Saturday 31 August 2019

[VIDEO] LAUTAN MANUSIA BANJIRI HIMPUNAN MELAYU BANGKIT PENYATUAN UMMAH PASIR SALAK

BUMI Pasir Salak sebenarnya amat sinonim dengan dunia kepahlawanan Melayu di tanah air ini yang menentang kezaliman penjajahan kolonial sebelum merdeka dan menjadi tanda kebangkitan rakyat semakin semarak ketika itu.
Dato’ Maharaja Lela yang menjadi lambang kebanggaan masyarakat di kawasan tersebut khasnya dan negara ini umumnya tidak pernah lekang menitipkan pesanan perlunya rakyat bersatu padu menentang kezaliman supaya keharmonian dan keamanan terus wujud
Semangatnya itu tidak pernah padam sehingga hari ini apabila orang Melayu dan Islam mula bangkit apabila maruah bangsanya serta kesucian agama Islam mula diracik-racik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ditunjangi oleh Dap, yang tidak pernah berlaku sejak lebih 60 tahun bumi Tanah Melayu ini merdeka di bawah naungan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pada November tahun lalu, buat julung kali rakyat tanpa mengira idealogi politik, latar belakang bangsa dan agama hadir ke Himpunan Perpaduan Ummah bagi bersama-sama berkumpul di Kampung Gajah, Pasir Salak untuk menyatukan fikrah dan keutuhan kaum Melayu serta Bumiputera dalam menjaga hak-haknya sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan Raja-raja Melayu.
Himpunan yang dihadiri lebih 30,000 rakyat itu juga merupakan penentangan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang secara jelas dizahirkan bagi menggesa kerajaan agar tidak tunduk kepada desakan-desakan segelintir pihak yang mahu ianya diratifikasikan.
Bahkan menjadi satu sejarah negara apabila ia menyatukan pemimpin utama UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang serta barisan kepimpinan di peringkat pusat, negeri mahupun tempatan.
Semalam, di malam ambang merdeka, bumi Pasir Salak kembali bergema dengan laungan ‘Hidup Melayu’, ‘Hidup Islam’ dan takbir dari puluhan ribu suara dalam Himpunan Melayu Bangkit dan Penyatuan Ummah 2.0 di dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik, Pasir Salak.
Tambah istimewa, ia juga merupakan acara di majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak yang diketuai Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang bersidang pada hari ini, 31 Ogos, juga hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62.
Dalam mesyuarat tersebut lebih tujuh ratus perwakilan yang bersidang sebulat suara bersetuju dengan usul penyatuan ummah.
Sejarah kembali terpahat, bukan sahaja dengan hampir 50,000 rakyat hadir ke bumi Pasir Salak, malah ia turut dihadiri pemimpin-pemimpin tertinggi dari dua parti terbesar orang Melayu Islam di negara ini, yang turut menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.
Selain Dr Ahmad Zahid, hadir sama bekas Presiden Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini sinonim dengan gelaran ‘Bossku’, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad.
Begitu juga dari PAS, diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan Yang Dipertua PAS kawasan Ustaz Mustafa Shaari.
Uniknya perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak, ia disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Dalam ucapan aluannya, Tajuddin selaku tuan rumah majlis mengatakan UMNO dan PAS tetap bangkit demi mempertahankan kesucian agama Islam serta maruah orang Melayu tetap terbela.
Terdahulu ribuan orang ramai yang hadir bersama-sama pemimpin UMNO dan PAS menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti solat hajat dan disambung dengan tazkirah ringkas oleh pendakwah bebas Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin serta solat Isyak.
Detik paling istimewa Himpunan Melayu Bangkit dan Penyatuan Ummah 2.0 malam tadi ialah ribuan umat Islam yang hadir telah bersama-sama mengaminkan doa yang dipimpin oleh Dr Ahmad Zahid.
Dalam doanya, Dr Ahmad Zahid memohon ke hadrat Allah S.W.T agar negara ini terus diberi keamanan, penuh kemakmuran dan sentiasa berada dalam kerahmatan.
Turut dipohon agar penyatuan ummah yang diusahakan akan menjadi penyatuan dan perpaduan yang ikhlas berlandaskan kepada akidah, keimanan serta keikhlasan. 
Sila lihat dua video berikut suasana di perhimpunan tersebut serta pidato-pidato membakar semangat untuk Melayu Islam daripada  pemimpin-pemimpin kedua-dua parti UMNO dan PAS.


