Wednesday 30 August 2017

JUSTIFIKASI MENGAPA RCI PERLU DIADAKAN UNTUK TRAGEDI MEMALI

Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya
Mengikut rekod dizaman Tun Dr Mahathir sebagai PM lah undang-undang zalim ISA ini diperalatkan semaksimanya demi survival politik beliau.Semasa beliau PM dalam tempoh 1 hari sahaja iaitu 27 Oktober 1987  beliau telah menahan tanpa bicara 106 aktivis politik, ahli akademik, NGO kononnya kerana mengancam keselamatan negara.Demikianlah kemuncak kezaliman Umno di bawah Dr Mahathir yang hingga hari ini tidak pernah menyesal atau memohon maaf di atas tindakannya itu.
Atas bertubi-tubi tuntuan dan desakkan rakyat Malaysia sebelum ini akhirnya hari ini kita bebas dari ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Akta zalim ini memberikan kuasa kepada kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa bicara mana-mana individu yang pada fikiran beliau mengancam keselamatan negara.
Zaman awal Merdeka ia digunakan lebih untuk menahan para pengganas kominis dan talibarut mereka. Namun kemudiannya ia telah disalah guna kerajaan untuk menahan siapa sahaja yang mengancam kedudukan politik parti pemerintah dan PM yang berkuasa.
ISA telah dieksploitasi sepenuhnya demi survival pihak politik yang berkuasa kerana yang ditahan tidak perlu dibawa ke mahkamah.
Kerana itu ancaman terbesar pada para pejuang demokrasi dan hak rakyat ketika itu adalah ISA ini.
Mengikut rekod dizaman Tun Dr Mahathir sebagai PM undang-undang zalim ini diperalatkan semaksimanya demi survival politik beliau. Semasa beliau PM dalam tempoh 1 hari sahaja iaitu 27 Oktober 1987  beliau telah menahan tanpa bicara 106 aktivis politik, ahli akademik, NGO kononnya kerana mengancam keselamatan negara.Demikianlah kemuncak kezaliman Umno di bawah Dr Mahathir yang hingga hari ini tidak pernah menyesal atau memohon maaf di atas tindakannya itu.
Bayangkan berapa ramai anak-anak dan isteri yang dipisahkan dari bapa dan suami masing-masing. 60 hari pertama mereka ditahan dalam bilik gelap dan disoal siasat sesuka hati sehingga berjam-jam.
Ada yang disiksa, ditampar, ditumbuk, diaib dan dibogelkan dalam tempuh itu.
Datuk Seri Anwar dan TPM hari ini pernah menjadi mangsa kerakusan politik Mahathir apabila merengkok bawah ISA.
Kini Alhamdulillah undang-undang itu telah dibatalkan kerajaan. Semoga Malaysia tidak melihat lagi akta zalim itu dan pemimpin yang tidak berhati perut yang menggunakannya.
Tiba-tiba dalam akhbar Sinar Harian hari ini dengan selamba dan sombong bekas PM Tun Dr Mahathir menjelaskan sebab mengapa Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang tidak ditahan bawah ISA semasa Peristiwa Memali.
Kononnya penahanan Tuan Guru akan mencetuskan rusuhan dan huru- hara kerana beliau punya ramai penyokong yang fanatik.
Itu kata beliau.
Sejauh manakah asas dan kebenarannya. Kenapa perlu ISA? Kenapa tidak didakwa Tuan Guru di mahkamah terbuka?
Jika Tuan Guru ancaman pada keselamatan negara berapa ramaikah terancam nyawa dan harta akibat tindak-tanduk Tuan Guru?
Kerana itulah RCI perlu dibentuk untuk siasat Peristiwa Memali dan agar Raja ISA ini disiasat dan dipanggil beri keterangan. Rakyat perlu tahu segalanya.
Oleh itu Mahathir janganlah terlalu sombong hingga anggap yang lain semua salah anda sahaja yang benar dan betul.
Rasulullah saw bersabda maksudnya:
“Tidak akan masuk surga orang yang ada di dalam hatinya sebesar biji dzarah dari kesombongan.” (HR. Muslim)


