Wednesday 25 December 2019

DALAM ISU FITNAH : MUFTI YANG KELIHATAN MEMIHAK DIANGGAP BAKAL PENGHUNI NERAKA JAHANAM?

Kenapa dalam kes Najib, Mufti Wilayah Persekutuan lain nada berbanding kes Azmin?
Itu persoalan kami nitizen berhubung kait dengan reaksi Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri dalam kes sumpah laknat Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid Kampung Baharu.
Dalam kes video Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali) Mufti Wilayah menyatakan kegusarannya sedangkan video seks songsang yang tular  itu menggugat umat Islam di Malaysia.
Dia lantas menulis empat artikel (Bayan Linnas) sebagai panduan antaranya “Peristiwa Al Ifki (fitnah terhadap A’ishah): Pengajaran Menghadapi Fitnah Semasa”.
Azmin terasa Mufti Wilayah membelanya berdasarkan surat mufti Azmin langsung tidak membuat laporan polis, saman atau bersumpah.
Sebaliknya dalam kes Najib, Dr Zulkifli mempersoalkan tindakan berani Najib bersumpah di masjid, dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan seolah membuat sumpah laknat di Masjid Jamik Kampung Baharu itu kononnya melanggar peraturan.
Menurut kenyataan rasmi beliau menyatakan bahawa mubahalah dalam kategori sumpah dan tidak perlu kalau kes masih berjalan di mahkamah.
Soalnya kes pembunuhan Al tantuya (Shariibuu) sudah dihakimi. Azilah (Hadri) bersalah dan dihukum gantung, dan kes sudah lama berakhir dan bukan sedang berjalan.
Mungkin kerana terlalu teruja untuk memihak kepada satu pihak maka beliau lupa fakta sebenar dan yang berlaku sekarang merupakan satu usaha untuk memfitnah Najib yang tidak terlibat dan membuka balik kes tersebut untuk kepentingan satu pihak yang berkepentingan.
Malah, menurutnya, Najib sendiri telah meminta pegawainya membuat laporan polis tahun lepas apabila fitnah ini terus disensasikan.
Beliau juga hairan kenapa Zulkifli tidak kisah pula dengan dakwaan seorang ahli perniagaan, Deepak yang menuduh Altantuya mengandung anak Najib ketika dibunuh.
Apakah Dr Zulkifli tidak gusar dengan fitnah yang dashyat ini dengan menyepikan diri?.
Apa pun, kami berpendapat , pandangan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman lebih bijaksana kerana berpendapat tidak salah Najib bersumpah kalau dia tidak ada pilihan lain.
Tepat, Najib tidak ada pilihan lain. Dia diasak dengan puluhan tuduhan dan ada kes berjalan serentak.
Dalam keadaan rule of law tidak dihormati, dapatkan Najib bersumpah di mahkamah seperti yang dicadangkan oleh Zulkifli itu.
Najib sudah tentu berbesar hati dan berani bersumpah di mahkamah jika Dr Zulkifli boleh mengaturkannya sebagaimana yang beliau sarankan. Jikalau tidak ia lah merupakan ‘cakap tak serupa bikin’ yang datangnya daripada seorang ‘Mufti akhir zaman’ yang mementingkan duniawi sahaja.
Sebab itu, kami berpendapat, sumpah bukan isunya tapi fitnah Najib membunuh itu perbuatan yang sepatutnya dikutuk habis-habisan.
Apakah Dr Zulkifli setuju dengan tindakan Azilah bersumpah melalui SD menuduh Najib mengarahkannya membunuh Altantuya. Sebaliknya tidak setuju Najib menafikannya secara sumpah laknat di Masjid Kampung Baharu?” Itulah persoalan kami.

Wednesday 18 December 2019

‘KONSPIRASI TAHAP TERTINGGI’, SIAPA DIA VVIP YANG DITUGASKAN ATAU YANG MEMUJUK AZILA?

