Saturday 30 March 2019

AWAS BANGKITLAH BANGSA MELAYU!!!! BAHASA KITA SEDANG DIKHIANATI PEGUAM NEGARA, MANA DIA PEMIMPIN MELAYU DALAM BERSATU, AMANAH PKR DAN PEJUANG-PEJUANG BAHASA MELAYU

Akhirnya Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng dengan bangganya mengistiharkan lulusan UEC boleh mengambil CLP untuk jadi Peguam. Tidak perlu lagi lulus Bahasa Melayu SPM ke? Bahasa Malaysia sudah bukan lagi bahasa Kebangsaan ke? Negara ni dah jadi Negara Komunis ke? 

Mana perginya Melayu BERSATU yang hendak menyamakan perjuangan UMNO dengan BERSATU? Mahathir dan Muhyiddin serta Melayu lain dalam Kabinet dah buta hati ke? BN dulu dalam Manifesto letak syarat jika menang akan iktiraf UEC dengan syarat kena kepujian BM & lulus Sejarah. Bukan diberikan semudah ini!

AWAS BANGKIT BANGSA MELAYU!!!! EKONOMI KITA SEDANG DIKHIANATI DAP DENGAN BANTUAN PENGKHIANAT MELAYU


Institut kajian DAP (Pulau Pinang) mendapati kekuatan ekonomi orang Melayu ada pada 2 tempat.

Pertama pada gaji 1 juta lebih kakitangan kerajaan.

Kedua pada instituti seperti PNB, LUTH, LTAT dan Felda.

Ini ada lah "fund base" orang Melayu, juga sebagai "purchasing power" orang Melayu-Islam.

Jika kerajaan Najib umum bantuan atau bonus kepada kakitangan awam kerajaan ia melibatkan billion ringgit masuk ke kantung Melayu.

Itu yang buat DAP Bertambah geram.

Jadi bila DAP berkuasa semua usaha menghancurkn entiti Melayu segera di laksanakan.

Cuma yang perlu mereka cari ada lah alasan dan lojik serta badut dari kalangan orang Melayu sendiri supaya DAP tidak nampak rasis.

Kita semua sudah tahu badut nya, cuma dia akan saman jika nama nya disebut.

Jika mereka mahu merampas Tabung Haji yang ada dana berpuluh billion yang boleh membeli saham bursa mereka cari alasan umpama pikul tilam ke mahkamah.

Dalam kes ini mula-mula mereka pamerkan Azeez sebagai perasuah dahulu untuk wujudkan persepsi.

Kemudian baru mereka rampas, gambaran diberikan kononnya Tabung Haji dalam keadaan tenat.

Namun sebaik sahaja jatuh ke tangan SPV Guan Eng ia bukan defisit tetapi meningkat RM19 billion.

Ada kah Guan Eng nak tanggung beban menjaga perniagaan yang kononnya sudah muflis? Sudah tentu tidak. Ia sekadar main wayang DAP untuk menghalalkan 'rompakan' wang orang Islam.

Kini mereka sedang hancurkan LTAT di bawah batang hidung Patriot. LTAT juga ada dana yg boleh membeli saham di bursa.

PNB juga dalam kawalan rejim Pakatan Harapan DAP dan tidak tahu apa bakal terjadi.

PNB boleh selamatkan indeks Bursa Malaysia dengan dana pelaburannya.

Jadi akhirnya hub dana orang melayu sedang di godam oleh DAP dengan bantuan talibarut sambil pemimpin Parti Bunga berteori kononnya menjaga kepentingan melayu.

Kini jelas lah selain jumlah kakitangan awam Melayu yang ada purchasing power mesti di kurang kan entiti milik mereka juga mesti di godam.



Thursday 28 March 2019

PRK RANTAU : MARUAH UMNO DAN SURVIVAL PH.

