Thursday 31 January 2019

TERBELAKAH KEMATIAN MOHD ADIB DI BAWAH UNDANG-UNDANG RIMBA KERAJAAN PH? TUNGGUUUUU…….!!! DAN LIHAT

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Rata-rata banyak dikalangan rakyat, mempersoalkan apa istimewanya empat suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan anggota bomba Mohd Adib Mohd Kassim sehinggakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) seperti begitu melindungi mereka ini.
Ini terbukti apabila kenyataan saksi dalam kes tersebut ditolak.
Bila Datuk Lokman Noor Adam membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara kerana disyaki melindungi Pembunuh Adib, beliau disumbat dalam lokap. Di mana dia keadilan? Malah ia dilihat sebagai satu amaran atau ugutan oleh pihak berkuasa untuk menakut-menakutkan beliau.
Hari ini sudah terjawab kenapa Peguam Negara beria-ia tidak mahu meluluskan permohonan pihak Polis supaya tuduhan di bawah seksyen 307 Kanun Kesiksaan ke atas empat suspek kerana melakukan kesalahan ‘cubaan membunuh’ ditukar kepada pendakwaan di bawah 302 Kanun Kesiksaan kerana melakukan kesalahan ‘membunuh’.
Sebaliknya, inkues diwujudkan untuk mengetahui punca kematian Adib sedangkan pihak polis telahpun mengambil kira keterangan saksi dan laporan bedah siasat arwah Adib sebelum melakukan pendakwaan di bawah seksyen 307 ke atas empat suspek ‘istimewa’ ini.
Tambah lagi ada khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa ada pihak yang meminta pihak berkuasa untuk ‘menukar’ punca kematian arwah Adib daripada cedera parah dipukul 4 suspek ‘istimewa’ itu berdasarkan bedah siasat dan keterangan saksi kepada mati akibat kemalangan. Sekarang apabila keterangan saksi sudah ditolak ia bukan lagi merupakan khabar angin.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Rabu membenarkan permohonan Kerajaan PH untuk mengetepikan perintah koroner Rofiah Mohamad pada 18 Januari lalu yang meminta keterangan tujuh saksi (enam doktor dan Pegawai Penyiasat) bagi mengenal pasti punca kematian Adib.
Menurut Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, kenyataan saksi tidak boleh digunakan dalam inkues kerana peraturannya berbeza dengan peraturan perbicaraan jenayah. 

Wednesday 30 January 2019

JIKA RASA-RASA KERAJAAN PH TAK MAMPU TUNAIKAN JANJI, TOLONGLAH BUBARKAN KERAJAAN DENGAN SEGGERA, SEBELUM DIBUBARKAN OLEH SUARA RAKYAT !!!!


Di mana-mana ketika ini, semakin ramai yang bersuara menuntut agar kerajaan PH segera menunaikan janji-janji utama yang dibentangkan kepada rakyat sebelum PRU14 lalu.

Bukan saja mereka yang merupakan penyokong BN dan rakyat biasa yang mula menuntut perkara tersebut, malah ketika ini kalangan daripada dalam PH sendiri sudah tidak segan-segan bersuara mengenainya.

Anwar Ibrahim dan Dr. Rais Yatim adalah antara yang agak ke depan mahukan kerajaan menunaikan janji-janji manifesto itu, terutama untuk memungkinkan nasib malang di Semenyih dapat dielakkan sepertimana di Cameron Highlands.

Kami blogger yang mewakili rakyat yang tertipu sudah beberapa kali memuatkan tulisan betapa perlunya manifesto PRU14 segera diusaha untuk ditunaikan sebelum kesan penolakan rakyat kian membesar yang akhirnya menyebabkan PH kecundang dalam PRU15 akan datang.

Realitinya, apakah kerajaan PH ini benar-benar serius mahu menunaikan janji mereka?

Benarkah kekangan kewangan kerajaan benar-benar merupakan halangan yang tidak dapat dielakkan untuk menunaikan semua janji manifesto itu?

Sebagai kerajaan yang berjaya menumbangkan BN buat pertama kali sejak merdeka dan sebahagian kejayaan itu adalah atas janji-janji bulan dan bintang yang dihamburkan kepada rakyat, Tun Mahathir Mohamad dan PH tidak boleh semudahnya lepas tangan atau berlengah-lengah dalam perlaksanaannya.

