Thursday 28 February 2019

PESANAN BEKAS TENTERA KEPADA PENGUNDI MELAYU


Kami merasa perjuangan kami selama ini sia-sia sahaja. Sekarang ini Kementerian Pertahanan dipimpin oleh dua orang pengkhianat negara iaitu Menterinya dan Timbalan Menterinya. 

Menterinya seorang Melayu penyokong PKM yang kami tentang selama 36 tahun yang telah banyak mengorbankan rakan-rakan seperjuangan kami. Ada yang cedera kekal sehingga ke hari ini. Ramai anak-anak mereka menjadi anak yatim piatu dan isteri-isteri mereka menjadi janda. Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong adalah sebagai pengajaran kepada orang Melayu tentang siapakah Menteri ini. Beliau telah mempertikaikan bahawa semua wira-wira Polis Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu bukan pejuang. Malah beliau telah mengikhtiraf PKM yang menyerang balai polis sebagai wira negara.

Begitu juga tentang Timbalan Menterinya seorang Cina dari DAP. DAP sebuah parti cauvanis Cina yang telah memperjuangkan serta mendesak kerajaan BN ketika itu agar  Ketua PKM Chin Peng diberi pengampunan dan dibenarkan kembali ke Malaysia. Malah setelah Chin Peng meninggal dunia di Thailand DAP telah mendesak agar abu mayat beliau disemadikan di Malaysia. 

Peguam Negara Malaysia sekarang yang dilantik oleh kerajaan PH yang dikuasai DAP  merupakan bekas peguambela ketua PKM itu.


Tuesday 26 February 2019

[VIDEO] MEMPERKENALKAN ‘TOL FREE’ DARI JAM11 MALAM HINGGA JAM 5 PAGI OLEH KERAJAAN PH MENJELANG PRK SEMENYIH BUKAN UNTUK RAKYAT TETAPI UNTUK HANTU RAYA!!!!


[VIDEO] LIHAT DI SEMENYIH NAJIB BELASAH PAKATAN HARAPAN KAW-KAW??


[VIDEO] KERAJAAN YANG DIBINA ATAS FITNAH DAN PENIPUAN TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA - TOK MAT

SEMENYIH, 26 Feb – Kerajaan yang didirikan atas dasar fitnah tidak akan bertahan lama kerana apa yang mereka fitnahkan selama ini bakal menjerat diri mereka sendiri dan rakyat tentunya dapat melihat dengan jelas perkara tersebut satu persatu terserlah hari ini.
Serentak itu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) mengajak pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menolak kerajaan yang ada hari ini dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi bagi menunjukkan protes kepada perkara berkenaan.
“Inilah rupa kerajaan yang ditubuhkan atas fitnah… Kerajaan yang tidak akan lama. Begitu ramai dulu sokongan rakyat kepada mereka tapi hari ini Allah swt terbalikkan balik apabila orang mula marah dan mula memaki hamun mereka.

“Maki hamun yang BN dapat dulu sekarang mereka pula yang dapat. Orang yang sama memaki hamun kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dia sokong. Saya baru balik kenduri rumah saudara di Palong Tiga… dikerumun orang FELDA… mereka mengadu macam-macam. Ada yang mengadu dapat RM300 lebih hari ini… sekarang FELDA dah teruk… menyesal mereka. Begitu juga dengan FELCRA.

“Inilah rupa kerajaan yang ditubuhkan di atas fitnah dan Allah swt akan menterbalikkan. Apa yang baik… baik, yang tidak baik akan dibagi balik. Begitu tinggi sanjungan kepada Perdana Menteri kita sebelum PRU-14, hari ini apa dia cakap orang tidak percaya dah.
“Jangan dibiarkan kerajaan ini kerana inilah kerajaan yang naik melalui fitnah dan orang yang selalunya atau mendapat apa-apa melalui fitnah tidak akan lama. Allah swt akan membalasnya balik. Jangan tidak percaya… Allah swt dah berjanji, kalau buat baik dibalas baik, kalau buat tidak baik dibalas tidak baik. Jadi peganglah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Santai Malam Bersama Tok Mat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pajam. Turut serta Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan pimpinan UMNO serta barisan kepimpinan PAS yang lain.
Dalam kesempatan tersebut, beliau turut mengimbau kembali bagaimana fitnah dan tuduhan yang dilemparkan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika BN menerajui negara sebelum ini dalam usaha mereka menghasut rakyat.
“Dulu tuduh SPR adalah suruhanjaya yang tidak adil, dikuasai kerajaan dan boleh dimanipulasi oleh kerajaan. Sehinggakan dulu ada mengatakan tuduhan bahawa bilik gelaplah… lampu ditutuplah… 40,000 (orang) Bangladesh dibawalah dan macam-macam lagi.