Kami menganggap akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani Cif Inspektor Azilah Hadri berhubung dakwaan pembabitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah ‘konspirasi tahap tertinggi’.
SD terbaru Azila tidak akan wujud tanpa adanya ‘VVIP’ yang hebat itu atau mungkin pesuruh VVIP itu.
“Tun Daim pernah mendedahkan dia sendiri berjumpa dengan Anwar di penjara Sungai Buloh. Dia diminta oleh Tun M supaya memujuk Anwar untuk bergabung menumbangkan BN dan dijanjikan jawatan Perdana Menteri.
“Daim mendedahkannya dalam Program Soal Rakyat TV3 pada 5 September 2018. Dia terpaksa jadi peguam semula untuk jumpa Anwar. Kerana hanya peguam dan keluarga sahaja yang boleh jumpa Anwar di penjara.”
Maka soalnya, siapakah VVIP yang didedahkan oleh Peguam Tan Sri Shafie Abdullah dan Raja Petra Kamaruddin yang berjumpa Azilah di luar penjara? Adakah VVIP itu sendiri atau pesuruhnya yang bertaraf VVIP?
Walaupun ketika artikel ini ditulis pihak berkuasa Penjara Kajang telah menafikan tentang pertemuan Azila dengan sesiapa berdasarkan buku rekod rasmi lawatan banduan di penjara, namun buku itu hanya merekodkan siapa yang menemui Azila dalam penjara termasuk keluarga terdekat beliau.
Persoalannya sekarang VVIP berkenaan tidak berjumpa dengan Azila dalam penjara tetapi diluar penjara. Mungkin ada satu rekod yang mencatatkan apabila Azila dibawa keluar penjara seperti urusan menghadapi perbicaraan di mahkamah.
Teapi perkara yang lebih penting fikirkan ialah, mampukah pihak berkuasa Penjara Kajang ‘berlaga kepala’ atau ‘bertegang urat’ menghalang atas arahan pihak berkuasa atasan untuk membawa Azila keluar penjara tanpa mencatat dalam buku keluar masuk beliau?
Oleh itu kami kuatir sejarah ‘Banduan VIP Abdullah Ang’ di Penjara Kajang berulang kembali angkara kerajaan yang korup yang dipimpin oleh PM yang sama.
Banduan VIP Abdullah Ang
“Mereka juga cuba memujuk Sirul Azhar di Australia menggunakan seorang Datuk macainya dari parti PPBM. Setelah gagal, Azila pula dipujuk dengan janji terlepas dari tali gantung. Tun M membuktikan dia boleh melakukan apa sahaja sehingga memujuk Anwar di penjara
“Lagipun dia ada Peguam Negara yang tidak menghormati ‘rule of law’. Tommy Thomas boleh mengugurkan kes rasuah Lim Guan Eng. Dia boleh batalkan rayuan pendakwaan terhadap Rafizi.
“Dia satu-satunya Peguam Negara dalam sejarah yang diputuskan ada prima facie menghina mahkamah oleh Hakim Koroner dalam kes Mohd Adib.”
Dengan akuan bersumpah Azila selepas hampir dua tahun memerintah membuktikan bahawa kerajaan PH sudah tidak yakin untuk memenjarakan ‘segera’ Najib dengan puluhan tuduhan kleptokrasi, AMLA dan salah guna kuasa.
“Dengan tuduhan ‘membunuh’ Najib boleh segera dipenjarakan, maka ia menghalang program Bossku terus menarik sokongan rakyat khususnya anak muda terhadap BN.

‘Ia juga mampu menghalang facebook Najib daripada terus aktif dengan hujah dan fakta yang gagal disanggah malah oleh Tun M sendiri dan menteri menteri ‘cap ayam ’nya.
Hakikatnya ‘game plan’ Mahathir belum berakhir. Malah dia ‘tersenyum’ apabila ditanya tentang SD Azilah.
Dilaporkan, Azilah melalui SD itu mendakwa, beliau mendapat arahan secara terus dari Najib yang ketika waktu kejadian merupakan Timbalan Perdana Menteri, untuk membunuh dan menghapuskan mayat Altantuya.
Azilah membuat dakwaan mengejutkan itu dari Penjara Kajang.
Sirul dan Azilah telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.
Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati mereka.
Susulan dakwaan itu, Najib menekankan bahawa sepanjang proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan tidak mensabitkan beliau dalam jenayah itu. 

