Wednesday 29 November 2017

SKANDAL TANAH SUNGAI YU: AZMIN ALI TIPU RAKYAT SELANGOR




Perkara itu dapat dilihat dengan jelas sebaik terbongkarnya skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu kepada 175 penerima menerusi proses yang cukup

Dasar peduli rakyat yang dilaungkan Kerajaan PKR Selangor disifatkan hanya retorik politik semata-mata apabila terdapat beberapa keputusan rasmi yang dibuat oleh pentadbiran negeri dilihat mengkhianati amanah rakyat.

meragukan.

Menteri Besar, Azmin Ali perlu bertanggungjawab kerana skandal tersebut bukan sekadar cakap-cakap kedai kopi tetapi lengkap dengan segala butiran terperinci tentang amalan kronisme kronik dan penyelewengan.

Kami dimaklumkan penduduk asal di Kampung Sungai Yu ini telah memohon untuk mendapatkan tanah sejak sekian lama. Namun hak untuk mendapatkan lot tanah itu akhirnya telah dinafikan oleh kerajaan negeri pimpinan Azmin.

Malahan, pemberian tanah itu didakwa terpalit dengan unsur-unsur penipuan, kronisme serta salah guna kuasa. Jadi, di mana sebenarnya dasar peduli rakyat yang dilaungkan oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

Kisah kronisme dalam skandal tanah di Kampung Sungai Yu kini semakin jelas di manakah puncanya bermula apabila salah seorang daripada tiga pemimpin PKR yang didakwa membolot lot tanah dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Azmin Ali.

Malah, pemimpin PKR Sungai Yu itu sering kali dilihat berdampingan dengan Azmin Ali dalam pelbagai program politik atau kerajaan negeri yang dirasmikan Timbalan Presiden PKR tersebut.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang penduduk Sungai Yu, yang kecewa dengan sikap membisu kerajaan PKR Selangor dalam isu penyalahgunaan kuasa dan kronisme di sebalik skandal tanah berkenaan walaupun satu demi satu bukti penyelewengan terlondeh.

Dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memilih siapa yang layak menerima tanah itu.

Difahamkan, pemimpin PKR yang didakwa terbabit membolot empat lot tanah iaitu menggunakan nama sendiri, adik-beradik dan ayahnya.

Skandal penganugerahan tanah Sungai Yu kini panas, apabila terbongkarnya kewujudan 18 ‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), turut diberikan tanah tersebut.

Selain itu, skandal tersebut juga menyerlahkan amalan kronisme kronik apabila beberapa pemimpin PKR didakwa membolot tanah yang sepatutnya diberikan kepada rakyat serta bagaimana syarat utama kelulusan sendiri dilanggar kerajaan PKR Selangor.

Dalam pada itu, menurut seorang penduduk kampung tersebut, proses pemilihan tanah tersebut sejak dari awal lagi tidak dilaksanakan dengan telus kerana bagaimana seorang pemimpin PKR yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memilih diri sendiri sebagai penerima tanah.

Sebenarnya, pihak yang terlibat dengan pemilihan dalam skandal ini termasuk kerajaan negeri sendiri tahu apa yang berlaku tetapi mengapa berdiam diri?

Oleh itu pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah bertindak pro aktif terhadap isu ini, dan bukannya berlengah-lengah kerana ia merupaka negeri yang diperintah oleh kerajaan pembangkang. Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan di negeri yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tempoh hari seperti di Johor, Melaka dan Sabah di mana tanpa sebarang laporan sudah ada orang yang ditahan untuk siasatan. Ini termasuk entiti kerajaan BN seperti FELDA.


Tuesday 28 November 2017

RAKYAT MALAYSIA MASIH TERTUNGGU JAWAPAN TUN DR MAHATHIR

Banyak pihak menimbulkan persoalan tentang kekayaan luar biasa anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikatakan mencecah angka berbilion ringgit.

Isu itu turut dibangkitkan bekas-bekas pemimpin Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Dr. Mahathir.

Namun sehingga kini, Dr. Mahathir masih belum menjawab kontroversi yang menyelubungi anak-anaknya Datuk Seri Mukhriz, Tan Sri Mokhzani dan Mirzan itu.

Oleh itu kami ingin membangkitkan kembali desakan beberapa tokoh sebelum ini yang meminta Dr. Mahathir menjelaskan bagaimana ketiga-tiga anak lelakinya itu memperolehi kekayaan luar biasa.