“Itu semua tuduhan-tuduhan liar dan fitnah-fitnah yang dilemparkan, segala adu domba yang dilakukan oleh mereka untuk menghasut pengundi supaya membenci kerajaan. Yang lain-lain tidak payah cakaplah. Buat BERSIH 1, BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4, Bersih 5 mengatakan bahawa SPR ini adalah satu suruhanjaya yang dikongkong oleh BN dan tidak akan menang.”
Tambahnya lagi begitu juga tohmahan terhadap hutang negara yang dijaja kononya RM1 trilion.
“Saya duduk sebagai anggota Majlis Kewangan Negara. Tidak pernah jumpa RM1 trilion itu. Yang saya tahu hutang kerajaan Malaysia RM685 bilion. Ini disahkan oleh Bank Negara dan Bank Negara mengeluarkan kenyataan rasmi setiap enam bulan. Mana datangnya ini… tetapi mereka tidak pula sebut pada ketika yang sama rezab negara kita ada berapa ratus bilion,” tegasnya lagi.

HINA NABI: JIKA TOMMY GAGAL DAKWA SUSPEK UMNO-PAS AKAN ADAKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN

26 FEB: UMNO dan PAS memberikan tempoh dua minggu kepada Peguam Negara, Tommy Thomas supaya mengheret individu yang dipercayai menghina Nabi Muhammad secara terbuka ke mahkamah.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyaf Wajdi Dusuki, gabungan parti itu merancang untuk mengadakan demonstrasi aman secara besar-besaran sekiranya pendakwaan ke atas individu itu tidak dibuat oleh Tommy.
“Pemuda UMNO dan PAS bertegas sekiranya perkara ini dilambat-lambatkan, kita tidak ada pilihan, melainkan menzahirkan kebimbangan dan kemarahan kita kerana penghinaan terhadap Nabi kita amat besar.
“Ini bukan sentimen peribadi tapi lebih kepada sentimen agama secara keseluruhan, jadi kita kena zahirkan sesuatu yang melibatkan kepentingan bersama.

“Kita beri tempoh seminggu dua lagi, sekiranya masih tidak ada apa-apa, kita akan bertindak,” katanya kepada media selepas berucap dalam program Ceramah Umum di Pusat Daerah Mengundi Semenyih Selatan.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun yang berkata beberapa individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes penghinaan ke atas agama Islam.
Semalam, seorang lagi individu direman tiga hari yang menggunakan nama Sarkar Tanesan di Facebook atas dakwaan tersebut.
Sehingga 491 laporan polis telah dibuat oleh individu-individu di seluruh negara berhubung kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Saidatina Aisyah ang tular di Internet baru-baru ini.
Sehubungan, Asyraf berkata, sekiranya pihak Peguam Negara tidak diheret ke mahkamah, gabungan itu tidak akan teragak-agak membuat demonstrasi di hadapan pejabat Tommy Thomas.
“Bila individu itu akan dituduh di mahkamah? Kita tidak mahu perkara ini dibiarkan sahaja.
“Kita akan turun ke Putrajaya pergi ke pejabat Peguam Negara kerana ini melihatkan sentimen umat Islam, jadi jangan diperkotak-katikkan.
“Sebaik sahaja tiada respons daripada Peguam Negara, maka kita akan kumpulkan orang-orang kita,” katanya lagi.
UMNO dan PAS sebelum ini bekerjasama mengadakan demonstrasi aman di Dataran Merdeka bagi menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Disember tahun lalu.

Monday 25 February 2019

PERBANDINGAN ANTARA ISU 1MDB DENGAN SKANDAL BMF DAN FOREX BANK NEGARA MALAYSIA YANG MELIBATKAN NAMA TUN M

Isu 1MDB
Skandal BMF

Skandal Forex BNM

















Macai tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu A Kadir Jasin, tiba tiba menjadi defensif, takut apabila skandal BMF, forex BNM melibatkan Tun M diungkit.

