Thursday 31 May 2018

‘TABUNG HARAPAN MALAYSIA’ PELIK DAN TIDAK WAJAR, RAKYAT LIHAT IA SEBAGAI SANDIWARA KERAJAAN PH.

KUALA LUMPUR 31 Mei – Cadangan untuk menubuhkan Tabung Harapan Malaysia sebagai suatu tindakan tidar wajar kerana kerajaan terdahulu telah meletakkan Malaysia dalam keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil sebelum pembubaran parlimen.
Adun Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman menyifatkan penubuhan tabung itu adalah suatu pelik kerana kestabilan dan kekukuhan ekonomi negara ini bukan cerita kosong tetapi mendapat pengiktarafan dari International Monetary Fund (IMF).
“Dalam tempoh tak sampai sebulan ambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan baru dah terpaksa minta derma dari rakyat, alasannya untuk bantu kerajaan bayar hutang.
Adakah ini merupakan satu sandiwara kerajaan PH untuk menjustifikasikan kononnya hutang negara RM 1 trilion itu adalah benar? Kerajaan PH silap dengan menganggap rakyat yang mengundinya adalah bodoh tidak tahu apa pun.
“Suatu yang pelik dengan apa yang berlaku, laporan IMF menyatakan ekonomi negara amat baik dan sedang menuju untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi. Berdasarkan laporannya, pertumbuhan negara pada 2017 adalah sebanyak 5.8 peratus dan unjuran untuk 2018 adalah dijangkakan 5.3 peratus,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Tabung Harapan Malaysia.
Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah sewajarnya untuk menanggani masalah berkenaan kerana mereka mempunyai penasihat ekonomi yang dikatakan berwibawa dan mempunyai nama besar dalam hal ehwal ekonomi.
Hafizah berkata, rakyat seharusnya tidak dibabitkan dalam permasalahan yang berlaku dan ianya harus menjadi tanggungjawab kepada kerajaan sedia ada menangganinya bukannya mencari jalan mudah dengan meminta derma. Ini amat memalukan dan tidak masuk akal serta tidak pernah berlaku di mana-mana negara di dalam dunia ini.
Sepatutnya kerajaan PH menghargai pengundi mereka yang susah dengan membantu mereka dengan wang ringgit bukan disebaliknya, dalam kos sara hidup yang gagal ditangani oleh kerajaan PH rakyat pula disuruh membantu kerajaan.
“Kalau dulu, kerajaan Barisan Nasional memberi pelbagai sumbangan dan bantuan untuk rakyat seperti BRIM dan persekolahan, namun ramai yang menuduh pemimpin terdahulu makan duit rakyat walaupun menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.
“Kenapa kali ini rakyat berdiam diri apabila kerajaan sekarang membawa ‘tin milo’ secara terang-terangan untuk mengutip derma. Apakah negara ini sudah teruk hingga terpaksa meminta derma dari rakyat,” katanya.
Beliau juga hairan, bagaimana kerajaan sanggup berbelanja besar menyediakan siaran langsung perlawanan Piala Dunia di RTM dan dalam masa itu meminta rakyat menderma untuk membantu membayar hutang negara. 

BERI RUANG, MODAL SECUKUPNYA…. JANGAN MENJARAH PETRONAS - INGAT NAJIB KEPADA KERAJAAN PH.