Dr. Mahathir hanya seorang Perdana Menteri selama 22 tahun tetapi anaknya boleh menjadi bilionair dan rakyat mahu tahu bagaimana ini boleh berlaku. Sekiranya beliau tidak menjawab sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) perkara ini merisaukan rakyat mengenai komitmen beliau dalam menangani amalan kronisme.”



TUNKU ABDUL AZIZ TUNKU IBRAHIM
Bekas Naib Pengerusi DAP


Saya ingin menjemput Mukhriz untuk berdebat mengenai bagaimana beliau boleh menjadi seorang jutawan dalam masa begitu singkat. Saya dan orang ramai sagat ingin tahu sama ada beliau menjadi kaya raya atas usaha sendiri atau sebaliknya. Ini kerana setahu saya, beliau bukan daripada keturunan hartawan. Tindakan saya mencabar beliau berdebat kerana tingkah laku bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlagak seperti seorang yang bersih rasuah.”


HARIS CHE MAT
Bekas pegawai khas politik Mukhriz


 
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah lama desak beliau dedahkan kekayaan dimiliki termasuk anak-anaknya sejak meninggalkan jawatan Perdana Menteri. Tetapi beliau senyap. Selama ini Dr.Mahathir suka mencari kesilapan orang lain, dakwaan orang terlibat rasuah termasuklah kekayaan anak-anak pemimpin. Tetapi apabila drsakan itu diajukan kepada beliau malah daripada Pemuda PPBM sendiri, tiada penjelasan diberikan.”






DATUK AZWANDDIN HAMZAH
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM)


Masanya telah tiba untuk Dr. Mahathir menjelaskan mengenai kekayaan yang dimiliki beliau dan anak-anaknya. Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) perlu menyiasat Dr. Mahathir dan anak-anaknya mengenai kekayaan dan saham dalam pelbagai syarikat yang mereka telah kumpul sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.”









TAN SRI DR.K.KENNETH ESWARAN
Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan
Perindustrian India Malaysia (MAICCI)

Kita masih ingat ketika Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO, membuat ucapan dasar dalam Persidangan Pemuda UMNO mendedahkan amalan nepotisme dan kronisme, Dr. Mahathir terus mengaktifkan ‘mod serangan’ dalam ucapan dasar beliau keesokan harinya. Tindakan ini membuktikan bahawa beliau sentiasa ingin melindungi kemungkinan salah laku korporat anak-anaknya.”



DATUK SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
Ketua Pemuda UMNO Kedah

KERAJAAN PKR NEGERI SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI MENERIMA TAMPARAN HEBAT.


Kerajaan PKR Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali menerima tamparan hebat apabila disaman oleh Puncak Niaga Holdings Berhad sebanyak RM14 bilion, baru-baru ini.

Pincak Niaga mengemukakan tuntutan saman tertinggi dalam sejarah negara ini, berhubung pengambilalihan industri air negeri itu, yang melibatkan kepentingan 11 juta pengguna. Turut disaman bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Kami rakyat Selangor sekadar senyum kambing melihat gelagat mereka yang angkuh dan sombong kepada rakyat itu. Inilah akibat jika pemimpin kerajaan negeri PKR yang angkuh dan sombong serta mengambil mudah soal pengurusan air sehingga kemelut berlarutan dan kemuncaknya ke mahkamah.

Puncak Niaga mendakwa Azmin dan Khalid telah menyalahgunakan kuasa dalam isu penstrukturan semula air di negeri itu. Kami rakyat Selangor angkat topi kepada pengasas dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Rozali Ismail. Beliau bukan sahaja berani bangkit bagi membetulkan kepincangan kerajaan negeri malah melawan keangkuhan dan kesombongan Azmin Ali yang telah membuat rakyat Selangor menderita dengan masalah bekalan air bersih.

Monday 27 November 2017

MESIR : IKTIBAR BAGI MEREKA YANG CENDERUNG MENGGULINGKAN KERAJAAN MELALUI TAJAAN NGO ASING.

Selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, digulingkan pada 2011 melalui gerakan Arab Spring, situasi negara itu tidak pernah bertambah baik sebaliknya makin buruk.

Kami sedih kerana saban hari bumi Mesir menyaksikan begitu banyak pertumpahan darah, bagaikan berundur ke zaman silam.

Terbaru, lebih 300 orang terkorban dalam serangan ke atas sebuah masjid di Sinai, Mesir, kelmarin.

