Friday, 31 May 2019
Thursday, 30 May 2019
Wednesday, 29 May 2019
BUKAN HANYA KES ADIB : RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PEGUAM NEGARA, MENDESAK AGAR RCI DITUBUHKAN UNTUK MEMECAT BELIAU
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Perdana Menteri didesak untuk memecat Peguam Negara (AG), Tommy Thomas ekoran kegagalannya dalam beberapa isu termasuk menuntut keadilan kepada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut ketika menjalankan tugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, akhir tahun lalu, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.
Katanya, Kerajaan juga perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan supaya siasatan secara adil dan teliti kes yang melibatkan kematian ini dapat dijalankan.
“Kami dari blok pembangkang merasakan bahawa pihak Peguam Negara dilihat campurtangan secara terbuka di dalam kes yang melibatkan Adib,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ketua WHIP BN, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua WHIP PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Peguam PAS, Wan Rohimi Wan Daud.
Jelas beliau, kalau dilihat sejak dari awal selepas kes yang melibatkan rusuhan dan menyebabkan berlaku kecederaan teruk kepada Adib, sewaktu lawatan ke hospital, Perdana Menteri pun menyebut bahawa ada unsur cubaan membunuh terhadap Adib.
“Menteri Dalam Negeri dalam Parlimen mengeluarkan pernyataan menteri (ministerial statement) yang juga menyebut tentang percubaan membunuh malah pihak polis telah mengadakan siasatan dengan memanggil 34 orang saksi dan akhirnya membuat pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan iaitu cubaan membunuh, iaitu peringkat awal lagi rakyat telah pun digambarkan bahawa terdapat cubaan membunuh dalam kes melibatkan Adib.
“Selepas kematian Timbalan Ketua Polis membuat pengumuman penyataan bahawa kes yang dibawa seksyen 307 dipinda kepada Seksyen 302 iaitu membunuh dan apabila dihantar kepada AG dan sebagainya, pihak Peguam Negara telah pun memutuskan untuk membuat inkues.”
Terang beliau, membawa kes ini untuk membuat inkues adalah bagi dua tujuan iaitu:
1. Untuk mencari sebab-sebab kematian (cause of death)
2. Sama ada wujud perbuatan jenayah dalam kes yang terlibat.
2. Sama ada wujud perbuatan jenayah dalam kes yang terlibat.
“Jadi bermakna pihak AG menolak secara langsung siasatan dan juga dapatan (finding) yang dibuat oleh pihak polis. Seolah AG tidak yakin apa yang dilaksanakan oleh pihak polis.
“Apabila inkues dijalankan, pihak mahkamah telah memanggil saksi, dan belum membuat keputusan lagi tentang sebab-sebab kematian ini tetapi malangnya pegawai daripada Jabatan Peguam Negara iaitu Hamdan Hamzah telah membuat afidavit dalam mahkamah mengatakan bahawa sebab kematian Adib bukan disebab dipukul oleh mana-mana, jadi bermakna pihak Peguam Negara mempunyai pemikiran sendiri, telah buat keputusan sendiri sebelum mahkamah membuat keputusan bahawa Adib tidak dipukul… mati bukan kerana dipukul tapi sebab-sebab ada sebab yang lain. Jadi kita dah nampak dah ke arah mana yang nak dibawa oleh Peguam Negara dalam kes Adib ini.
“Jadi kami berpandangan bahawa ianya merupakan satu campurtangan yang amat ketara. Kita boleh baca pemikiran rakyat dan yang di AG ini bahawa dari awal lagi seolah-olag tidak bersetuju bahawa Adib tidak dipukul dan sebagainya,” tegas beliau yang juga Naib Presiden UMNO.
Katanya, dalam perkembangan terbaru apabila peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor diarahkan untuk menarik diri, jadi nampak jelas bahawa campurtangan terlalu jelas dalam isu itu.
“Kita berasakan bahawa AG bertindak diluar daripada kuasa yang ada padanya.Ini merupakan kegagalan kepada Peguam Negara dan merupakan sebahagian daripada banyak kegagalan-kegagalan yang telah dilakukan sebelum ini.
