Wednesday 31 January 2018

ISU PENGKALAN TUDM KUALA LUMPUR DIPOLITIKKAN.


Nampaknya sedang tular di media sosial video Majlis Paluan Berundur ATM dari Pengkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga ada pihak yang membangkitkan isu bahawa kem tersebut telah dijual kepada negara China.
Sesungguhnya, ia dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Baca penjelasan berikut untuk mengetahui fakta sebenar.
1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.

2.  Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk akan memberbahayakan penerbangan pesawat berlepas dan mendarat.

3.  Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut. Pengkalan ini pernah dibedil oleh anasir subersif PKM dengan pelancar roket mudah alih pada tahun 1969 selepas peristiwa berdarah 13 Mei.

4.  Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai pusat bantuan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.

Pengkalan Udara Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak penempatan semula TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di Pengkalan Udara KL sebelum ini.

Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya Pengkalan Udara Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.

Pengkalan Udara Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.

ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PENGKALAN UDARA KUALA LUMPUR
Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke Pengkalan Udara Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.

ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA
1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di tapak bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan DiPerbadankan, berikutan terbatal Perjanjian Jualan Saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.

2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.

4. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan Pengkalan TUDM KL diserah kepada negara China.

RUMUSAN
1.Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.

2. Pengkalan Udara Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.

3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.

4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargailah Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

DR MAHATHIR PERTIKAI SISTEM PILIHANRAYA YANG SAMA MENGANGKATNYA JADI PM SELAMA 22 TAHUN.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, tindakan Tun Mahathir mempertikaikan sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang dianggap luar biasa tetapi adalah sesuatu yang aneh kerana sistem yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini adalah sistem yang sama telah mengangkat Tun sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
Malah jelas beliau, sistem hari ini telah diperkukuhkan menjadi lebih ‘trasparent’ dan telus dari dulu sehinggakan peluang untuk menipu boleh dikatakan tiada.
“Jadi bagaimana dia boleh kata pilihan raya ini kononnya tidak adil.
“Soalnya kenapa 22 tahun dia tidak komplen sistem pada masa itu dan sistem yang sama yang kita amalkan sampai hari ini malah lebih baik dari dulu,” ujar beliau ketika ditanya wartawan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.
Mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula, beliau mempersoalkan bagaimana parti itu mengadakan mesyuarat agungnya sedangkan tiada mesyuarat diadakan baik di peringkat cawangan mahu pun bahagian.
Pada masa yang sama, ketika ditanya apa yang tunggu untuk bubarkan parlimen sedangkan ekonomi dan suasana politik berada dalam keadaan baik, beliau menjawab secara berseloroh, “tunggu ilham”.

KATA SINGKAT PPBM IALAH PARTI PALING BANYAK MASALAH


Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Zaifulbahri Idris melihat apa yang berlaku semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Ahad lalu memberi gambaran terhadap keupayaan mereka dalam urus tadbir sesebuah organisasi.
Serentak itu beliau menyatakan bagaimanakah rakyat boleh mengharapkan mereka untuk mentadbir serta menguruskan sesebuah negara dengan baik sedangkan organisasi sendiri penuh dengan cacamerba dan tempang hingga umum mula menggelarkan mereka PPBM bermaksud Parti Paling Banyak Masalah.
“Kita ni malas nak ulas parti lawan…cumanya pada saya beginilah. Kalau sendiri pun tunggang-langgang dan awal-awal lagi kecoh sana-sini dalam menguruskan organisasi, macam mana untuk menguruskan negara yang lebih rumit daripada itu.
“Berbanding dengan Barisan Nasional (BN)…kita bertanding di semua kawasan dengan parti-parti komponen masing-masing bersefahaman dan perpaduan yang sangat jelas walaupun kita terdiri daripada pelbagai parti, kaum dan agama. Masing-masing faham dengan pembahagian kawasan yang ditandingi.
“Yang jelas apa yang berlaku itu memaparkan mereka ini tidak ada persefahaman yang padu dan inilah yang membezakan antara BN dengan mereka. BN hingga ke hari ini alhamdulillah tidak pernah berlaku sebarang kekecohan dan membuktikan permuafakatan yang jelas antara satu dengan yang lain,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Ahad lalu, konvensyen pakatan harapan Negeri Sembilan bertukar kecoh selepas kira-kira 40 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN yang diberi didakwa mereka sebagai kawasan hitam.
Daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (11), Parti Amanah Negara (7) dan PPBM (6).
PPBM diperuntukkan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang.
Zaiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong seterusnya menambah rakyat boleh lihat dan boleh membuat penilaian tersendiri terhadap perkembangan mutakhir ini apa yang berlaku di dalam pakatan harapan.
Semestinya ujar beliau lagi itulah bayang-bayang mereka yang kononnya sering melaung-laungkan perubahan untuk negara sedangkan menguruskan diri sendiri pun penuh dengan masalah. 

