Tuesday 30 July 2019

DESAKAN AHLI PARLIMEN PH : KERAJAAN PERLU BUKTIKAN THE RULE OF LAW WUJUD DALAM KES VIDEO SEKS SEMBURIT

Kenyataan Media
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Isu Kedaulatan Undang-Undang, The Rule of Law Dan Video Seks Semburit

1.Setahun yang lalu pada 16 Julai 2018 ketika mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Malaysia, sebaik sahaja selepas Pilihanraya Umum ke-14, saya telah berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu undang-undang utama negara ini yang asas pentingnya ialah bahawa sesungguhnya  negara Malaysia ini hendaklah bergerak atas landasan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

2. Justeru itu saya menuntut Perdana Malaysia sekarang Tun Dr Mahathir Mohamad  supaya menjalankan tugasnya yang diamanahkan oleh rakyat  berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

3. Sebagai seorang Ahli Parlimen saya juga menuntut Peguam Negara Tommy Thomas yang berperanan juga sebagai Pendakwa Raya supaya menunaikan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan adil dan saksama, tanpa takut dan pilih kasih untuk melakukan pendakwaan bagi setiap kesalahan jenayah berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

4.Sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat dan sebagai seorang pengamal undang-undang selaku peguambela dan peguamcara, saya juga menuntut Ketua Polis Negara Hamid Bador supaya menjalankan tugas kepolisannya secara profesional berdasarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan tanpa memilih bulu.

5.Sehari sebelum Hariraya Aidilfitri yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan isu video sex semburit yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kanan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan.Beberapa tangkapan untuk tujuan siasatan di bawah Kanun Acara Jenayah telah dilakukan oleh pihak Polis.

6.Dari segi fakta yang ada setakat ini di hadapan mata rakyat Malaysia dan Dunia, bahawa sesungguhnya ada seorang saksi yang material dan teramat penting yang telah mengaku tanpa paksa dan membuat pengakuan secara sukarela bahawa dialah yang menjadi salah seorang pelaku dalam kes hubungan seks yang di dalam statut Kanun Keseksaan Malaysia adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara dan sebat.

7.Masa telah lebih dari cukup untuk pihak Polis PDRM menyelesaikan Kertas Siasatannya dan menyerahkan kepada Pendakwa Raya untuk memulakan tindakan pendakwaan.Tidak perlu seseorang untuk menjadi peguam atau pakar undang-undang terlebih dahulu untuk memahami bahawa bola sekarang berada di gelanggang Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya. Kedua-dua ketua Agensi Kerajaan tersebut yang diamanahkan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi pihak rakyat dan  Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugasnya di bawah undang-undang bagi perlaksanaan sistem keadilan di Malaysia menurut asas Kedaulatan Undang-Undang dan keluhuran Perlembagaan.

8.Jika pihak Ketua Polis Negara dan Peguam Negara serta Pendakwa Raya gagal dalam menjalankan tugasnya berhubung isu video sex semburit itu maka mereka berdua telah melakukan satu kesalahan besar di bawah undang-undang.

9.Dalam hal ini, akhir sekali saya menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Gabungan Pakatan Harapan di mana saya salah seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah berjaya bersama-sama membentuk kerajaan baru Pakatan Harapan dengan janji kepada rakyat untuk mengembalikan The Rule of Law atau kedaulatan Undang-Undang di Malaysia ini supaya tanpa bertangguh-tangguh melaksanakan proses keadilan seperti yang telah dijanjikan itu dengan jujur dan adil, tanpa  sebarang campur tangan dan gangguan terhadap proses pentadbiran sistem keadilan dan undang-undang di negara ini bersabit episod video sex semburit yang telah memalukan lebih 32 juta rakyat Malaysia di mata masyarakat dunia.

10.Kesimpulannya, masa telah sampai untuk Perdana Menteri, Peguam Negara, Pendakwa Raya dan Ketua Polis Negara membuktikan kepada kami semua rakyat Malaysia dan dunia antarabangsa bahawa sesungguhnya anda  semua telah menjalankan tugas dan amanah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana berani menegakkan kedaulatan undang-undang.

Yang benar,

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
30 Julai 2019

POLITIK KEJI MAHATHIR ATAS NAJIB :CEMAR MAJLIS ISTIADAT PERTABALAN DYMM AGONG


Sumber mendapati terdapat sedikit kekecohan apabila anggota keluarga diraja mendapati tempat duduk DSNR telah diubah ke bahagian belakang. Pihak Istana tidak senang dengan keputusan tersebut kerana terdapat campurtangan politik dan menegaskan susunan kerusi itu hendaklah dibuat selaras dengan protokol yang diwartakan kerajaan.