VIDEO 1



VIDEO 2 (sambungan)




Friday 30 August 2019

MAHATHIR DIBERI TEMPOH TUJUH HARI UNTUK PH ‘REHATKAN’ AZMIN, KERANA JEJAS INTEGRITI DAN MORAL NEGARA

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Suara Anak Muda 1Malaysia memberi tempoh tujuh hari kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana dikatakan terlibat dengan seks songsang yang kini telah memalitkan imej negatif kepada negara.
Pengerusinya Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, jika tiada sebarang tindakan diambil, NGO tersebut bersama Sekretariat Suara Rakyat dan Pertubuhan Bangkit akan menyerahkan laporan forensik yang dibuat ke atas video semburit kepada Polis Bukit Aman agar tindakan terhadap individu yang terbabit dalam salah laku seks luar tabii dapat dilakukan.
Hari ini, ketiga-tiga NGO terbabit menyerahkan laporan forensik tersebut kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
“Hari ini kita serahkan dulu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kita beri tempoh tujuh hari. Sekiranya tiada sebarang tindakan maka kita akan serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Bukit Aman dan seterusnya kepada YDP Agong.
“Laporan forensik yang kita serahkan ini adalah hasil daripada pakar forensik UK, James Zjalic dan hasil laporan ini membuktikan bahawa Azmin adalah pelaku dalam video seks songsang tersebut,” ujar beliau kepada media selepas menyerahkan laporan forensik tersebut kepada wakil pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Tambah Armand, laporan tersebut diserahkan agar Tun dapat merehatkan Azmin daripada senarai kabinet kerana apa yang menimpa Azmin kini memalukan negara.
“Ini adalah soal integriti dan moral kepimpinan kerajaan Malaysia. Azmin selaku Menteri Ekonomi dan diberi tanggungjawab untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi malangnya dia telah terpalit dengan tingkah laku memalukan.
“Kita hormat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi pada masa sama kita tidak mahu pemimpin yang terpalit dengan isu moral ini ada dalam kabinet kerajaan Malaysia maka sudah sampai masa Tun menolak politik kebencian dan ambil kepentingan negara sebagai agenda pentadbirannya. Kita mahu beliau rehatkan Mohamed Azmin sebagai menteri,” ujar beliau lagi. 

Thursday 29 August 2019

RAKYAT SENGSARA, EKONOMI MENURUN, RAKYAT DISURUH IKAT PERUT, TAPI KERAJAAN PH MASIH BERBELANJA MEWAH

Dalam rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan (PH) terus dengan berbelanja dengan mewah untuk Pegawai Esekutif mereka, bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap persoalan yang dikemukakan oleh Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu, A. Kadir Jasin.
Menerusi facebooknya, Kadir mempersoalkan, adakah benar gaji Pemangku CEO sekarang (Bumiputera) dalam RM60,000 sebulan dan gaji yang dicadangkan untuk CEO baru (bukan Bumiputera) RM260,000 lebih dan adakah benar hanya 40 peratus pengurusan kanan Sime Darby Plantation terdiri daripada Bumiputera?
“Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga bertanya melalui Facebook,” bidas Mohd Razlan
Bukan itu sahaja, katanya, Rais Yatim juga kecewa dengan gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan didalam Twitter!
“Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan di dalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jadin dan Rais Yatim.
“Saya mengesa GLC di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berkongsi kesengsaraan rakyat, GLC sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana untuk membuahkan ekonomi yang mampan untuk rakyat berkongsi kesenangan.
“Dengan gaji lebih suku juta sebulan adalah memang tidak masuk akal dan saya meminta SPRM juga untuk menyiasat SOP dan kemungkinan pecah amanah didalam perlantikan CEO Sime Darby,” katanya lag