Tuesday 17 December 2019

AZILA BERTEMU ‘VVIP’ DI LUAR PENJARA KAJANG - TAN SRI MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH

Peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimanakah seseorang yang sudah dijatuhkan hukuman gantung boleh diberikan akses untuk bertemu seorang individu ternama ‘VVIP’ di luar penjara Kajang.
Banduan yang dimaksudkan oleh Shafee adalah bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang menunggu hukuman gantung selepas didapati membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Shafee bagaimanapun berkata, maklumat itu tidak dapat disahkan olehnya sebaliknya dimaklumkan kepadanya oleh sumber yang boleh dipercayai.
“Pertemuan antara Azilah dan VVIP ini telah mengambil tempat pada awal Februari tahun ini. Bagaimanakah seorang banduan hukuman gantung boleh keluar dan bertemu VVIP ini di luar? Bagaimana ini berlaku?
“Tentunya saya tidak dapat sahkan maklumat ini tetapi pemberi maklumat yang boleh dipercayai. Pertemuan ini bukan dalam penjara sebaliknya luar penjara. Apabila seorang banduan yang sudah ditetapkan hukuman gantung, bagaimanakah dia boleh di bawa keluar begitu?
“Ini sudah melanggar undang-undang dan protokol. Saya sedang tunggu pengesahan rasmi ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Shafee hadir hari ini sebagai pencelah bagi permohonan yang telah dikemukakan oleh Azilah dalam kes yang membabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azilah melalui peguam J Kuldeep Kumar telah memohon untuk mengetepikan hukuman gantung terhadapnya dan mahu kes berprofil tinggi itu di bicarakan semula.
Dalam pada itu, Shafee juga mendakwa ada beberapa individu termasuk ejen Malaysia serta wartawan Australia yang telah melawat seorang lagi bekas anggota polis, Sirul Azhar di pusat tahanan di Australia awal tahun ini.
Dakwa Shafee, kumpulan ini dipercayai cuba ‘memujuk’ Sirul supaya membuat kenyataan hampir serupa seperti Azilah terhadap Najib.
“Semua ini adalah plot terancang seseorang yang mahu mengenakan Najib sebenarnya.
“Saya juga tidak akan sesekali terkejut seandainya selepas ini Sirul pula bertindak seperti Azilah. Memang ada pihak termasuk ejen Malaysia dan wartawan Australia yang cuba memujuknya,” dakwanya.

[VIDEO] PENDEDAHAN KONSPIRASI SURAT AKUAN BERSUMPAH AZILAH HADRI UNTUK MENGKHIANATI NAJIB - RAJA PUTRA KAMARUDIN


KIT SIANG KATA PAKATAN HARAPAN TELAH GAGAL



Rakyat Malaysia tidak lihat kegagalan Pakatan Harapan sebagai satu perkara untuk ditertawakan seperti dilakukan oleh Guan Eng

