Wednesday 25 April 2018

SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA SIAPA?

Setiap kali menjelang pilihan raya umum, slogan Selamatkan Malaysia daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dijaja. Lalu kami tertanya-tanya selamatkan Malaysia daripada siapa sebenarnya? Bukankah slogan tersebut lebih tepat ditujukan kepada kerajaan PKR Selangor pimpinan Azmin Ali dan kerajaan DAP Pulau Pinang diterajui Lim Guan Eng?

Kedua-dua kerajaan negeri yang gagal itu berdepan dengan pelbagai skandal, kepincangan dan banyak janji manifesto PRU-13 yang gagal dilaksanakan. Seorang lagi yang ghairah bercakap kononnya mahu menyelamatkan Malaysia adalah Dr. Mahathir Mohamad.

Persoalannya, layakkah bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu menjadi penyelamat atau pemusnah? Sedangkan realitinya banyak kemelut hari ini adalah legasi daripada era kepimpinan beliau selama 22 tahun.

Dr. Mahathir dilingkari isu kronisme, pelbagai skandal kewangan, kekayaan luar biasa anak-anaknya, pemerintahan diktator dan kini dengan isu pencabulan prinsip yang serius. Kami sedih melihat seorang negarawan Islam tunduk kepada agenda parti paling rasis iaitu DAP dan mengundang campur tangan asing, mengulangi kisah pengkhianatan si Kitul.

Reputasi Mahathir juga lebur. Banyak tomahannya ternyata tidak benar antaranya Malaysia bakal bankrap sejak dua tahun lalu. Mesejnya, makin banyak mudarat yang beliau bawa kepada rakyat dan negara. Mengapa harus berundur ke belakang?

Jadi mahu selamatkan Malaysia daripada siapa, sudah tentu jawapannya - Mahathir, DAP dan PKR. Bagai ayam berkokok berderai-derai ekor bergelumang najis.

ISU SEMAKAN KEHAKIMAN UMNO - 16 ORANG AHLI UMNO MUNGKIN DIRASUAH.

Seperti yang telah dijangka, banyak tomahan akan dilemparkan, begitu juga pelbagai serangan akan dilemparkan, begitu juga pelbagai serangan politik menjelang PRU-14. Salah satu kononnya UMNO sebuah pertubuhan politik haram dan tidak sah untuk bertanding pada PRU-14. Kami tidak terkejut isu tersebut dimainkan kerana ia adalah konspirasi yang telah diatur.

Ini kerana gabungan parti pembangkang di bawah PKR kini makin terdesak ekoran perkembangan yang tidak memihak kepada mereka. Penjelasan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin membuktikan dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memperakukan UMNO parti yang sah dan mengikut perlembagaan. Maka sebarang cubaan termasuk menerusi permohonan semakan kehakiman untuk membubarkan UMNO tidak akan memberi kesan.

Tindakan Tengku Adnan mengumumkan pemecatan 16 anggota UMNO yang memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah kelmarin, adalah sangat tepat. Sekiranya mereka betul-betul ahli UMNO, kemungkinan mereka ini telah dibayar oleh pihak pembangkang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Difahamkan mereka sudah lama dikenalpasti tidak berpegang kepada prinsip UMNO dan menjadi gunting dalam lipatan. Oleh itu pihak pengurusan tatatertib UMNO bukan sahaja memecat mereka malah disarankan agar membuat satu laporan kepada SPRM agar mereka ini disiasat untuk memastikan tiada unsur rasuah berlaku dalam kes ini.

Perbuatan melakukan sabotaj seperti itu menjelang PRU-14 sangat serius. Ini bukan kali pertama UMNO diharamkan pada 1988 ketika era Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bukan lagi rahsia Mahathir di belakang gerakan pengharaman UMNO pada waktu itu yang motifnya bagi menyingkir musuh beliau ‘Tim B’ dalam parti. Kali ini usaha yang sama juga dilaporkan dibuat oleh orang yang sama dengan menggunakan ahli UMNO yang kecewa serta bermasalah atau mungkin pengamal rasuah tegar.

Misinya untuk mengugat UMNO yang kelihatan teguh dalam menghadapi PRU-14. Namun kami amati, sebaik isu itu dimainkan beberapa hari lalu, ahli-ahli UMNO tidak goyah. Dengan kata lain cubaan kali ini dengam muslihat kitar semula tidak berjaya. Realiti berbeza, supaya pisang tidak berbuah dua kali.  