RAFIZI AKUI PARTI PKR SUDAH BERPECAH DUA PUAK

Samalah seperti apa yang Anwar pernah pesan mengenai ‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… ular itu kini memakai mahkota’ pada setahun yang lepas kepada semua orang PKR bila Mahathir mula menyertai pembangkang. Memang ular ini sedang mematuk PKR sekarang ini. Mahathir kini memakai makhkota DAP dan sedang mematuk PKR buat kali ketiga.
Politik kayu tiga cara Azmin Ali turut dikecam oleh Rafizi Ramli. Kali ini kecaman dari Rafizi Ramli ini dibuat secara terbuka menggunakan kepala surat rasmi daripada PKR.
Dalam satu kenyataan media pada 27 Ogos 2017, Rafizi yang berjawatan Naib Presiden PKR telah menulis “apakah strategi untuk mendampingi PAS secara pragmatis itu wajar tatkala PAS mahu bertanding di semua kerusi pada PRU14”.
Tulisan Rafizi di bawah tajuk “Parti Terbahagi Dua” ini secara tidak langsung merujuk kepada tindakan Azmin Ali yang berdamping dengan Hadi Awang dan kemudian berdamping pula dengan Mat Sabu.
12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor.
Kemudian PAS pula mahu tanding di seluruh DUN di Selangor. Sudah pasti berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 di Selangor.
24 Ogos, PAS menerusi Sallehen Mukhyi, Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan PAS akan bertanding 42 kerusi di Selangor. Selain itu, PAS juga mahu ambil kembali kerusi parlimen Gombak yang kini diwakili oleh Azmin Ali. Keadaan keadaan inilah yang disifatkan Rafizi sebagai parti PKR sudah pun terbahagi kepada dua atau sudah pecah kepada dua puak.
Rafizi Ramli menjadi lebih panas bila dikhabarkan Azmin memang berunding menerusi “jalan belakang” untuk memberi kerusi Gombak kepada PAS. Semua ini Azmin lakukan demi menyelamatkan tengkuknya untuk terus menjadi Menteri Besar di Selangor dengan sokongan PAS.
Azmin Ali menggunakan Iskandar Samad, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN PAS Chempaka untuk menyusun tempat baginya di parlimen Pandan. Azmin mahu lompat ke Pandan untuk bertanding bagi menggantikan Rafizi yang mungkin hilang kelayakan bertanding jika masuk penjara.
Dengan gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri sejumlah hampir RM30,000 sebulan, Iskandar Samad akan melakukan apa sahaja permintaan Azmin. Berita ini yang buat Rafizi Ramli jadi panas dan terus mengeluarkan kenyataan media mengecam sikap Azmin yang terus bermain kayu tiga dengan PAS.
Selagi belum masuk ke tirai besi dan duduk di samping Anwar Ibrahim di Sungai Buloh, Rafizi masih lagi menyimpan hati untuk terus bertanding di parlimen Pandan. Sebab itu berhempas pulas Rafizi buat rayuan dan sebagainya kerana masih percaya dia mungkin akan dapat bertanding lagi di Pandan.
Sebaliknya, Azmin Ali dan Iskandar Samad sudah anggap Rafizi bakal “tutup buku” pada PRU14. Dengan bantuan Adam Rosly, yang sememangnya anti dengan Rafizi, Azmin menyusun langkah untuk bertanding di parlimen Pandan.
Azmin akan buat apa sahaja demi menyelamatkan tengkuknya sebagai Menteri Besar Selangor. Politik kayu tiga Azmin ini jelas terserlah kerana dalam masa Azmin cuba berbaik baik dengan PAS atas tiket Naib Presiden Pakatan Harapan, dalam pada itu pula Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir membalun PAS sebagai pengacau dalam ceramah politiknya di Besut hujung minggu lepas.
Nampak macam berlakon, kerana Azmin merupakan anak angkat Mahathir. Mengapa dalam isu PAS ini Mahathir berlainan pendapat dengan Azmin?. Ini adalah satu drama. Bapa angkat sengaja balun PAS demi tarik undi DAP. Anak angkat pula main peranan untuk pujuk PAS pakai “jalan belakang”.
Mahathir sudah sanggup anggap Ketuanan Melayu tidak lagi penting baginya demi meraih undi daripada DAP. Mahathir tidak beri peluang langsung kepada PAS. Dia akan kutuk PAS habis habisan. Semua ini Mahathir lakukan kerana dia sekarang sudah bertuankan DAP.
Mahathir kata Ketuanan Melayu tidak relevan lagi tetapi dalam Wikipedia tulis, PPBM adalah parti yang berkonsepkan Ketuanan Melayu. Kena tukarlah selepas ini dalam Wikipedia, tulis PPBM adalah berkonsepkan Ketuanan DAP.
Bukan sahaja PAS, Rafizi juga kena akui kemasukan Mahathir dalam pembangkang juga turut memecah belahkan PKR. Kerosakan yang dibawa oleh Mahathir dalam pembangkang lebih besar lagi. Azmin sudah berkiblat kepada Mahathir bukan lagi Anwar Ibrahim. Sudah wujud kem pro Mahathir dan pro Anwar dalam PKR.
Samalah seperti apa yang Anwar pernah pesan mengenai ‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… ular itu kini memakai mahkota’ pada setahun yang lepas kepada semua orang PKR bila Mahathir mula menyertai pembangkang. Memang ular ini sedang mematuk PKR sekarang ini. Mahathir kini memakai makhkota DAP dan sedang mematuk PKR buat kali ketiga.
Azmin Ali adalah “bisa ular” itu sekarang ini. Memecahkan PKR kepada dua puak. Selain mahukan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Mahathir juga menyimpan hasrat mahu melihat Azmin Ali naik sebagai Perdana Menteri. Dengan DAP, Mahathir buat perjanjian sulit yang lain. Dengan Azmin Ali, Mahathir buat perjanjian yang lagi sulit demi anaknya sendiri dan kroninya.
Politik ular cara Azmin Ali dan Mahathir ini perlu dihentikan.

