Thursday 28 September 2017

MENGAPA MAHATHIR MENDALANGI SERANGAN TERHADAP 1MDB?


Kebanyaka syarikat IPP (Indipendent Power Producing) adalah merupakan syarikat kroni atau trustee Tun Mahathir.


Perjanjian pembekalan kuasa di antara TNB dengan IPP telah dibuat semasa era Mahathir dan perjanjian tersebut merupakan satu perjanjian yang berat sebelah di mana ia banyak menguntungkan syarikat-syarikat IPP tersebut dan membebankan TNB dan seterusnya membebankan rakyat.

Untuk meringankan beban rakyat Datuk Seri Najib semasa menjadi PM telah mengarahkan agar IPP berkenaan diambil alih oleh 1MDB. Dengan pengambilan alih ini banyak telah menjimatkan kos TNB membekalkan kuasa justeru itu mengurangkan bebanan kepada rakyat.

Ini tidak disenangi Mahathir kerana mengurangkan pendapatan kroni / trusteenya. Ini merupakan salah satu titik penyebab mengapa Mahathir bukan sahaja menyerang 1MDB malah ingin Najib dijatuhkan sebagai PM kerana kepentingan pribadi.

AS$2.6 BILION: PEMBANGKANG YANG SEBENARNYA TIDAK BERINTERGRITI


FAKTA AS$2.6 BILION DALAM AKAUN PERIBADI NAJIB


1 MDB: LIHAT PADA FAKTA BUKAN SENTIMEN


SERANGAN TERHADAP NAJIB MERUPAKAN AGENDA PERIBADI TUN M


DAP ANTI ISLAM


DAP PEROSAK CINA MALAYSIA


DAP TIDAK AKAN IKUT TELUNJUK TUN MAHATHIR


KEWUJUDAN PPBM SEKADAR PECAH-BELAHKAN MELAYU



Tidak mustahil kewujudan PPBM dan juga Parti Amanah Negara (PAN) hanya sebagai proksi DAP untuk memecah-belahkan parti yang dikuasai oleh masyarakat Melayu dan bumiputera khususnya UMNO dan Pas.
Penubuhan Pertubuhan Parti Bersatu Malaysia (PPBM) sekadar bertujuan untuk memecah-belahkan Melayu semata-mata, tanpa ada niat yang lebih positif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, khususnya orang Melayu.

Pada pandangan mata kasar, memang wujudnya parti PPBM itu kononnya untuk membela rakyat tetapi sebenarnya ia hanya akan mengurangkan kekuatan sokongan politik orang Melayu, yang akhirnya akan memecah belahkan bangsa Melayu itu sendiri.
Kini, kita nampak pecahan enam parti orang Melayu, ada antara mereka sendiri yang membuka parti baru malah menggunakan alasan untuk mengantikan parti induk mereka sendiri sebelum ini, sedikit sebanyak ada kesannya pada kuasa politik orang Melayu dalam negara kita.
Dalam masa yang sama, penubuhan PPBM ini sekadar mahu menonjolkan bahawa parti mereka lebih hebat dari UMNO, walhal keahlian mereka hanya mengaut ahli-ahli dari UMNO yang kecewa, dan mempunyai kepentingan peribadi termasuk mahu bertanding dalam PRU-14 akan datang.

Tidak mustahil kewujudan PPBM dan juga Parti Amanah Negara (PAN) hanya sebagai proksi DAP untuk memecah-belahkan parti yang dikuasai oleh masyarakat Melayu dan bumiputera khususnya UMNO dan PAS.
Namun UMNO sebagai parti politik yang matang, kerosakan yang berlaku ini hanya di peringkat permulaan sahaja, dan ahli-ahli UMNO sendiri sudah sedar bahawa kewujudan parti baru ini akhirnya tidak membawa apa-apa haluan perjuangannya selain hanya merugikan orang Melayu sahaja.
Sehubungan itu, semua masyarat Melayu khususnya ahli UMNO dingatkan supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan usaha parti baru berkenaan untuk menarik ahli-ahli UMNO.
Memanglah apabila ditubuh parti baru tujuan mereka hanyalah hendak memecahbelahkan UMNO yang mana dipercayai PPBM seperti juga PAN yang didalangi oleh DAP cuba untuk memecahbelahkan orang Melayu, oleh yang demikian  kesan besarnya bangsa kitalah yang akan rugi.