Pilihan Raya Kecil Rantau pada 13 April ini amat penting kepada Barisan Nasional ( BN) khususnya UMNO dalam membangkitkan martabat dan maruah parti yang difitnah pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lalu.
Kemenangan BN di Rantau adalah manifestasi penolakan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PH) yang tidak menunaikan janji di samping menarik balik segala bantuan dan kemudahan untuk golongan yang memerlukan.
Sikap menaburkan janji kosong PH membuat rakyat naik mual apatah lagi sikap pemimpin mereka yang gemar menyalah orang lain.
Mereka seolah-olah hilang tujuan termasuk tiada dasar baharu yang konkrit membangunkan negara.
Anggota Kabinet yang lemah dan tidak berwibawa menyebabkan usaha memperkenalkan dasar mendapat tentangan rakyat malah dasar itu ‘lebih kepada kulit dan bukan isinya’.
Tambahan pula ada beberapa pemimpin PH yang menipu sijil kelayakan akademik mereka.
MOMENTUM KEMENANGAN
Dalam PRK kali ini, BN mencalonkan semula Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO manakala calon PH adalah Dr. S. Streram. Beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Momentum kemenangan BN bermula di PRK Cameron Highlands dan seterusnya di Semenyih. Sudah tentu jentera BN akan bekerja keras untuk memastikan BN terus mendapat kemenangan berturut-turut.
Setakat ini, jentera kedua-dua pihak sudah mula bergerak di mana BN diterajui sendiri oleh Tok Mat manakala PH diketuai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelbagai ceramah umum diadakan oleh BN dan PH di Rantau sejak dua minggu lalu yang secara langsung mengajak pengundi memilih calon mereka.
Tok Mat yang juga ADUN Rantau sejak tiga penggal telah membuka command centre dan menggerakkan jentera cawangan di Bahagian Rembau yang disifatkan sebagai ‘orang pangkal’ yang bertanggungjawab memulakan langkah dan membantu pasukan negeri atau bahagian angkat.
Kerjasama antara UMNO-Pas akan memberikan kelebihan kepada BN berikutan apa yang dipaparkan di Cameron Highlands dan Semenyih. Ini yang merisaukan PH dan menjadi mimpi buruk kepada DAP, parti komponen PH.
Selain itu, sebagai bekas Menteri Besar, Tok Mat telah banyak membantu rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Rantau khasnya termasuk isu tanah dan tempat beribadat kaum India.
Bagi PH terutama Anwar, mereka pasti mahu menang selepas calon DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.
Anwar tentu mahu calon pilihannya menang bagi memapar beliau berwibawa dan mampu mengambilalih sebagai Perdana Menteri ke-8 daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
TAKTIK LICIK
Malah Anwar menyatakan hasratnya berkampung di Rantau untuk membongkar segala kelemahan dan kebobrokan BN.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna BN atau UMNO memandang rendah terhadap kemampuan PH, terutama menggunakan taktik licik dan mengelirukan pengundi.
Jentera pilihan raya UMNO perlu berhati-hati dalam gerak kerjanya. Paling penting ialah meyakinkan pengundi bahawa kerajaan baru ini tidak mampu menunaikan permintaan rakyat berbanding kerajaan BN sebelum ini.
Perha tian rakyat juga harus dialih kan dari pada dakyah politik PH yang secara terus-menerus menyalahkan kerajaan BN sebagai helah untuk menutup kepincangannya sendiri.
Kenaikan harga barang, kemerosotan nilai ringgit, kehilangan aset negara, rancangan menjual aset rakyat dan kelemahan pentadbiran ekonomi perlu menyedarkan rakyat bahawa PH hanya menyandar politik tangkap muat serta rapuh.
Dengan menggunakan secara berterusan isu 1MDB, menyalahkan #bossku, sebenarnya tiada kerja khusus dirangka untuk menyusun program membangunkan ekonomi rakyat yang resah hadapi krisis kenaikan sara hidup.
Ini terutama penurunan harga komoditi seperti minyak sawit dan getah yang diusahakan jutaan peneroka FELDA dan pekebun kecil.
Kepada siapakah rakyat dapat menyandarkan harapan? Adakah suara mereka didengari kerajaan?
Isu perbalahan kaum juga kian menjadi-jadi di bawah PH.
Merebaknya perbalahan agama, kaum serta LGBT hanya berlaku sejak PH mengambil alih Putrajaya, dan ia dilihat tidak menjanji hukuman setimpal ke atas mereka yang melakukannya.
Di Parlimen, wakil mereka lebih banyak menyuarakan isu remeh-remeh dan menyerang peribadi wakil pembangkang dan tidak sedikit pun berbahas mengenai rakyat. Inikah yang rakyat mahukan?
DISEDARKAN DARI MIMPI
Pengundi Rantau mesti terus disedarkan daripada mimpi mereka. Kedatangan Anwar bukan untuk menolong orang Rantau tetapi sekadar menonjolkan beliau calon terbaik mengganti Dr. Mahathir serta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali.
Nasib orang Rantau akan terbiar dek perebutan kuasa di peringkat nasional. Selepas selesai PRK Rantau, semuanya balik ke Kuala Lumpur. Yang akan tinggal ialah Tok Mat. Bagi Tok Mat, hidup dan matinya adalah untuk orang Rantau 
kerana beliau berasal dari sana.
Percubaan untuk menukar kerajaan pada PRU-14 lalu ternyata memperosokkan mereka ke dalam dilema kehidupan yang kian kronik.
PRK Rantau akan bertindak sebagai wake up call kepada lena yang panjang ini. Ia adalah medan di antara mencari kebenaran dan pembohongan.
Rakyat sudah mulai sedar, dan adalah diharapkan mereka akan bingkas bangun memperbetulkan keadaan sebelum semuanya punah!
Bagi kita undi mesti diberikan kepada Tok Mat yang pasti bukan saja akan mewakili mereka. Malah beliau akan bersuara tentang resah gelisah terhadap pentadbiran kerajaan sepenggal yang tidak keruan.