Tuesday 30 January 2018

JUMPA DUTA KESATUAN EROPAH (EU), SATU LAGI SANDIWARA MAHATHIR.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi nampaknya mengadaikan prinsip apabila mengharapkan kuasa asing untuk memenuhi hasratnya kembali menjadi Perdana Menteri, walaupun sebelum ini beliau sendiri sangat anti kepada campur tangan asing dalam pentadbiran negara. Sesungguhnya memang benar beliau seorang ‘Melayu yang mudah lupa’, mungkin kenanyukan beliau kerana faktor usia. Itupun masih bersemangat untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Calon Perdana Menteri ‘sementara’ Pakatan Harapan itu dilaporkan mengadakan pertemuan dengan 16 duta negara Kesatuan Eropah (EU) hari itu yang seterusnya mengundang pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, perkembangan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejak menamakannya sebagai calon Perdana Menteri, Pakatan Harapan dilihat semakin dipinggirkan oleh akar umbi mereka terutama DAP. Ia juga dilihat semakin malap dan mula dilanda krisis keyakinan dari dalam  di kalangan rakyat negara ini atau di luar negara.

Pertemuan itu seolah-olah menunjukkan yang Dr. Mahathir sangat terdesak bagi membuktikan kepada masyarakat luar bahawa Pakatan Harapan adalah satu gabungan yang serius, boleh diharap dan bukannya pakatan wayang yang gemar bersandiwara.

Berdasarkan bukti gambar yang tular di media sosial, pertemuan dengan duta-duta itu didapati tidak disertai pemimpin kanan seperti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali, Tony Pua, Lim Guan Eng, Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi, sekali gus membangkitkan persoalan apakah mereka masih sebulu dan yakin dengan Dr. Mahathir.

Pertemuan dengan duta-duta EU itu mungkin menjadi satu lagi wayang dan medan buat pembangkang untuk meraih simpati setelah ditimpa pelbagai isu yang gagal dijawab dan seterusnya memberi gambaran palsu mengenai masa depan pakatan tersebut.

Mengikut laporan, duta-duta EU yang ditemui itu digesa supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan PRU-14 secara bersih dan adil, walaupun badut mereka Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu sendiri menyatakan, ‘orang luar’ tidak boleh campur tangan dalam urusan negara.

Persoalan berjayakah Mahathir meyakinkan duta-duta itu bahawa pakatan mereka mampu mengambil alih Putrajaya walaupun kedudkannya sebagai Perdana Menteri baharu juga masih belum jelas.

Pada masa sama, pertemuan itu mendatangkan sedikit kerisauan tentang apakah janji atau komitmen yang mungkin ditaburkan oleh Pakatan Harapan terhadap perwakilan asing itu.

Ekoran pertemuan deligasi Pakatan Harapan yang ketuai Dr. Mahathir dengan duta-duta 16 kerajaan EU telah menimbulkan banyak reaksi serta kritikan daripada banyak pihak, sebahagiannya ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan  Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam pertemuan itu, Pakatan Harapan membangkitkan isu-isu berhubung pentadbiran negara serta meminta campur tangan negara asing.

Beliau berkata, perkara itu telah menjejaskan usaha kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan serta imej negara termasuklah dalam isu industri kelapa sawit negara.

“Politik sempit Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini ternyata merumitkan strategi dan dasar kerajaan untuk membela rakyat di negara ini,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Beliau difahamkan bukanlah menjadi hasrat duta-duta EU untuk mendengar tuduhan-tuduhan negatif Pakatan Harapan terhadap kerajaan, namun tindakan mereka yang berusaha untuk melibatkan kuasa-kuasa asing, adalah satu tindakan yang amat tidak patriotik dan sesungguhnya telah meremekan maruah negara.

Kerajaan tidak teragak-agak di dalam usaha membela hak rakyat, kedaulatan dan maruah negara untuk mengambil tindakan tegas yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak asing yang melanggar norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

“Pertemuan itu merupakan satu lagi helah dan hipokrasi yang menjadi teras politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nyata telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat demi untuk meraih kuasa,” katanya.

