Saturday, 4 November 2017

CLARE BROWN IALAH SEORANG KAKI BERBOHONG


Clare Rewcastle-Brown dari Sarawak Report telah mendakwa hubung kait beliau dengan pendakwa raya SPRM Kevin Morais yang mati dibunuh yang menghantar kepadanya draf yang didakwa kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas skandal 1MDB.
Clare Brown seterusnya mendakwa yang Kevin Morais telah memberi kepadanya maklumat tentang siasatan SPRM terhadap bekas anak syarikat 1MDB -SRC International dan peguam itu telah merancang untuk menemuinya di London.
Clare Brown ialah seorang pembohong. Ini adalah sebabnya mengapa:
1. Bekas ketua SPRM Abu Kassim telah mengesahkan yang Kevin Morais telah ditukar keluar dari SPRM pada July 2014, setahun sebelum penyiasatan terhadap  1MDB dan SRC bermula, dan tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas peguam negara.
SPRM juga menyatakan mereka tidak pernah meminta nasihat daripada Morais ke atas dua kase tersebut. Oleh itu, Morais tidak mungkin, dan tidak, terlibat dalam sebarang penyediaan kertas pertuduhan berkaitan 1MDB atau Perdana Menteri.
Hakikatnya, Kevin Morais pada ketika itu sibuk dengan satu kase rasuah tentera  – di mana menjurus dia dibunuh.
Enam orang telah didakwa terhadap pembunuhan beliau termasuk seorang pegawai tentera dan kase tersebut di mahkamah terbuka masih lagi dilapurkan dengan meluas di media.
2. Kertas pertuduhan palsu terhadap Najib yang mana hanya dua muka surat teks di atas kertas kosong tanpa kepala surat atau tanda setem rasmi yang telah disiarkan oleh Sarawak Report pada 28hb Julai 2015.
Bagaimanapun, Najib telah hanya di temu duga oleh SPRM pada Disember 2015, oleh itu mana mungkin “suspek” utama belum lagi ditemu duga tetapi kertas pertuduhan telah wujudkan?
3. Dalam usaha untuk meneruskan dakwaan konspirasi di atas pembunuhan Kevin Morais, Sarawak Report dan media yang pro Pakatan tiba-tiba mula melaporkan terhadap abang Kevin Morais, Charles Suresh Morais tiba-tiba muncul daripada tidak tahu daripada mana pada Nov 2015.
Charles Suresh Morais, yang telah diisytiharkan bankrap di Amerika Syarikat dan telah menghadapi tuduhan jenayah dan menipu di Amerika Syarikat, beliau mendakwa yang  Kevin telah dibunuh oleh orang di dalam kerajaan disebabkan oleh apa yang beliau tahu tentang 1MDB dan SRC International.
Malah Charles kepada umum mengumumkan yang Kevin Moris telah menyerahkan kepadanya satu pen-drive dengan maklumat penting tentang penyiasatan terhadap  1MDB dan SRC International – dan dia akan mendedahkan kandungan pen-drive tersebut apabila dia selamat kembali di Amerika Syarikat.
Apabila dicabar oleh pihak berkuasa untuk mendedahkan pen-drive tersebut, Charles tiba-tiba dan dengan senyap meninggalkan Malaysia. Lebih daripada dua tahun kemudian, kita masih menunggu untuk mendengar tentang Charles dan “pen-drive”nya.
Pada mulanya Clare Brown kata Ambiga merupakan punca maklumatnya tetapi  Ambiga enggan mengesahkan ini.
Sekarang , Clare mahu menggunakan seorang yang sudah mati yang tidak boleh menjawab atau menafikan dia.
Clare Brown dan Sarawak Report adalah pembohong yang suka mengada-adakan cerita – serupa macam mana mereka mereka-reka gambar palsu yang telah disunting tentang Najib/Rosmah dan mengedarkannya sebagai benar.
**************************************
Clare claims slain DPP gave her alleged draft charge sheet on Najib
(Malaysiakini) – Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown has claimed that murdered MACC-linked deputy public prosecutor Kevin Morais sent her a draft of an alleged charge sheet, which the authorities later claimed was fake, against Prime Minister Najib Abdul Razak on the 1MDB scandal.
She made the claim in her defence statement in relation to a defamation suit filed against her in the UK by PAS president Abdul Hadi Awang.
She also claimed that she received the document a day after former attorney-general Abdul Gani Patail was removed from his position on July 27, 2015.
**************************************
Clare Dakwa Kevin Morais Berinya Draf Pendakwaan Terhadap Najib
(Malaysiakini) – Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mendakwa timbalan pendakwaraya SPRM, Kevin Morais menghantar kepadanya draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai skandal 1MDB yang kemudian didakwa oleh pihak berkuasa sebagai palsu.
Beliau membuat dakwaan itu dalam pernyataan pembelaan berkaitan saman fitnah yang difailkan terhadapnya di United Kingdom oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga mendakwa menerima dokumen itu sehari selepas bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat daripada jawatannya pada 27 Julai 2015.