Semua ini tidak berlaku ketika rejim pemerintahan Hosni bahkan negara itu stabil dan aman.

Namun percaturan kuasa besar membawa tercetusnya Arab Spring yang yang didalangi sebuah entiti kerajaan Amerika Syarikat dikenali sebagai National Endowment for Democracy (NED) sayap kepada Central Intelligence Agency (CIA). Badan inilah yang menyalorkan dana kepada penentang-penentang kerajaan Mesir melalui beberapa NGO seperti Open Society Foundation (OSF),Open Society Institute (OSI), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) dan Neo Conservative Lined Freedom (Neo-Con). Peranan NGO-NGO ini adalah melatih, membiayai dan menghasut NGO-NGO Arab bagi mencetuskan Arab Spring

                                                                                    Ia bermula pada 17 Disember 2010 di Tunisia
selepas itu terus merebak diseluruh negara-negara Arab termasuk Mesir dan berakhir pada Disember 2012. Menurut punca yang boleh dipercayai semasa pra Arab Spring semua NGO-NGO asing tersebut telah menerima dana sejumlah AS$100 juta daripada NED untuk mencetuskan Arab Spring.

Mesejnya, mengulingkan kerajaan bukan penyelesaian terbaik sebaliknya boleh membawa musibah besar kepada sebuah negara. Lihatlah bagaaimana Iraq terus sengsara hingga hari ini. Kami harap ia menjadi iktibar yang sangat bernilai buat kita rakyat di Malaysia.

Syukur, tanah air ini terus aman dan harmoni tetapi usah diambil mudah. Sebenarnya Malaysia juga rapuh yang antaranya boleh dilihat dengan campur tangan NGO asing membiayai NGO pro pembangkang dan parti pembangkang negara ini.

Menurut maklumat yang dimuat naik dalam laman web BERSIH bertarikh 30 November 2007, Merdeka Centre dan Malaysia For Free Election (MAFREL) yang dipimpin oleh Abd Malek Hussin pernah menerima dana daripada IRI. Ini diakui sendiri oleh pemimpin tersebut.

Menurut punca yang boleh dipercayai, selain daripada MAFREL dan Merdeka Centre, NGO dan media pro pembangkang yang pernah menerima dana asing ialah Gabungan Pilihanraya Bersih (BERSIH), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan media pro pembangkang Malaysiakini.

BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini dilporkan pernah menerima sumbangan dana daripada NED melalui OSF, sebuah badan bukan kerajaan Zionis yang diasaskan oleh George Soros.

PKR dan ‘Education and Research Association for Consumer’ (ERA Consumer) telah pernah menerima dana dan latihan oleh NED melalui NDI.

Jelas lihat di sini bahawa semua NGO-NGO asing yang yang terlibat dalam membiayai organisasi pembangkang dan pro pembangkang tempatan merupakan NGO yang sama yang telah mencetuskan Arab Spring di negara-negara Arab.

Apakah agenda serta peranan mereka di Malaysia kali ini? Adakah untuk melatih, pada yang sama menghasut pemimpin-pemimpin si kitul dan puak-puak kaduk naik junjung di negara ini untuk menggulingkan kerajaan negara ini yang dipilih secara demokratik. Waspadalah rakyat serta pihak  berkuasa, sebelum nasi menjadi bubur.

Sunday 26 November 2017

PRU 14 : KEBIJAKSANAAN MEMILIH BERLANDASKAN REALITI FAKTA BUKAN PERSEPSI CIPTAAN PEMBANGKANG


Melalui dua pilihan raya yang lepas bermula PRU ke-12 pada 2008 permulaannya pakatan pembangkang berjaya menawan 5 buah negeri di semenanjung iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kemudian diikuti PRU ke-13 pada 2015 di mana kejayaan mereka mula merosot dengan gagal mempertahankan lima negeri dan hanya mampu mengekalkan 3 negeri walaupun mendapat undi popular 52.62% berbanding Barisan Nasional (BN) hanya 47.38%. Negeri-negeri yang masih kekal di bawah pembangkang sehingga kini ialah Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.


Tentang isu undi popular, pakatan pembangkang dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihan raya yang telah diterima pakai di Malaysia sejak dahulu lagi (malah di banyak negara maju lain seperti Britain) adalah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk kerajaan.
Jumlah undi dikutip secara keseluruhan (undi popular)  tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan di dalam pilihan raya di Malaysia.