Rakyat lebih bijak menilai kejayaan kerajaan jika mampu menunaikan banyak janji  tersebut berbanding keghairahan Tun Mahathir mahu menjulang namanya kembali di pentas antarabangsa atau kerapnya beliau melawat luar negara.

Bukan tidak penting melakukan lawatan ke luar negara atau menjalin hubungan dengan negara luar, tetapi glamour di pentas antarabangsa tidak akan menyebabkan perut rakyat terisi dengan sendirinya.

Pokoknya, utamakan kepentingan rakyat sendiri didahulukan sebelum memikirkan hal-hal yang lain.

Jika pun beban kewangan merupakan halangan yang terlalu besar, apakah salah jika kerajaan meminjam lagi demi untuk memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada rakyat sendiri?

Bukankah suatu ketika dahulu Tun Mahathir sendiri pernah menyebut di pentas Perhimpunan Agung UMNO tentang perlunya kerajaan meminjam daripada negara luar yang sedia memberi faedah rendah asalkan negara terus membangun dan kepentingan rakyat sentiasa terjaga?

Lagi pun, kata Tun Mahathir lagi pada waktu itu, jika meminjam pun bukan beliau yang akan membayarnya!!

Isunya, di ketika desakan kian kuat menuntut kerajaan menunai janji manifestonya ketika ini - terutama berkaitan tol, hutang peneroka dan PTPTN, selain beberapa yang lain yang memerlukan komitmen kewangan - kenapa kerajaan tidak sedia untuk meminjam sekali lagi?

Sebaliknya, jika mahu menunggu kedudukan kewangan selesa dan tidak meminjam baru mahu menunaikan janji-janji manifesto itu, sampai bila rakyat harus bersabar?

Apakah setelah ditolak rakyat di peti undi dalam PRU15 nanti maka barulah PH mahu bangun kembali dengan janji-janji barunya?

Dalam hal ini, PH harus sedar peluang kemenangan mereka dalam PRU14 adalah peluang sekali seumur hidup saja.

Kiranya dalam pilihanraya umum akan datang PH kecundang dan ditolak rakyat, percayalah ia tidak akan mampu untuk bangkit kembali. 

Gagal menunaikan janji akan membuatkan PH tidak lagi dipercayai sampai bila-bila. Malah dengan hilangnya kuasa PH itu nanti, Bersatu terutamanya akan turut masuk kubur sekali.

Sebab itu, janji manifesto penting sekali untuk tidak dimungkiri.

Menjelang sembilan bulan berkuasa dan didapati masih banyak janji 100 hari gagal ditunaikan, apa lagi janji dalam lima tahun tempohnya, PH mulai sekarang perlu berfikir secara serius dan jika boleh sebulan sekali mesti mengadakan mesyuarat berkenaan bagaimana untuk melaksanakannya.

Boleh?

Jika rasa-rasa menunaikan janji itu terlalu berat dan tidak mampu untuk ditanggung lagi, lebih baiklah PH, termasuk Tun Mahathir dan menteri-menteri kabinet sedia ada agar meminta maaf secara terbuka kepada rakyat dan kemudian membubarkan kerajaan.

Jangan terus bermuka-muka dan membuatkan rakyat kian terseksa.

Apa kata untuk seterusnya kita cuba pula PM8 menunaikan janji-janji yang tergendala itu? 

MEMANG BANTUAN MAKANAN ASRAMA (BMA) TELAH DIPOTONG, MASZLEE NAK BERBOHONG APA LAGI?!!!


Ego Maszlee Malik seperti tercalar dan tergugat apabila Najib Abdul Razak terus menerus menjadikan dia sebagai mangsa penganjengan sekaligus membuktikan bahawa Maszlee Malik merupakan antara watak lelucon atau pak badut utama negara kebelakangan ini dan menjadi pesaing rapat kepada Lim Guan Eng, Khalid Samad, Mujahid Yusof dan Mat Sabu dalam merebut gelaran BADUT NEGARA TERULONG!