Menurut Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, sekiranya Dr. Mahathir benar-benar berjuang untuk rakyat, perjumpaan itu sepatutnya dimanfaatkan untuk memperjuangkan isu pemboikot kelapa sawit Malaysia oleh EU yang mana telah menjejaskan nasib 500,000 pekebun kecil kelapa sawit serta warga FELDA, bukannya hanya mementingkan agenda politik beliau dan sekutunya.

Perjumpaan tersebut jelas menunjukkan keutamaan perjuangan Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu apabila menjadikan isu politik sebagai perbincangan utama berbanding isu rakyat yang sepatutnya lebih penting.

Pakatan Harapan kononya parti yang ‘membela’ FELDA dan sering kali mengambil tahu berkenaan isu FELDA sebelum ini, mengapa mereka tidak membawa ke tengah isu yang menjadi keresahan warga FELDA sekarang? Ia itu dalam isu boikot kelapa sawit Malaysia oleh EU.

Dan jika betul ada buat perbincangan itu, mengapa dalam kenyataan Ahli Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Kadir Jasin berkenaan perjumpaan itu hanyalah mengenai PRU-14 dan 1 MDB sahaja.

Sekiranya Dr. Mahathir berbincang berkenaan PRU-14 dan berhajat menjadikan delegasi EU sebagai pemerhati PRU-14, mereka perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan SPR.

Jika mereka mahu EU menjadi pemerhati dalam PRU-14 adalah diharapkan mereka berlaku adil dan bukan hanya melihat sahaja perangai buruk pembangkang yang kerap menyebar fitnah di waktu-waktu akhir pilihan raya seperti fitnah ‘40,000 Bangla mengundi’ pada PRU-13.

Adalah diharapkan agar pemerhati-pemerhati politik termasuk dari negara-negara asing tidak bersikap berat sebelah dan diam membisu apabila pihak pembangkang melemparkan pelbagai fitnah pada saat-saat akhir seperti pada PRU-13 yang lepas.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, perbuatan Dr. Mahathir menjemput EU sebagai pemerhati PRU-14 akan datang disifatkan tidak menghormati peranan dan tanggungjawab SPR menguruskan proses demokrasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berpandangan, pada masa sama, tindakan duta-duta EU tersebut bertemu dengan parti pembangkang juga disifat tidak adil terhadap kerajaan.

Duta asing yang ditempatkan bertugas disesebuah negara merupakan wakil rasmi kerajaan yang menghantar kepada kerajaan di negara penerima, justeru itu mereka sewajarnya berurusan dan menghormati kerajaan di mana mereka ditaulihkan.

Dalam suasana negara berdepan PRU-14, wakil asing sewajarnya membuat kunjungan hormat kepada SPR jika ingin memahami perkara berkaitan dengan urusan pilihan raya di negara ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, semasa PRU-13, wakil kedutaan asing diatur oleh Wisma Putra mendapatkan taklimat dan penjelasan SPR tentang proses serta sistem urusan pilihan raya di Malaysia.

Jika mereka tidak faham tentang proses dan sistem pilihan raya di Malaysia, masakan mereka mampu membuat penilaian yang tepat serta kemungkinan mereka akan  terpengaruh dengan fitnah dan dakyah politik yang tidak bertanggungjawab oleh pembangkang adalah tinggi.

Beliau juga bimbang situasai itu akan menyebabkan duta-duta asing akan membuat laporan berdasarkan penilaian dan tanggapan yang tidak tepat terhadap kerajaan.


Monday 29 January 2018

PEPERANGAN PERSEPSI MELALUI PENYEBARAN BERITA PALSU DAN PEMBUNUHAN KARAKTER PERLU DIBENDUNG DENGAN SATU UNDANG-UNDANG YANG TEGAS.


Penyebaran berita palsu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijadualkan berlangsung tidak lama lagi. Lazimnya, apa sahaja berita bersifat skandal, gosip, palsu dan diragui kesahihannya boleh mendekati masyarakat dengan mudah.

Matlamat berita palsu adalah untuk mewujudkan persepsi negatif oleh satu pihak terhadap satu pihak yang ingin dijatuhkan. Hakikatnya budaya berita palsu untuk mewujudkan persepsi negatif bagi menyemarakkan politik kebencian telah bermula serta menular di negara ini sejak era 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir. Ia dilakukan oleh golongan reformis di bawah pimpinan Anwar Ibrahim pada 1998 untuk menentang kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir yang dianggap kuku besi serta menyalah guna kuasa. Kemuncak penularan budaya berita palsu atau peperangan persepsi di negara ini ialah pada PRU-12 pada Mac 2008 di mana serangan berita palsu serta hasutan yang dilakukan oleh Red Bean Army yang didalangi serta dibiayai oleh DAP. Kesan daripada serangan itu Barisan Nasional (BN) walaupun tidak kecundang, tetapi hilang dua pertiga majoriti di Parlimen hingga sekarang. Pada PRU-13, walaupuna ada pencapaian BN terutama UMNO dalam pilihan raya tersebut,  namun masih gagal untuk mencapai dua pertiga majoriti di Parlimen.