LAWATAN YANG DIPERTUAN AGONG KE INDONESIA DIAIBKAN APABILA MENTERI SEMBURIT DIANGKAT MENJADI MENTERI PENGIRING OLEH MAHATHIR


ASTAGFIRULLOOOH....! Video Mesum Menteri Ekonomi Cemari Kunjungan Raja Malaysia di Indonesia

Rabu, 28 Agustus 2019

JAKARTA – Bau tak sedap merebak di sela kunjungan Raja Malaysia, Yang Di Pertuan Agong XVI  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah beserta Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, di Istana Kepresidenan Bogor, Jawa Barat (Jabar), Selasa (27/8) siang.

Kembali beredar dokumen berisikan potongan video dan foto hubungan intim diduga antara Menteri Ekonomi Malaysia Azmin Ali dengan seorang pria yang beredar sekitar bulan Juni 2019. Berita tersebut juga telah diliput oleh media Indonesia beberapa waktu lalu. Dokumen itu juga yang dilengkapi dengan rekaman suara dan chatting mesra di antara Azmin Ali dengan seorang pria.

Dalam keterangan dokumen tersebut, adegan mesra antara yang Azmin Ali dan seorang pria pada tiga potongan video dan dua foto terjadi di Hotel Fourpoint, Bilik 2526, Sandakan, Sabah,  Malaysia pada 11 Mei 2019 antara jam 1-2 pagi.

Dokumen tersebut beredar di media sosial di Malaysia. Analisa terhadap keaslian dua frame video AVI sebesar 10,5MB dan 9.5MB tersebut telah dilakukan oleh perusahaan Jasa Konsultasi, Investigasi dan Analisis Forensik Digital dari Indonesia dan Inggris.

Seorang politisi Malaysia dari Partai UMNO, Datuk Lokman Nor bin Adam ketika dimintai konfirmasi atas beredarnya video tersebut menyatakan bahwa sebenarnya dirinya pun telah membuat laporan polisi tentang video mesum tersebut yang berisikan perbuatan cabul ini. Ia menganggap video yang berisikan perbuatan cabul ini sangat memalukan bagi pemerintahan dan rakyat Malaysia.

“Saya amat heran mengapa Pak Mahatir mengizinkan Azmin Ali sebagai menteri pengiring saat kunjungan raja kami Yang Dipertuan Agong XVI ke Indonesia. Bukan kah beliau masih diperiksa pihak polisi karena diakui terlibat dalam video seks mesum itu,” ujarnya.

Dato Lokman juga yakin semua menteri di Indonesia tahu tentang video tersebut. Menurutnya Perdana Menteri Malaysia, Mahatir juga tahu pakar forensik Indonesia yang dia gunakan sering digunakan oleh pengadilan dan polisi Indonesia.

“Ini aib bagi kami di Malaysia. Koq bisa sampai beredar di Indonesia, pada saat kunjungan kenegaraan raja kami, Yang Di Pertuan Agong XVI  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin. Bau busuk sampai ke negeri tetangga sangat memalukan,” ujarnya menanggapi beredarnya video tersebut.
Calon Perdana Menteri

Kepada Bergelora.com dilaporkan, Menteri Ekonomi Malaysia Azmin Ali (55) adalah calon kuat Mahathir Mohamad yang akan segera menggantikan posisinya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berita video mesum Azmin Ali sebelumnya pernah dimuat di https://akurat.co/news/id-654404-read-tersandung-kasus-video-mesum-ini-7-fakta-menteri-ekonomi-malaysia-azmin-ali  13 Juni 2019 lalu.

Disebutkan, ia tengah menjadi sorotan lantaran tersandung kasus video homoseksual. Tidak hanya warga Malaysia, warga dunia pun heboh dengan skandal yang tengah menerpa Azmin. Tentu saja, ini karena Malaysia dikenal sebagai salah satu negara yang menganut syariat Islam dalam menerapkan beberapa kebijakan negaranya.