“Peguam Negara gagal menasihati kerajaan, gagal menasihat Perdana Menteri sehingga negara telah menandatangai Statut Rom dan akhirnya membatalkannya.
“Ini merupakan satu perkara yang memalukan kepada negara… menunjukkan tidak ada profesionalisme langsung dalam AG menjalankan tanggungjawabnya menasihati undang-undang kepada pihak kerajaan Begitu juga dengan kes-kes lain yang melibatkan AG.”
Pada penghujung November lalu, berpunca daripada salah faham pihak Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, Selangor dengan syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd (One City), ribuan kaum India telah berkumpul di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, Subang Jaya, Selangor.
Ekoran daripada peristiwa itu, rusuhan telah berlaku dan tindak-tanduk perusuh berada di luar jangkaan walaupun pihak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkawal.
Hal ini turut menyebabkan kebakaran kenderaan yang menuntut pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turun padang pada 27 November sehingga menyebabkan Adib cedera parah dan meninggal dunia selepas 20 hari dirawat.
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT, WAJIB TOLAK TOMMY THOMAS!!!!!
AG JANGAN URUS JABATAN PEGUAM NEGARA SEPERTI FIRMA GUAMAN SENDIRI
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Ketua Whip Ahli Parlimen Pas, Datuk Takiyudin Hasan mengingatkan Peguam Negara agar tidak menguruskan Jabatan Peguam Negara seperti firma guamannya sendiri setelah melihat kepada beberapa perkara yang berlaku sepanjang pengurusan inkues Allahyarham Mohd Adib Mohd Kasim dan pelbagai perkara lain.
Dalam sidang medianya bersama blok pembangkang hari ini, beliau menegaskan Jabatan Peguam Negara mempunyai prosedur serta peraturan yang perlu diikuti dan tidak seharusnya melakukan perkara yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat kepada Jabatan Peguam Negara itu sendiri.
“Kita berpandangan, inkues yang diadakan di Mahkamah hari ini adakah satu keperluan setelah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rashid Abdul Wahad pada 18 Disember 2018 , mengatakan kes kematian Adib diklasifikasikan sebagai bunuh.
“Semasa kejadian Adib belum meninggal dan kes diklasifikasikan dibawah seksyen 307 iaitu percubaan membunuh …diklasifikasikan sebagai 307 sebab kita percaya sudah ada cukup bukti mengatakan bahawa ada kes cubaan membunuh kerana pada masa itu Adib belum meninggal.
“Jadi apabila Adib meninggal automatik kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh.’ Evidence’ dah cukup kenapa perlu inkues lagi. Jadi persoalan kita adakah AG sekarang ini tidak lagi percaya kepada Polis,” katanya pada sidang media bersama blok pembangkang yang diadakan bersama Ketua Pembangkang dan Ketua Whip Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.
Tambah beliau sememangnya dalam undang-undang, inkues adalah di bawah kuasa Peguam Negara yang mana beliau boleh meminta majistret untuk mengadakan inkues atau inkuiri.
“ Itu memang kuasa beliaulah namun kalau sekiranya punca kematian itu belum diketahui. Ini punca kematian sebagaimana Polis telah sahkan dan diketahui . Jadi persoalan kita adakah Peguam Negara sekarang ini tidak lagi percaya kepada Polis. Polis yang menjalankan siasatan dengan begitu teliti dan begitu ’evidence’ dan sebagainya serta klasifikasi sebagai kes bunuh. Adakah tidak percaya kepada Polis.
“Keduanya…. inkues ini adalah open inkuiri..ini bermakna untuk menentukan punca kematian dan tidak ada sesiapa pun lagi yang dituduh melakukan perbuatan itu iatu membunuh. Sepatutnya dalam kes ini peranan AG adalah untuk menolong Mahkamah menentukan mencari punca kematian.
“Namun apa yang berlaku sekarang ini kita lihat AG seolah-olah dalam proses pendakwaan menuduh seseorang dan dia sudah ada satu kesimpulannya sendiri . Kesimpulannya seolah-olah kematian Adib bukanlah dipukul oleh mana-mana pihak.