Prestasi BN mula menampakan kecemerlangan memberangsankan selepas PRU-13, iaitu semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, di mana ketika itu merupakan kemuncak penyebaran persepsi kebencian ciptaan pembangkang yang hangat diperkatakan terhadap kerajaan dalam isu 1 Malaysian Development Berhad (1 MDB) dan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).
Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei 2016 telah menyaksikan kecemerlangan BN dengan memenagi 72 daripada 82 kerusi DUN Sarawak merupakan 87.80% daripada jumlah undi. Manakala pembangkang hanya mampu meraih 10 kerusi merupakan 12.20% daripada jumlah undi.

Begitu juga Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 di mana BN memperolehi kecemerlangan. Di Parlimen Sungai Besar BN memperolehi majoriti 9,191 berbanding hanya 399 undi pada PRU 13. Dan di Parlimen Kuala Kangsar BN memperolehi 6,969 undi berbanding hanya 1,082 dengan peningkatan yang memberangsang berbaning PRU 13.
Dari pengalaman ketiga-tiga pilihan raya tersebut menggambarkan bahawa rakyat telah mula menerima realiti sebenar terhadap pembangkang serta menolak persepsi kebencian ciptaan mereka terhadap kerajaan melalui strategi Fitnah, Keliru dan Tawan (F.K.T) atau Slander, Confuse and Capture (S.C.C).
Adalah di harapkan pada PRU ke 14 nanti rakyat akan lebih menjadi bijaksana memilih kerajaan berlandaskan realiti sebenar dan bukannya persepsi kebencian yang mereka ciptaan melalui strategi F.K.T.
Dalam konteks semasa, pendekatan mereka ini banyak menggunakan media sosial. Malah, dibentuknya satu pasukan petugas khas (task force) untuk mengendalikan sebaran dan tularan melalui media sosial. Bahan-bahan yang disiarkan berbentuk propaganda, provokasi, tomahan, dakwaan, putaran isu (spin), melaga-laga dan menyusun reka cerita (story-board) yang boleh mengeliru, membina persepsi dan membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan.
Kecenderungan ini memang terdapat di Malaysia. Banyak hal dijadikan isu. Yang diterjah dan disondol saban hari ada soalan tetapi mereka ini tidak pedulikan penjelasan dan jawapan. Mereka tidak berminat mendengar jawapan kerana apa yang dimahukan adalah terus mengelirukan pemikiran rakyat walaupun ia tidak benar. Contoh jelas adalah isu 1 MDB dan GST.
Isu Malaysia akan bankrap? Dahulu pun misalnya semasa kerajaan mahu membina Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Kembar Kuala Lumpur (KLCC), propaganda pembangkang mengenai isu bankrap ini sudah lantang bergema. Namun ekonomi Malaysia tetap stabil. Pertumbuhan tetap membrangsangkan. Jadi, apa masalahnya dengan projek-projek mega yang kerajaan rancang dan laksanakan?
Justeru rakyat negara ini perlu berwaspada agar tidak terperangkap dengan membuat tanggapan atau persepsi salah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan untuk mengelakkan terpengaruh dengan strategi F.K.T pembangkang. Sebaliknya bertindaklah dalam suasana pemikiran yang tenang, rasional dan terbuka dengan meneliti segala penjelasan sebaiknya sebelum membuat kesimpulan sendiri. Buat penilaian dan penetapan di fikiran melalui fakta yang tepat dan sahih. Jangan jadikan PRU-14 sebagai medan pilihan raya persepsi tetapi terjemahkan pendirian berlandaskan realiti.
Bahayanya, jika sesuatu penilaian berasaskan persepsi itu sudah sebati dalam pemikiran, sukar untuk menerima penjelasan dan pencerahan yang sebenar. Apabila pemikiran sudah keliru, pembangkang mudah tawan. Sebaik-baiknya pilihlah mereka yang pernah berbakti. Bukan hanya pandai mencipta persepsi. Antara panduan atau check list  paling mudah untuk membuat kesimpulan atau pilihan ialah:
Asas idelogi parti yang jelas dan praktikal. Bukan berbaur perkauman, parti anak beranak, parti geram, benci, serpihan atau parti untuk survival peribadi.
Berprinsip yang jelas. Pemufakatannya berpaksikan konsensus, sederhana, inklusif dan adil.
Barisan pemimpin yang berwibawa, berintegriti, bukan suka berdolak dalik atau terlalu mudah membuat pendirian secara ‘pusingan U’.
Rekod keberkesanan dan kecermerlangan termasuk mengurus tadbir negara meliputi bidang-bidang ekonomi, sosial, politik serta gagah mendapati cabaran, selain kukuh dalam perkongsian.
Akhirnya, bertanyalah secara jujur pada diri sendiri, apa sebenarnya dicari? Jika kemajuan, keamanan, keselamatan, kesejahteraan, perpaduan, kestabilan, kekal bermaruah dan kedaulatan, maka sudah tiada lagikah elemen-elemen ini di persekitaran ini?