Hatta, pembunuhan karakter turut menjadi mainan penting sewaktu musim pilihan raya. Sebarang berita yang agendanya berbau pembunuhan karakter dengan mudah menghampiri pelayar media sosial. Ia boleh secara emosional sama ada mempengaruhi masyarakat untuk memberontak, memberi keyakinan ataupun menolak berita-berita seperti itu.

Lazimnya, kaedah berbentuk emosional dengan paparan berita sensasi, diselit dengan muslihat dan sindiran serta mencari maklumat kontroversi boleh memberi impak yang ketara khususnya ketika penamaan calon dan waktu berkempen dalam PRU.

Mereka yang memulakan penyebaran berita seperti ini mahu calon lawan memberi reaksi ke atas isu yang direka agar tumpuan ke atas kempen mereka terjejas dan secara psikologinya merasa tertekan.

Misalnya, kehadiran 40,000 warga Bangladesh direka sewaktu kempen PRU 2013 untuk melahirkan persepsi seolah-olah wujud pengundi hantu. Ini menyebabkan sesiapa sahaja yang mempunyai iras seperti warga asing itu turut dilontarkan dengan kata-kata kesat.

Hari ini pula, menular pula berita wang sebanyak RM2.6 bilion akan dipulangkan semula dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan kempen ini walaupun isu 1MDB dianggap selesai oleh pihak berkepentingan.

Penggunaan logo-logo surat khabar tanpa mendapat persetujuan juga semakin menjadi-jadi untuk menyakinkan pembaca ia datang dari sumber yang sah walhal akhbar-akhbar ini sering menjadi bahan kritikan mereka ke atas berita yang disiarkan.

Media sosial yang menjadi pilihan kini menarik ramai yang mahu menonjolkan pandangan dan pendapat sehingga adakalanya kenyataan-kenyataan ini meragukan. Ia tidak menjadi relevan melainkan masyarakat menilai dan memastikan kebenaran di sebalik maklumat yang diterima. Fitnah juga diperhebatkan dalam usaha memadamkan populariti seseorang calon.

Permainan berita palsu bukan perkara baru. Dulu kita sering didedahkan dengan ‘surat layang’ yang tidak mendekati kesemua kumpulan sasar kerana pelbagai kekangan. Begitu juga pengganas Komunis Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan ‘surat beracun’ atau ‘poison letter’ untuk menghasut rakyat bangkit menentang kerajaan yang ada. Hari ini teknologi maklumat memudahkan proses penyebaran atau penularan yang boleh berlaku sekelip mata, dengan hanya dengan satu tekanan kekunci (key board), maklumat mampu di terima oleh ramai seluruh negara. Amalan tidak bermoral ini perlu dibendung kerana tumpuan berlebihan kepadanya boleh menjejaskan pelbagai sektor pembangunan negara-bangsa ini.

Berita palsu bukan hanya datang melalui media sosia sahaja, malah tidak terkecuali melalui media cetak berkala pembangkang dan media cetak asing yang boleh diperolehi atas talian. Media asing seperti CNN, Wall Street Journal (WSJ), Washington Post, The New York Times, TIME dan Newsweek antara yang sering menyiarkan berita palsu. Berita palsu tentang kerajaan Malaysia yang disiarkan kebanyakkannya berpunca daripada maklumat daripada pembangkang negara ini sendiri. Contohnya isu fitnah terhadap 1MDB yang pada mulanya ia didedahkan oleh sebuah portal berita palsu (fake news portal) Sarawak Report yang berpengkalan di United Kingdom. Kemudian dikuti pendedahan oleh WSJ dan seterusnya oleh media asing yang lain. Di fahamkan juga pendedahan tentang isu fitnah ini ditaja serta dibiayai oleh bekas seorang Perdana Menteri Malaysia kerana terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membabitkan nama beliau.  

Apakah sudah tiba masanya untuk memperkemaskan undang-undang untuk mengawal penggunaan platform media soasial khususnya sewaktu musim PRU untuk memastikan demokrasi tidak disalahgunakan dengan amalan bersifat mutlak ke atas apa sahaja yang dilakukan.