Tuesday 24 April 2018

JERAT DINASTI LIM UNTUK BANGSA MELAYU


Kepimpinan DAP yang dikuasai Dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng kini panas dengan gelombang kritikan yang dihadapi. Keputusan DAP atas pengaruh dua beranak itu untuk tidak menggunakan lambang DAP pada PRU-14 terus dipersoalkan akar umbi.

Berbanding PRU-13, DAP melangkah ke PRU-14 pada 9 Mei ini dengan imej yang meredum. Daripada kes rasuah Guan Eng, pelbagai kepincangan termasuk projek-projek mega bermasalah dan isu banjir hinggalah kepada bersekongkol dengan Dr. Mahathir, kekuatan DAP tidak seperti ketika PRU-13.

Sudah ada suara akar umbi DAP mahu ‘mengajar’ Kit Siang dan Guan Eng pada penentuan di peti undi nanti bagi mengurangkan keangkuhan mereka.

Kami boleh baca bahasa badan (body language) dan air muka dua beranak itu yang mencerminkan keresahan dengan gelombang penolakan. (Apatah lagi segala propaganda untuk berlakunya tsunami Melayu tidak mendapat sambutan). Antara yang menarik perhatian kami adalah kenyataan tokoh DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hua yang mahu pemimpin rasuah dalam DAP meninggalkan parti.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, semua tahu ia ditujukan kepada Guan Eng yang enggan bercuti dan melepaskan jawatan setelah didakwa di mahkamah. Keputusan Dinasti Lim mengugurkan seorang lagi tokoh DAP, Dr. Tan Seng Giaw atas prinsipnya (menyatakan kebenaran bahawa tiada bukti membabitkan Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak dengan isu 1MDB), turut mengundang simpati ramai.

Seng Giaw yang mempunyai pengaruh tersendiri membidas keputusan DAP mengorbankan lambang roket, yang selama ini menjadi kebangaan ahli dan para penyokong? Manifestasi kekecewaan terhadap DAP juga terzahir dengan kepitusan empat bekas wakil rakyatnya, Lim Jack Wong, Goh Leong San, Sim Tong Him dan Chin Choong Seong untuk bertanding bebas di Melaka. Lebih mengejutkan adalah suara kritikan dan sinikal daripada Zaid Ibrahim terhadap DAP menerusi dua kenyataan dalam tempoh empat hari.

Antara lain beliau menyfatkan DAP hanya parti untuk kaum Cina dan keangkuhan kepimpinannya tidak akan dapat menarik sokongan Melayu. Kami sudah lama menjangkakan bahawa Zaid yang menyertai DAP pada Februarai tahun lepas akan akhirnya menjadi mangsa sebuah parti yang rasis. Sebab beliau seorang Melayu, beliau tidak dicalonkan mewakili DAP pada PRU-14.

Eloklah beliau tersedar lebih awal sebelum makin hanyut dalam parti itu. Sebelum ini puluhan pemimpin Melayu meninggalakan DAP yang strateginya hanya mempergunakan pemimpin dan orang Melayu untuk mengelirukan dan menarik sokongan Melayu. Apabila parti itu sudah kuat dan mencapai objektif serta agendanya, pemimpin dan ahli Melayu tiada lagi nilai dan harga diri - sekadar alat dan pencacai.

Dinasti Lim sanggup lakukan apa sahaja untuk terus memerangkap sokongan Melayu termasuk merelakan penggunaan lambang PKR. Maka berwaspadalah dengan logo PKR, satu lagi jerat untuk pengundi Melayu. Undi lambang PKR berarti mengundi DAP. Oleh Pak Cik, Pak Cik dan Mak Cik, Mak Cik di seluruh negara berhati-hati agar tidak tersalah pangkah lambang PKR.

Monday 23 April 2018

DITENGAH KEKECOHAN PKR, AZMIN MENEMUI ANWAR DI HUKM.

Timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sedang menemui pemimpin de facto parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang, di tengah kekecohan pemilihan calon-calon yang dilaporkan telah digugurkan oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut punca daripada parti yang tidak mahu namanya didedahkan berkata bahawa  Azmin sedang melawat Anwar di Pusat Perubatan University Kebangsaan Malaysia. Azmin sampai lebih kurang jam 10.30 pagi, dan masih lagi berbincang dengan Anwar pada jam 12.30tengah hari.
Beliau tiba lebih kurang jam 10.30am, dan masih lagi berbincang. Pertemuan itu berlangsung di hospital itu sendiri.
Ia akan berterusan sehingga tajuk perbincangan dapat diselesaikan,” kata punca itu
Punca itu bagaimana pun enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang butir-butir perbincangan yang diadakan, dan sebab Anwar dimasukkan ke hospital.