Berita video mesum Azmin Ali sebelumnya pernah dimuat di
13 Juni 2019 lalu.

Berikuta adalah lain-lain laporan daripada media di Indonesia :

DARI OPININEWS

DARI SINAR HARAPAN

DARI JURNAS

DARI INDEPENDENSI

DARI BERGELORA


Wednesday 28 August 2019

[VIDEO] PANAS !!!: TAN SRI SHAFEE JAWAB ISU KES SRC INTERNATIONAL DAN 1MDB


DAKWAAN KPN BAHAWA PEMBANGKANG PUNCA KETEGANGAN KAUM DALAM NEGARA INI ADALAH DANGKAL DAN BIAS

Tan Sri Annuar Musa

Adalah sesuatu yg sangat mendukacitakan bila pasukan keselamatan yg sepatutnya APOLITICAL sudah tidak teragak agak bersifat polically biased dlm kenyataan mereka.Ini akan menimbulkan krisis keyakinan serta ujud rasa tidak selamat di pihak yg di lihat serong oleh agensi berkenaan.
Adalah tidak bijak bila membuat tuduhan melalui media tanpa secara adil melihat kpd punca sebenar sesuatu itu berlaku..misalnya:
-pihak berkuasa terlibat membela chin peng sebagai Pejuang
-Menteri menuduh Melayu Pendatang
-Pemimpin parti kerajaan membuat ucapan menyinggung Islam kononnya Taliban di Msia
-Nabi di hina
-Orang Melayu di maki
-Perkara bercanggah dgn ugama di biarkan
-Pendakwah di fitnah
dan terlalu byk peristiwa utk di senaraikan...rakyat lebih tahu
Dan terlalu byk peristiwa berlaku TANPA MELIBATKAN PARTI PEMBANGKANG.KERAJAAN SENDIRI YG BERTINDAK MENYINGGUNG PERASAAN RAKYAT..kenapa pula UMNO DAN PAS NAK DI SALAHKAN
UMNO dan PAS sudah ujud 60-70 tahun.Dasar dan Pendekatan umno dan Pas tetap sama sejak dulu...kenapa baru sekarang mahu meletakkan salah pada pembangkang??
Kononnya Pembangkang nak menutup salahnya pada masa lalu...APA YG UMNO/PAS NAK TUTUP??..Tidakkah sekarang segala kuasa ada pada kerajaan?.Segala pendedahan dan tuduhan di buat.Proses mahkamah sedang berjalan?..apa yg umno dan pas boleh tutup??
Cuba berfikir secara jujur.Apakah keresahan rakyat sekarang kerana 1MDB?...atau isu 1MDB semakin tawar apabila rakyat mula mendapat maklumat sebenar yg lebih byk..
Apakah keresahan rakyat adalah kerana keburukan kjaan terdahulu,atau kekecewaan rakyat atas kegagalan kerajaan sekarang?Tolong jawab secara jujur
Dan adakah bila KEPINCANGAN KJAAN BERLAKU DEPAN MATA,KEZALIMAN DAN PENINDASAN BERLELUASA,KELEMAHAN KJAAN BEGITU KETARA,maka pembangkang harus diam dan hanya melihat saja?
Kjaan nampaknya SEMAKIN “IN DENIAL”..parah kalau begini berterusan.Kjaan masih dlm mode SEMUA SALAH ORANG..bukan salah sendiri!!
Apakah pembangkang yg nak tutup kelemahan masa lalu ATAU KERAJAAN YG GAGAL BERPRESTASI MASA SEKARANG??
Sebenarnya rakyat Msia cukup sabar...terutama orang Melayu dan umat Islam.Kalau di negara lain,sudah lama rakyat bangkit menggulingkan kerajaan.Tapi di Msia pembangkang sendiri turut menyokong kjaan..wakil rakyat pembangkang menyeberang menyokong Kerajaan.Pemimpin kerajaan mahu PM di berhentikan tapi pembangkang Mempertahankan PM kerajaan..!!Apa lagi Kjaan mahu??malah pembangkang membiar proses undang undang berjalan walaupun ketara RULE OF LAW berganti dgn LAW OF THE JUNGLE...survival of the fittest..not protecting the weakest
jgn berterusan dlm denial.Jgn berterusan ‘take the rakyat for granted’.Kesabaran rakyat ada batasnya.jgn menghina kepintaran rakyat.insulting their intelligence
Jika anggota polis tak berpuas hati..tentera tersinggung..pegawai tidak di percayai..petani kecewa..pemandu teksi marah..anak muda putus harapan..penoreh getah,pesawah,nelayan rasa di pinggirkan,pendakwah kadhi mufti ilmuan melahirkan keresahan,ADAKAH PAS DAN UMNO YG NAK DI SALAHKAN??
Please wake up..malam bakal menemui siang.!!!!..fajar tetap menyingsing,dan matahari tetap bercahaya terang.....!!
BILA TAK PANDAI MENARI,USAH MENUDUH TANAH TINGGI RENDAH