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan baharu yang menerajui negara hari ini disaran agar terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas untuk terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah atau merompak dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs’ sebagaimana dilakukan ketika pentadbiran 22 tahun Tun Mahathir yang dahulu.
Dalam satu kenyataan menerusi catatan facebooknya, beliau turut berpandangan kenyataan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang menyatakan pemansuhan GST akan dibiayai dengan meminta Petronas, Khazanah dan BNM untuk membuat bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan adalah satu pendekatan rapuh (not sustainable) dan bakal mengorbankan jangka masa panjang hanya untuk pembiayaan jangka masa pendek.
“Pada ketika pentadbiran saya, saya amat teliti dalam memastikan Petronas tidak perlu membayar dividen kepada kerajaan melangkaui keperluan kerana saya mahu memastikan mempunyai imbangan tunai mencukupi bagi memenuhi pelan pengembangan dalam sektor perniagaan utama dan hiliran bagi menjadi sebuah syarikat tenaga berintegrasi bertaraf dunia.
“Hasilnya, baki tunai Petronas telah meningkat secara signifikan dan syarikat ini berupaya membuat pelaburan serta berkembang untuk melaksanakan projek bersifat ‘game changer’ seperti projek RAPID Pengerang, Projek Integrasi Minyak dan Gas Sabah Sarawak (SSIOGP) dan projek Amonia dan Urea Sabah (Samur),” katanya.
Jelasnya lagi pada masa itu, Petronas turut diberi ruang kebebasan untuk membuat pelaburan dalam projek huluan yang besar di Malaysia dan di merata tempat di dunia seperti Kanada, Iraq dan Brunei.
“Pelaburan-pelaburan ini akan berupaya menghasilkan dividen yang tinggi bagi Petronas serta Malaysia bagi jangka masa panjang. Kita melabur untuk memastikan manfaat bagi jangka masa panjang.
“Keuntungan Petronas juga bergantung kepada harga minyak dan gas dunia yang terletak di luar kawalannya. Kebergantungan yang keterlaluan terhadap harga minyak yang tinggi sepatutnya dielakkan. Walaupun harga minyak dunia sekarang agak tinggi berbanding jangkaan dalam bajet 2018 saya, kita perlu menjaga jika harga minyak jatuh lagi seperti kejatuhan sebanyak 80% yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015,” ujarnya.
Najib seterusnya menegaskan Rizab tunai Petronas sekarang jauh lebih tinggi berbanding tahun 2008 semasa beliau mula bertugas sebagai menteri kewangan.
“Alhamdulillah, rizab tunai Petronas meningkat kepada RM164.7 bilion pada akhir Mac 2018, meningkat RM36.5 bilion berbanding RM128.2 bilion pada tiga bulan lalu iaitu pada penghujung 2017.
“Peningkatan ini adalah berikutan harga minyak yang memberangsangkan selain dari penerimaan bayaran dari pelaburan Aramco Saudi bagi projek RAPID Pengerang,” katanya. 

MENGAPA RAKYAT PERLU BIMBANG KENYATAAN-KENYATAAN MANIPULASI KERAJAAN PH?

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara kira-kira tiga minggu yang lalu tetapi pemimpin-pemimpin mereka telah tampil dengan pelbagai kenyataan yang mampu memberi kebimbangan kepada rakyat mengenai pembangunan dan pertumbuhan negara.
Menurut Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO, jika diperhalusi dan dirumuskan bagi minggu lalu sahaja terdapat empat kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan PH yang meruntun jiwa rakyat antaranya seperti kenyataan Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata jangan risau sekiranya taraf kredit Malaysia diturunkan.
Tetapi menurut Unit Komunikasi Strategik parti itu, kenyataan seperti itulah yang perlu dibimbangi.
“Penurunan peringkat penarafan kredit akan membawa pelabur asing keluar dari pasaran saham dan pasaran bon Malaysia.
“Ini akan meningkatkan kadar faedah dan kos pembayaran balik hutang negara juga akan meningkat sebanyak RM10 bilion setahun, manakala rakyat biasa akan menghadapi kadar faedah yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Begitu juga dengan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung hutang negara kini berjumlah RM1 trilion yang perlu semua rakyat bimbangi.
“ini adalah kenyataan politik dan tidak benar. Guan Eng menyatakan hutang rasmi bersama-sama dengan pembayaran pajakan dan liabiliti luar jangka, satu langkah yang tidak mematuhi piawaian antarabangsa dan tidak tepat.
“Bukan sahaja ini akan menakutkan pasaran kewangan yang telah menyumbang kepada pasaran saham yang jatuh merudum selama beberapa hari pada akhir dan kelemahan Ringgit Malaysia, malah boleh digunakan sebagai alasan bagi Kerajaan PH untuk tidak menyampaikan janji manifestonya,” tegas kenyataan tersebut lagi.
Ketiga, berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir yang membatalkan projek Rel Keretapi Laju (HSR) adalah keputusan muktamadnya serta rakyat Singapura sudah meluat dengan kerajaan mereka.
“Mengapa kita perlu bimbang? Projek HSR adalah salah satu sebab mengapa agensi antarabangsa meningkatkan ramalan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Membatalkan projek ini mungkin bermakna ramalan pertumbuhan KDNK akan diturunkan, menyebabkan lebih ramai pelabur menarik balik perancangan mereka untuk melabur di Malaysia.
“Kenyataan konfrontasi terhadap Singapura dan kekurangan rasa hormat secara tidak sengaja membatalkan HSR menerusi sidang akhbar tanpa memaklumkan Kerajaan Singapura terlebih dahulu hanya akan membawa kepada dasar yang tidak baik oleh Singapura serta memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia yang bekerja di sana atau membuat dasar perdagangan yang merugikan kita,” ujarnya.
Manakala terakhir yang perlu rakyat bimbangi adalah berhubung kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin yang berkata tiada gunanya mempunyai pertumbuhan 10% kerana harga yang lebih rendah adalah apa yang rakyat mahu.
“Nampaknya kerajaan bersedia untuk mengorbankan pertumbuhan KDNK untuk kos sara hidup yang rendah. Pertumbuhan KDNK memperluaskan ekonomi dan memperluaskan peluang bagi kita semua. Pertumbuhan KDNK mencipta pekerjaan dan menimbulkan pendapatan.
“Adakah kita benar-benar mahu mempunyai gaji yang rendah dan pekerjaan yang lebih rendah sebagai balasan untuk kos sara hidup yang rendah? Bukankah ini masalah sebenar Malaysia ketika Dr Mahathir bersara sebagai PM (Keempat) pada tahun 2003?,” soal unit tersebut.
Justeru katanya, rakyat harus sedar tentang apa yang berlaku di negara ini kerana perubahan kepada kerajaan yang baharu tidak bermakna kita perlu membiarkan diri hanya menjadi pak turut saja.
“Kita perlu ada harga diri dan bukan seperti kerbau yang dicucuk hidung.
“Akhirnya, keutamaan kita seharusnya kepada kuasa beli, pekerjaan, pelaburan, ekonomi dan masa hadapan yang dipertaruhkan, tidak kira siapa yang menjadi kerajaan,” katanya. 