1. Tulisan A. Kadir Jasin bertajuk “Berjaga-jaga ungkit perkara lama” tidak berapa lama dulu membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan “boss”nya diungkit dan didedahkan semula.

2. Dalam tulisannya, Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan kononnya ‘laporan palsu’ dan songsang berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai BBMB atau mungkin juga kerana mahu melindungi “boss”nya.

3. Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh Hamzah. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

4. Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Mahathir jadi PM pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.

5. Skandal BMF berbeza dengan isu 1MDB kerana nama Mahathir disebut secara jelas oleh CIA sedangkan dalam isu 1MDB, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) tidak berani menamakan MO1. Banyak “cover up” berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai Bumiputera yang dipenjarakan telah dikambing hitamkan.

6. Malah rakan sekutu beliau sekarang dalam Pakatan Harapan Lim Kit Siang pernah menulis buku yang bertajuk ‘Skandal BMF’ yang menyebut nama Tun Mahathir.

7. Dalam skandal BMF, Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit sedangkan dalam isu 1MDB, isu audit sama sekali tidak berbangkit malah penyata akaun beraudit 1MDB telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan didedahkan kepada umum.

8. Dalam skandal BMF, wang negara (wang BMF) dipinjamkan kepada pihak luar untuk projek yang tiada kaitan dengan Malaysia, sebaliknya dalam kes 1MDB, 1MDB meminjam daripada pihak luar untuk projek dalam negara.

9. Dalam skandal BMF, Jalil dibunuh supaya pinjaman kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera sebaliknya dalam kes 1MDB, tiada kes pembunuhan untuk membenarkan 1MDB meminjam daripada bank asing dan tempatan serta melalui instrumen bon dan sukuk.

10. Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, melainkan siasatan kes jenayah pembunuhan Jalil. Sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.

11. Paling penting, tiada ‘bail-out’ untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah ‘bail-out’ menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.

12. Keseluruhan jumlah wang yang ‘lesap’ adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 (‘bail-out’ BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).

13. Berkaitan skandal forex Bank Negara, Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan Bank Negara dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, Bank Negara telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank negara bagi menambah nilai rizab tersebut dan membuat keuntungan. 

14. Dilaporkan isyarat bahawa Bank Negara akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di Delhi pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab Bank Negara, iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai Ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran. 

15. Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, Bank Negara pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing Bank Negara amat agresif dan digelar sebagai “market bully”. Penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?

16. Bank Negara telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.

17. Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB. 

18. Dalam kes 1MDB, tiada wang yang lesap, yang ada hanya pinjaman dan kesemua pinjaman jangka pendek serta sebahagian pinjaman jangka panjang telah dibayar penuh lebih awal dari tempohnya. Hanya tinggal empat bon dan sukuk yang hanya akan matang pada tahun 2022, 2023 dan 2039. Sedangkan dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion ‘lesap’ dalam konteks wang yang digunakan sebagai ‘bail-out’, manakala dalam skandal forex Bank Negara, RM44 bilion benar-benar lesap.

19. Mengambil kira jumlah wang yang lesap dan yang ‘lesap’ kerana digunakan untuk mem’bail-out’ skandal BMF dan Forex ketika pemerintahan Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan? 

20. Semasa pemerintahan BN sebelum ini, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah diadakan terhadap skandal forex BNM, namun walaupun ia telah selesai dijalankan dan menunggu siasatan selanjutnya terhadap suspek oleh PDRM, ia telah terbantut kerana BN tewas pada PRU 14 pada 09 Mei 2018.

21. Berkemungkinan kes siasatan ini akan dibuka semula seandainya BN kembali berkuasa semula selepas PRU 15.

22. Oleh itu apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika “perkara lama” ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