APA YANG MELAYU HARUS TAHU TENTANG DAP


Tuesday 26 September 2017

MACAM MANA DIKATAKAN PEMINUM ARAK MEMPUNYAI HAK?

Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017 mahu diadakan di negeri Selangor selepas pesta itu tidak dibenarkan di Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu menghormati hak kaum dan agama lain.

Sebenarnya Azmin Ali harus disekolahkan terlebih dahulu sebelum membenarkan pesta tersebut diadakan di Selangor.

Beliau harus faham bahawa arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama. Selain memudaratkan manusia seperti memabukkan dan ketagihan, ia juga mewujudkan masalah sosial seperti pergaduhan yang tidak terkawal sehingga mengakibatkan pembunuhan dan kemalangn jalan raya atau mungkin kase rogol atau liwat. Kemudaratannya kepada manusia lebih kurang sama dengan kemudaratan mengambil dadah. Jikalau dadah boleh diharamkan, mengapa tidak terhadap minum arak? Kedua-duanya mewujudkan masalah sosial.


Selain itu apa yang dilihat ia jelas tidak menghormati sensitiviti agama lain selain mencabar keharmonian hidup beragama demi untuk meraih undi peminum arak tegar yang kebanyakkannya bukan Islam.

Satu persoalan yang ingin dibangkitkan kepada Azmin Ali, arak ini milik agama dan kaum mana? Kalau beliau nak kata hormati agama dan kaum lain, terlebih dahulu buktikan arak ini milik siapa?

Kristian, Buddha, Hindu dan apatah lagi Islam semuanya menolak arak kerana ia memudaratkan manusia serupa seperti dadah. Kaum lain tidak dihalang untuk minum arak tetapi jangan buat pesta kerana ia mencabar dan tidak menghormati perlembagaan negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan.

Sementara itu banyak pihak menyuarakan kekecewaan terhadap Azmin Ali kerana didakwa gagal menjaga maruah Islam walaupun beliau sendiri seorang Islam (tak taulah kalau sudah tukar agama kerana kemaruk dengan politik) kerana baginya politik adalah segalanya, Islam tidak penting baginya. Padanya dirinya adalah penting daripada Islam demi untuk mendapatkan kuasa. Adakah beliau layak diundi oleh Melayu Islam pada pilihan raya umum akan datang? Oleh itu adalah diharapkan agar orang Melayu Islam kali ini 'tidak akan mudah lupa' untuk menolak Azmin Ali, yang mana bertentangan dengan rakanya Mahathir, ‘Melayu Mudah Lupa’.

Dengan isu ini Azmin Ali secara terang-terang tanpa berselindung telah membuka pintu dengan seluasnya untuk Perlembagaan Persekutuan Bahagian I Perkara 3(1) -Islam Sebagai Agama Persekutuan dicabar oleh pihak bukan Islam yang mempunyai agenda tersendiri untuk menulis semula perlembagaan negara ini. Itulah ibaratnya jika  pokok yang sudah condong, bukan sahaja ular, kura-kura juga turut naik.

Selama ini kita orang Islam tidak pernah halang kaum lain minum arak, malah kilang arak pun wujud di Selangor.

