan wang.