SATU LAGI PEMBOHONGAN KERAJAAN PH, UMPAN UNTUK DIMAKAN RAKYAT MENJELANG PRK SEMENYIH


Kami sebagai rakyat mengalu-alukan apa jua bentuk bantuan yang boleh meringankan beban sara hidup kamit, tetapi kami mempersoalkan inisiatif tol yang diumumkan kerajaan semalam, yang disifatkan mengelirukan.
Menjadi satu kelaziman modus operandi Pakatan Harapan sejak pasca PRU 14, kelirukan rakyat sebelum menipu mereka.
Kami rakyat tertanya-tanya, apakah matlamat sebenar mekanisme caj kesesakan yang akan diperkenalkan nanti, memandangkan ia tidak meringankan kos sara hidup majoriti pengguna yang terpaksa melalui tol di waktu puncak.
Adakah inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat atau mengurangkan kesesakan dan penggunaan tol atau meringankan hutang kerajaan atau apa sebenarnya?
Beliau berkata kadar percuma yang dikenakan dari 11 malam hingga 5 pagi bukan keperluan mendesak seperti yang dilalui majoriti pengguna dari golongan kelas bekerja. Mungkin ia keperluan mendesak bagi pekerja-pekerja larut malam seperti GRO, pelacur dan sebagainya atau mungkin pengunjung-pengunjung kelab malam.
Ia sebenarnya tidak akan memberikan impak optimum dalam cubaan meringan kos sara hidup rakyat kerana penggunaan tol secara terpaksa adalah semasa waktu puncak oleh majoriti rakyat.
Sabtu lepas, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan ia dalam perbincangan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.
Kerajaan bercadang memperkenalkan kadar tol diskaun 30% di waktu biasa dan kadar tol percuma antara 11 malam dan 5 pagi selepas konsesi diambil alih.
Pengurangan tersebut dicapai menerusi penghapusan mekanisme kutipan tol sedia ada, menggantikannya dengan caj kesesakan di mana pengguna akan dikenakan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama 6 jam sehari.
Kami rakyat memohon kerajaan menjelaskan sama ada kajian dan penyelidikan terperinci dibuat sebelum ia diumumkan, kami mempersoalkan adakah polisi caj kesesakan akan dapat mengumpul jumlah secukupnya untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuhraya dan “bayaran pinjaman”. Atau ia merupakan cakap-cakap sahaja tanpa kajian dan penyelidikan terperinci.
Lebih penting, adakah polisi ini akan mendatangkan lebihan kutipan yang mampu disalurkan kepada dana pengangkutan awam, seperti yang dirancangkan?
Menyorot kembali kepada kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir pada Disember lalu iaitu hasil kajian mekanisme “bagi mencapai matlamat pengurangan kadar dan pemansuhan tol” akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada Mei tahun ini.
Justeru itu JKR telah diberi tempoh 6 bulan dari 31 Oktober tahun lepas untuk mengemukakan cadangan mekanisme terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.
Adakah ini bermakna kenyataan media berhubung keputusan caj dan kadar baharu serta pengambilalihan konsesi dari Gamuda semalam sememangnya dikeluarkan sebelum hasil kajian tersebut di atas selesai sepenuhnya?
Seterusnya kami rakyat menggesa kerajaan mendedahkan pembiayaan dan kos rancangan mengambil alih konsesi tol dari Gamuda Berhad, kerana jumlah, terma dan mekanisme yang akan digunakan pasti menggandakan liabiliti kewangan kerajaan yang amat besar yang mungkin tidak mampu ditampung oleh kewangan kerajaan PH..
Perkara ini kritikal kerana, seperti yang diulang-ulang oleh Kerajaan sendiri, negara kini sedang berhadapan dengan hutang yang sangat besar, kononnya RM 1.7 trilion seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng tempoh hari.
Kami rakyat seterusnya meminta kerajaan menjelaskan sama ada pengumuman kerajaan mengambil kira impak terhadap pasaran bon domestik memandangkan sektor lebuh raya bertol terdiri daripada “23 penerbit berjumlah RM52.83 bilion bon dan sukuk tertunggak”.
Kami mahu kerajaan menjawab adakah pasaran bon domestik akan menerima “tamparan hebat” dan memburukkan lagi prestasi ekonomi negara, yang dalam keadaan deflasi pada Januari tahun ini.
Ia merupakan kali pertama sejak krisis kewangan pada 2009.
Maka wujudlah keperluan mendesak ini untuk memastikan keputusan kerajaan benar-benar memberi impak positif dan bukan sekadar menyedapkan hati pengundi-pengundi PRK N24 Semenyih tanpa memberikan kesan sebenar dalam pengurangan kos sara hidup.
Pengundi-pengundi PRK N24 Semenyih harus jangan tertipu, pengumuman kerajaan itu hanya dilihat merupakan penjenamaan semula konsesi tol dan bukannya menghapuskan tol seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 14.
Kononya pengurangan kadar tol yang dirancangkan itu mungkin tidak akan berlaku malah ia telah ditambah dengan caj kesesakan yang akan membebankan kos sara hidup rakyat.