Isu terbaru sudah tentulah membabitkan Bantuan Makanan Asrama yang peruntukannya telah dipotong oleh Lim Guan Eng, tetapi pada masa yang sama, peruntukan untuk sekolah-sekolah persendirian Cina yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan pula bukan sahaja ditambah, malah pembahagiannya jauh lebih besar mengatasi sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah-sekolah agama.

Maszlee pada 28 Januari 2019, dalam usaha untuk berdalih, menyindir Najib kerana membangkitkan isu tersebut dan berkata, isu yang dibangkitkan oleh Najib adalah tidak benar. Sebaliknya menurut Maszlee, dia mempelawa Najib untuk menggunakan masa terluang yang Najib miliki sekarang dengan mengajar di kawasan pedalaman. 

Penghinaan dan ejekan yang dibuat oleh Maszlee itu sebenarnya tidak lain daripada cubaannya untuk melindungi perkara sebenar. 

Tidak dapat dipastikan sama ada Maszlee benar-benar tidak tahu, atau dia berusaha untuk memastikan Lim Guan Eng tidak terus dijadikan musuh dan niat jahat Lim Guan Eng terhadap pendidikan serta institusi pendidikan negara, terus ditutup. 


Tidak lama selepas kenyataan Maszlee itu, satu kenyataan penafian telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Maszlee berhubung pemotongan nilai BMA. 

"(Dan) saya berharap supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan ‘homework' sebelum keluarkan kenyataan," kata Maszlee, mengejek Najib. (RUJUK SINI)





Namun siang tadi, dalam pendedahan seterusnya oleh Najib Abdul Razak di Facebook peribadinya, sepucuk surat pekeliling telah dimuatnaikkan sekaligus bukan sahaja menafikan penafian Maszlee dan Kementerian Pelajaran, sebaliknya mendedahkan yang Maszlee, Lim Guan Eng dan Kementerian Pelajaran sebenarnya terlalu kuat menipu rakyat. Memang wujud pemotongan walaupun cuba dinafikan oleh Maszlee dan Kementerian Pelajaran.

Kata Najib, 

Maszlee kata saya perlu buat homework dulu sebelum saya boleh tanya mengapa Bantuan Makanan Asrama (BMA) telah turun.

Saya tanya kerana ada ibubapa yang mengadu kepada saya semasa saya di Tapah baru-baru ini.

Ini adalah pekeliling yang dikongsikan kepada saya menunjukkan peruntukkan BMA telah diturunkan.

Berdasarkan pekeliling ini, ia tunjukkan agihan hanya 72 peratus sahaja untuk sekolah berasrama penuh (SBP).

Kita juga mintaklah Menteri untuk mengesahkan kesahihan dokumen Jabatan Pendidikan Perak ini.

Pada surat ini, betullah apa yang saya kongsikan tentang penurunan dari RM18 kepada RM14.50 sehari untuk SBP setiap murid.

Dalam belanjawan 2019 tempohari, rakannya Guan Eng sendiri umumkan pemotongan sebanyak RM100 juta bagi BMA.

Takkan isu makanan dan kesejahteraan anak-anak sekolah pun Menteri PH mahu menipu?

Sebagai Menteri Pendidikan, Maszlee sebenarnya perlu buat homework betul-betul.

Nanti cikgu bagi markah merah esok hari.

Jangan jadi teladan tidak sihat untuk murid-murid.

MEMENJARAKAN NAJIB SEMATA MATA TIDAK MENJAMIN RAKYAT GEMBIRA


Dalam tulisannya yang seperti biasa adalah atas kapasiti peribadi sebagai blogger dan bukan sebagai Pegawai Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, rakyat akan lebih gembira terhadap kerajaan selepas berakhirnya PRU14 jika Najib Razak dipenjarakan secepat mungkin.

Menurut beliau, ramai yang menjangkakan bekas Perdana Menteri itu dapat dimasukkan ke penjara dengan lebih awal lagi.

Sebaliknya, tambah beliau, mereka kecewa kerana Najib seolah-olah bebas berkelakuan seperti masih lagi sebagai Perdana Menteri.

Betulkah begitu?

Sebenarnya prestasi kerajaan yang begitu merosot sekarang, boleh dikata terlalu nipis kaitannya dengan sama ada Najib dipenjarakan atau sebaliknya.