Tempat duduk disusun semula dan ia tidak disentuh sehingga pukul 7 pagi pagi ketika pegawai PMO masuk. Pegawai itu meminta kerusi DSNR dipindahkan dan ditempatkan di barisan Orang Besar Pahang, sebagai Dato Shahbandar dari Pahang.

Perubahan susunan kerusi hanya dimaklumkan kepada pihak DSNR pada saat saat akhir awal pagi tadi. Masa terlalu singkat untuk DSNR menyediakan pakaian rasmi Orang Besar Pahang kerana pakaian dan orang yang biasa membantu beliau bersiap dalam pakaian rasmi tersebut didatangkan khas dari Pekan, walhal DSNR perlu tiba di Istana tepat pada 8.30 pagi. Orang biasa mungkin tidak menghargainya, tetapi di Istana, DSNR dijangka menghormati dan mematuhi protokol kod pakaian.

Menurut sumber, Istana enggan berkompromi dengan perubahan saat akhir yang tidak menghormati keputusan Istana. Pegawai PMO mengancam bahawa Tun M tidak akan menghadiri Istiadat Pertabalan ini jika kerusi DSNR diletakkan sebaris dengannya selaku Mantan Perdana Menteri.

P/S :  Bila lari dari jalan Allah, semakin hari hati sudah semakin membusuk dan pintu taubat semakin tidak kelihatan buat Si Maha Firaun.

DAHULU NAJIB KE LUAR NEGARA BAWA BALIK BERBILION RINGGIT PELABURAN ASING, TETAPI SEKARANG MAHATHIR KE TURKI BAWA BALIK FITNAH UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DIRI SENDIRI

Sekembalinya Tun Mahathir dari lawatan ke negara Turki beliau telah memfitnah bahawa kononnya kerajaan terdahulu menyimpan duit di luar negara bagi menggangu PH memulihkan ekonomi sebagai “skrip terbaru” bagi menutup kelemahan urus tadbir ekonomi Kerajaan PH sendiri.
Sejak dulu gaya pentadbiran Dr Mahathir tidak berubah di mana beliau (Dr Mahathir) akan menutup kelemahan diri dengan menyalahkan orang lain.
Inilah stail yang digunakan ke atas ramai musuh beliau termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim dahulu.
Umum mengetahui, Dr Mahathir sememangnya mempunyai “kepakaran” mencipta skrip memburukkan lawan. Kemudian beliau akan mengulangi skrip itu sehingga mempengaruhi persepsi rakyat untuk mempercayainya. Sedangkan semuanya adalah persepsi yang menjurus kepada fitnah politik.
Apa yang dikesalkan bahawa tuduhan memburukkan kerajaan terdahulu oleh Dr Mahathir dilakukan dalam satu wawancara dengan agensi berita Turki Anadoku semasa lawatan rasmi ke Turki.
Sikap beliau sangat berbeza berbanding dahulu. Dahulu, beliau sentiasa menyelar media asing yang memburukkan negara. Namun, kini beliau pula menggunakan media asing dan menjadi “jurucakapnya” kepada beliau.
Bagaimapun, kami yakin rakyat sudah bijak dan boleh menilai. Rakyat boleh meneliti fakta sebenar kedudukan ekonomi Malaysia berasaskan angka tunjuk yang ada.
Adalah jelas ramai tahu bahawa Kerajaan BN mewariskan ekonomi yang terbaik kepada Kerajaan PH. Namun sekarang ia telah dihancurkan ibarat ‘beruk mendapat bunga’ atau lebih tepat lagi ‘tikus membaiki labu’.
Tambahahan lagi fakta telah membuktikan sebelum 9 Mei 2018 hutang negara ialah RM686.8 bilion, namun ia meningkat sebanyak RM114 bilion menjadikan hutang terkini ialah RM804 Bilion di bawah kerajaan PH.
Ringgit daripada RM3.84 berbanding 1USD kita meningkat kepada RM4.11 berbanding 1 US Dollar. Indeks di Bursa Malaysia dulunya ialah 1896 mata kini merosot kepada 1647.96 mata susut lebih 240 mata. Ini gambaran kelemahan Kerajaan PH yang cuba di tutup oleh Mahathir.
Justeru itu, kelemahan mengurus ekonomi negara banyak berpunca dari ketidakcekapan menteri-menteri PH. Percanggahan kenyataan sesama mereka sering berlaku. Penipuan fakta ekonomi dan kenyataan bodoh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menimbulkan ketidakyakinan pelbagai pihak termasuk pelabur asing pada Malaysia di bawah kerajaan PH. Yakinlah, selagi PH memerintah negara ini, pelabur asing akan menjauhi negara ini.
Oleh itu kami seterusnya meminta Dr Mahathir menghentikan sikap suka menyalahkan orang lain, sebaliknya lihatlah kelemahan pentadbirannya sendiri yang sudah hilang fokus akibat terlalu banyak krisis dan skandal dalam Kerajaan PH kerana rebutan kuasa.
Tumpulah mentadbir negara ini. Kemudian, Perdana Menteri juga harus membuat siasatan, adakah kemungkinan aktiviti ekonomi negara ini dikhianati oleh pasukan beliau sendiri? Di samping itu, amalan kronisme, korupsi dan nepotisme juga semakin berkembang dalam kerajaan PH melalui penyalahan guna kuasa oleh pihak berkuasa.
Apa yang nyata, di bawah Kerajaan PH, banyak aset negara yang sudah dijual ke pihak lain? Di antaranya IHH Berhad, BDO Unibank, dan banyak lagi kepentingan dalam Khazanah Nasional dijual. Kemudian banyak projek yang dulunya PH kritik dilaksanakan semula seperti ECRL, Bandar Malaysia, TRX dan beberapa lagi. Semua ini gambaran ketidakupayaan Kerajaan PH mengendalikan ekonomi negara.
Paling utama rakyat masih lagi menunggu prestasi sebenar hasil kerja kerajaan PH seperti yang mereka dijanjikan dalam manifesto.
Sehingga ini, tiada apa pembaharuan dilakukan. Jadi hentilah memberi alasan demi alasan dan mencari kesalahan orang lain. Akuilah kegagalan diri sendiri. 
Nota:

Setakat ini kos perbelanjaan Mahathir keluar negara berjumlah RM 14 juta namun tiada sebarang manfaat dibawa balik melainkan menambah hutang negara melalui pinjaman asing. Jika ini terus diamalkan tidak hairanlah negara ini akan menuju ke arah negara bankrap.

Monday 29 July 2019

UMNO HARUS JADIKAN SEJARAH LDP DI JEPUN SEBAGAI SATU INSPIRASI SERTA MOTIVASI UNTUK BANGKIT SEMULA.


Ciri kekalahan Liberal Demokratic Parti (LDP)di Jepun di tangan Demokratic Parti Of Japan (DJP) hampir menyerupai kekalah UMNO/BN.
Kebangkitan semula LDP setelah kalah kepada DJP boleh dijadikan inspirasi serta motivasi kepada UMNO/BN untuk bangkit semula sebagai parti yang lebih berkuasa serta perkasa di negara ini.
Terdapat ada persamaan berhubung perkara tersebut di mana kalau LDP kalah pada 2009 selepas 50 tahun berkuasa, UMNO/BN pula kalah pada 09 Mei 2018 setelah lebih 60 tahun memerintah negara ini. Walaupun beza kekalahan UMNO/BN setelah 9 tahun kekalahan LDP, namun dari aspek kemampuan mempertahankan kuasa, (lazimnya dikaitkan dengan prestasi pemerintahan) maka prestasi UMNO/BN terserlah serta mampu bertahan 10 tahun melebihi LDP.
LDP yang berkuasa sejak 1955 kalah kepada DJP yang menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat di Jepun sewaktu berkempan.
DJP menabur pelbagai janji antaranya mahu tingkatkan kedaulatan ekonomi Jepun, mengemukakan reformasi baru skim pencen dan perubatan , kurangkan kos menjaga anak dan pendidikan percuma, dan banyak lagi.
Begitu juga UMNO/BN (dahulu dikenali sebagai parti PERIKATAN) yang mula berkuasa selepas kemerdekaan 1957 kalah kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat Malaysia sewaktu berkempen.
PH menabur janji dalam manifesto pilihan raya, antaranya menghapuskan PTPTN, menghapuskan Tol, menghapuskan GST,menurunkan kos sara hidup, menurunkan harga minyak ke RM 1.50 pada keesokan hari setelah memenangi pilihan raya, mewujudka satu juta peluang pekerjaan, menghapuskan hutang peneroka FELDA dan ini termasuk lebih kurang 10 janji-janji utama PH. Malangnya 10 janji-janji utama itu yang dijanjikan untuk ditunaikan dalam tempoh 100 hari memerintah tidak menjadi kenyataan dengan beberapa alasan yang tidak masuk akal. Malah setelah melebihi satu tahun memerintah PH masih gagal untuk menunaikan janji-janji mereka hingga kini.
Bagi DJB di Jepun setelah 3 tahun memerintah, pimpinan mereka diselubungi pelbagai isu termasuk Perdana Menteri pertamanya, Yukio Hatoyama yang terpaksa meletak jawatan akibat skandal rasuah.
DJP hanya berjaya melaksanakan 30% janjinya kepada rakyat.  Malah, mereka juga banyak membuat pelbagai u-turn dan melaksanakan banyak perkara yang dulunya mereka dikritik sewaktu Kerajaan LDP, umpamanya Pembinaan Empangan Yanba.
Projek ini dijadikan isu besar kononnya projek mega yang merugikan, tapi dilaksanakan semula bila mereka berkuasa. DJP juga gagal mengendalikan bencana gempa bumi dan isu kebocoran Logi Nuklear Fukushima dengan baik. Ini menambahkan kelemahan DJP.