SUMBER SARAWAK REPORT, AMBIGA TERDESAK DAN CUBA BERDOLAK DALIK SERTA MENGUGUT ORANG RAMAI


Hari ini, Dato’ Ambiga Sreenevasan bersuara setelah berhari-hari menerima tekanan daripada pelbagai pihak berkenaan dakwaan bahawa dia adalah sumber tuduhan 90 Juta yang diterbitkan dalam cereka fitnah oleh Clare Rewcastle Brown dalam web Sarawak Report.
Dalam kenyataan media 2 mukasurat  tersebut, Ambiga memilih untuk tidak mengesahkan mahu menafikan apa yang telah tertulis dalam dokumen 55 mukasurat pembelaan dan tuntutan balas Defence  oleh Clare. Dia memberi alasan kes ini sedang berjalan di Mahkamah United Kingdom.
Dia berkata hanya di mahkamah sana segala dokumen dan maklumat akan didedahkan. Dia mempertikaikan tekanan yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadapnya seolah mini perbicaraan berlangsung di Malaysia. Dia mendakwa sebarang intimidasi dan gangguan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kaitan langsung dengan Tuan Guru Presiden PAS yang boleh menyebabkan tindakan “contempt of the UK Court”.
Pada perenggan akhir, Ambiga berkata terdapat 36 perenggan dalam dokumen “defence and counterclaim” Claire yang sepatutnya menjadi fokus kerana ianya mengandungi tuduhan yang serius.
Macam mana beliau tahu 36 perenggan itu serius? Tidakkah ia merupakan pembohongan untuk menutup pembohongan yang yang telah dilakukan. Dalam istilah undang-undang dipanggil perjury bermakna sumpah atau kenyataan bohong kepada mahkamah.
Bagi sesiapa yang membaca kenyataan penuh Ambiga, secara tersiratnya sememangnya bolehlah kita fahami dia seolah mengakui menjadi sumber cereka fitnah 90 Juta itu. Cuma, Ambiga berselidung di sebalik alasan “I have refrained from comment for now, in view of the pending proceedings in the UK court.”
Ambiga begitu berang apabila menerima tekanan dan perhatian media secara luar-biasa akibat dinamakan dalam dokumen pembelaan Clare.
Namun, pada masa yang sama persoalan berikut patut kita suarakan;
Adakah Tuan Guru Presiden PAS, sekalian pemimpin dan penyokong PAS tidak menerima tempias daripada cereka fitnah 90 juta ini.?
Ia menjadi bahan serangan yang dijaja siang-malam oleh para pemimpin, juak dan cybertooper Pakatan Harapan untuk memburukkan imej PAS di mata masyarakat awam. Adakah ini tidak “contempt of the UK Court?”
Siapa pula sumber yang memberikan maklumat kepada Ambiga kerana dalam dokumen pembelaan Clare menyebut “Ambiga had told the Defendant that her sources, who she said were reliable, had estimated the amount that had been paid was around RM90 million”.”
Siapakah pula ‘reliable sources’ yang menjadi penyampai cereka fitnah kepada Ambiga.?