Apakah mereka menghormati Islam dengan mengadakan pesta arak? Sebenarnya mereka sendiri tidak hormati kita orang Islam dan kenapa pulak Azmin Ali sahaja yang kena hormati mereka, atau hormat kerana politik, atau Azmin Ali sendiri barua mereka, ini tidak adil dan berat sebelah. Azmin Ali tidak layak mewakili orang Melayu Islam negeri Selangor untuk menentukan sama ada pesta arak itu boleh atau tidak boleh diadakan di negeri Selangor. Berdasrkan Bahagian I Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan, hanya D.Y.M.M Sultan Selangor sahaja melalui Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan seterusnya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang layak membuat sebarang keputusan atau undang-undang yang ada kait rapat dengan agama Islam, seperti isu pesta arak tersebut.

Ironinya jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar adalah atas pekenan D.Y.M.M Sultan Selangor. Masakan beliau lebih berkuasa daripada Baginda untuk membenarkan pesta arak tersebut diadakan di negeri Selangor yang mana ia bertentangan dengan undang-undang Islam, sepatutnya di bawah bidang kuasa Sultan Selangor yang mempunyai kuasa terhadap agama Islam dan bukanya Menteri Besar seperti Azmin.

Beliau sebagai Menteri Besar boleh dengan sewenang-wenangnya membenarkan pesta arak diadakan di Selangor, tetapi ini boleh dicabar oleh rakyat Melayu Islam Selangor di mahkamah melalui ‘Semakan Kehakiman’ atau ‘Judiciary Review’ sama ada Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menidakkan kuasa D.Y.M.M Sultan dalam melaksanakan kuasanya terhadap pelaksanaan serta perjalanan agama Islam di Selangor.

Sebagai sebuah kerajaan yang berprinsipkan Islam, kerajaan negeri tidak boleh terlalu liberal dan letakkan kebebasan mutlak sebagai keutamaan kerana pesta arak jelas membawa keburukkan hampir serupa dengan gejala dadah.









Sunday 24 September 2017

PERBANDINGAN ANTARA ‘SURAT KHABR LAMA’ DENGAN ‘SURAT KHABAR YANG LEBIH LAMA’

Wajah 'surat khabar lama'
Banyak pihak hairan dengan pelbagai reaksi yang diberikan oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP apabila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membuat keputusan untuk menyertai semula UMNO - lima tahun selepas meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.

Sebelum ini Muhammad pernah berada dalam PAS dan dua tahun kemudian menyertai PKR. Kalau kita masih ingat kemasukan beliau ke dalam PKR telah disambut dengan penuh gembira dua pemimpin kanan PKR iaitu Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika itu kedua-dua pemimpin berkenaan begitu menghargai penyertaan Muhammad. Tiada langsung istilah surat khabar lama atau baharu, malah pandangan sama turut diberikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang lain.

Mereka menganggap kehadiran Muhammad yang merupakan seorang ahli politik cukup berpengalaman di Selangor akan membantu meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti itu sama ada di kawasan luar bandar mahupun bandar di negeri tersebut.

Tetapi kini apabila Muhammad membuat keputusan kembali ke dalam UMNO, segala puji-pujian dan penghargaan itu hilang entah ke mana. Apa yang ada hanyalah cacian dengan menyifatkan UMNO menerima ‘surat khabar lama’.

Wajah 'surat khabar yang lebih lama'
Namun perlu diingatkan ‘surat khabar lama’ itulah yang sebelum ini digunakan pembangkang untuk menyerang kembali kerajaan. Muhammad diusung ke sana ke mari termasuklah dalam kempen-kempen pilihan raya.

Bagaimanapun kalaulah soal ‘surat khabar lama’ mahu diperkatakan. Pakatan Harapan lebih teruk apabila sanggup menerima ‘surat khabar yang lebih lama’ untuk dijadikan Pengerusi mereka iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lebih menyedihkan, ‘surat khabar yang lebih lama’ itu dulunya amat dibenci oleh pembangkang khususnya DAP, PKR dan PAS, tetapi sekarang Mahathir telah digunakan habis-habisan bagi menyerang kerajaan.

Malah beliau juga digunakan Cina DAP untuk menipu pengundi-pengundi Melayu termasuklah dalam kawsan Felda. Soalnya, kenapakah isu ‘surat khabar yang lebih lama’ ini tidak diperkatakan? Apakah kerana ia memberi keuntungan kepada politik pembangkang maka segalanya mahu ‘dihalalkan’?