Bagi PH di Malaysia hanya berjaya melaksanakan 0.5% janjinnya kepada rakyat iaitu memansuhkan cukai GST dan digantikan dengan SST yang mana ia bukan meringankan bebanan kepada rakyat, malah terus menambahkan bebanan kepada rakyat. Mereka juga banyak membuat pelbagai Pusingan-U dan melaksanakan banyak perkara yang dulunya mereka kritik atau tentang sewaktu kerajaan UMNO/BN, umpamanya seperti projek ECRL (East Coast Railway Link), projek HSR (High Speed Railway), projej Forrest City di Johor, projek TRX (Tun Razak Exchange) dan projek Bandar Malaysia di bawah syarikat 1MDB yang menjana keuntungan besar dan bukannya kerugian seperti yang dilaung-laungkan.
Projek-projek tersebut di atas dijadikan isu besar kononnya projek mega yang merugikan serta menjual kedaulatan negara ini. PH juga gagal mengendali bencana pencemaran gas toksid di Pasir Gudang Johor sehingga ia berulang sebanyak dua kali.
Bagi LDP di Jepun kegagalan DJP itu merupakan satu peluang untuk  memperkukuhkan partinya.
Mereka LDP bertekad kembali menjadi kerajaan.Akhirnya mereka bergabung dengan sebuah parti Agama Budha iaitu New Komeito Parti berhaluan Konservetif di Jepun.
Maka gabungan ini juga menjadi faktor membolehkan mereka menang semula pada Pilihanraya 2012. LDP bangkit selepas itu dengan lebih kuat berbanding LDP sebelumnya.
Begitu juga UMNO/BN di Malaysia bertekad kembali menjadi kerajan dengan menguasai semula Putrajaya. Akhirnya mereka menjalin kerajasama politik dengan sebuah parti yang berasaskan Melayu/Islam kedua terbesar di Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia(PAS). Wadah perjuangan PAS ialah memertabatkan agama Islam di Malaysia dengan keahlian mereka berasaskan Melayu/Islam.
Justeru itu situasi yang dilihat hampir sama ini perlu dijadikan satu inspirasi serta motivasi kepada pimpinan dan ahli UMNO/BN.
Kerajaan PH yang memerintah sehingga ini gagal menunaikan banyak janji dan banyak masalah dalaman sedang mereka hadapi.
Kerana itu gabungan kerjasama politik UMNO/BN dan PAS mesti gagah menghadapinya.
Paling utama kita harus sedar bahawa perpaduan dan kata sepakat pemimpin di semua peringkat gabungan kerjasama politik UMNO/BN dan PAS harus menjadi perkara utama yang mesti dilakukan. Ini syarat untuk UMNO kembali berkuasa semula.
Gabungan kerjasama tersebut seluruh ahli dan pimpinan mereka diingatkan bahawa  cabaran di hadapan amatlah besar.
Ini kerana lanskap politik di negara ini bakal berubah apabila umur 18 tahun sudah boleh mengundi.
Semua ini memerlukan jentera gabungan tersebut memperbaharui pendekatan, bagi mendekati kumpulan ini yang dunia mereka hanya dihujung jari. Ini cabaran sangat besar yang mesti dilalui.
Kami percaya, dengan gabungan tersebut, UMNO/BN boleh kembali berkuasa dengan syarat kita bersatu padu dan setia pada perjuangan.  Ketika ini Allah sedang menguji kita orang Melayu dan Islam.
Justeru, demi pejuang untuk agama, bangsa dan tanah air seluruh ahli gabungan harus tabah menghadapinya.
Jangan kecewa dengan ujian ini kerana pasti ada hikmah besar Allah berikan kita ujian ini.
Jika kita berusaha, yakinlah dengan usaha pengabungan ini, UMNO akan mampu kembali semula malah boleh hebat daripada sebelum ini.
.