.LAWATAN NAJIB KE WASHINGTON BIMBANGKAN KIT SIANG

Penasihat DAP Lim Kit Siang bimbang lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat bulan depan akan membuktikan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu sebenarnya tidak memburu perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata surat Kit Siang kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia lebih 25 tahun lepas, yang memberi tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Salleh mengulas surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet semalam yang menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadulakan pada 12 Sept ini.
“Surat terbuka Lim Kit Siang kepada semua anggota Kabinet itu mungkin tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baru melibatkan dalam politik, tetapi bukan daripada seseorang veteran yang sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam bidang politik,” kata Salleh dalam catatan di laman blognya sskeruak.blogspot.com.
Beliau berkata surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Kit Siang dan merupakan perbuatan yang bersifat amatur.
“Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.
“Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap Najib. Sebenarnya Dr Mahathirlah yang membuat semua tuduhan itu,” kata Salleh.
Beliau juga berkata kenyataan pemimpin pembangkang itu tidak logik dan tidak masuk akal langsung serta tidak wajar dibuat oleh seseorang yang sepatutnya ahli politik veteran.

KERANA TERDESAK, POLITIK PERSEPSI IALAH SENJATA PEMBANGKANG MENJELANG PRU 14


KIT SIANG LETAKKAN DIRINYA KE TARAF AHLI POLITIK LONGKANG


MISTERI DALANG ‘ORANG ATASAN’ DALAM RCI SKANDAL KERUGIAN FOREX BANK NEGARA MALAYSIA (BNM).


Siapakah individu yang digelar ‘orang atasan’ tersebut dan adakah beliau terlalu berkuasa sehingga boleh memberi arahan kepada Jabatan Ketua Audit Negara supaya tidak bertanya lagi tentang urus niaga mata wang asing oleh BNM?

Sehingga kini, masih belum jelas apakah motif di sebalik keputusan BNM untuk terlibat secara langsung dalam urus niaga mata wang asing yang berunsur spekulatif dan berisiko tinggi sekitar tahun 1990-an.

Urus niaga melibatkan sejumlah dana yang besar oleh bank pusat itu turut dipertikaikan oleh banyak pihak ketika itu termasuk media tempatan dan asing.

Langkah tersebut dikatakan bertentangan dengan apa yang lazimnya dilakukan oleh bank-bank pusat lain diseluruh dunia.

Seperti yang diketahui umum, peranan bank pusat di sesebuah negara lebih tertumpu kepada mengawal selia kegiatan yang dijalankan oleh institusi perbankan dan kewangan serta menguatkuasakan semua peruntukan di bawah undang-undang berkaitan.

Namun, BNM nampaknya bertindak melebihi amalan kebiasaan dengan menggunakan dana awam berjumlah berbilion ringgit untuk melakukan urus niaga mata wang asing.