Ini kerana rakyat sudah pun bersatu menyingkirkannya melalui peti-peti undi pada 9 Mei lalu.

Walaupun janji menangkap dan menyumbat Najib ke dalam penjara itu didendangkan dengan hebat ketika kempen pilihanraya diadakan, ia hanyalah penting untuk memastikan undi mereka benar-benar terlonggok kepada PH dan usaha menumbangkan BN menjadi kenyataan.

Setelah tugas itu selesai, kebencian kepada Najib dengan sendirinya sudah pun berakhir. Tidak pernah kita melihat Najib dicemuh, dilontar dengan kertas atau kata-kata kesat di tempat awam selepas beliau tidak lagi bergelar Perdana Menteri. Malah majoriti rakyat terutama orang Melayu telah menzahir kerinduan terhadap kepimpinan beliau.

Apa-apa tugas seterusnya berkaitan Najib adalah terserah kepada agensi-agensi penguatkuasa, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Dengan terbentuknya kerajaan baru PH, berbanding memenjarakan Najib, harapan rakyat sebetulnya jauh lebih tinggi agar janji-janji manifesto segera dipenuhi terutamanya berkaitan PTPTN, hutang peneroka, pemansuhan tol, memastikan harga barang turun setelah tiada GST, menstabilkan kos sara hidup dan lain-lain seumpamanya berbanding pemenjaraannya.

Pendeknya, melalui pembentukan kerajaan baru ini, yang jauh lebih diharap-harapkan oleh rakyat ialah kepedulian kerajaan terhadap kebajikan dan perut mereka.

Inilah yang menyebabkan asas mengapa merosotnya sokongan rakyat kepada PH sehingga Anwar Ibrahim dan Dr. Rais Yatim pun bersuara mengenainya di mana kemudiannya Tun Mahathir sendiri juga mahu soal kos sara hidup rakyat ini diberi perhatian yang utama.

Dalam konteks janji manifesto, melaksanakan tiga perkara tersebut - tol, hutang peneroka Felda dan PTPTN - selain merupakan ikrar yang tidak boleh dimunafikkan oleh kerajaan, melaksanakannya juga bererti adanya kepedulian pemimpin kepada soal perut, kebajikan dan kos sara hidup rakyat.

Kalau pun Najib dipenjarakan secepat mungkin, apakah ia bermakna perut dan kebajikan rakyat sudah terjaga?

Dalam hal ini, Najib mungkin ada kesalahan tertentu yang memungkinkan beliau perlu dibawa ke mahkamah, dibicara dan kemudian dihukum penjara, namun semua tindakan itu hanya memberi impak yang terlalu sedikit kepada tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan PH.

Sekali lagi, keutamaan rakyat sebenar ialah kebajikan dan perut mereka, apa lagi sesuatu yang sudah dijanjikan dan rakyat pula sudah mendahuluinya dengan memberikan undi, bukannya sama ada Najib dipenjarakan atau masih mampu berlagak seolah-olah masih lagi Perdana Menteri.

Lihat saja bagaimana Anwar yang pernah dipenjarakan oleh Tun Mahathir sendiri pada 1998 dahulu, apakah sehingga tumbangnya BN pada 2018, rakyat menjadi puas hati kepada kerajaan?

Jika rakyat berpuas hati dengan pemenjaraan Anwar, mengapakah akhirnya Tun Mahathir sendiri yang terpaksa pergi ke mahkamah untuk bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagi tujuan berbaik-baik serta berdamai sebelum mampu menumbangkan BN?

Bukankah Anwar yang dipenjarakan sepatutnya sudah menyebabkan gabungan pembangkang jadi berkecai kerana rakyat autumatik akan berpuas hati kepada kerajaan?

KENYATAAN SUKU MASAK, ‘FLIP FLOP’, ‘U-TURN’, ‘S-TURN’ KERAJAAN PH CUBA PERBODOHKAN RAKYAT?

