Wednesday 31 October 2018

ADAKAH PERANAN MENTERI PENDIDIKAN UNTUK MENDIDIK RAKYAT MENIPU DAN MEMFITNAH?

Selepas menipu rakyat mengenai PTPTN dan janji pendidikan percuma, pagi tadi Menteri PH ini pula mahu menipu mengenai isu RM2.6b.
Untuk makluman Menteri ini, saya sudah dituduh di Mahkamah kerana menerima wang ini dan saya juga dituduh secara rasmi dengan 5 dakwaan (pemulangan dipecahkah kepada 5 kali atas kehendak bank untuk mengurangkan kesan kepada pasaran FOREX) kerana memulangkan wang ini kepada akaun penghantar 4 bulan selepas menerimanya, iaitu telah “return to sender”.
Sudah 6 bulan selepas barang-barang dirampas dan tidak ada 1 tuduhan yang mendakwa wang RM2.6b itu digunakan untuk membeli beg tangan, cincin dan sebagainya.
Pendakwaan di mahkamah pun digunakan menteri PH sebagai bahan fitnah.
Adakah peranan menteri pendidikan kita adalah untuk mendidik rakyat menipu dan menfitnah Inikah pendidikan “percuma” yang dimaksudkan itu?
Kalau tak boleh tunaikan janji, tak payah untuk menipu dan menggunakan saya sebagai alasan.
Bagi kes 1MDB, saya sudah berhujah di dalam parlimen (ketika anda semua hilang) dan juga menulis dua kali minggu lalu bahawa perjanjian penyelesaian dengan IPIC ialah jalan untuk menyelesaikan masalah.
Saya telah beberapa kali meminta kerajaan untuk mendedahkan kedua-dua perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan tahun 2017 jika benar-benar mahu menegakkan keadilan kepada saya dan rakyat tetapi kerajaan PH masih lagi membisu. Kenapa?

FB NAJIB RAZAK

Tuesday 30 October 2018

ICERD : KAJI DAHULU KESANNYA KEPADA MARUAH RAKYAT, BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.

KOTA BHARU, 30 Okt – Kerajaan Persekutuan digesa supaya tidak terlalu teruja dalam menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa tanpa membuat kajian secara menyeluruh dan impaknya terhadap rakyat.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan memberi kesan bukan sahaja terhadap orang Melayu, malah turut membabitkan kaum lain.
“Malah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, PAS, MCA dan MIC juga kena diharamkan kerana ia parti berdasarkan kaum, itu dari segi politik.
“Dari segi institusi pula, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Permodalan Nasional Berhad (PNB), mungkin Tabung Haji juga (akan diharamkan) kerana ia untuk orang Islam sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar dewan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menandatangani satu perjanjian antarabangsa yang mengharamkan penanaman tembakau.
“Akhirnya Kelantan yang menderita paling banyak apabila ramai penanam tembakau kehilangan pekerjaan mereka. Walaupun Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditukar kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) namun ia masih tidak dapat membantu penanam tebakau.
“Kita tak tahu mana nak letak penanam tembakau kita pada masa itu. Kita telah buat kesilapan itu… itu kecil sahaja dari segi pendapatan. Tapi ICERD ini melibatkan maruah kita, bangsa kita, negara kita,” katanya. 

UMNO TOLAK SEKERAS-KERASNYA USAHA KERAJAAN PH RATIFIKASI ICERD

KUALA LUMPUR, 30 Okt – UMNO menolak sekeras-kerasnya hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan Ratifikasi ICERD (International Convention On Elimination Of All Forms Racial Discrimination) bermula tahun hadapan.
Menurut Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa, UMNO menyokong segala bentuk penentangan yang dilancarkan oleh parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat madani keseluruhannya.
“Majlis Kerja Tertinggi (UMNO) akan berbincang lanjut tindakan yang bakal kita ambil untuk menyemarakkan penentangan ini.
“UMNO menganggap ratifikasi ini ‘ultra vires’ dan mencabul Perlembagaan Negara,” tegas Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh dalam satu kenyataan di sini.
ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969, di mana negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan kaum.
Sebagaimana maklum, Artikel 5 (d) (vii) ICERD antara lain menyebut bahawa negara yang menandatangani konvensyen ini hendaklah menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum dan menjamin hak semua orang untuk kebebasan berfikir dan beragama.
Justeru, usaha meratifikasi ini hendaklah ditentang kerana ia melibatkan pelbagai implikasi undang-undang termasuk risiko pindaan Perlembagaan Persekutuan yang sudah pasti mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy pada 24 Oktober lalu berkata kerajaan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019 selaras dengan manifesto PH.
Difahamkan esok, 31 Oktober, beberapa parti politik serta NGO akan menyerahkan memorandum kepada kerajaan menolak ICERD di hadapan bangunan Parlimen.