OTAI REFORMASI BERI AMARAN PADA KARTEL AZMIN, JANGAN UGUT WAN AZIZAH.

PKR semakin berkocak. Selepas spekulasi Tian Chua keluar parti tidak menjadi kenyataan, Otai Reformis pula tampil membidas Ketua Wanita Zudaida Kamaruddin, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, dan pasukan ‘Kartel’.
“Pemilihan calon bagi DUN negeri dan parlimen yang diputuskan oleh presiden parti tidak perlu dipertikaikan lagi, khususnya dari kumpulan pendesak ketua wanita dan pasukan timbalan presiden yang dilabelkan Kartel.
“Otai Reformis 1998 dan aktivis-aktivis parti PKR menentang keras ugutan dan penentangan terhadap keputusan presiden.
“Dasar pemilihan calon telah ditetapkan KPI yang digariskan telah diambil kira serta pengorbanan calon pada tahun tahun sebelumnya diambil kira,” kata setiausaha kumpulan veteran aktivis reformasi 1998 itu, Shaiful Ariffin.
Dalam kenyataan petang semalam, Shaiful berkata Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah membenarkan semua saluran sedia ada untuk mengemukakan senarai calon.
“Fakta fakta calon disaring ,disemak uji, diverifikasi dan diberi penilaiaan seadil-adilnya oleh jawatankuasa pemilihan maka tidak Perlu adanya tentangan atau ugutan di peringkat ini.
“Politik itu murni jika kita mengikhlaskan tindakan kita kerana Allah, bangsa dan negara,” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Shaiful mengesahkan istilah ‘Kartel’ itu merujuk kepada Azmin dan Zuraida.
Diminta menjelaskan maksud ugutan itu, Shaiful menjelaskan terdapat ugutan peribadi yang tidak perlu dijelaskan.
“Nampaknya ada ugutan nak keluar parti, tapi saya dengar ada rumours daripada Tian Chua, tapi saya tengok kenyataan media tak sebegitu.
“Ada ugutan peribadi yang tak payah payah dimaklumkan. Biasalah ada ugutan keluar parti.
“Ada yang nak boikot,” katanya.
Ditanya berkaitan pertemuan Zuraida dan Azizah, Shaiful berkata terdapat perbincangan ringkas tetapi belum jelas apa isinya.