Negara maju seperti Britain dan Perancis adalah negara yang lebih awal mengorak langkah untuk memperkenalkan undang-undang menangani berita palsu laman sosial.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam prutusan tahun baharu 2018 menyatakan bahawa undang-undang baharu akan diperkenalkan untuk melayari internet khususnya perincian undang-undang media sosial pilihan raya. Ia bertujuan menghentikan propaganda yang diartkulasi oleh berjuta pemilik akaun media sosial.

Bagi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, walaupun beliau tidak menyebut apa-apa tentang memperkenalkan undang-undang berita palsu, tetapi beliau pula baru-baru ini mengumumkan senarai penerima anugerah ‘The Fakes (palsu)’, iaitu anugerah khas buat berita palsu 2017. Beliau yang sentiasa melontar pandangan keras ke atas media kerana mendapat liputan negatif telah menyenaraikan CNN, Washington Post, The New York Times, TIME dan Newsweek antara yang sering menyiarkan berita palsu.

Apakah Malaysia mahu membuat langkah yang sama kerana seringkali kepemimpinan atasan termasuk Perdana Menteri dan keluarga menjadi sasaran pihak lawan politik mereka terutama Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Pada 28hb Januari 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan mengkaji untuk mengubal undang-undang baharu bagi megekang penularan berita palsu di Malaysia. Beliau menambah bahawa bagaimanapun kerajaan tidak akan mengawal internet sekiranya undang-undang baharu tersebut diperkenalkan.

Sebaliknya, peraturan baru yang lebih tegas itu diperlukan kerana penyebaran berita palsu di media sosial memberi kesan yang amat membimbangkan kerana boleh mengancam kestabilan politik, ketentraman awam dan kedaulatan negara.

Rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

Sebelum itu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa pihak termasuk ahli akademik melahirkan kebimbangan mengenai penularan berita palsu di negara ini termasuk mencadangkan kepada kerajaan supaya menguna pakai peruntukan yang terdapat di dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam menangani ancaman tersebut.

Kesimpulannya, berita palsu boleh mengancam kestabilan politik, ketenteraman awam dan kedaulatan negara melalui campur tangan kuasa asing. Melalui undang-undang yang bakal digubal bukan sahaja ia merupakan satu langkah membasmi gejala berita palsu, malah ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat, terutama generasi muda yang bakal mewarisi negara ini bahawa budaya berita palsu ini adalah merupakan satu jenayah.

Menyedarkan aktivis politik, terutama dari kalangan parti pembangkang bahawa di dalam politik tidak ada jalan pintas untuk memperolehi kuasa, melainkan dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan bukannya melalui pembohongan atau penipuan dengan penyebaran berita palsu. Lazimnya kuasa yang diperolehi secara pembohongan atau penipuan tidak mampu bertahan lama. Apabila tiba pilihan raya terpaksa berpindah mencari kawasan baru yang selamat untuk bertanding.

Akhir sekali untuk menyedarkan aktivis politik, yang juga dari kalangan parti pembangkang yang cenderung bergantung kepada kuasa dan media asing untuk menyebar berita palsu memburuk-buruk kerajaan dan pemimpin negara sendiri ke seluruh dunia. Pemimpin atau ahli politik yang terdesak biasanya akan melakukan sedemikian. Lazimnya kuasa asing tidak semudah itu untuk berkerjasama terutama dengan  pembangkang negara ini, melainkan ada agenda tersirat pada jangka panjang untuk menjajah, tidak kira sama ada penjajahan secara fizikal atau penjajahan minda. Sekiranya ini berlaku, sudah pasti dasar pemerintahan negara ini akan terpaksa mematuhi kehendak dan selera mereka yang sudah tentu akan menjejaskan kedaulatan negara ini.  


Saturday 27 January 2018

HIPOKRASI TUN MAHATHIR DAN PAKATAN HARAPAN.

Apabila berbicara mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad, ada pihak yang mendakwa kononnya aura beliau begitu hebat menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyerang bekas Perdana Menteri dari segenap penjuru.

Bagi kami, kritikan oleh pemuja-pemuja Dr. Mahathir itu sebenar bukanlah satu serangan politik, sebaliknya satu imbasan untuk memperlihatkan betapa hipokritnya bekas Presiden UMNO itu dalam berpolitik.

Dr. Mahathir sanggup duduk sebaris dengan pemimpin dan kelompok yang sebelum ini beliau anggap paling rasis di dunia ketika 22 tahun berkuasa sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Malah Dr. Mahathir juga tidak berasa bersalah apabila bersedia menerima semula seorang pemimpin yang sebelum ini dikecam dan dihina sebagai orang yang tidak layak menjadi pemimpin negara kerana bermoral rendah, tetapi sekarang individu yang dianggap pengkhianat itu diterima sebagai rakan seperjuangan semata-mata mahu memenuhi agenda politik peribadi.