“Buktinya disebut tadi satu afidavit daripada seorang Timbalan Pendakwaraya yang menjadi ‘Conducting Officer’ di dalam inkuiri berkenaan yang bernama Hamdan Bin Hamzah… apabila pihak kuil telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan telah menarik balik rayuan tersebut setelah satu afidavit telah dimasukkan oleh pegawai peguam negara mengatakan bahawa kematian Adib ini bukan disebabkan oleh apa-apa tindakan mana-mana orang. Itu yang terkandung di dalam afidavit menyebabkan mereka tarik balik. Maknanya tidaka da sesiap yang memukul Adib. Adakah ini peranan Peguam Negara? Bagi kami bukan peranan Peguam Negara, itu peranan Koroner menentukan. Inilah persoalan kami,” tegasnya.
Tegasnya lagi penarikan diri peguam yang mewakili KPKT dan Jabatan Bomba serta keluarga Adib, iaitu Syazlin Mansor merupakan satu perkara yang amat serius.
“Ketiganya apabila Peguam yang mewakili KPKT dan Jabatan Bomba serta keluarga Adib, iaitu Syazlin Mansor , beliau adalah profesional dan bukannya pegawai kerajaan. Namun telah diarahkan oleh Peguam Negara supaya tarik diri.
“Apa kuasa Peguam Negara di situ …kita tahu memang KPKT satu kementerian dan sepatutnya mendapatkan advise tetapi kenapa selepas lima bulan inkues diadakan barulah diminta tarik balik. Dulu tidak bantah ..ini merupakan satu perkara yang amat serius pada pandangan kami,” ujarnya.
Takiyudin seterusnya menegaskan pembelaan terhadap Adib bukankah kerana namanya Adib tetapi atas dasar pembelaan untuk seluruh rakyat kerana jika Maniam mahu pun Ah Seng yang mengalami nasib yang sama seperti Adib, langkah yang sama akan turut diambil.
“Kami sebagai pembangkang akan mewakili rakyat bukan kerana namanya Adib , tetapi kerana apa yang dialami oleh simati ini. Kita tidak pernah campurtangan sebagaimana sebelum ini isu Teo Beng Hock yang telah dipolitikkan dan kita tidak pernah mempolitikkan isu Adib ini.
“Kita menuntut keadilan diberikan kepada Adib yang dah meninggal dan keluarganya yang telah kehiangan anak. Itu sahaja dan keseluruhannya pembelaan terhadap kakitangan awam yang terkorban dalam melaksanakan tugas sebagai contoh,” tambahnya.
Tuesday, 28 May 2019
Monday, 27 May 2019
LAGU-LAGU DEDIKASI KHAS UNTUK #BOSSKU# DS NAJIB TUN RAZAK
DIKAU, dedikasi khas buat bekas Perdana Menteri, lirik oleh TSAM. Lagu Ciptaan Azmeer
RAHSIA SUDUT HATI, ditujukan khas untuk, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Lirik: Tan Sri Annuar Musa Komposer: Azmeer Penyanyi: Liza Hanim
Saturday, 25 May 2019
KIT SIANG TIDAK MENJANGKA NAJIB AKAN TERIMA CABARAN UNTUK BERDEBAT
Apabila Lim Kit Siang melontarkan cabaran dan menyatakan terma dan syarat berdebat dengan Najib Tun Razak, dia menjangkakan dia akan menang melalui satu walkover à la Nothing2Hide 2.0 sebab Najib akan mengundur diri. Apabila Najib bersetuju untuk berdebat, termasuk terma dan syarat, jantung Kit Siang mula berhenti berdenyut.
Kit Siang telah terpaksa dengan seggera mencari jalan dan cara untuk keluar daripada berdebat. Sekiranya dia meneruskan dengan debat dia akan tenggelam. Bagaiman dia harus buktikan semua dakwaan yang dia telah buat terhadap Najib?
Untuk sekali ini Kit Siang telah akan untuk meletakkan wangnya di mana mulutnya dan buktikan dakwaannya. Tetapi dia tidak akan mampu untuk melakukan itu.