Tan Sri Annuar Musa
Setiauasaha Agunb UMNO
Ahli Parlimen Keterih


KADIR JASIN & BERSATU JANGAN MENDABIK DADA


Ia merupakan satu rahsia terbuka tentang ketandusan kesetiaan dalam  BERSATU. Hanya lihat kepada bagaimana mereka melonjakkan diri sebagai parti yang ketiga terkuat dalam Pakatan Harapan (dari segi Ahli Parlimen) – di mana ia hanya berlaku dengan bantuan dari mereka yang melompat parti (dari UMNO) pada persekitaran pasca PRU ke 14. Sebelum itu BERSATU merupakan parti kedua tercorot dalam jumlah kerusi parlimen dalam Pakatan Harapan.
Tetapi untuk Kadir Jasin membuat kenyataan riak seolah-olah rakyat Johor memilih Bersatu sebagai kerajaan negeri yang mempunyai trek rekod sebagai sebuah kuasa politik dilihat bercanggah daripada realiti sebenar di negeri tersebut. Lebih lagi walaupun mengambil kira dalam blog beliau baru ini beliau cuba menagih sokongan untuk pemilihan parti Bersatu yang akan datang.
Ambil contoh kontroversi pemilihan Menteri Besar baru-baru ini di Johor, di mana  Tun Mahathir dan Keluarga Diraja Johor telah bertelagah tentang siapa yang harus menggantikan bekas Menteri Besar, Osman Sapian. Menurut Perlembagaan Negeri  Johor, adalah jelas hak Sultan untuk meluluskan siapa yang terbaik untuk mewakili negeri baginda satu perkara yang kita harap dihormati, memandangkan bahawa dalam manifesto Pakatan Harapan ada juga menyebut untuk mengembalikan semula semangat federalisme.
Sementara itu kedudukan Bersatu mungkin ketara di peringkat nasional kerana status  Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, ini tidak bermakna bahawa mereka diberi kuasa budi bicara penuh ke atas bagaimana wakil negeri mereka harus mentadbirkan negeri tersebut.
Perlu diingatkan bahawa di Johor, BERSATU hanya menguasai 8 kerusi pada PRU ke 14 berbanding kepada 17 kerusi yang dipertahankan oleh UMNO. Oleh itu Kadir Jasin dan BERSATU tidak seharusnya berlagak bodoh sombong mendabik dada kononnya mempunyai ‘trek rekod kuasa politik’.
Perkara yang sama kepada BERSATU di Perak – di mana pentadbiran Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu contoh yang jelas bagaimana tiga dosa besar yang semakin jadi jelas dalam Pakatan Harapan seperti : perpecahan, ketandusan fokus dan tidak kompeten.
Berita utama dari kerajaan PH Perak mempamirkan isu-isu dari yang tragik kepada perkara yang pelik dengan Faizal Azumu secara terbuka merembat tanah nenek monyang Orang Asli tempatan untuk kontrak pembalakan sehingga kes dua orang Ketua Bahagian Bersatu menjual lembu korban untuk membeli komputer laptops.
Di peringkat nasional parti itu tiada sebarang kelebihan. Disebalik fakta tersebut, parti itu telah diberi kedudukan penting dalam kabinet, sudah tentu ia merupakan perkara yang mengecewakan rakyat.
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan terkenal dengan dua perkara terlalu memikirkan atau obses dengan kereta terbang beliau dan ketandusan hala tuju dalam membina persekitaran keusahawanan Malaysia.
Selain itu, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar nyata tidak dikenali rakyat mahu pun beliau mempunyai sebarang perancangan atas bagaimana untuk melaksanakan portfolio beliau.
Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, mempunyai sikap yang malang, mencampur aduk politik dengan perkhidmatan awam kita ambil dan lihat urusan yang tidak telus yang melibatkan Youth Power Club dan lantikan pemimpin pemuda parti dalam jawatan di kementerian. Ia kelihatan bahawa bagi beliau, kuasa pemuda hanya datang sekiranya anda boleh membantu beliau untuk mengkukuhkan kedudukan beliau sebagai ketua ARMADA.
Kami tidak rasa iri hati atas keangkuhan sama ada oleh Kadir Jasin mahupun  Bersatu. Keputusan PRK di Semenyih lebih mencukupi untuk membuktikan bahawa mereka masih ada banyak lagi kerja untuk dilakukandi mana disebalik menunjukkan yang terbaik, BN mampu menewaskan kerusi yang dikuasai oleh BERSATU dengan majoriti yang bertambah disebalik mempunyai kerjasama yang rapuh dengan PAS ketika itu.
Menyelesaikan isu akar umbi harus diberi keutamaan di sebalik menuding jari terhadap faktor luaran dalam ketandusan kejayaan sebagai sebuah parti politik. Apa pun, dilaporkan bahawa peristiwa lembu korban-untuk-komputer hanya berlaku kerana kekurangan dana untuk jentera parti di situ.
Sekiranya sesiapa dalam BERSATU perlu diberi sanjungan, ia haruslah diberi kepada BERSATU negeri Johor. Mereka dilihat mempunyai kesedaran dan menghormati lanskap politik di mana mereka berada. Mereka faham mungkin Keluarga Diraja Johor telah menyuarakan supaya berhati-hati dalam menyokong PH pada PRU ke 14, namun demikian atas BERSATU dan Pakatan Harapan untuk membuktikan kepada  stakeholders Johor’ bahawa mereka mampu menjadi sebuah kerajaan negeri yang berkesan.
Kami yakin bahawa Kadir Jasin sedar tentang lebih kurang 30 kerusi marginal Melayu yang penting untuk meraih kemenangan pada PRU ke 15 akan datang. Mungkin beliau harus bekerja dengan partinya untuk membina sebuah parti politik yang viable yang boleh secara berkesan mampu merebut 30 kerusi berkenaan daripada menuding jari ke pihak lain.
Malangnya melihat daripada senario politik terkini nampaknya usaha belaiu itu  mungkin tidak kesampaian. Dengan pembentukan gabungan kerjasama rasmi PAS/UMNO/BN yang dikenali PERPADUAN UMMAH yang lebih bersepadu untuk menawan semua kerusi-kerusi majoriti Melayu dan marginal Melayu seluruh negara. Misi pengabungan ini ialah bagi menguasai semula Putrajaya. Piagam kerjasama gabungan tersebut bakal di meterai pada 13 dan 14 September yang akan datang dalam satu program yang gemilang serta bersejarah di PWTC yang bakal dihadiri oleh puluhan ribu ahli UMNO dan Pas seluruh negara.
Seandainya gabungan PERPADUAN UMMAH berjaya menguasai Putrajaya, pada pasca PRU ke 15, bersedialah saudara Kadir Jasin untuk meninggalkan negara ini. Jika tidak kes beliau menghasut serta menghina Raja-raja Melayu semasa pemerintahan kerajaan PH akan dibuka semula. Beliau boleh di tuduh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasut rakyat membenci Raja-raja Melayu terutama DYYM Yang Di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad V dan Kerabat Diraja Johor.