Sunday 28 July 2019

MAHATHIR CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH


Menurut laporan risikan, cara bagaimana Ketua Polis Negara (KPN) Hamid Bador dan Peguam Negara Thomas @ Mohan A/L K.Thomas mengendalikan kes video seks lucah hubungan sejenis atau semburit Azmin Ali amat menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan. Kesilapan besar ini yang paling teruk sejak Mei 2018 — dan sejak itu  Pakatan Harapan telah melakukan banyak kesilapan besar (blunder). Sebab itulah mengapa Mahathir terpaksa mengeluarkan kenyataan beliau hari ini seperti berikut:

1. Saya telah dituduh bercanggah dengan pendirian saya dalam memberi respon terhadap dakwaan seks tidak senonoh yang melibatkan ahli Kabinet saya pada tahun 1998 dan video seks yang sedang berlaku sekarang yang mengaitkan seorang lagi ahli Kabinet saya.
2. Tidak ada percanggahan.
3. Tindakan yang diambil pada tahun 1998 bukan berdasarkan klip video. Itu datangnya kemudian. Mahkamah telah membuat keputusan. Video selanjutnya tidak mempengaruhi mahkamah atau sesiapa. Malah ia tidak mempengaruhi saya.
4. Dalam kes yang baru, video datang terdahulu. Sudah tentu ia merupakan cubaan untuk memburukkan nama orang berkenaan supaya menggelapkan masa depan beliau.
5. Sekiranya saya dijangkakan perlu mengambil tindakan, saya akan menjadi alat kepada perancangan jahat itu. Saya tidak ada niat untuk dijadikan alat kepada perancangan yang jahat itu. Saya tidak akan dijadikan sebahgian daripada politik yang kotor itu.
Tetapi kenyataan Mahathir penuh dengan kesilapan dan tetapi masih menyatakan tiada percanggahan. Pada tahun 1998, tindakan telah diambil terhadap Anwar Ibrahim malah sebelum dia ditahan, didakwa atau dijatuh hukum. Oleh itu, tidak benar bahwa mahkamah telah membuat keputusannyaDan tidak ada video ketika itu, sebagaimana Mahathir dakwa, “itu datangnya kemudian”.
Sepatutnya Mahathir harus berdiam diri tanpa menyatakan apa-apa. Kenyataan Mahathir hari ini telah sesungguhnya telah memusnahkan segala kredibiliti kecil yang masih tinggal dan lebih meyakinkan rakyat bahawa dia dengan segala upaya cuba untuk melindungi Azmin Ali. Sekiranya sebelum ini tidak timbulnya  tanggapan  melindungi sesiapa, hari ini dengan kenyataan yang dibuat itu mengesahkan bahawa wujudnya  unsur melindungi orang  yang tertentu.
Siapakah yang menasihat Mahathir dan adakah mereka menyediakan kenyataan ini ? Orang itu harus dipecat.
Bagaimanapum, berbalik kepada tahun 2004, Mahathir menyatakan dalam satu temuramah di Jepun bahawa beliau memecat Anwar sebab timbalan beliau itu cuba  hendak menjatuhkan beliau. Mahathir tidak pernah menyebut tentang kes liwat tersebut. Disebaliknya, Mahathir mengaitkan bagaimana Anwar telah cuba menjatuhkannya dan menyebabkan beliau dipecat.
Oleh itu, sebab Mahathir mengambil tindakan terhadap Anwar BUKAN kerana liwat jikalau  berdasarkan apa yang Mahathir kata dalam satu temu bual di Jepun pada tahun 2004. Dan walaupun ia benar, tindakan diambil tiga minggu SEBELUM Anwar ditahan. Dan Anwar telah ditahan bukan kerana jenayah liwat tetapi sebab beliau merupakan ancaman kepada keselamatan negara.” Dakwaan liwat datang kemudian apabila mereka memerlukan alasan untuk mengekalkan Anwar dipenjarakan.
Mahathir tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tersebut di atas. Ini telah mewujudkan kerosakan yang amat teruk daripada apa yang dilakukan oleh KPN dan Peguam Negara. Ini dilihat sebagai paku yang terakhir daripada banyak paku kepada keranda Mahathir. Sayangnya! Mahathir telah memperbaiki peluang Anwar untuk menjatuhkannya. Sekiranya Anwar seorang yang bijaksana beliau boleh menggunakan kenyataan beliau hari ini untuk memusnahkan Mahathir. Bagaimanapun, kenyataan Mahathir hari ini telah mengesahkan bahawa pada tahun 1998 Anwar TELAH betul-betul melakukan jenayah liwat.