P.Kanason Bekas Penolong Ketua Audit Negara
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Audit Negara, P. Kanason yang terlibat secara langsung dalam proses audit urus niaga wang asing oleh BNM itu pernah mendapatkan pandangan daripada juruaudit di Lembaga Monetari Singapura.

Rakan-rakan sejawatnya di negara jiran itu seterusnya mengingatkan Kanason tentang risiko yang bakal dihadapi sekiranya berlaku masalah dalam urus niaga berkenaan.

Apa yang mereka bimbangkan itu benar-benar berlaku pada 1988, 1989, 1991, 1992, 1993 dan 1984. BNM mengalami kerugian lebih RM30 bilion akibat urus niaga mata wang asing.

Ketika memberi keterangan dalam prosiding pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar 1990-an di Putrajaya. Kanason turut menyatakan beliau telah berusaha mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara.

Tan Sri Ainum Mohamed Saaid
Cuma, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila Kanason menghubungi Tan Sri Ainum Mohamed Saaid yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara ketika itu.

Dalam perbualan telefon itu, Ainum memberitahu Kanason : “Orang atasan cakap jangan campur tangan”.

  Siapakah individu yang digelar ‘orang atasan’ tersebut dan adakah beliau terlalu berkuasa sehingga boleh memberi arahan kepada Jabatan Ketua Audit Negara supaya tidak bertanya lagi tentang urus niaga mata wang asing oleh BNM?
Tidak diketahui sama ada ‘orang atasan’ berkenaan mempunyai kaitan dengan dalang di sebalik skandal yang menyebabkan BNM mengalami kerugian besar.

Identiti individu terbabit dianggap satu misteri yang hanya boleh dirungkai oleh mereka yang mengenalinya dan ada kemungkinan Ainum boleh menjawab persoalan itu sekiranya beliau dipanggil untuk memberi keterangan dihadapan RCI.

Friday 25 August 2017

AMARAN NAJIB : JANGAN BENARKAN DAP HAPUS HAK MELAYU, PERLEKEH ISLAM


DR MAHATHIR ‘DISERANG’ DENGAN PELBAGAI SOALAN FORUM PAC


TUN M BERPALING TADAH DAN DERHAKA KEPADA PARTI


APA YANG HEBAT SANGAT DENGAN TUN DR MAHATHIR NI…..


APAKAH BENAR NAJIB JUAL NEGARA?


MAHATHIR ADALAH DALANG FITNAH PREBET ADAM UNTUK HINA DAN TARIK KUASA RAJA-RAJA MELAYU.


Fitnah Prebet Adam



Wujud dalang exploitasai amukan Prebet Adam.


Kisah benar Prebet Adam: amok di Jalan Chow Kit


Pembunuhan adik Prebet Adam ialah fitnah.


Pengakuan Mahathir hina dan tarik kuasa raja-raja Melayu.



Titah Baginda Sultan Johor.


Sultan Johor tempelak Tun Mahathir.


Sultan Johor murka.

DAP TIDAK AKAN IKUT TELUNJUK MAHATHIR





DAP tidak akan ikut telunjuk Mahathir kerana ‘This is the devil they know very well’.

KERAJAAN WUJUDKAN RCI SIASAT SKANDAL SPEKULASI FOREX ATAS DESAKAN DAP


Kerajaan siasat Skandal Forex Bank Negara Malaysia atas desakan DAP.

FORUM FAKTA PERBANDINGAN ANTARA POLITIK MAHATHIR DAN NAJIB.


Deklarasi Mahathir UMNO Tetap Tenang - Annur Musa

Wednesday 23 August 2017

SALAHUDDIN AYUB, KETUA PENERANGAN PAKATAN HARAPAN “MENJELASKAN TENTANG MEMALI?”