A FEW WORRYING STATEMENTS COMING OUT FROM NEW GOVT OVER PAST WEEK


 


Hasnah Rahman


1. Tun M: Do not worry if Malaysia’s credit rating is downgraded


Why we should worry: A downgrade of our credit rating will lead to foreign investors pulling out of our share market and bonds market. This will also increase interest rates which means the country’s debt repayment cost will increase by RM10 billion per year while ordinary citizens will be hit with higher interest rates.

2. LGE: Our national debt is now RM1 trillion


Why we should worry: This is a political statement and is not true. LGE lumped our official debt together with lease payments and contingent liabilities – a move which does not comply with international standards and is inaccurate. Not only will this scare the financial markets which had contributed to our stock market dropping like a stone for days on end and our Ringgit weakening, it may be used as an excuse for PH not to deliver on its manifesto promises.

3. Tun M: The decision to cancel the HSR project is final. Singaporeans tired of their PAP govt


Why we should worry: The HSR project was one of the reasons why international agencies increased our GDP growth forecasts. Cancelling this project may mean that our GDP growth forecast will be lowered, leading to more investors scrapping plans to invest in Malaysia.

Also, the confrontational statement against Singapore and the lack of respect in unilaterally cancelling the HSR via a press conference without informing Singapore govt first can only lead to unfavourable policies by Singapore – to victimize Malaysians who work there or trade policies that are detrimental to us.

4. Ong Kiam Ming (special officer to MOF): To replace GST, we will be raising corporate taxes, ask for higher dividends from Petronas, BNM and Khazanah. Sales and Service Tax (SST) base will be expanded


Why we should worry: Increase corporate taxes at a time when our neighbours such as Thailand and Indonesia has been aggressively reducing theirs will drive away investments. Where would you rather build a new factory or start a new company? A country with higher corporate tax or a lower one?

Raiding Petronas and depending on higher oil prices which the previous BN Govt had avoided is never a good thing as global oil prices is out of Malaysia’s control. It will also starve Petronas of funds to invest in new upstream/downstream investments where the effects will only be seen 10 years or 15 years down the line.

Similarly, raiding BNM and Khazanah for funds is also not a sustainable measure. How many years can you raid them? Surely it is not a renewable source of income. Does it also mean that BNM will have to print more money which will cause inflation and devalue our currency?

The part about expanding the SST base is also worrying. GST was able to collect more money compared to SST as GST had covered more goods and services that SST did not cover.

However, expanding the SST base means SST will also cover more items – meaning prices for more items will increase in price since SST is 10% while GST is 6%.

We are back to square one in terms of cost of living!! With the only difference being we no longer know how much tax is collected on the items we buy since SST is hidden while GST charges were transparently shown in our receipts.
Folks, we have to be mindful of what is happening to our country. Changing to a new govt that we wanted does not mean we have to let our guards down.