Monday 29 October 2018

PENDIDIKAN PERCUMA DAN RM 42 BILION: MENTERI YANG PALING BODOH DI WUJUDKAN OLEH PRLIMEN MALAYSIA?

Kepanasan apabila disindir menggunakan alasan BN “pendidikan hampir percuma” Menteri Pendidikan Maszlee Malik tampil menyalahkan kerajaan lalu. Kata beliau PH gagal memberi pendidikan percuma kerana 1MDB.
Menteri berkata,
i. RM42 bilion yang ditelan 1MDB boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga Universiti Ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk4 tahun.
ii. RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman.
Sangat melucukan apabila kenyataan yang selalu dimainkan oleh pemakan dedak kerajaan sekarang sudah diangkat menjadi kenyataan Menteri.
Pertama, RM42B dan RM2.6B bukan wang dari kantung negara. RM42 bilion merupakan hutang 1MDB suatu masa dulu. Ia terhasil melalui pinjaman dan penjualan bon yang bersandarkan pembelian aset dan pembangunan hartanah.
Jadi jika tiada 1MDB wang RM42 bilion itu tetap tidak wujud. Tidak ada orang gila hendak bagi Maszlee pinjam RM42 bilion untuk buat pendidikan percuma. Jadi bagaimana mana Maszlee mahu mempertahankan hujah beliau?
Kedua apa perkiraan Maszlee bahawa RM42 bilion tersebut boleh memberi pendidikan percuma kepada anak kita dari tadika sehingga universiti selama 4 tahun?
Bajet Pendidikan Negara 2018 hampir RM60 bilion masih gagal memberi pendidikan percuma beserta makanan dan pengangkutan selama setahun. Jika Maszlee boleh buat dengan RM42bilion beliau perlu diberi peluang.
Justeru kita harap dalam Bajet 2019 Lim Guan Eng dapat memberi RM42 bilion kepada Maszlee supaya rakyat dapat nikmati pendidikan percuma selama 4 tahun.
Ketiga, ketika Maszlee menawarkan pendidikan percuma dan negara tanpa tol sebelum Pilihan Raya, Pakatan Harapan telah berkempen ke seluruh negara mendakwa negara mempunyai hutang RM1 trilion dan sebanyak RM42 bilion wang 1MDB telah lesap.
Pakatan Harapan berjanji berdasarkan hutang negara RM1 trilion dan 1MDB ada hutang RM42 bilion.
Jadi mengapa disalahkan isu hutang negara RM1 trilion dan RM42 bilion wang 1MDB bila gagal melaksanakan pendidikan percuma dan lebuh raya tanpa tol?
Inilah kerajaan yang mengangkat kebodohan sebagai tuan.

Sunday 28 October 2018

KONSPIRASI PH DAN AL JAZEERA UNTUK MEMERANGKAP NAJIB


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pengacara rancangan temubual Al-Jazeera, Mary Ann tidak adil kepada beliau ketika sesi wawancara berlangsung.
Menurut Najib, dalam program temuramah yang dirakam pada hari isteri, anak dan anak tirinya disoal siasat oleh pihak polis semalam, Mary Ann tidak mengikuti topik yang telah dipersetujui sebelum ini.
Najib berkata, biarpun wawancara tersebut melangkaui masa serta menyeberang skop yang dipersetujui, beliau tetap menjawab soalan tambahan yang diajukan.
“Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.
“Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia dipermulaan wawancara ini,” kata Najib.
Najib berkata, sikap Marry Ann itu menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghentikan temubual yang sedang berlangsung.
“Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui dan ianya tidak adil kepada saya.
“Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai dua-dua isu itu terhadap saya, yang sudah berkali-kali dijawab dan terlalu banyak kali diberi penjelasan,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.
Program wawancara bersama Marry Ann itu disiarkan oleh rangkaian Al-Jazeera hari ini. Dalam program tersebut Najib dilihat menamatkan wawancara sebelum rancangan itu berakhir. Mary Ann merupakan wartawan yang bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya.
Menurut Najib, beliau diberitahu pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengannya supaya matlamat asal dua-dua pihak akan dapat dicapai.