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Rakyat sedang memerhatikan pelbagai adegan ‘flip-flop’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau lebih tepat digelar pakatan huru-hara dengan pelbagai drama ‘u-turn’, ‘s-turn’ dan batal janji yang berlaku, sehinggakan bukan saja pelabur yang was-was untuk melabur, malahan kakitangan kerajaan dan orang awam sendiri keliru dan haru-biru.
Justeru bagi kami sebagai rakyat melihat kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan, menteri-menterinya ‘buat silap kenyataan’ dan ‘kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baru’ membuatkan kami sebagai masyarakat umum terfikir apakah perkara tersebut seperti disengajakan.
Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran. Takkan sesama menteri tak ada ‘consultation’? Takkan setiausaha-setiausaha yang dibayar ribuan gaji, tak buat semakan? Takkanlah kerajaan sendiri tak ada satu sekretariat yang boleh memantau kenyataan-kenyataan yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh pak menteri?
Percanggahan kenyataan atau kenyataan ‘half past six’ pak menteri-menteri dalam kerajaan Pakatan Huru Hara ini bukan kali pertama berlaku.
Bermula daripada kenyataan pasal stokin dan kasut hitam putih, hutang negara yang sekejap trilion sekejap bilion, status aset pertahanan negara, bayaran duit peneroka, hinggalah yang terbaru pasal Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pak-pak menteri nampaknya main cakap sedap hati saja, tanpa melihat impaknya kepada tahap intelektual rakyat.
Justeru itu, rakyat negara ini pada zaman milineum dan celik siber ini tidak suka diperbodoh-bodohkan dengan kenyataan ‘suku masak’ kerana mereka sebenarnya tahu dan dapat melihat apa yang sedang berlaku.
Malah ada rakyat yang menepuk dahi ketawa apabila seorang timbalan menteri berkata, hasil susu getah boleh meningkat pada musim tengkujuh kerana pokok getah masih boleh ditoreh !!!!
Ada pula timbalan menteri lain yang kata ekonomi Malaysia sekarang masih ‘okay’, sedangkan rakyat di bawah merana dan bergelut kerana kos sara hidup yang meningkat.
Ada pula pemimpin yang asyik keluar negara, sedangkan perbelanjaan minyak pesawat itu boleh dihalakan kepada meringankan beban hidup rakyat.
Namun, apa yang lebih menarik yang kami rakyat ingin tahu di sini adalah apakah kriteria pemilihan pak-pak menteri ini semasa pelantikan dibuat.
Faktor kebijaksanaan atas kertas atau pengalaman? Atau berdasarkan kekananan jawatan dalam parti?
Jika diamati, majoriti kenyataan lintang pukang ini datangnya dari pemimpin atau menteri yang belum ‘masak’ dalam mentadbir negara.
Tapi anehnya, ada juga kenyataan itu datang dari pemimpin yang sudah ‘terlebih masak’, terbaharu kenyataan ECRL dan juga status kewarganegaraan Orang Asli oleh ‘Uncle Lim’.
Walaupun begitu, terdapat satu persoalan yang cukup menarik untuk diterokai.
Apakah semua kenyataan ini bertujuan untuk memalukan Dr Mahathir? Menteri DAP sengaja tersilap cakap? Menteri Amanah atau PKR sengaja ‘mensilapkan’ kenyataannya? Adakah semua ini merupakan sabotaj kepada Perdana Menteri ?
Sebagai rujukan, semasa pemilihan menteri-menteri dan timbalan menteri ini dibuat, semua pemimpin parti membuat kenyataan ‘menyerahkan keputusan itu kepada kebijaksanaan Dr Mahathir (Perdana Menteri) tanpa bantahan’.
Sedangkan, jauh di benak hati kita, mestilah ada kalangan pemimpin atau ketua-ketua DAP, PPBM, PKR, Amanah itu tahu kemampuan sebenar anak buah mereka. Kalau ada kalangan anak buah itu diketahui tidak kompeten dan mereka dimasukkan dalam senarai Dr Mahathir, maka sudah tentulah Dr Mahathir disabotaj oleh parti-parti komponennya sendiri dari awal..
Seterusnya juga, secara tidak langsung menimbulkan persoalan apakah yang berlaku itu seolah-olah balasan kepada mereka.
Apakah ini seolah balasan yang didatangkan ke atas sebuah kerajaan yang didirikan atas asas-asas fitnah?
Dan apakah sabotaj dalaman kepada pentadbiran Dr Mahathir oleh DAP, Amanah, PKR ini akan berterusan? Sama-sama kita saksikan. Masa akan menentukannya.