Kedengarannya lucu, tetapi itulah hakikat perjalanan politik Dr. Mahathir di hujung usianya. Apakah Dr. Mahathir menyangkakan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu mudah lupa?

Sebab itu hari ini, sudah ada kedengaran suara-suara yang melontarkan kata-kata bahawa pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negara ditipu ‘hidup-hidup’ selama 22 tahun oleh Dr. Mahathir melalui kelicikan politik yang bertunjangkan prinsip iaitu matlamat menghalalkan cara.

Masakan tidak, selama 22 tahun beliau memerintah negara, apa yang pernah beliau hamburkan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai betapa rasisnya manusia itu dan parti yang dipimpinnya.

Selama 22 tahun, beliau mendendangkan lagu DAP itu rasis kepada orang Melayu, terutamanya ahli-ahli UMNO sehinggakan tanggapan itu sukar dibuang daripada pemikiran orang Melayu sehingga ke hari ini dan mungkin untuk berpuluh tahun lagi.

Begitulah kuatnya pendoktrinan yang dilakan beliau terhadap orang UMNO khususnya orang Melayu secara amnya, betapa rasisnya DAP dan betapa tidak layaknya parti itu untuk menjadi pentadbir negara. Dan jika DAP dibiarkan meneraju negara, maka bumi Malaysia ini katanya akan kucar-kacir.

Tetapi hari ini, beliau mampu tersenyum selamba duduk di tengah-tengah barisan pemimpin DAP di dalam mesyuarat agung parti tersebut, sesuatu yang tidak pernah terbayang oleh ahli-ahli UMNO dan orang Melayu, tanpa ada rasa bersalah atau segan silu dengan barisan dan parti yang pernah dikutuk, dicerca dan dianggap tidak berguna selama 22 tahun.

Apa yang jelas hari ini, wajah Dr. Mahathir yang sebenar terserlah, wajah seorang pemimpin hipokrit, seorang pemimpin yang menggunakan orang Melayu semata-mata untuk menjadi seorang yang berkuasa, seorang Perdana Menteri dan mempergunakan UMNO sebagai wadah untuk mengaut kekayaan berbilion-bilion untuk dirinya, keluarga dan kroni-kroninya.

Kami yakin, jika dizamannya dulu PAS lebih kuat daripada UMNO dan memerintah negara, sudah tentu beliau tidak menjadi ahli UMNO, sebaliknya akan menjadi ahli PAS kerana hanya melalui parti yang kuat dan memerintah negara, matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri boleh dicapai.

Beliaulah pengamal tegar prinsip politik matlamat menghalalkan cara, seperti mana yang dapat kita lihat melalui tindakannya hari ini.

Kami menganggap maruah pemimpin Pakatan Harapan hanya di bawah tapak kaki Dr. Mahathir sahaja kerana, betapa mudahnya bekas Perdana Menteri itu mematikan perjuangan mereka selama ini yang 22 tahun bermati-matian menentang pemerintahannya yang dianggap sebagai ‘Maha Firaun’ dan ‘Maha Zalim’.

Takutnya mereka sehingga menjadikan Dr. Mahathir manusia yang dianggap ‘zalim’ dan ‘kejam’ dahulu, tetapi sekarang dicalonkan sebagai calon bakal Perdana Menteri mereka.

Tindakan mencalonkan Dr. Mahathir sebagai calon bakal Perdana Menteri jelas memperlihatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan hanyalah bertaraf paria yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan gila atau kemaruk mereka terhadap kuasa menjadi kenyataan.

Mereka tidak peduli tentang betapa ramai pejuang-pejuang mereka yang telah terpenjara, yang telah menjadi sengsara akibat terpengaruh dengan laungan perjuangan reformasi palsu mereka ketika menentang insan yang bernama Mahathir yang ketika itu mereka gelar ‘Maha Firaun’ itu.