BACA DI SINI : Lim Kit Siang Withdraws From Debating Najib Razak
Kit Siang kata Malaysia teramat rasuah kerana Mahathir
Pertamanya, dakwaan Kit Siang ialah bahawa Malaysia ialah negara yang paling korup di dunia (kleptokrasi global). Tetapi ini bukan apa yang dilaporkan di peringkat antarabangsa.
Pencapaian Malaysia ialah 47 mata daripada 100 pada tahun 2018 dalam Indek Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index atau CPI) yang dilaporkan oleh Transparency International. Purata CPI di Malaysia 49.50 daripada tahun 1995 sehingga 2018, pencapaian sebilang masa tertinggi 53.20 mata dalam tahun 1996 (semasa era Mahathir) dan satu rekod terendah 43 mata pada tahun 2011 (semasa era Najib).
Ranking CPI negara dan wilayah berdasarkan ke atas bagaimana korupnya sektor awamnya dilihat. Kiraan mata atau skor sebuah negara atau wilayah menunjukkan paras korupsi sektor awam atas skala 0 (amat korup) kepada 100 (amat bersih).
Oleh itu bagaimana dakwaan Kit Siang bahawa Malaysia amat korup mampu dia pertahankan apabila daripada tahun 1995 (semasa Mahathir’) ke tahun 2018 (semasa Najib) purata skor 49.5 mata daripada 100?
Anwar kata debat Kit Siang-Najib terpaksa dibatalkan untuk mengelakkan ‘13 Mei’ versi 2.0
Apa yang perlu Najib lakukan ialah berhujah butiran ini dan yakin Kit Siang akan kecundang. Kemudian Najib akan bangkitkan semua dakwaan korup yang Kit Siang telah buat daripada tahun 1980 hingga sekarang dan tunjukkan bahawa adalah Mahathir siapa yang Kit Siang telah dakwa sebagai korup.
Pusingan kedua dan Kit Siang akan mati atau tewas.
Kit Siang tidak akan boleh bertahan lebih daripada tiga pusingan dalam gelangang. Dan dia tahu ini, begitu juga keseluruhan Pakatan Harapan, dimana mengapa dia menarik diri dan memberi laluan kepada Najib satu walk-over. Untuk semua niat dan tujuan, Najib memenangi debat. Sebab itulah mengapa Anwar Ibrahim telah membuat kenyataannya, menyatakan bahawa debat terpaksa dibatalkan untuk mengelakkan ketegangan kaum di Malaysia.
Satu peringatan tentang satu lagi “13 Mei” sentiasa berkesan malah untuk Pakatan Harapan sekali pun.
APA SYED SADDIQ DILIHAT DIA LUPA TENTANG KIT SIANG
Apabila Syed Saddiq Abdul Rahman panggil Najib Tun Razak seorang pencuri, beliau kelihatan telah lupa apa yang Lim Kit Siang pernah kata tentang boss beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertamanya Kit Siang panggil Mahathir seorang pencuri.
Kemudian Kit Siang panggil Mahathir dan Tun Daim Zainuddin pencuri.
Kemudian Kit Siang panggil Mahathir, Daim dan Anwar Ibrahim pencuri.
Kemudian Kit Siang panggil Mahathir, Daim, Anwar dan Rafidah Aziz pencuri.
Kemudian Kit Siang dan Anwar panggil Mahathir, Daim dan Rafidah pencuri.
Dan sekarang Kit Siang, Mahathir, Daim, Anwar dan Rafidah panggil Najib seorang pencuri.
Selepas ini, mungkin selepas Mei 2020, Kit Siang dan Anwar, sekali lagi, akan panggil Mahathir, Daim dan Rafidah pencuri tanpa Najib.
Friday, 24 May 2019
MATRIKULASI HAK ORANG MELAYU
Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa isu kuota matrikulasi kepada bukan bumiputera dan syarat fasih berbahasa Mandarin ketika temu duga pekerjaan yang tidak boleh dilihat secara terpisah mengundang kecaman pelbagai pihak.
Maszlee diasak ramai pemimpin dan penyokong DAP serta MCA dan Gerakan sehingga timbul dakwaan kononnya mahu beliau digugurkan daripada Kabinet.