*********************************************************
Sebentar tadi, Al-Jazeera telah menyiarkan temuramah yang dirakam serentak ketika isteri, anak dan anak tiri saya disoalsiasat oleh pihak polis semalam.
Biarpun wawancara ini melangkaui masa yang dipersetujui serta menyeberang skop yang dipersetujui, saya tetap menjawab soalan soalan tambahan yang diajukan.
Tetapi, individu yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya, dan dia bertegas mahu menyoal soalan mengenainya, disebalik pelbagai penafian saya, disebalik kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telahpun membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya.
Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.
Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia dipermulaan wawancara ini.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui dan ianya tidak adil kepada saya. Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai dua-dua isu itu terhadap saya, yang sudah berkali-kali dijawab dan terlalu banyak kali diberi penjelasan.

Saya diberitahu bahawa pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengan saya supaya matlamat asal dua-dua pihak akan dapat dicapai. – Najib Razak

GUSAR KEHADIRAN ANWAR : PPBM MENGUMUMKAN KONONNYA 40 WAKIL RAKYAT UMNO MENYERTAI MEREKA


KUALA LUMPYR 28 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kenyataan Datuk A Kadir Jasin bahawa 40 ahli Parlimen UMNO akan menyertai PPBM adalah usaha terdesak pimpinan parti berkenaan untuk menutup kekurangan mereka yang hanya ada 13 kerusi di Dewan Rakyat.
Menurut beliau ini banyak dipersoalkan oleh rakan dalam pakatan bagaimana sebuah parti yang jumlah ahli Parlimennya yang kecil boleh menerajui kerajaan
“Saya percaya kenyataan penyertaan itu tidak benar dan hanya andaian Kadir Jasin.
“Selain bertujuan memecahbelahkan UMNO, ia juga untuk mengulangi impian dan harapan sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad”,  katanya dalam satu kenyataan di sini.
Justeru beliau berharap ahli UMNO tidak terpengaruh dengannya kerana pihaknya yakin Ahli Parlimen UMNO tetap setia dengan parti.
“Bagaimanapun kenyataan Kadir Jasin saya sifatkan sebagai provokasi dan tidak masuk akal.
“Apa yang dinyatakannya juga sebagai suatu usaha beliau untuk menunjukkan kononnya PPBM sudah semakin kuat”, ujarnya.
Hakikat sebenarnya jelas beliau kenyataan itu mengambarkan bahawa PPBM semakin gusar dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Harapan.
Oleh kerana itu tegasnya Kadir terpaksa menyatakan 40 Ahli Parlimen UMNO akan meninggalkan UMNO menyertai PPBM.
Malah tegas Dr Shamsul lagi kenyataan dari pimpinan PPBM ini juga jelas menunjukkan sudah ada persaingan dan perlumbaan membina pengaruh antara PPBM dan PKR termasuk parti lain dalam Kerajaan Pakatan Harapan.
“Semua ini ekoran kehadiran Anwar Ibrahim.
“Sebab itu kenyataan Kadir Jasin adalah gambaran ada perancangan pimpinan PPBM mahu menyekat kemaraan Anwar Ibrahim untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri”, katanya.
Oleh itu tambah beliau Anwar Ibrahim harus berhati hati dalam perkara ini dan segeralah bertindak sebelum terlambat.
“Sudah tentu perancangan sebenar pucuk pimpinan tertinggi PPBM untuk terus berkuasa walaupun terpaksa mengikut arahan parti DAP, ujarnya.

KENYATAAN DATUK A KADIR JASIN : IBARAT ALKISAH ALI BABA DAN 40 PENYAMUN


Datuk A Kadir Jasin mendakwa ada 40 orang ahli Parlimen UMNO memohon menyertai Bersatu.