Apa yang menyedihkan apabila keluarga PKR yang diterajui dinasti Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menelan segala pahit maung serta luka maruah diri dan keluarga mereka yang telah dipijak-pijak dan dihina oleh insan yang bernama Mahathir,  dan beliau pernah berkata suami dan ayah mereka itu ialah seorang peliwat dan homoseksual, serta memberi lampu hijau untuk dihumban ke dalam penjara. Dan sekarang Pakatan Harapan bersetuju meletakkan insan itu kembali sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Politik kegilaan apakah yang sedang dipersembahkan kepada rakyat di negara ini? Kami yakin sebahgian besar rakyat di negara ini sedar akan wayang kulit yang sedang dipersembahkan oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Dr. Mahatir

Kami percaya rakyat terbanyak sudah faham dan nampak tentang nawaitu dan matlamat sebenar Dr. Mahathir dan pemimpinan Pakatan Harapan yang rakus dan ingin berkuasa, dengan terus cuba untuk memperbodoh rakyat agar menjadi kuda tunggangan untuk mencapai matlamat peribadi dan agenda kepartian mereka.


    

Friday 26 January 2018

REALITI TENTANG PEMBANGKANG MELAYU MENJELANG PRU14 - AKAN MEMBAWA KEHANCURAN KEPADA BANGSA ITU.

DAP sebuah parti cauvinis Cina dan yang anti Melayu dan Islam tidak boleh memerintah Malaysia ketika ini kerana kerusi yang dimenangi masih tidak mencukupi kerana mereka merupakan kaum minotiti berbanding Melayu. DAP tahu peratusan orang Melayu melebihi 60 peratus orang Cina 30 peratus. Mereka juga sedar, sekira orang Melayu tidak berperpecah tidak mudah untuk mereka memerintah melainkan memperalat orang Melayu yang bermasalah serta mempunyai kepentingan peribadi. Ini yang sedang terjadi dalam Pakatan Harapan.

Politik pecah dan perintah nampaknya berulang lagi. Kalau dahulu penjajah Inggeris melakukan pendekatan ini, kini parti cauvinis Cina mempunyai peluang yang terbuka melakukannya kerana kelompok politik Melayu seperti PKR, PPBM dan PAN sedia diperalatkan dan mengkhianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Teras kuasa dalam Pakatan Harapan adalah DAP, parti-parti lain dalam pakatan itu tiada kuasa melainkan terpaksa akur dengan semua kehendak kepimpinan tertinggi DAP.

PAN atau Amanah adalah parti baharu serpihan daripada parti PAS bakal menentang UMNO dan PAS dalam pilihan raya umum (PRU). PAN bukan sahaja disokong dan dibiayai oleh DAP, malah banyak orang menganggap ini merupakan sayap Melayu parti DAP untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu terutama daripada PAS. Ia masih belum mempunyai jentera dan pengaruh akar umbi sekuat UMNO dan PAS. Di sinilah percaturan sebenar yang dilakukan oleh DAP supaya dominasi kuasa masih berada di tangan DAP.

Di belakang pemerintahan terdapat dasar-dasar DAP yang dilaksanakan menjurus kepada penafian pelaksanaan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang ada kaitan dengan agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu. Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh yang nyata bagaimana hak-hak itu dicabuli dengan berleluasa. Di negeri Selangor, walaupun Menteri Besarnya seorang Melayu, namun apa sudah jadi kepada banyak tanah rizab Melayu telah hilang statusnya dan tidak diganti oleh kerajaan negeri? Begitu juga, apa sudah jadi dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) yang matlamat asal untuk membantu bumiputra memiliki rumah? Apa sudah jadi, PKNS sekarang hanya membina rumah dan kondominium mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kaum bumiputra, ia hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu dimiliki oleh kaum itu.

Contoh yang nyata di Pulau Pinang dan Selangor ialah bagaimana pendekatan pembangunan perumahan dan bandar-bandar baharu banyak menguntungkan pihak yang mempunyai kuasa beli yang tinggi dan menguasai perniagaan.

Kebetulan yang mempunyai kuasa beli terutama di bandar ialah penyokong DAP iaitu kaum Cina. Mereka menguasai perniagaan dan pertumbuhan kawsan perumahan dan bandar-bandar atau pusat perniagaan baharu memang lebih berupaya berbanding dengan orang lain. Lalu taburan penduduk atau kesan demografi pada  jangka panjang akan menguntungkan satu pihak dan mengukuhkan pangaruh DAP.