At the end of the day, it is our purchasing power, our jobs, our investments, our economy and our futures at stake here – no matter who the govt is.
8 Comments
 
Old guard, new team conclusion disaster.
Like · Reply · 6 · 11h
 
Heng Ric · 
Works at Self-employed
...after declaring so rampantly pre–GE that the country is bankrupt, they now say that the financial position is so bad. How worse can it be? Surely this is merely to justify their inability to make good all the promises in their manisfesto. Hope they will not jeopardise the country's future by dismantling all the planned development projects just to spite/demonise BN.
Like · Reply · 11 · 11h
 
They have made unbelievable disasterous promises, now they can turn back.Tthey have to deliver their promises,otherwise,Najib will be proven to be right all the time.Cannot admit now,that they were just election promises.Let us see how the world and our corporates, assess us now and see if cost of living & prices of essential consumer products especially milk related products,start coming down.Unloading workers from the government services will also ignite similar reaction from private sector.It will have an explosive impact on households and family.Crime and corruption rates will increase. A thinking article Hasnah.
Like · Reply · 5 · 8h
 
..now thy cannot turn back...
Like · Reply · 1 · 6h
 
Square pegs in round holes.......misfits masquerading as Saviours of Nation
Like · Reply · 4 · 7h
 
:-) ( hmm you mean he ouch screwed them PAKATAN Presidential Councils YB Kit Siang, DS Dr Wan and ha ha Tn Haji Mohamad, round holes?)
Like · Reply · 1 · 7h
 
Typical rantings of an "uneducated" Malaysian. All talk of Najib robbing the country without a shred of evidence. If the "New Enlightened" Malaysians want the truth, then this article does exactly that.
Like · Reply · 6h
 
Bordering on havoc looking at Tun YAB trying hard, Sdr Hasnah
to break the 100 days promises that may nauzubi'Llah 
lead the country into POPULIST socialism stagnation
( we know where to shove the V2020 then)

PS. Yes we are past it to believe in the tooth fairy, instead convinced some GST % will in-sya-Allah be raised in future kan?

M Zin 
SS16 Subang Jaya
Like · Reply · 3 · 7h


Wednesday 30 May 2018

PROPAGANDA STATUS KEWANGAN NEGARA TENAT DIBUAT UNTUK SALAHKAN BN.


KUALA LUMPUR, 31 Mei – Sejak seminggu kebelakangan ini, terlihat jelas bahawa taktik Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menggambarkan ekonomi Malaysia amat lemah supaya apa sahaja yang berlaku sekarang dan selepas ini, kononnya bukan salah mereka, tetapi salah Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan
Katanya, penjawat awam dan pesara terpaksa menerima tempias propaganda status kewangan dan hutang negara RM1 trilion yang dikata tenat sehinggakan bonus hari raya lebih rendah daripada biasa (RM400 dan RM200 masing-masing) dan hanya diberi kepada mereka yang bergred 41 dan ke bawah.
“Rata-rata 48 peratus pengundi yang menyokong PH pun masih dalam perasaan ‘euphoria’ dengan Malaysia Baharu.
“Pun begitu, di sebalik mesej dan mainan sentimen kononnya ekonomi lemah sehingga sebuah tabung terpaksa dilancarkan untuk rakyat menyumbang membantu kerajaan mengurangkan hutang negara, jemaah menteri hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM40 juta untuk membeli hak penyiaran siaran langsung Piala Dunia untuk ditayangkan secara percuma di RTM.
“Agaknya dah boleh ubah nama tabung ke Tabung World Cup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas beliau, seandainya penjawat awam sendiri tidak bersuara tetapi orang BN sahaja yang mencanang, mungkin boleh dipertikaikan tetapi di media sosial pegawai kerajaanlah yang meluahkan perasaan kesal dengan tindakan kerajaan sekarang.
“Siap sedia kemungkinan juga kenaikan gaji tahunan ‘one-off’ yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini tidak akan dilaksanakan atas alasan yang sama, kononnya ekonomi negara berada dalam keadaan tidak baik. Salah siapa? Salah BN…
“Agaknya sekarang ini apabila pasaran saham Bursa Malaysia jatuh paling teruk semenjak krisis kewangan dunia 2008, pun salah BN juga.
“Lebih RM4 bilion modal asing keluar negara baru-baru ini pun, salah BN juga. Agaknya tiada kena mengena dengan dasar fiskal kerajaan baru yang mengembalikan cukai SST dengan kurang telus dan efisien di samping meningkatkan kebergantungan kita kepada hasil petroleum?”
Katanya terpulanglah kepada rakyat untuk menilai memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 baru saja berakhir sementara PRU ke-15 masih jauh lagi.
“Untuk bulan-bulan mendatang pihak kerajaan akan tetap memainkan isu kelemahan BN seolah-olah mereka masih pembangkang, tapi kalau inilah gaya ‘Harapan’, apabila BN bangkit semula dalam masa terdekat ini, insya-Allah kita akan ada bahan untuk jadi pembangkang berkualiti.”
Beliau percaya bahawa dari satu sudut, UMNO dan BN perlu selesaikan pembaharuan dalaman dan menggariskan strateginya sebelum terlalu ghairah mengkritik atau menyerang kerajaan.
“Biar kita membangkang dari suatu asas yang kukuh. Kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya.”