Tuesday 30 April 2019

[VIDEO] 7 KISAH TENTANG PERJUANGAN, KONSPIRASI DAN FITNAH TERHADAP BOSSKU NAJIB RAZAK


KISAH 1 : Segala bukti derma Arab Saudi RM2 6 Bilion itu wujud


KISAH 2 : Perjuangan Dato' Seri Najib Razak dalam Islam


Kisah 3 : Konspirasi Tan Sri Zeti & Shukri Abdull


KISAH 4 : Timbulnya Dendam Politik dan Tun Mahathir merancang Untuk Sabotaj 1MDB


KISAH 5 : Maklumat kerajaan BN dipalsukan dan disebarkan ke seluruh dunia


KISAH 6 : Dato' Seri Najib & 1MDB bebas daripada sebarang pertuduhan



KISAH 7: PH menang pilihanraya ke 14 dengan umpan fitnah





BOSSKU, NAJIB RAZAK SERU RAKYAT HADIR PERHIMPUNAN DAULAT 405


Monday 29 April 2019

SEBAHGIAN DARIPADA RM 1. 9 BILION DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN A NAJIB MERUPAKAN DERMA DARIPADA SAUDI ARABIA, MAHKAMAH DIBERITAHU

(The Star) – Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa RM1.9 bilion telah dimasukkan ke dalam salah satu akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak antara tahun 2011 dan 2013.
Pengurus AmBank R. Uma Devi mengesahkan bahawa sebahagian wang merupakan derma daripada “Putra Faisal al Turki” dan Kementerian Kewangan Arab Saudi.
Belia menyatakan sedemikian semasa di soal balas oleh peguambela bekas Perdana Menteri Harvinderjit Singh pada hari Ithnin (April 29).
Harvinderjit: Merujuk kepada email of penyata bank ini berakhir 694, adakah transaksi ini daripada  “Putra Faisal al Turki”?
Uma Devi: Ya.
Beliau bersetuju bahawa sebahagian daripada wang – termasuk  RM304 juta pada tahun 2011 dan RM756juta pada tahun 2012 – datang daripada  “Putra Faisal al Turki”.
Saksi itu juga setuju bahawa amaun yang satu lagi RM324 juta yang dikreditkan daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada akaun Najib.
Kepada satu cadangan, Uma Devi bersetuju bahawa surat arahan daripada Najib pada  Julai 30, 2013 mengarahkan bahawa wang derma dipulangkan kepada pemiliknya (Putra Faisal al Turki).
Harvinderjit: Berasaskan surat itu, adalah jelas bahawa pihak bank tahu jumlah wang dikreditkan untuk derma?
Uma Devi: Ya.
Kepada soalan yang lain oleh Harvinderjit, saksi itu bersetuju bahawa derma yang diterima jumlah wang yang besar yang memerlukan pematuhan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.
Najib menghadapi tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta milik syarikat  SRC International.
Pendengaran di Mahkamah Tinggi diteruskan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada hari Selasa (April 30).

PERBICARAAN SRC-NAJIB: TESTIMONI SAKSI PENTING BAKAL MENGUGURKAN KES TERSEBUT

KUALA LUMPUR – Banyak rakyat Malaysia gagal untuk menyedari satu pusingan pembuktian penting minggu lepas dalam perbicaraan dalam perbicaraan rasuah yang sedang berlangsung terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kita tidak boleh menyalahkan orang awam untuk mengikuti testimoni penting oleh saksi pendakwa penting, sama ada ia sengaja dirahsiakan atau tidak diberi liputan oleh kebanyakkan media arus perdana, media elektronik dan media siber.
Tetapi kemudian tidak menghirankan, memandangkan kebanyakkan organisasi media di negara kita hari ini bersaing antara mereka walaubagaimana pun untuk menjadi jurucakap pro-Pakatan Harapan yang utama.
Pengurus cawangan AmBank Raja Chulan R Umma Devi memberi keterangan minggu lepas bahawa terdapat kejanggalan yang ketara terhadap tandatangan atas beberapa surat arahan pemindahan berkaitan transaksi wang melibatkan akaun syarikat SRC International di AmBank.
Umma Devi memberitahu mahkamah bahawa tandatangan atas beberapa surat pemindahan bernilai jutaan ringgit tidak sepadan.
Saksi ke 21 memberi keterangan bahawa ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil telah mengeluarkan satu surat arahan pemindahan bertarikh Jun 23, 2014, untuk memindahkan RM3 juta daripada akaun Najib bernombor. 211-202-201188-0.
Satu lagi surat yang sama bertarikh Julai 8, 2014, telah dikeluarkan oleh Nik Faizal untuk memindahkan RM20 juta daripada akaun yang sama.
Dalam surat bulan Julai, Nik Faizal juga telah mengarahkan AmBank untuk memindahkan RM10 juta daripada RM20 juta ke dalam akaun AmBank Najib bernombor  211-202-2011898
Dalam satu lagi surat bertarikh Ogos 21, 2014, Nik Faisal mengarahkan satu pemindahan RM10 juta daripada akaun Najib bernombor 211-202-2011898.
Nik Faisal ketika itu telah dilantik oleh Najib sebagai orang yang dibenarkan untuk menguruskan tiga akaunnya di AmBank.
Semasa di soal balas oleh peguam bela , Umma Devi mengesahkan satu surat bertarikh Mac 3, 2015, ialah daripada Nik Faisal.
Dalam surat itu, Nik Faisal telah mengarahkan bank untuk menutup tiga akaun Najib itu iaitu – 2112022011898, 2112022011880 dan 2112022011906 – dan memindahkan wang dalam akaun berkenaan ke dalam akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Ihsan Perdana adalah unit tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada syarikat  SRC International.
Peguambela utama Tan Sri Muhammad Shafee memberitahu wartawan minggu lepas bahawa testimoni oleh Umma Devi telah mengukuhkan hujah pembela bahawa  Najib mungkin telah di manupulasi oleh orang yang tidak ada kebenaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Nik Faisal mungkin telah mengelirukan  Najib yang tidak menyedarinya.
Shafee berkata bukti mencadangkan bahawa beberapa tangan-tangan raib yang tidak mempunyai kebenaran, termasuk Jho Low dan orang dalaman bank, mugkin telah manupulasi akaun Najib.
“Najib tidak menyedari tentang semua transaksi ini.
Jikalau tidak bagaimana untuk menjelaskan tentang pemalsuan tandatangan,” Shafee memberitahu wartawan.
Beliau menambah bahawa tim pembelaan akan mendedahkan lagi banyak bukti, termasuk satu siri perhubungan email antara pengurus perhubung awam AmBank  Joanna Yu Ging Ping dan Jho Low, dalam pendengaran akan datang untuk membuktikan bahawa Najib adalah mangsa dalam konspirasi pemalsuan transaksi.
Ini merupakan satu perbicaraan yang menarik. Banyak telah terperangkap”.
Najib sedang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta milik syarikat SRC International.
Perbicaraan di hakimi oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – NTHQiBord, 29 April 2019.