Pakatan Harapan harus guna manifesto pilihan raya untuk mewujudkan dasar yang menyokong Perlembagaan Persekutuan, kata Lim Kit Siang kelmarin. Dia kata bahawa mempertahankan perlembagaan adalah sangat penting untuk mengembalikan prinsip perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti kepada Malaysia.
Kit Siang juga menafi menyatakan jaminan yang PH buat dalam manifesto Buku Harapan adalah mustahil untuk ditunaikan. “Apa yang saya kata di Konvensyen Negeri Perak bulan lepas adalah kita harus jujur atau berterus terang dengan rakyat, dan bahawa sekiranya kita telah buat janji yang ‘mustahil’, kita harus punya keyakinan dalam kepercayaan rakyat untuk mengakui mereka.”
Kit Siang menambah bahawa kegagalan menunaikan jaminan pembaharuan dengan tabah telah membawa kepada kekecewaan awam. Rakyat Malaysia sedang mula  mengsyaki bahawa gabungan pemerintahan dengan perlahan sedang menunjukkan ketandusan kebertanggungjawaban, penyalahan guna kuasa, dan korup.
Adalah perlu dan penting bahawa parti Pakatan Harapan harus berkeupayaan untuk meyakinkan ahli dan penyokong teras kita bahawa trajektori ke arah satu Malaysia Baharu di atas landasan yang betul,” dan beliau menggesa Pakatan Harapan untuk memperbaharu kommitmen mereka kepada manifesto pilihan raya.
Kenyataan itu oleh Kit Siang merupakan satu kenyataan tipikal dari Kit Siang. Sekiranya anda kaji kenyataan Kit Siang sejak 50 tahun yang lalu anda boleh lihat bahawa ini lah jenis kenyataan yang dia sentiasa buat. Dia suka bermain dengan perkataan dan dia guna perkataan-perkataan yang hebat untuk mempengaruhi orang. Namun kesan kenyataannya dilihat ketandusan realiti dan gagal dilaksanakan atau ‘cakap tak serupa bikin’. Dengan kata mudah, lazimnya ia tidak benar dan mustahil untuk dilaksanakan. Yang mengejutkan, kali ini dia tidak lagi menggunakan perkataan kegemaranya iaitu : kleptokrasi.
Mari kita buat analisa apakah sebenarnya yang Kit Siang cuba hendak kata dalam kenyataannya yang terkini.
“Pakatan Harapan harus gunakan manifesto pilihan raya untuk mewujudkan dasar yang menyokong Perlembagaan Persekutuan.”
Bagaimana anda melakukan itu? Tidak ada penjelasan.
Bahagian mana atau item mana dalam manifesto pilihan raya yang Kit Siang maksudkan? Tidak ada penjelasan.
Apakah dasar yang Kit Siang maksudkan? Tidak ada penjelasan.
Bagaimana dasar ini akan menyokong Perlembagaan Persekutuan? Tidak ada penjelasan.
Dengan itu ia merupakan satu kenyataan yang amat kabur serta terlalu umum yang bertujuan hanya untuk kedengaran hebat tetapi ketandusan detail yang kredible atau logik. Semua orang boleh kata sesuatu seperti itu sekiranya anda tidak perlu menjelaskan apa yang anda maksudkan atau anda tidak perlu untuk menawarkan sebarang details untuk menjelaskan bagaimana melakukannya.
Kit Siang kemudian kata dia tidak kata janji Pakatan Harapan adalah mustahil untuk ditunaikan tetapi sekiranya mereka mustahil untuk tunaikan maka Pakatan Harapan harus jujur kepada pengundi dan mengaku kepada mereka. Bukan tunjuk lagak sombong.
Kami serahkan kepada anda untuk bayangkan apa yang dia cuba untuk kata di sini.

Kit Siang seorang yang gagal untuk tunaikan janji yang dibuat sejak 35 tahun yang lalu

“Kit Siang menambah bahawa kegagalan untuk menunaikan janji pembaharuan atau reform dengan penuh bertenaga telah menuju ke arah kekecewaan awam.”
Okay, “pembaharuan yang mana satu yang Kit Siang maksudkan tentang dakwaan “janji” Pakatan Harapan tetapi tidak ditunaikan?
Adakah janji untuk mengubah tanah TOL kampung baru Cina  di Perak kepada tanah milik kekal? Itu sudah ditunaikan. Oleh itu mana janji lain yang masih lagi belum ditunaikan? Membenarkan pengunaan perkataan “Allah” dalam kitab Injil Bahasa Malaysia? Meluluskan undang-undang perkahwinan homoseks? Mengikhtiraf perperiksaan UEC? Menghapuskan kelas agama di SJKC? Membenarkan kebebasan beragama supaya Muslim boleh murtad atau menukar agama lain? Reform atau pembaharuan mana yang masih belum ditunaikan?
Rakyat Malaysia mula mengsyaki bahawa kerajaan yang memerintah sekarang dengan perlahanya sedang menunjukkan ketandusan kebertanggungjawaban, menyalah guna kuasa, dan rasuah.”