Adakah Makhluk Jin Kuasa 10 dari Kelantan menjadi sumber berita kepada Ambiga.?
Mengapa Ambiga tidak menasihati berkenaan “contempt of the UK Court” kepada sekalian pemimpin dan juak PH yang menyerang PAS dengan menggunakan modal fitnah 90 juta.?
Jikalau Ambiga baru sekarang terasa mini perbicaraan terhadapnya, tahukah Ambiga bahawa sekalian pemimpin dan juak PH sudah pun berlagak menjadi Hakim memutuskan fitnah 90 Juta itu adalah tuduhan yang benar seawal cereka tersebut disiarkan Sarawak Report pada 06 Ogos 2016.?
Di manakah bukti tuduhan RM 90 juta dibayar oleh PM Najib kepada PAS? Sepertimana sidang media kontroversi Rafizi berkenaan isu ini, sehingga sekarang tidak ada pun mana-mana pihak tampil mendedahkan bukti transaksi kewangan, aliran money trail daripada mana dan ke akaun mana wang tersebut masuk.?
Ambiga janganlah jadi pengecut seperti membaling batu, sembunyi tangan. Bukankah dia terkenal sebagai peguam yang berani, lantang ketika memimpin BERSIH dulu? Janganlah bersikap hipokrit.
Dia enggan memberi penjelasan berkenaan 2 perenggan yang mengaitkan namanya, namun pada masa sama dia sendiri turut menggesa agar fokus tumpuan diberikan kepada 34 perenggan yang lain?
Oh, apabila yang berkait dengan dirinya, dia berselindung atas alasan “contempt of the UK Court”.
Bagi perenggan yang menuduh PAS bermacam-macam, tidak pula dikatakan “contempt of the UK Court”. Hipokrit lagi pengecut bukan?
 Ada pihak sebelum ini begitu lantang mencabar PAS untuk menyaman Sarawak Report bagi membuktikan tuduhan itu palsu.
Kemudian, apabila PAS memulakan proses saman , pihak yang sama pula memperlekeh dengan mengatakan tindakan saman itu berlagak pandai, sia-sia dan ibarat menggali kubur sendiri.
Jelas, mereka ini sememangnya berniat jahat terhadap PAS kerana bukannya mahu mencari kebenaran tetapi mahu menyebar kebencian dan kepalsuan.
Nota Tambahan:
– Bagi sesiapa yang berpeluang membaca dokumen 55 mukasurat “Defence and Counterclaim” Claire, pasti akan tersenyum riang dan gelihati cerita yang direka.

– Maaf, saya tidak dapat memberikan ulasan lanjut terhadap dokumen tersebut, bak kata Ambiga kononnya “contempt of the UK Court”.

Thursday, 2 November 2017

PARTI CAP BUNGA MENUJU KEHANCURAN

Himpunan kleptokrasi yang gagal pada 14 Oktober 2017

Perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017 gagal.

Jika inilah sahaja bilangan khalayak ‘beberapa kerat’ yang mampu dikumpulkan oleh Pakatan Harapan, ketua-ketua parti dalam pakatan itu sebenarnya sudah boleh ‘berkira-kira’ dah persaingan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Pakatan Harapan dikepalai DAP sepatutnya bersyukur kerana nasib baiklah PRU-14 tidak diadakan bulan Oktober 2017 atau seawal November 2017.

Kalau diadakan seperti mana ramalan ketua-ketua pakatan itu, tak tekubur peluang mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN)?

Bukan kerana apa, Kalau penanda aras Pakatan Harapan cukup gah, tengoklah apa sudah jadi dengan himpunan di Padang Timur ini.

Tinjauan banyak akhbar semasa himpunan tersebut mendapati Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Pakatan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah boleh mencongak nasib mereka atau parti masing-masing di tangan pengundi.


Suasana hambar himpunan yang diuar-uarkan khalayaknya mampu mencecah 100,000 orang tetapi hanya menyaksikan kelibat kira-kira 2,000 hingga 3,000 sahaja telah memalit malu yang cukup besar.

Umpama ‘langit dan bumi’ dengan himpunan rakyat kelolaan kerajaan Barisan Nasional (BN), himpunan haram yang diketuai DAP itu tidak ubah seperti festival itu yang diselangi dengan muzik sambil makan-makan.


Hanya dua peratus sahaja yang hadir daripada jumlah sasaran yang ditetapkan- menyaksikan kegagalan pakatan itu untuk menarik sokongan dan simpati rakyat.

Peserta yang datang kebanyakkannya lebih tertumpu di dalam Amcorp Mall serta restoran segera A&W.

Kegagalan ini suatu malapetaka buruk kepada Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan skandal kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an.

Kelibat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bersama presidennya Tan Sri Muhiyiddin Yassin; Presiden PAN Mohamad Sabu serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mampu menarik sokongan kaum Melayu ke himpunan itu.