[VIDEO] AMALAN PENDAKWAAN TERPILIH TOMMY THOMAS - LOKMAN NOR ADAM MEMBERI AMARAN AKAN MENJADI PEGUAM NEGARA PERTAMA YANG AKAN DIHERET KE MUKA PENGADILAN APABILA BN/PAS BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN SELEPAS PRU 15.


Tuesday 26 March 2019

[VIDEO] BUKAN MELAYU MUDAH LUPA, HAKIKATNYA MAHATHIR MUDAH LUPA, BERKESUDAHAN DENGAN DAP MENGUASAI NEGARA.


Banyak pihak menyatakan bahawa kenyataan Mahathatir berikut (dalam video) tempoh hari merupakan ramalan beliau tentang apa yang berlaku terhadap bangsa Melayu dan Islam sekarang yang dikuasai oleh DAP.

Hakikatnya Mahathir bukanlah seorang nujum untuk meramalkan apa yang berlaku sekarang. Bukan beliau  sahaja yang mengetahui apa akan berlaku terhadap bangsa Melayu akibat perpecahan sesama sendiri malah semua orang Melayu tahu akibatnya.

Oleh kerana gila kuasa dan tamak haloba mementingkan diri sendiri, keluarga dan kroni, maka pendekatan matlamat menghalalkan cara adalah jalan singkat untuk terus berkuasa melalui pecah dan perintah.

Apa pun Mahathir tidak layak bercakap tentang perpaduan bangsa Melayu sebab beliaulah punca perpecahan bangsa Melayu sejak memimpin negara ini mulai pada tahun 1981 sehingga sekarang.


Tuesday 19 March 2019

SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG AKAN KUBURKAN DAP


Lim Kit Siang sekarang ini sudah senyap dan tidak bersuara lagi semenjak pendedahan rasuah yang melibatkan anak beliau itu yang lebih besar dari isu 1MDB...

Kit Siang yang terkenal dengan mulutnya yang besar itu semenjak kebelakangan ini diam tanpa berkata apa2... 

Kerana dia tahu yang anaknya sendiri terlibat dalam skandal yang paling besar dan ini boleh menyebabkan kejatuhan DAP dan Pakatan Harapan...