Salahuddin Ayub menjelaskan bahawa bangkitnya semula isu pembunuhan  di Memali bertujuan untuk memudaratkan ‘Top Dog’ atau ‘Ketua Anjing’ Pakatan Harapan,Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak menjelaskan tentang pembohongan bahwa Mahathir berada di Kuala Lumpur dan bukan di negara China ketika itu. Beliau juga tidak menjelaskan berapa orang Islam telah terkorban secara percuma ankara pembunuhan itu, berapa orang ibu telah menjadi janda dan berapa orang anak-anak menjadi yatim piatu. Apa beliau ingat mereka itu harus dilupakan dan terus mati katak tanpa sebarang pembelaan. Jikalau kena dengan keluarga beliau macam mana? Jangan cuba melindungi Mahathir seorang suspek pembersihan etnik orang Islam seperti di Bosnia. Jikalau Salahuddin Ayub tidak faham dan sengaja meremehkannya, ini soal jenayah melibatkan manusia yang tidak berdosa yang belum disiasat dan bukannya soal politik, persetankan politik, kerana andalah orang politik yang gemar mepolitikan semua perkara, malah nyawa rakyat.



AJK PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh berkata,”Mereka tidak lagi istiqamah menegakkan kebenaran dan keadilan terutama dalam isu tragedi Memali kerana sudah berpeluk dengan Pengerusi PPBM itu”.

“Malangnya, Dr. Mahathir pula dijulangnya. Apabila kita sedia berpaling daripada kebenaran, Allah lebih bersedia memutarkan hati dengan kehendaknya. Tiada lagi istiqamah dalam perjuangan. Tugas baharu adalah jadi tukang cuci dan gilap sejarah gelap Dr. Mahathir”,katanya.



Tun Musa akui tidak diberi ruang jelas insiden Memali.



Tragedi Memali, Mahathir ada di Kuala Lumpur bukan di negara China.


Punca tragedi Memali dibangkit semula:



Nothing To Hide 2.0: Soalan Memali Punca "Kerusi Terbang".


Tun Tak Jawab, saya akan terus tanya tentang Memali.


Pendedahan Tun Musa Hitam:


 Memali yang belum pernah dicerita kepada umum.



 

 


Tuesday 22 August 2017

SEBAB MENGAPA PAKATAN TIDAK BOLEH TERIMA MAHATHIR SEBAGAI ‘TOP DOG’ MEREKA

Anwar Ibrahim menjelaskan sebab mengapa Pakatan Harapan tidak boleh terima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘Top Dog’ mereka.



KIT SIANG TERDESAK CUBA MENGAITKAN ISU 1 MDB DENGAN SKANDAL FOREX BNM UNTUK MEMPERTAHANKAN SEKUTU BARUNYA YANG BELIAU BENCI SELAMA 22 TAHUN.

Sekarang akhirnya Kit Siang baru tahu bahawa Pakatan Ali Baba merupakan satu idea yang tidak baik. Beban yang dibawa Mahathir akan terpaksa ditanggung bersama oleh DAP dan Pakatan Harapan dan kaum Cina telah menyalahkan Kit Siang terhadap masalah ini. Ini membuktikan bahawa Kit Siang seorang strategis politik yang tidak cekap dalam umur yang sudah tua. Masalah Kit Siang ialah beliau suka memperkecilkan kebolehan Najib dan beliau fikir boleh makan Najib. Sekarang akhirnya terbukti bahawa Najib merupakan seorang sifu politik dan memerangkap Kit Siang dengan seluarnya terlondeh.

Berikut adalah kenyataan Kit Siang yang jelas terdesak:

The Barisan Nasional government is losing credibility by treating royal commissions of inquiry (RCIs) as political power play, DAP’s Lim Kit Siang said today over news that Putrajaya was ready to set up an RCI to probe the Memali incident some 30 years ago.
The party’s parliamentary leader called it a “farce” for the government to hold RCIs out of vengeance against former prime minister Dr Mahathir Mohamad, instead of pursuing the glaring issue of scandals involving 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
If Malaysia has come to the stage when even the formation of RCIs can become a political power play, the government concerned has lost all authority, credibility and legitimacy and should be replaced.
“By all means have RCIs into Bank Negara foreign exchange losses thirty years ago, or into the Memali tragedy more than 30 years ago, but if there is no RCI into the elephant in the room, the 1MDB scandal, then all these RCIs are reduced to a farce and gross abuses of power,” Lim said in a statement today.
*******************************************************
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, akan akhirnya mampu mendedahkan apa yang telah berlaku terhadap Skandal Forex BNM.
Lim Kit Siang sedang terdesak. Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan satu forum  Nothing to Hide 1.0 untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan memakan diri dengan tercetusnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bencana forex Bank Negara berjumlah AS$13 bilion (anggaran RM130 bilion nilai hari ini ). Kemudian Mahathir menganjurkan forum Nothing to Hide 2.0 dan juga memakan diri dengan akan wujudnya RCI pembunuhan semasa tragedi Kampung Memali. 
Sekiranya mereka terus menganjurkan Nothing to Hide 3.0, Nothing to Hide 4.0Nothing to Hide 5.0, dan lain-lain., kemudian akan ada RCI terhadap tebus keluar (bailout) RM2 bilion terhadap anak lelaki Mahathir, skandal Perwaja, skandal Menara Berkembar Petronas, dan banyak lagi. Dan sekiranya ini berlaku Kit Siang akan kelihatan seperti seorang Chinaman bisu kerana membuat Mahathir sebagai ‘Top Dog’ (Ketua Anjing) Pakatan Harapan.
Kit Siang berpura-pura bahawa beliau mengalu-alukan RCI bencana forex Bank Negara dan pembunuhan di Memali. Beliau tidak boleh berkata disebaliknya memandangkan beliaulah yang telah mendesak sebelum ini selama 20 tahun untuk RCI ini ditubuhkan. Tetapi ketika itu beliau mahu RCI ini supaya beliau boleh jatuhkan Mahathir dan berharap dalam proses itu juga dapat menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.
Kit Siang tidak lagi mahu RCI bencana AS$13 bilion Bank Negara dan pembunuhan di Memali kerana ia akan memudaratkan Pakatan Harapan
Tetapi Kit Siang tidak lagi mahu menjatuhkan Mahathir sebab sekiranya Mahathir dijatukan maka ia akan melibatkan DAP dan Pakatan Harapan dan ia tidak melibatkan Umno and Barisan Nasional. Kit Siang hanya mahu RCI sebagai senjata politik terhadap Umno dan Barisan Nasional. Dan itulah sebabanya mengapa hari ini  Kit Siang mengatakan bahawa RCI tidak harus digunakan sebagai senjata politik terhadap Mahathir — sebab dahulu Kit Siang juga mahu menggunakan RCI sebagai senjata politik terhadap Mahathir semasa Mahathir merupakan musuh DAP.
Melayu mengenali ini sebagai senjata makan tuan. Kit Siang mahu RCI sebagai satu senjata menentang Mahathir, Umno dan Barisan Nasional. Tetapi beliau tidak mahu  RCI sebagai satu  senjata menentang Mahathir, DAP dan Pakatan Harapan. Oleh itu  Kit Siang berpura-pura bahawa beliau tidak menentang sebarang RCI terhadap bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion atau pembunuhan Memali seperti dikatakan, tetapi mereka hanya menentang RCI tidak diadakan terhadap isu 1MDB.
Tetapi sebelum itu PAC telah pun menyiasat 1MDB. Tidak ada penyiasatan PAC terhadap bencana forex Bank Negara atau pembunuhan di Memali. Oleh itu mengapa  Kit Siang masih perlu RCI terhadap 1MDB? Dan adakah DAP bukan ahli PAC yang menyiasat? Dan pernahkah Tony Pua dan Tan Seng Giaw, ahli PAC yang mewakili  DAP, tidak pernah bercakap sejuta perkataan tentang 1MDB dan apakah penemuan  PAC hasil siaatan tersebut?
Tony Pua merupakan solo RCI dan telah banyak bercakap tentang 1MDB yang tidak memerlukan RCI yang lain
Apakah maklumat baru yang RCI boleh temui, yang PAC telah tidak temui dalam isu 1MDB? Dan apakah maklumat baru kepada pihak awam yang mana tidak diliputi oleh Tony Pua dan Tan Seng Giaw dan tidak dimaklumkan kepada pihak awam? Hakikatnya, malah sekiranya RCI ke atas 1MDB diadakan, semua yang perlu buat ialah menemu bual hanya Tony Pua seorang dan itu akan mencykupi. Tony Pua telah bercakap terlalu banyak tentang 1MDB dan tentang apa yang PAC temui yang tidak setanding dengan 20 orang saksi lain dibandingkan dengan Tony Pua seorang.
RCI diperlukan hanya sekiranya maklumat cuba disembunyikan dan kebenaran tidak didedahkan (seperti kase bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion dan pembunuhan di Memali). Dalam kase 1MDB, PAC telah menemui kebenarannya dan tidak ada yang tersembunyi dan Tony Pua dan Tan Seng Giaw telah menandatangani laporannya. Dan banyak orang DAP dan PKR, telah bercakap tentangnya dengan panjang lebar dan tiada perkara baru untuk ditemui dan tiada perkara baru untuk dibincangkan.
Hakikatnya, hari ini Bank Negara cuba untuk merahsiakan dan dibuat secara tertutup terhadap penyiasatan RCI supaya rakyat Malaysia tidak tahu tentang kebenaran disebalik bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion itu. Dalam lain perkataan, mereka mahu penyiasatan RCI diklasifikasikan kerahsiaannya supaya tidak seorang pun akan tahu apa yang sedang berlaku.