Friday 24 November 2017

AZMIN ALI BUKANLAH SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG ORANG MELAYU BOLEH BERGANTUNG

Pemimpin Melayu PKR di bawah telunjuk DAP untuk mengkhianati Melayu
Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali hari ini telah menafikan hak lebih kurang 4,000 pelajar-pelajar Melayu di negeri itu apabila kerajaan negeri membuat keputusan untuk menutup Yayasan Selangor yang diilhamkan oleh Datuk Seri Harun Idris.
Fungsi asrama Yayasan Selangor yang dibina oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris pada tahun 1971 itu adalah untuk membantu anak-anak Melayu di luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Setiap tahun, Yayasan Selangor akan membantu lebih kurang empat ratus anak-anak Melayu dari luar bandar untuk melanjutkan pelajaran. Dan telah terbukti, anak-anak Melayu luar bandar yang mendapat bantuan daripada Yayasan Selangor ini mampu menjadi insan cemerlang dan berjaya di dalam pelajaran. Ada diantara mereka yang menjawat jawatan tinggi dan sebagainya.
Tetapi hari ini, adalah sesuatu yang amat mengecewakan kami apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menutup Yayasan Selangor itu. Ini secara tidak langsung, kerajaan negeri telah menyekat atau menafikan hak anak-anak Melayu luar bandar untuk mendapat bantuan bagi melanjutkan pelajaran mereka.
Jadi, dalam tempoh 10 tahun PKR menguasai kerajaan negeri, ini bermakna lebih kurang 4,000 anak-anak Melayu di negeri ini telah dinafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penutupan Yayasan Selangor ini juga secara tidak langsung memperlihatkan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai dasar untuk membantu orang-orang Melayu sepertimana yang telah tercatat di Perlembagaan berhubung hak-hak istimewa orang Melayu.
Perkara yang sama berlaku di Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) apabila PKNS yang ditubuhkan bertujuan untuk membantu orang Melayu dalam isu-isu pemilikan hartanah. PKNS dulu bina rumah-rumah yang mampu milik bagi orang Melayu.
Sebagai contoh di Shah Alam hari ini, PKNS telah membina rumah-rumah mampu milik untuk orang Melayu di mana hari ini, Shah Alam menjadi bandar yang majoritinya adalah orang-orang Melayu. Namun kita amat kecewa dengan dasar kerajaan negeri hari ini yang tidak lagi membina rumah-rumah murah untuk rakyat sepertimana dulu.
Di bawah pemerintahan Pakatan Harapan hari ini, dasar PKNS yang mahu membantu orang Melayu telah dirombak dan ditukar. PKNS tidak lagi membuat rumah murah. Hari ini rumah yang paling murah dibina oleh PKNS berharga lima ratus ribu dan ke atas.
Justeru itu, kami meminta agar orang Melayu di Selangor khususnya penggundi kawasan Parlimen Gombak dan kawsan DUN Bukit Antarabangsa agar merenung kembali dengan pemikiran yang matang dan rasional, sama adakah wajar Azmin Ali diberi sebarang undi pada PRU ke-14 akan datang kerana walaupun beliau seorang pemimpin Melayu, beliau telah mengkhianati hak keistimewaan bangsanya sendiri sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Thursday 23 November 2017

TUN DR MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG CUBA MEMPERBODOHKAN GOLONGAN MUDA DENGAN JAWAPAN YANG TIDAK MENYAKINKAN MEREKA.


Berangan-angan kononnya generasi muda sudah beralih menyokong pembangkang tetapi sebaliknya terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang seolah-olah ‘panas punggung’ apabila dilihat gagal menjawab persoalan yang dilontarkan oleh golongan itu dalam satu forum di Petaling Jaya pada malam 21 November 2017.


Dalam forum anjuran pembangkang itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Penasihat DAP itu menjadi ahli panel untuk menerima segala soalan dari para peserta.