Namun ramai pihak mempertahankan menteri itu atas pelbagai sebab, termasuk bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang melihat daripada aspek Perlembagaan Persekutuan.
Berikut adalah kenyataan penuh Mohamed Mustafa:-
Dalam kes ini adalah dengan menyediakan tempat dan biasiswa kepada mereka bagi melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang mereka masih lemah dan kerajaan wajib sediakan.Isu matrikulasi ini senang sangat hendak dijawab. Ia adalah satu dasar yang dibuat selaras dengan peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di bawah Hak-hak Istimewa Orang Melayu di mana Yang di-Pertuan Agong boleh minta perezaban tempat kepada kerajaan untuk orang Melayu bagi mendapat pendidikan, biasiswa, tender, permit dan tempat dalam perkhidmatan awam.
Sama juga bagi kes Universiti Teknologi Mara (UiTM), tender kerajaan untuk kontraktor bumiputera, lesen dan permit serta perkhidmatan kerajaan.
Sebarang perubahan dasar pentadbiran dalam hal ini perlu dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu untuk dibincang dan diperkenankan. Ini di bawah Perkara 38 (5). Jadi menteri dan kerajaan hanya laksana.
Siapa bantah dan tidak setuju bermakna mencabar Perlembagaan Persekutuan. Kenapa dasar ini dibuat, tentunya kerana ada keperluan kerajaan membantu anak-anak Melayu dan bumiputera yang masih tercicir dalam bidang pendidikan tinggi terutama bidang-bidang kritikal.
Buka 10 peratus untuk bukan bumiputera pun sudah patut bersyukur dan berterima kasih. Mahu apa lagi? Perkara 153 itu tukar gantinya atau Quid pro quo ialah kerakyatan dan kewarganegaraan secara jus soli kepada kaum bukan Melayu yang status asalnya kaum-kaum imigran di Tanah Melayu.
Perlembagaan dan kompromi merdeka antara elit-elit kaum Melayu dan bukan Melayu yang merealisasikan ini semua dan ia dimaktubkan dan dibuat provisi dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara mengenai kerakyatan dan Perkara 3 Islam Agama Rasmi, Perkara 152 Bahasa Melayu, Perkara 153 Hak Istimewa dan yang berkaitan dengannya.
Jadi fahamilah punca kuasa isu matrikulasi ini dan sedikit sejarah mengenai Perlembagaan Persekutuan. Masalahnya adakah hal ini diajar di sekolah-sekolah vernakular?
DEBAT KIT SIANG-NAJIB ADALAH SENJATA MAKAN TUAN KE ATAS PH, KATA PAKAR MEDIA
Lim Kit Siang sebagai mewakili pentabiran Pakatan Harapan (PH) lebih banyak merugikan dan tiada keuntungan sekiranya pengubal undang-undang DAP itu berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu debat awam, kata beberapa orang professional media.
Wartawan veteran Terence Fernandez, merupakan seorang penasihat media kepada the Governance, Integrity and Anti-Corruption Centre sekarang, berkata Lim mungkin sekarang sedang berjalan ke dalam perangkap Najib dengan menerima cabaran bekas perdana menteri itu.
“Najib telah sentiasa mampu untuk memperdaya seteru politik beliau dengan menarik mereka ke dalam permainannya. Beliau mencipta narratif dan mereka hanya jatuh tepat ke dalamnya. Adakah narratif ini yang mereka akan jatuh ke dalamnya?
“Kita tidak tahu apa yang mereka akan debat, tetapi jangan lupa, Najib telah menjadi sebahagaian daripada gabungan pemerintah sejak 40 tahun dan perdana menteri selama 11 tahun. Beliau mempunyai fakta dan angka yang cukup untuk dilontarkan kepada Lim Kit Siang,” dia beritahu Malay Mail.
Sebagai satu contoh tetang apa dijangkakan daripada debat Lim-Najib, Fernandez memberi contoh tentang debat semasa di Dewan Rakyat antara pengubal undang-undang kerajaan PH dan mereka dari Pembangkang (UMNO/BN).