Kerjasama Kit Siang dengan Tun Dr Mahathir merosakkan DAP dengan teruk

Rakyat Malaysia bukan mula mensyaki”, rakyat Malaysia sudah tahu. Rakyat Malaysia sedang melihat kes rasuah melibatkan pemimpin DAP, terutama melibatkan anak beliau, Lim Guan Eng, dan boleh dilihat bahawa Pakatan Harapan sedang dengan cepatnya kelihatan ketandusan kebertanggungjawaban, menyalah guna kuasa , dan rasuah.
Namun begitu, itu hanya sebahagian daripada masalah. Itu hanya satu sebab mengapa rakyat Malaysia, terutama mereka yang mengundi Pakatan Harapan pada PRU ke 14, mengecewakan dan rasa meluat dengan Pakatan Harapan. Malah terdapat sebab yang lebih penting. Dan sebab itu ialah masalah ekonomi.
Dengan semua perkataan dan ayat yang fancy yang Kit Siang gunakan, dia gagal untuk bercakap tentang isu yang lebih penting di mana rakyat Malaysia sedang menderita. Tunjukkan kami wang itu, sebagaimana mereka kata di Amerika Syarikat. Dan tidak ada wang untuk ditunjukkan.
Pembaharuan atau reforms, menyokong Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hak asasi manusia, kebebasan awam, perpaduan, keadilan, kebebasan, kecermelangan, integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban, dan sebagainya, adalah baik dan elok. Hakikatnya, kita telah mendengar semua ini sejak DAP ditubuhkan 54 tahun yang lalu. Dan sebagaimana Kit Siang kata, sejak 19 bulan terakhir DAP sebahagian daripada kerajaan pusat tetapi mereka masih lagi tidak dapat menunaikan apa yang mereka telah laungkan selama 54 tahun.

Kit Siang cakap merapu atau talking kok dan mengelak menyelesaikan isu paling penting kepada rakyat Malaysia

Walaubagaiman pun, apa yang lebih penting ialah wang dalam poket dan makanan di atas meja. Reform atau pembaharuan, menyokog Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hak asasi manusia, kebebasan awam, perpauan, keadilan, kebebasan, kecermelangan, integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban, etc., adalah ‘no bloody good’ sekiranya anda tidak boleh menyara keluarga anda. Anda tidak boleh isi perut dan menjadi kenyang atas reforms atau pebaharuan, menyokong Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hak asasi manusia, kebebasan awam, perpaduan, keadilan, kebebasan, kecermelangan, integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban, etc.
Kit Siang telah bergerak off-tangent keseluruhannya dan gagal mendengar serta memahami denyut nadi rakyat. Wang dalam poket pertama. Makanan atas meja pertama. Mampu menghadapi kos sara hidup pertama. Kemudian barulah boleh bercakap tentang reform atau pembaharuan, menyokong Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hak asasi manusia, kebebasan awam, perpaduan, keadilan, kebebasan, kecermelangan, integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban, dan sebagainya.
Kepada rakyat Malaysia luar bandar, reforms atau pembaharuan, menyokong Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hak asasi manusia, kebebasan awam, perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemelangan, integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban, dan sebagainya, tidak bermakna apa-apa sekiranya mereka bergelut dengan tekanan ekonomi untuk survival hidup mereka. Pakatan Harapan berjanji manis bulan, bintang, langit dan cakrawalla. Itu, kepada kebanyakkan rakyat Malaysia, adalah lebih penting daripada mengesahkan undang-undang perkahwinan homoseks. Bolehkah Kit Siang memasukkan perkara yang mudah itu ke dalam kepala otak dia?