Pada 5 Februari 2018, laman blog ini juga ada keluarkan artikel bertajuk Senarai Pembohongan Guan Eng Dalam Skandal Terowong (BACA DI SINI)...

Dalam kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari 2018, dia mendedahkan bahawa 40% daripada pembangunan projek itu di pegang olehnya dan 60% di pegang oleh Ewe Swee Kheng dari Ewein Berhad...

Tanah ini juga mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM15 billion dan dalam beberapa tahun akan datang apabila selesainya perojek itu, tanah ini nilainya berpotensi sebanyak RM50 billion…


Sekarang semua orang tahu bahawa Ewe Swee Kheng adalah proksi kepada Guan Eng... 

Ianya bukan satu rahsia lagi...

Dari 60% kepunyaan Swee Kheng itu, berapa banyak kepunyaan Guan Eng? 


Swee Kheng memberitahu kepada SPRM bahawa sebanyak 10% adalah kepunyaan Guan Eng dari 60% yang di milikinya... 

Jadi, Guan Eng bukan sahaja di bayar sebanyak 10% dari jumlah kos pembinaan terowong yang bernilai RM6.3 billion itu, malah dia juga mendapat 10% lagi dari jumlah keseluruhan projek itu…


Yang lebih menarik lagi, mengikut pengakuan Zarul Ahmad, RM22 juta dari RM305 juta untuk kajian kebolehlaksanaan itu sebenarnya di gunakan untuk menyogok SPRM bagi menutupkan kes rasuah ini... 

Patutlah kajian itu menelan kos yang sangat tinggi...

Rupanya, jumlah itu termasuk juga dengan RM22 juta untuk menyogok SPRM menutup kes siasatan rasuah…


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM305 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan Terowong Bawah Laut Pulau Pinang... 


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Negeri Lim Hock Seng berkata kajian kebolehlaksanaan ini di bayar menerusi hasil dari penukaran tanah...

10% daripada 60% share Swee Kheng adalah kepunyaan Guan Eng dan yang baki 40% adalah share Zarul Ahmad...

Tanah yang di gunakan untuk penukaran dengan Terowong Bawah Laut Pulau Pinang itu mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM15 billion...

Apabila projek terowong itu selesai dan tanah itu telah di bangunkan sepenuhnya, nilainya boleh mencecah sekurang2nya RM50 billion…




RM50 billion itulah jumlah yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan lepaskan untuk projek terowong bawah laut yang nilainya hanyalah sebanyak RM6.3 billion... 

Dan skandal ini adalah lebih besar dari 1MDB...

Mengapa Lim Guan Eng membuat bising ke atas 1MDB sedangkan skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang itu lagi besar? 


Dan mengapa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak marah kepada menteri kewangannya macam mana dia dahulu marah terhadap Najib Razak ?

Jika Najib kleptokrat, seperti apa yang Lim Kit Siang kata, yang anaknya sendiri adalah Bapa Kleptokrat... 

Kit Siang ni tak malu ke yang anak dia ini perompak terbesar di Malaysia...

Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedas; Mungkin Banyak Sangat Cili Yang DAP Makan!!!

Keadaan Dewan Rakyat menjadi tegang dan panas, bila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan tentang pendedahan Raja Petra Kamaruddin mengenai penglibatan Lim Guan Eng dalam Skandal Terowong Pulau Pinang…


Kemonlah DAP.

tu bukan tuduhan, tapi Ketua Pembangkang cuma minta penjelasan dan sekiranya dakwaan Raja Petra Kamaruddin tu tak betul, tak ada salahnya kalau Guan Eng buat penjelasan dan penafian dalam Dewan Rakyat...

Kan tu akan bersihkan nama Guan Eng dan DAP juga nanti...

Jadi apa masaalahnya?

Ahli parlimen juga menuduh dakwaan Raja Petra tu sebagai fitnah...

Tapi ahli parlimen dah baca ker keseluruhan tulisan bersiri mengenai pendedahan tu…





Bukti2 ada di kemukakan dan pihak SPRM sendiri mengesahkan bahawa Raja Petra tidak berbohong (BACA DI SINI)...