Justeru itu kami berpendapat, pihak yang suka mengumpul ‘surat khabar yang lebih lama’ ialah pembangkang. Mereka terima dengan gelojohnya segala macam jenis bentuk ‘surat khabar lama’, terutama yang datang daripada UMNO. Mereka tidak kira, sekalipun sama ada ‘surat khabar lama’ itulah peliwat, penipu rakyat, diktator, perasuah, penyalah guna kuasa, pemfitnah dan perompak bank, janji matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN tercapai.

Sudah pasti kembalinya mereka kepada UMNO itu bersebab, kami yakin seperti mana kata Muhammad puncanya adalah beliau akhirnya sedar parti pembangkang sememangnya tidak mampu berjuang seperti mana perjuangan UMNO dalam membela Islam, orang Melayu dan negara.
UMNO seperti mana yang kita tahu, sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli. Malah, pemimpin dan ahli UMNO yang keluar parti, yang kemudian mahu kembali kerana sedar bahawa tidak ada parti selain UMNO yang mampu berjuang untuk agama, bangsa dan negara, pasti akan dialu-alukan.

Katakanlah jika Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal atau pun Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali pun ingin kembali kepada UMNO, insya-Allah kami yakin pintu UMNO sentiasa akan terbuka untuk membuat rundingan ke arah itu. Jadi tidak timbul isu soal surat khbar lama atau tidak.

Ia memandangkan bagi UMNO, sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan nasib bangsa dan agama pasti akan dialu-alukan. Ini kerana perjuangan itu sama sekali tidak boleh dilakukan oleh PKR, PAN mahupun PPBM.

Faktanya mereka adalah ‘pak turut’ dalam Pakatan Harapan. Pada luarannya Pakatan menggambarkan baris kepimpinan Melayu, hakikatnya kuasa disebalik Pakatan Harapan adalah Cina DAP sebab mempunyai kerusi Parlimen terbanyak dibandingkan ketiga-tiga parti lain iaitu PKR, PAN dan PPBM. Kesemua pemimpin ketiga-tiga parti tersebut merupakan alat kepada Cina DAP untuk meraih undi Melayu untuk berkuasa. Tanpa undi Melayu, undi kaum Cina sahaja tidak memungkinkan DAP menguasai negara ini. Inilah menjadi salah satu penyebab kenapa Muhammad yang mempunyai jati diri Melayu yang kental akhirnya kembali kepada UMNO.

Selepas berada dalam dua buah parti, Muhammad semakin sedar siapa ‘taiko’ dalam pakatan pembangkang dan memahami jika beliau berhasrat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, ia tidak akan kemana, justeru kembali kepada UMNO adalah langkah terbaik.

Kami juga beranggapan, sebenarnya dengan ‘menyerang’ kemasukan semula Muhammad ke dalam UMNO adalah satu lagi strategi mengalih perhatian bagi menutupi segala kepincangan yang berlaku di dalam Pakatan Harapan.

Jangan lupa ketika ini parti yang menjadi sandaran pakatan itu untuk menarik sokongan Melayu iaitu PPBM yang didalangi DAP, turut berhadapan dengan masalah apabila seorang demi seorang pemimpinnya meninggalkan parti tersebut. Bukan itu sahaja malah eksco sayap pemuda parti itu ARMADA mempersoalkan kredibiliti Pengerusinya Tun Dr. Mahathir.

Begitu juga DAP yang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) masih belum dapat diselesaikan hingga sekarang.

Begitu juga PKR tentang perbalahan Timbalan Presiden Azmin Ali dan Naib Presidennya Rafizi Ramli berkaitan isu kerjasama dengan PAS dalam PRU ke 14 akan datang.