Bedasrkan kepada pemerhatian, forum tersebut dihadiri kira-kira 120 orang, rata-rata berusia bawah 35 tahun dan majoriti kaum Cina.

Dewan agak riuh apabila seorang peserta forum bertanyakan pendirian Dr. Mahathir mengenai tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, 20 tahun lalu.

Namun, jawapan yang diberikan ternyata mengecewakan hadirin yang hadir apabila bekas Perdana Menteri itu seperti menyalahkan pihak polis dengan anggapan cuba menjatuhkan pemimpin PKR berkenaan.

“Saya ingat polis cuba menjatuhkan beliau. Oleh itu, saya tidak buat apa-apa tindakan. Pihak polis kemudiannya terus memberi laporan terperinci, tetapi saya tetap tidak mahu mempercayainya,” katanya dalam forum tersebut.

Ini jelas merupakan satu cubaan Mahathir untuk memperbodohkan hadirin. Dengan kata mudah, Mahathir cuba memperbodohkan mereka bahawa kononnya polis adalah lebih berkuasa daripada beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Dalam usaha mempertahankan dirinya, Mahathir berkata, tindakan diambil terhadap Anwar selepas mendapat pandangan pemimpin-pemimpin UMNO lain untuk menolak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beberapa soalan lagi yang ditujukan kepada Mahathir dan Kit Siang dilihat seperti sindiran terhadap kedua-duanya yang diketahui sebelum ini merupakan musuh politik sesama mereka.

Soalan terus ‘dikenakan’ terhadap Dr. Mahathir dan kali ini melibatkan pengunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan ahli-ahli politik pembangkang.

Dr. Mahathir bagaimanapun memberitahu, penguatkuasaan ISA yang digunakan oleh beberapa Perdana Menteri sebelumnya menyebabkan lebih ramai ditahan berbanding tempoh 22 tahun pemerintahannya.

Dalam jawapan Dr. Mahathir ini, sekali lagi beliau cuba memutar belit untuk menuding jari terhadap orang lain, iaitu Perdana Menteri yang lepas. Ini jelas bukan jawapan yang dikehendaki oleh hadirin. Isunya disini bukanlah siapa yang terbanyak membuat tahanan di bawah ISA.

Sebenarnya hadirin ingin mengetahui sebab beliau melaksanakan ISA semasa zaman pemerintahannya dan bukannya berapa banyak yang ditahan bawah ISA.

Sebagaimana yang difahamkan di era zaman Tengku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn kebanyakkan tahanan ISA merupakan anasir subersif penyokong PKM yang bergerak cergas semasa dharurat, konfrantasi dengan Indonesia dan pasca peristiwa 13 Mei 1969.

Tetapi semasa zaman Dr.Mahathir mereka yang ditahan di bawah ISA bukanlah anasir subersif tetapi terdiri daripada seteru politik beliau malah juga mereka yang cuba mempersoalkan serta mendedahkan salah lakunya  semasa 22 tahun memerintah.

Dalam pada itu, Kit Siang yang lebih banyak berdiam diri juga tidak terlepas daripada sasaran pemuda-pemuda yang hadir apabila ditanya mengenai amalan kronisme Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri dan tentangan kepada aktiviti dagangan mata wang asing (forex) pada awal 1990-an.

Penasihat DAP itu tidak menjawab soalan seperti yang diharapkan dan tidak cuba langsung mempersoalkan perkara berkenaan.

Pada hal semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri itu, beliaulah yang lantang megkritik salah laku Dr. Mahathir mahu pun di parlimen dan di ceramah umum. Malah beliau pernah menulis sebuah buku yang mengkritik habis habisan bekas Perdana Menteri itu.

Seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Jason sebelum itu bertanyakan konsep ketuanan Melayu kepada Dr. Mahathir melahirkan kekecewaan dengan jawapan yang diberikan apabila bekas Presiden UMNO itu mendakwa ketuanan Melayu sebagai pandangan ekstremis.

“Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Sedangkan beliau sebelum ini menerusi ucapan serta penulisan ternyata memperjuabgkan orang Melayu,” katanya.

Moderator forum itu terpaksa menamatkan sesi pertanyaan kononnya atas alasan keadaan kesihatan Dr. Mahathir yang tidak begitu baik.