Beliau berkata Ahli Parlimen kerajaan seolah-olah gelabah dan kelihatan tidak pasti terhadap fakta apabila dicabar dengan fakta dan maklumat statistik oleh Pembangkang.
Fernandez berkata cabaran debat Najib kepada Lim adalah satu tetik pemesongan untuk menarik perhatian awam atau rakyat jauh daripada kes mahkamah yang sedang berjalan sekarang.
“Dalam mahkamah, anda tidak boleh berkata sebarangan apa yang anda suka, tetapi dalam debat terbuka anda boleh bercakap banyak perkara.
“Saya tidak tahu sekiranya Najib boleh didakwa menghina mahkamah dengan bercakap tentang isu tertentu dengan harapan untuk mewujudkan tekanan rakyat yang mencukupi atau membawa narratif dan persepsi rakyat tentang perbicaraan beliau kepada faedah atau kepentingan beliau.
“Dan Lim Kit Siang sedang digunakan sebagai umpan untuk ini.”
Fernandez berkata bahawa Lim mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengetahui dengan lebih baik untuk menghadapi seorang yang kononnya “didakwa membazirkan kekayaan negara” dan memberi dia peluang untuk meniup politik perkauman, terutama sekali apabila dahulu Najib telah dua kali membatalkan daripada berdebat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walaupun Ahli Parlimen Pekan itu dan musuh politiknya dari DAP itu memberi isyarat bahawa kedua-duanya selesa antara mereka untuk berdebat atas hal ehwal semasa, namun Fernandez berkata bahawa Lim akan menjadi pihak yang rugi sekiranya Najib menekankan serangan terhadap anak Ahli Parlimen Iskandar itu dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Sekira ayahnya menjadi emotional, ia akan kemudian melemahkan sebarang hujah yang mungkin yang dia akan buat terhadap Najib.
Penerbit kanan Ivlynn Yap juga percaya bahawa debat awam antara Lim dan Najib sebagai tidak perlu untuk PH, menyatakan bahawa perdebatan berkenaan boleh meletakkan bekas perdana menteri yang sedia untuk berdebat dan BN pada kedudukan yang lebih baik.
Rakan pengurus The Citrine One berkata bahawa daripada kaca mata perhubungan awam, kedudukan semasa Kit Siang adalah lebih mencabar sebab kontraversi dalam program matriculasi — walaupun Kit Siang telah menjauhi parti dalam desakan parti beliau agar Menteri Pendidikan Maszlee Malik dipecat sebagaimana didakwa.
Beliau berkata tajuk debat yang dicadangkan Kit Siang — “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” — dijangkakan tidak akan menambah penyokong baru PH selagi Najib tidak disabitkan dalam mahkamah keadilan terhadap lebih 40 dakwaan yang berkaitan dengan rasuah berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad.
“Rakyat telah memilih dan ia tidak bermakna sebab setiap orang telah mendengar apa yang mereka perlu katakan.
“Sebab itulah mengapa berlaku perubahan kerajaan,” Yap memberitahu Malay Mail.
Pengasas Lumos Public Relations dan perunding media Justin Then berkata Kit Siang harus mengabaikan cabaran Najib dan sebaliknya memberi fokus kepada janji-janji kepada pengundi Malaysia melalui governance yang baik dan dasar ekonomi.
“Tidak ada yang menguntungkan untuk PH dan Kit Siang. Dengan mengabaikan Najib, ia akan lebih mengecewakan Najib. Sekarang Kit Siang harus mencari jalan untuk berundur daripada debat ini. Penasihat beliau mungkin tidak menasihatkan beliau dengan betul.
“Itulah masalah dengan pentadbiran yang baru ini — terlalu fokus atas menyalahkan Najib daripada menyelesaikan masalah (sebab mereka tidak tahu),” kata JustinThen.
Kedua Najib dan Lim bersetuju untuk berdebat awal minggu ini.
Najib telah menyaran agar debat diadakan selepas Hari Raya Puasa bulan hadapan dan ia siarkan secara “live”.
Subscribe to:
Posts (Atom)