Tetapi kami yakin, isu remeh-remeh yang cuba diprovokasikan itu tidak dapat mengalih perhatian rakyat daripada melihat kelemahan dan kepincangan yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Jika pemimpin Pakatan harapan yakin mereka dapat memperbodohkan rakyat seperti dulu-dulu, maka mereka salah percaturan.

Mana mungkin mereka mampu menyorokkan bangkai gajah dengan sehelai daun pisang dan itulah perumpamaan yang tepat kepada pembangkang yang sedang huru-hara dengan pergolakan dalaman mereka.

Atas sebab itulah mereka khuatir apabila ada pemimpin seperti Muhammad membuat tindakan meninggalkan pakatan tersebut kerana ini akan membuktikan bahawa Pakatan Harapan sama sekali tidak boleh disandarkan darapan oleh rakyat.


Saturday 23 September 2017

MAHATHIR BERBOHONG DIA TIDAK BAYAR PELOBI UNTUK BERJUMPA PRESIDEN BUSH

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak mengarahkan sesiapa untuk melobi untuk beliau berjumpa dengan Presiden Amaerika Syarikat George W Bush, atau bayar pelobi berjuta ringgit untuk mengaturkan perjumpaan tersebut.
Pengerusi Pakatan Harapan, dan mantan presiden Umno itu, mengatakan beliau tidak mengetahui tentang kebenaran kenyataan anak seorang bekas menteri Megat Junid Megat Ayub bahawa wang dibayar untuk menemui Bush.
Dalam posting blognya, Mahathir mengatakan Megat Fairouz (anak Megat Junid) mendakwa bahawa maklumat tentang pembayaran telah didedahkan kepada beliau oleh ayahnya.
 Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu benar atau tidak. Mungkin pegawai  Wisma Putra yang mengatur lawatan saya ke Amerika Syarikat akan tahu. Setahu saya tiada arahan daripada saya untuk melobi perjumpaan tersebut.”
Beliau kemudian menambah, dengan nada menyindir: “ Tidak mengapa, mungkin  begitu Fairouz mencari makan.”
Mahathir berkata semasa beliau menjadi Perdana Menteri pada 1981, Duta Amerika Syarikat, mempercayai beliau mahu berjumpa Presiden Amerika Syarikat, “serupa sebagaimana pemimpin baru lain yang dilantik akan”, berjumpa beliau untuk memohon maaf, mengatakan tiada perjumpaan dapat diadakan ketika itu memandangkan Bush terlalu sibuk.
Saya beritahu Wisma Putra yang petang itu bahawa saya tidak ingin berjumpa Presiden Amerika Syarikat itu dan, oleh itu tidak perlu mendapakan tempat untuk saya.”
Beliau mengatakan beliau mengarahkan Wisma Putra, apabila menjadi Perdana Menteri, yang keutamaan beliau ialah melawat negara Asean, diikuti negara OIC dan kemudian negara Commonwealth.
Amerika Syarikat tidak pernah dalam rancangan lawatan saya, di mana mengapa saya hanya pergi ke Amerika Syarikat pada 1984, tiga tahun setelah saya menjadi Perdana Menteri. Malah saya ke sana ketika itu sebab saya berada di Amerika Utara.
New Straits Times telah memetik Megat Fairouz Junaidi mendakwa bahawa bapanya telah membayar beberapa orang pelobi, apabila menerima arahan daripada Mahathir pada April 2001 untuk mengaturkan pertemuan itu.
Pertemuan itu, beliau dakwa, untuk menaikkan imej Mahathir yang tercemar di Amerika Syarikat, terutama setelah Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore menegur kerajaan Malaysia yang didakwa menindas kebebasan dan memuji mereka yang telah bersatu menentang pentadbiran Mahathir ekoran daripada pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Gore mengatakan ini semasa makan malam sempena Sidang Kemuncak  Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada November 1998.
NST memetik Megat Fairouz sebagai berkata: “Sebagaimana saya difahamkan, arwah bapa saya telah diarahkan untuk mengatur satu perjumpaan antara Tun Dr Mahathir dan Presiden Amerika syarikat sejak 2001.
Ekoran arahan tersebut, arwah bapa saya berjumpa dengan beberapa pihak dan membayar sejumlah wang kepada pelobi untuk tujuan menjamin pertemuan tersebut di mana akhirnya berlaku pada Mei 2002.”
Megat Fairouz berkata arwah bapanya tidak memberitahu beliau berapa banyak dengan dengan tepatnya telah dibayar, tetapi dia percaya ia berjumlah jutaan ringgit.
Menurut NST, Megat Fairouz berkata ini apabila memberi komen atas kenyataan oleh Perdana Menteri Prime Minister Najib Tun Razak bahawa kunjumgan Mahathir terhadap Presiden Amerika Syarikat George W Bush pada 2002 telah diatur oleh pelobi.
Najib telah menyatakan yang Mahathir telah membayar berjuta ringgit kepada seorang pelobi yang berpengkalan di Hong Kong untuk mengatur pertemuan dengan  Bush.
Najib dipetik sebagai berkata bahawa pelobi tersebut telah dibayar dengan menganugerah satu projek mewah, di mana beliau dan Timbalan Perdana Menteri  Ahmad Zahid Hamidi, arif tentangnya.
Najib kata meskipun berbelanja jutaan ringgit, Mahathir tidak diberi sambutan semesra yang beliau telah terima semasa menemui Presiden Donald Trump pada 12 Sept 2017.
Mahathir juga merasa tersentuh dalam blognya, dengan mengatakan kononnya beliau juga diterima dengan sambutan mesra oleh Presiden Bush
Apapun penafian Mahathir tentang isu melobi dengan wang untuk berjumpa Bush terjawab daripada kenyataan beliau dalam media The Star bertarikh 21 Feburari 2006.(kenyataan beliau dalam The Star di bawah).
Oleh itu di sini adalah jelas Mahathir adalah seorang pembohong.. 