Jika benar telah ada 40 orang ahli Parlimen UMNO hendak masuk Bersatu, semalam juga Tun Mahathir sudah umum besar-besaran kemasukan mereka.
Satu dunia sudah tahu Mahathir terdesak dan berusaha berusaha keras untuk dapatkan semua ahli Parlimen UMNO kecuali Najib Razak, Zahid Hamidi, Annuar Musa dan Azeez Rahim.
Jika pejabat Tun Daim di Menara Ilham boleh bercakap mungkin ia boleh memberitahu kita berapa ramai wakil rakyat UMNO yang telah dipujuk dan digertak. Namun rancangan ini masih buntu.
Minggu ini sudah beberapa kali beliau mempelawa ahli UMNO masuk Bersatu.
Pelik juga ketika mendakwa parti beliau bersih dan anti rasuah, mengapa mahu diambil ahli-ahli Parlimen UMNO yang beliau dakwa korup dan bersengkongkol dengan rasuah.
Penerimaan Mustapha Mohamad lagi pelik kerana beliau salah seorang Menteri kabinet Najib Razak yang sudah tentu terbabit dengan 1MDB secara tidak langsung.
Beberapa hari lalu Mahathir mencemuh dan menghina ahli dan penyokong UMNO yang tidak ada dalam kabinet sebagai penyokong kleptokrasi.
Mereka ini juga yang menyokong beliau selama 22 tahun dihina begitu sahaja.
Lucunya hari ini beliau menerima bekas Menteri UMNO yang secara langsung terbabit dalam penentuan polisi kerajaan pimpinan Najib Razak.
Pemimpin dan penyokong Bersatu perlu berhenti menjadi munafik jika UMNO ini parti penyamun dan penyangak jangan terima sesiapapun ahli UMNO.
Namun sudah tentu ia tidak berlaku demikian kerana agenda Mahathir bukan agenda anti rasuah, Malaysia Baharu atau kepentingan rakyat.
Beliau perlu kuatkan Bersatu untuk kroni dan anak-anaknya sahaja.