Antara soalan yang tidak dijawab sepenuhnya oleh Dr. Mahathir termasuklah fitnahnya mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan konsesi tol lebuh raya utama negara yang pada jangka panjang membebankan rakayat sekiranya tidak diselesaikan kerajaan yang memerintah sekarang.



KEMELUT PPBM DENGAN ROS : SALAH SIAPA?


Ketiga-tiga kesilapan PPBM ini telah memalukan Dr Mahathir yang sering cuba mendesak ROS untuk mempercepatkan proses pendaftaran Pakatan Harapan.

Minggu lalu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melondehkan lagi masalah PPBM kepada umum.
ROS berkata PPBM boleh diharamkan pendaftarannya kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu.
Antara kesalahan yang menjatuhkan imej PPBM dengan teruk ialah ketidak-mampuan mengadakan mesyuarat agung tahunan. Dua lagi kesalahan yang lain ialah menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
Di sebalik masalah yang sebegitu serius, PPBM telah menganjurkan sambutan ulang tahunnya di Muar pada tanggal 14 September yang lalu, untuk membina persepsi umum bahawa segala-galanya sedang berjalan lancar untuk parti itu.
Namun, persepsi yang palsu tidak akan dapat bertahan.
Alasan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PPBM masih gagal mengadakan mesyuarat agong kerana peringkat bawah belum mengadakan mesyuarat masing-masing juga susah diterima.
Bukankah tanggungjawab pimpinan tertinggi untuk mengarahkan bila cawangan-cawangan perlu mengadakan mesyuarat agong?
Apakah arahan itu sudah dikeluarkan? Jika ya, setakat ini berapa cawangan yang sudah mematuhi arahan itu? Berapa cawangan yang ingkar atau tidak mampu mengadakan mesyuarat agong? Apakah ia disebabkan setiap cawangan PPBM tidak cukup korum untuk mengadakan mesyuarat agong mereka atau ada masalah logistik yang lain?
Sekiranya arahan untuk mengadakan mesyuarat cawangan belum pernah dikeluarkan, bukankah ini satu kecuaian pengurusan parti?
Bagaimana pula kemelut yang melanda nama Armada, sayap pemudanya? Menurut Shaharuddin, PPBM kini terpaksa akur untuk tidak menggunakan nama Armada sehinggalah pindaan perlembagaan parti diluluskan oleh pihak ROS. Armada kini hanya boleh dikenali sebagai Pemuda PPBM.
Shahruddin berkata keputusan menggunakan nama Armada merupakan sebahagian daripada perlembagaan Bersatu yang diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa pada 2 November 2016. Namun, ROS tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut disebabkan hanya 12 orang ahli majlis tertinggi sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.
Kelakarnya, perlembagaan PPBM sendiri di bawah Fasal 28 menyatakan bahawa “sebarang pindaan kepada perlembagaan parti itu mesti disokong oleh tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir di AGM atau EGM”.
Jadi, bagaimana kesilapan ini boleh berlaku? Bagaimana PPBM boleh melanggar perlembagaan sendiri?
Siapakah yang patut bertanggungjawab? Kesalahan tidak boleh diletakkan pada setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh sahaja.
Di manakah kebijaksanaan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir? Dr Mahathir sudah terlalu sibuk dan tua untuk menguruskan parti, jadi perkara ini tidak boleh dipersalahkan pada beliau.
Namun, ketiga-tiga kesilapan PPBM ini telah memalukan Dr Mahathir yang sering cuba mendesak ROS untuk mempercepatkan proses pendaftaran Pakatan Harapan.
Dr Mahathir perlu memastikan PPBM mematuhi segala undang-undang terlebih dahulu sebelum mendesak ROS untuk mempercepatkan proses pendaftaran Pakatan Harapan.
Semakin lambat PPBM menyelesaikan masalahnya, semakin kuatlah alasan ROS untuk melengahkan pendaftaran Pakatan Harapan atau berkemungkinan pendaftaranya langsung tidak diluluskan seandainya semua masalah gagal diselesaikan. Oleh itu salah siapa?
Sehubungan dengan itu, nampaknya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ Tun Mahathir sah merupakan satu kempen retorik politik beliau sahaja. Jikalau pengurusan parti sendiri (PPBM) yang mudah, gagal diuruskan dengan baik mengakibatkan risiko diharamkan, masakan beliau mampu menyelamatkan Malaysia yang pengurusanya lebih kompleks daripada pengurusan parti, yang kononnya telah disalah urus oleh kepimpinan yang ada sekarang.