FEE PAID TO MEET BUSH
(The Star, 21 February 2006) – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad admits that “somebody” paid a lobby fee – purportedly US$1.2mil (RM4.56mil) – to arrange his meeting with United States president George W. Bush in 2002.
“I don’t think the (Malaysian) Government paid. But I must admit the Heritage Foundation (a US think tank) arranged it. They talked me into meeting Bush because they said I would be able to influence him in some way regarding US policies.”
“Secondly, it would be good for Malaysia if the relationship between Malaysia and the United States improved. It is true that somebody paid. But I don’t think it was the Government,” he added.
A recent report in the Los Angeles Times said the Malaysian Government called on a lobbyist when it arranged for a meeting between Bush and Dr Mahathir in 2002. The report claimed that the lobbyist was paid US$1.2mil by the Malaysian Government for his services in 2001 and 2002. E-mails of the report and a photograph of Dr Mahathir shaking hands with Bush were circulated online recently.
The Washington Post recently reported that the number of lobbyists in the US capital has doubled since 2000 to more than 34,750 while the amount the lobbyists charge their new clients has increased by as much as 100%. Experts say the lobbying boom has been caused by rapid growth in government, Republican control of both the White House and Congress, and widespread acceptance among corporations that they need to hire professional lobbyists to secure federal benefits.
Dr Mahathir said in the United States, the practice to see a leader was to go through a lobbyist, who had to be paid. “I did not touch the money. But, I think somebody paid. That is their practice,” he said. “That is their system. It is not corruption at all. It is very open.”
Earlier this year, high-flying Republican lobbyist Jack Abramoff pleaded guilty to conspiracy, fraud and tax evasion in a deal to cooperate in a federal corruption probe in Washington. He once described Native Americans as tribes and his clients – from whom he got an estimated US$66mil (RM245mil) – as monkeys, troglodytes and idiots.
He could be jailed up to 11 years and made to pay US$26.7mil (RM99.3mil) in retribution. Abramoff admitted to corrupting government officials and defrauding his own clients of US$25mil (RM93mil).