Kesimpulannya, itulah sikap ahli politik DAP...

Cakap tak serupa bikin, semua perkara nak di politikkan...

Bila bercakap dan menuduh tentang 1MDB, langsung tak pertimbangkan fakta dan kebenarannya...

Hukuman dah di jatuhkan pada DS Najib jauh lebih awal dari mahkamah...

Tapi bila bercakap tentang Skandal Terowong Pulau Pinang, gunakan kuasa yang ada untuk menghalang dari di bahaskan...

Kebebasan suara apakah ini!!!

Nilai Skandal Terowong Pulau Pinang jauh lebih besar dari 1MDB...

Skandal 1MDB yang di laung2kan PH sebagai modal politik di PRU 14 bernilai RM2.6 bilion, tapi Skandal Terowong Pulau Pinang bernilai RM50 bilion!!!

Rakyat menuntut penjelasan dari Lim Guan Eng dan DAP, kerana tanah yang bernilai RM50 bilion tu bukan milik peribadi Lim Guan Eng atau pun DAP, tetapi milik rakyat Malaysia!!!

Bukti2 ada di kemukakan dan pihak SPRM sendiri mengesahkan bahawa Raja Petra tidak berbohong (BACA DI SINI)...

Kesimpulannya, itulah sikap ahli politik DAP...

Cakap tak serupa bikin, semua perkara nak di politikkan...

Bila bercakap dan menuduh tentang 1MDB, langsung tak pertimbangkan fakta dan kebenarannya...

Hukuman dah di jatuhkan pada DS Najib jauh lebih awal dari mahkamah...

Tapi bila bercakap tentang Skandal Terowong Pulau Pinang, gunakan kuasa yang ada untuk menghalang dari di bahaskan...

Kebebasan suara apakah ini!!!

Nilai Skandal Terowong Pulau Pinang jauh lebih besar dari 1MDB...

Skandal 1MDB yang di laung2kan PH sebagai modal politik di PRU 14 bernilai RM2.6 bilion, tapi Skandal Terowong Pulau Pinang bernilai RM50 bilion!!!

Rakyat menuntut penjelasan dari Lim Guan Eng dan DAP, kerana tanah yang bernilai RM50 bilion tu bukan milik peribadi Lim Guan Eng atau pun DAP, tetapi milik rakyat Malaysia!!!

Friday 15 March 2019

RSN RAYER, BILA ANDA AKAN SAMAN WEE KA SIONG SEPERTIMANA ANDA CABAR DIA SEBELUM INI?


Anjing penyerang Lim Guan Eng’s, R.S.N. Rayer, mencabar Presiden MCA Wee Ka Siong untuk mengulangi apa yang beliau kata di Parliament — tentang siasatan rasuah SPRM ke atas Terowong Dasar Laut Pulau Pinang — di luar Parliamen yang mana beliau tidak lagi menikmati perlindungan Parliamen dan boleh disaman tentang apa yang beliau telah kata.
Maka, dua hari yang lepas Ka Siong telah mengulangi apa yang dia telah kata dan malah dia telah postkan tiga muka surat ucapan dia di Parlimen (di mana anda boleh baca di bawah).
Mengapa sekarang Rayer berdiam diri dan tidak lagi menyalak dan berbuih mulut seperti anjing gila? Saman lah, jangan tak saman, sekiranya tidak rakyat akan memanggil anda sebagai ‘tin kosong’..
*****************************************************

Petang semalam, Ahli Parlimen Jelutong telah mencabar saya supaya mengulangi apa yang saya bahaskan tentang skandal Terowong Pulau Pinang di Dewan Rakyat di luar Parlimen.
Dia ugut mahu saman saya jika saya ulang perkara tersebut.
Baik, saya sahut cabaran YB Jelutong itu.
Saya lampirkan di sini.
Sebenarnya, saya telah menulis tentang isu ini dan memuat-naik di FB saya minggu lepas.

Wee Ka Siong