Di Pulau Pinang orang Melayu semakin terpinggir dan di Selangor pembangunan rumah pangsa dan kondo semacam tidak terkawal dan jangka panjang menguntungkan orang politik tertentu dalam kerajaan negeri Selangor untuk mengukuhkan kedudukan politik masa depan mereka.
Apa yang sedang terjadi dalam Pakatan Harapan ini sangat jelas perencanaan strtegik DAP dengan melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya dengan perlantikan itu, adakah DAP benar-benar menyenangi beliau setelah lebih 22 menjadi seteru politik? Mungkin tidak, tetapi oleh kerana satu agenda  yang lebih menguntungkan mereka , DAP terpaksa menerima beliau dengan tidak sepenuh hati untuk kepentingan jangka panjang. Matlamat utama DAP ialah untuk memenangi PRU-14 dan menguasai Putrajaya. Untuk mencapai matlamat itu, mereka memerlukan banyak undi Melayu. Oleh itu kononnya Dr. Mahathirlah yang  dijangkakan mampu untuk menarik undi orang Melayu. Selain menarik undi Melayu, strategi ini juga mereka jangkakan dapat memecahbelahkan orang Melayu khususnya UMNO untuk melemahkan parti itu.

Satu lagi sebab penerimaan DAP terhadap Dr. Mahathir akhir-akhir ini, walaupun dibenci dahulu ialah kerana keterdesakannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak serta Barisan Nasional. Ini merupakan spesifikasi pemimpin yang sesuai yang diperlukan DAP untuk melaksanakan strategi mereka ‘use Malay to screw Malay’ atau ‘guna Melayu untuk hancurkan Melayu’ sepertimana yang pernah telah didedahkan dahulu oleh seorang aktivis DAP ‘Superman’ Hew.

Orang politik dalam PKR, Amanah dan PPBM tentu boleh membaca hala tuju DAP dalam memperjuangkan ideologi politik mereka.Sebahagian pemimpin PKR yang datangnya dari ABIM dan PAN atau Amanah datangnya dari Pertubuhan Ikram sudah tahu faham pendirian DAP terhadap Islam. Tetapi mereka buat-buat tidak tahu kerana kepentingan politik mereka dilihat lebih penting dari agama dan bangsa mereka sendiri. PPBM juga tahu perjuangan DAP membawa konsep Malaysian Malaysia dan pendekatan sama rata bukannya kesaksamaan dalam politik, ekonomi dan pendidikan kerana sebahagian dari mereka adalah bekas ahli UMNO. Tetapi mereka semua juga sanggup diperhambakan atau diperalatkan oleh DAP dengan sewenang-wenangnya.

PAS menyedari hala tuju perjuangan DAP ini dan telah meninggalkan pakatan itu dan memilih jalan sendiri untuk bertanding dalam PRU-14 nanti. Walaupun Amanah mengkritik PAS berbaik dengan UMNO, namun tidak mudah PAS akan bersama UMNO melakukan kerjasama politik kerana PAS ada perhitungan sendiri dan bersedia bertanding tiga penjuru menentang Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Inilah kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya Pakatan Harapan cuba menguasai Putrajaya yang mana DAP dijangkakan memenangi kerusi kawasan majoriti pengundi Cina. Sedangkan PKR berada dalam krisis kepimpinan dalaman, Amanah yang mendapat kerusi yang sedikit dan bernafsu besar untuk mengalahkan PAS dan UMNO, sementara PPBM adalah parti baharu yang hanya mempunyai satu kerusi sedia ada bercita-cita berdepan dengan UMNO bagi mendapat kelebihan kerusi.

Isunya dalam PRU-14 nanti sekiranya PPBM mendapat jumlah kerusi yang kecil dan Dr. Mahathir tidak menang di kawasan yang ditandinginya senario politik akan berubah. Apa pun perubahan perubahan yang terjadi DAP tetap memainkan peranan untuk mendominasi perubahan yang terjadi.

DAP mempunyai strategi jangka panjang untuk menguasai Malaysia. Strategi di waktu ini adalah melakukan strategi pecah dan perintah. Strategi jangka panjang adalah mengiatkan lagi pembangunan yang memberi fokus membina perumahan harga tinggi atas maksud taburan penduduk yang memihak kepada kaum Cina yang mempunyai kuasa beli akan mendominasi satu kawasan dan akan menjadi kubu kuat DAP pada jangka panjang. Bagi orang Melayu dan lain-lain kaum minorit akan dipecah-pecahkan dalam beberapa konstituensi campuran seperti rumah pangsa murah agar Melayu tidak boleh berkumpul dalam jumlah yang ramai dalam satu konstituensi supaya ia tidak menjadi kubu politik mereka.

Ini lah yang berlaku di Singapura terhadap orang Melayu di bawah kerajaan PAP selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 09 Ogos 1965, dan UMNO di Singapura terus terkubur selepas itu. Perkara yang sama sedang berlaku di Pulau Pinang di bawah kerajaan DAP. Hanya pemecahan kawasan atau konstituensi belum dilakukan sebab SPR di bawah Kerajaan Persekutuan.