Friday 26 October 2018

BILA NASI SUDAH MULA JADI BUBUR…………

Pelbagai ceritera dan tindakan yang tak pernah kita dengar pun selama ini tetapi hari ini perkara aneh itu menjadi kebiasaan.
Sebelum ini Najib dan BN digelarkan kerajaan perompak dan pelbagai bahasa yang amat kasar. Setiap sen duit kerajaan bisa dihitung oleh pak mat di kampung dan mak minah di ulu pendalaman. Itu semua duit rakyat katanya. Harga minyak dikira naik turunnya. GST diteliti dari setiap bil.
Hidup pula dikatakan susah dan rakyat makin miskin. Peneroka masih mengeluh harga sawit yang ketika itu RM600 satu tan dan katanya bila la buah nak mahal ni. Felda dituduh katanya menjerut peneroka tapi sekarang harga buah tinggal RM280 saja.
Anak muda bangga berarak mahukan PTPTN mereka dihapuskan kerana banyak negara pendidikan percuma kata mereka. Lepas belajar terus kawin dan beli kereta tinggal menyewa bukan rumah flat tapi teres yang sewaan RM1,000 ke atas. Dapat anak merungut katanya susu mahal dan lampin semua mahal.
Penjawat awam makin berani. Katanya kerja dalam tekanan kerana tugasan dan bermacam arahan dari kerajaan kerana polisi. Cikgu lantang di kantin mengutuk kerajaan ketika itu dengan isu yang mereka sendiri tidak tahu pangkal hujungnya.
Tapi itu semua dulu…
Hari ini AMBO tidak lihat netizen yang menyalak pasal minyak walhal minyak masih mahal. AMBO tidak lagi nampak Guru yang berani berpolitik di sekolah walhal polisinya masih sama malah makin teruk dengan idea bodoh Menteri dan Timbalan Menteri yang mahukan cuti pun berperingkat mengikut negeri.
Tiada lagi manusia yang prihatin meneliti bil belian mereka walhal SST 16% berbanding GST 6% dan bukan pada barangan keperluan asas.
Tiada lagi posting maki hamun dan cercaan dari golongan muda tetapi PTPTN mereka masih perlu dibayar sehingga kini,hahaha…
Pak Mat, Hj Rauf dan Mak Minah tidak lagi berminat nak bercakap politik setiap kali ke pasar dan kedai kopi. Pesara seperti Hj Salleh tidak lagi memaki kerajaan walhal pencen yang mereka nikmati bakal ditarik.
Tup-tup Kerajaan Baru istiharkan bermacam alasan untuk tidak melangsaikan hutang janji mereka kepada rakyat tetapi tiada rakyat yang marah malah bangkit pertahankan walau barangan mahal.. walau minyak tidak turun.. walhal PTPTN tetap kena bayar.. walhal cukai sekarang takde dalam bil tapi dah dimasukkan awal-awal tanpa mereka tahu pun berapa dan banyak mana. Yang pasti barangan sesen tak turun malah lebih mahal.
Penjawat awam takde sorang yang marah walhal kenaikan gaji mereka pun nak dikaji semula. Tiada bonus tiada kenaikan tangga gaji.
Tup-tup Anak Pak Miuun ‘call’ bagi tau nak balik kampung sebab kontrak kerja tak disambung dekat-dekat raya hari tu.
Tup-tup anak Mak Limah bagi tahu nak pinjam duit untuk bayar sewa rumah sebab syarikat dah diberhentikan dari projek besar dan dia pun takde kerja. Hanya bini yang misi tu jer lah talian hayat yang ada.
Tup-tup dengar kabar kerajaan nak jual aset dan harta negara sebab kononnya takde duit nak urus negara.
Yang menghairankan ialah dulu kerajaan ‘perompak’ merompak duit rakyat tapi boleh bagi bonus dan kenaikan gaji. Boleh bagi BR1M. Banyak projek besar dilaksanakan dan anak-anak muda senang dapat kerja dan sara ibubapa. Banyak projek kecil di luar bandar dan pembangunan sampai depan tangga walau dalam tanah rancangan dan ulu pendalaman.
Kerajaan perompak tapi penjawat awam senyum lagi sebab boleh bawak balik duit bonus raya.Akhir tahun tak sakit kepala sebab ada bonus hujung tahun yang boleh selesaikan baju seluar anak sekolah.
Yang hairannya dulu kerajaan ‘perompak’ tapi takde plak dengar kerajaan jual aset penting negara malah PNB dari RM12 billion aset meningkat kepada RM 43.9 pada akhir 2017. Aset Khazanah dari RM33.7 billion menjadi RM115.7 billion.
Kebenarannya diakui Daim yang merupakan perancang utama ekonomi negara mengakui sukar menguruskan ekonomi negara hari ini. Kerana apa? Kerana pelabur tidak yakin dengan kerajaan hari ini.
Dalilnya apa? Dalilnya ialah lawatan PM di beberapa negara termasuk jiran Brunei menemui jalan buntu untuk meminjam wang dari Japan, China , Amerika dan London.
Kerana apa pelabur tak yakin? Sebab semua pemimpin bercakap soal hutang negara. Pergi luar negara cakap negara berhutang sampai trilion.
Walhal soal hutang itu untuk mendapat simpati rakyat dan memberikan alasan supaya rakyat tidak marahkan kerajaan kerana tak tunai pelbagai janji. Mana ada pelabur atau negara yang bodoh mahu melabur atau bagi pinjam kepada negara yang hutangnya banyak dan bakal bankrap.
Rupanya dari dulu pembangkang ketika itu menyatakan negara akan bankrap dan bankrap itu betul tapi bukan di tangan BN tapi mereka yang akan bankrapkan negara dengan menjual aset negara, bagi peluang anak-anak dan kroni rompak kontrak besar dan kebodohan mengurus negara.
Kepada rakyat yer.. kami tahu sangat yang anda semua tengah meratapi kesilapan anda semua.Tu sebab takde caci maki di sosial media. Bukan tak nak maki tapi anda semua sedang malu dengan diri anda sendiri.
Anda sedang berkecamuk mengira baki wang dalam akaun anda yang tak sebanyak mana tu. Anda sedang berkira sebelum ke kedai atau shoping komplek dan tidak seperti dulu.
Anda juga masih tidak menonton TV3 seperti dahulu kerana anda dah muak dan mula marah dengan wajah atau watak yang keluar berita setiap hari pasal hutang..hutang..dan hutang..termasuklah anda yang hutangnya makin bertambah..hikhikhik..
Apa pun persoalan dengan tajuk di atas kami nak tinggalkan kepada pembaca untuk menjawabnya.