PKR DIBURU KRISIS DI SELANGOR

Krisis atas senarai calon PKR di Lembah Kelang sedang mengancam untuk mendidih dengan tekanan untuk satu mesyuarat tergempar antara Presiden Parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.
Terdapat rungutan dalam kepimpinan yang sekutu kepada Mentri Besar Selangor setelah sekurang-kurang lapan nama yang dicalonkan oleh beliau telah digugurkan daripada senarai calon sehari sebelum Pakatan Harapan dijangkakan untuk mengumumkan calon PKR Selangor dalam satu perhimpinan di Sungai Besar.
Mesyuarat empat mata masih belum lagi diadakan semasa laporan, memanadangkan Azmin telah ke utara sejak hari Jumaat.
Program terakhir beliau pada jam 10 malam di Nibong Tebal dan beliau dijangkakan terbang balik hari ini
Tercetusnya krisis parti ini setelah sekurang lapan nama yang dimajukan oleh  Azmin telah digugurkan atau ditolak oleh Dr Wan Azizah.
Penyandang jawatan yang digugurkan termasuk Ahli Parlimen Tian Chua (Batu) dan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju). Ahli Dewan Negeri (ADUN) yang digugurkan ialah Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).
Tiga nama lain yang dicalonkan Azmin juga dilaporkan ditolak, ini termasuk setiausaha akhbar Hilman Idham, yang dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan pembantu yang beliau percayai Khalid Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi parlimen Hulu Selangor.
Seorang lagi sekutu Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras DUN Kota Damansara, juga telah ditolak.
Chua, yang juga Naib Presisen PKR, memberitahu The Star bahawa senarai calon bukanlah untuk membina asas kuasa, tetapi harus dijadikan tentang membina parti dan menggerakkan wakil rakyat ke peringkat nasional sebagai Ahli Parlimen supaya pengalaman mereka boleh di gunakan.
Ia tidak harus dijadikan satu cubaan untuk penyingkiran. Ia sepatutnya menjadi satu usaha untuk membina generasi masa hadapan parti ,” beliau berkata.
Chua menafikan memberi kata dua kepada Dr Wan Azizah ke atas pilihan calon, tetapi mengaku telah mencadangkan satu perancangan yang boleh melihat wakil rakyat bergerak ke kerusi parlimen untuk membantu membina imej kebangsaan  PKR.
Beliau berkata parti akan menderita sekiranya kepimpinan menurut kehendak satu pihak sahaja.
Chua telah pada peringkat awal mengadakan sidang media yang dilihat dengan meluas sebagai satu amaran tersirat kepada kepimpinan parti untuk berhati-hati “tidak mengugurkan atau meletak orang ke dalam sebab melobi” daripada puak yang khusus.
Walaupun beliau tidak menamakan sesiapa, tanggapan yang wujud adalah beliau telah merujuk kepada Naib Presiden Rafizi Ramli, yang dilihat sebagai tangan yang tersembunyi di belakang Dr Wan Azizah.
Chua mendesak presidennya, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempunyai kekuatan untuk menentang lobi berkenaan supaya parti akan lebih bersatu untuk bertanding dalam pilihan raya.
Satu delegasi yang dipimpin oleh Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin menemui  Dr Wan Azizah di rumah beliau di Segambut, di mana di kalangan ahli PKR merujukkannya sebagai “Istana Segambut”, pada  8.00 pagi untuk membincangkan perkara tersebut.
Ia termasuk Gan, Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian, personaliti   yang mana Dr Wan Azizah mempunyai hubungan yang baik.
Menurut punca parti berkata Zuraidah telah merayu kepada Dr Wan Azizah untuk memikirkan semula senarai calon.
Tetapi setelah hari berlalu, perselisihan dilihat makin meluas.
Otai Reformasi, sebuah kumpulan veteran yang setia kepada Anwar, mengeluarkan satu kenyataan amaran kepada “kartel” – barangkali mereka itu yang rakan sekutu kepada Azmin dan Zuraidah – tidak menekan presiden.
Sinar Harian juga melaporkan bahawa Dr Wan Azizah dengan tergesa-gesa meninggalkan satu majlis PKR di Seberang Jaya, Penang, sementara Azmin masih lagi di atas pentas ceramah.
Dr Wan Azizah memberi alasan yang beliau terpaksa bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk menandatangan watikah (surat pengesahan calon) untuk calon-calon.
Tarik tali ke atas calon merupakan satu kesinambungan daripada persaingan yang sudah lama di antara dua kem dalam PKR – satu dipimpin oleh Azmin dan yang satu lagi oleh Rafizi, merupakan sekutu kepada Dr Wan Azizah.
Ia juga dilihat sebagai satu permulaan kepada pemilihan parti yang dijangkakan diadakan selepas PRU-14.
Rafizi, yang tidak layak bertanding dalam PRU-14, dilihat sebagai cubaan untuk melemahkan pengaruh yang Azmin ada terhadap parti.
Juga tanggapan yang beliau sedang cuba meletakkan sekutunya Dr Fahmi Ngah untuk bertanding di kerusi Kota Anggerik dengan matlamat untuk menonjolkan beliau sebagai kemungkinan calon Menteri Besar.
Dr Fahmi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan mantan ketua staf Anwar.
Cadangan untuk meletakkan bendahari parti Datin Paduka Tan Yee Kew di Wangsa Maju juga telah dilihat sebagai gerakan yang didalangi Rafizi sebah Yee Kew adalah sekutu beliau.
Apabila ditanya sekiranya beliau mempunyai harapan untuk satu penyelesaian daripada tertangguhnya mesyuarat Azmin-Wan Azizah, Chua berkata keutamaan harus diberi tentang membina parti daripada mengukuhkan satu kem menentang yang lain.
Mereka boleh jumpa, tetapi mereka mesti fikiran terbuka dan bukan mengugut di antara mereka ,” kata Chua.
Di Bukit Mertajam, Azmin mengatakan proses memilih calon pilihan raya dalam parti adalah “telus”.
Beliau telah menafikan menghantar satu senarai nama calon pilihannya, yang mana dikatakan telah ditolak oleh Dr Wan Azizah.
Saya tidak memajukan sebarang senarai. Nama yang telah disediakan oleh peringkat negeri berdasarkan nama yang dicadangkan oleh cawangan.
Peringkat negeri akan kemudian menilai dan memajukan senarai kepada ‘jawatankuasa calon’ untuk dipertimbangkan,” beliau berkata setelah sesi menemui rakyat di pusat operasi PKR Seberang Jaya di Jalan Baru semalam.
Bila ditanya tentang senarai calon Selangor, Azmin berkata beliau tidak mahu untuk spekulate memandangkan perbincangan masih lagi dijalankan.
Masih tidak ada keputusan mukhtamat,” beliau berkata, lalu menambah bahawa parti akan mengesahkan esok.