Memali mungkin satu operasi untuk penghapusan atau pembunuhan dan bukan untuk menahan Ibrahim Libya
Mengapa mereka mahu ini? Mengapa mereka mahu penyiasatan RCI terhadap bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion diklasifikasikan kerahsiannya supaya tidak seorang akan tahu apa yang sedang berlaku?
Adakah penyiasatan PAC terhadap 1MDB satu rahsia? Adakah Tony Pua, Tan Seng Giaw, dan banyak lagi orang DAP dan PKR, tidak mendedahkan butiran terhadap penyiasatan PAC terhadap 1MDB? Mengapakah mereka mahu penyiasatan terhadap 1MDB diumumkan kepada awam tetapi penyiasatan terhadap bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion dirahsiakan?
RCI terhadap bebcana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion dan RCI terhadap pembunuhan di Memali sudah tentu banyak memudaratkan Mahathir. Kemudaratan ini akan berkait dengan Kit Siang, DAP dan juga Pakatan Harapan. Dan adalah Kit Siang yang membuat kepuiusan menjemput Mahathir menghadiri konvensyen DAP pada 4hb Disember 2016 supaya mereka boleh mempamirkan kewujudan muka Melayu dalam DAP. Ini merupakan satu penipuan untuk menarik pengundi Melayu. Hakikatnya, parti DAP adalah parti rasis anti Melayu.
Musa Hitam mendedahkan bahawa Mahathir berada di Malaysia dan bukan berada di negara China apabila tragedi berdarah di Kampung Memali berlaku dan mereka telah berbohong di Parliamen
Itu dengan biasa menukar Pakatan Harapan daripada Pakatan Harapan pimpinan DAP menjadi Pakatan Ali Baba. Tetapi Kit Siang fikir ini baik sebab untuk melawan mesej Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa perhimpunan Umno sehari sebelum itu bahawa pilihan raya akan datang adalah pertandingan antara Pakatan Harapan pimpinan DAP dan Barisan Nasional pimpinan UMNO.
Sekarang akhirnya Kit Siang baru tahu bahawa Pakatan Ali Baba merupakan satu idea yang tidak baik. Beban yang dibawa Mahathir akan terpaksa ditanggung bersama oleh DAP dan Pakatan Harapan dan kaum Cina telah menyalahkan Kit Siang terhadap masalah ini. Ini membuktikan bahawa Kit Siang seorang strategis politik yang tidak cekap dalam umur yang sudah tua. Masalah Kit Siang ialah beliau suka memperkecilkan kebolehan Najib dan beliau fikir boleh makan Najib. Sekarang akhirnya terbukti bahawa Najib merupakan seorang sifu politik dan memerangkap Kit Siang dengan seluarnya terlondeh.

Biasanya sesaorang akan mengakhiri kerjayanya pada aras tertinggi kerjayanya.  Mahathir mengakhiri kerjaya keduanya semasa sedang merangkak dan Kit Siang sedang mengikuti dan menyertai Mahathir terus ke dalam longkang. Ini serupa dengan kase  Muhammad Ali. Setelah mengakhiri kerjayanya di peringkat tertinggi, Muhammad Ali membuat keputusan untuk kembali semula ke kerjayanya dan kalah. Mahathir lakukan yang sama. Beliau bersara dan balik semula kepada kerjaya terakhir yang serupa. Dan Mahathir juga akan kalah, seperti Muhammad Ali.

Menukar Pakatan Harapan kepada Pakatan Ali Baba merupakan kesilapan besar Kit Siang, di mana DAP akan membayarnya dengan harga yang mahal pada pilihan raya akan datang.