Jika diambil kira siapa master mind himpunan itu, tidak dapat dinafikan Dr. Mahathirlah yang dianggap oleh Kit Siang dan Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi tarikan orang Melayu ke Padang Timur. Tapi malangnya perkembangan beberapa bulan ini dalam PPBM amat menyedihkan. Baru setahun beberapa hari diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), banyak pemimpin kanan telah keluar dari parti itu.

Parti yang jumlah ahlinya pun enggan diumumkan berapa ramai ini hanya memfokuskan satu matlamat sahaja - untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menjadikan anak pengerusi parti sebagai ‘PM ke-7’.

“Sesetengah pimpinan PPBM terlalu pentingkan jawatan perdana menteri,” kata bekas ahli majlis tertinggi parti, Kamarulzaman Habibur Rahman, April lalu.

Kamarulzaman adalah salah seorang daripada tujuh pengasas PPBM, dan antara terawal memimpin Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), iaitu kumpulan penentang presiden dalam UMNO memberitahu:

“Saya juga mula bimbang dengan tindak tanduk segelintir dalam kalangan ahli yang sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan fakta tidak sahih dan bersandarkan fitnah yang tidak logik akal,” katanya.

Kalau mendengar keluhan mereka yang cabut lari dari PPBM ada ketikanya agak menggeli hati, namun penuh dengan mesej yang harus diambil iktibar.

Sebelum ini mungkin ramai tak mahu percaya bahawa PPBM diurus secara diktator atau kuku besi. Namun pengasasnya sendiri akhirnya tampil membuka pekung di dada dengan menceritakan segala-galanya.

Ini sehinggakan digelar ‘cara pentadbiran lanun’ dan umpamakan mereka yang ada dalam PPBM ‘seperti anjing, keldai dan lembu’ - ini sudah gaduh besar.

Selepas mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pentadbiran 3M iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz dalam PPBM, bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin turut menceritakan perkara yang sebenar.

Beliau merujuk kepada cara ‘kejam’ pemecatan ke atas dirinya daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM dan kemudian digugurkan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dengan ‘menendangnya’ daripada kumpulan WhatsApp MPT PPBM tanpa sebarang notis rasmi.


Tidak setakat itu sahaja, kepimpinan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) turut berpecah. Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan memecat beberapa exconya hanya melalui Twitter sahaja.


Insiden hitam semasa Nothing To Hide 2.0 dikompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Shah Alam Ogos lalu yang mengakibatkan Dr. Mahathir di atas pentas dibling kerusi, suar, botol dan kasut amat menyedihkan buat sesiapa yang melihat detik itu.


Ini antara kemuncak kegagalan Syed Saddiq. Tiada UMNO dalam kisah itu. Tetapi oleh kerana malu alah atas kegagalannya beliau menuduh UMNO mendalanginya.

Perubahan dan pertukaran ketua-ketua bahagian, ketua armada, ketua srikandi serta pengerusi perhubungan negeri PPBM antara lain membawa Dr. Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz serta Sanusi Junid sakit kepala memikirkan masa depan parti itu.

Ini sekali gus mendekatkan PPBM ke ambang kehancuran.

‘KAPITALISME KRONI’ VS BRIM PUNCA MAHATHIR BERDENDAM DENGAN NAJIB


Ego dan dendam peribadi adalah punca Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun terpaksa berbohong, kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Menurutnya, terbaru adalah mengenai Bajet 2018 dimana Tun M mencemuh Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai gula-gula untuk menggembirakan rakyat.
“Mungkin Tun M masih obses dengan pendekatan lamanya ‘kapatalisme kroni’ iaitu ‘mengkayakan’ beberapa individu dan individu kaya ini diharap akan mengagihkan kekayaan itu kepada orang lain.
“Sedangkan BR1M adalah subsisidi bersasar yang meluas dan efektif berbanding subsidi petrol yang orang kaya pun dapat.
“Bayangkan duit BRIM berjumlah RM6.8 bilion bukan sahaja membantu meringankan beban kos hidup rakyat tetapi akan merancakkan ekonomi domestik,” ujarnya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman facebooknya hari ini.
Puad juga berkeyakinan dasar mengkayakan individu itulah punca setelah 22 tahun memerintah Tun M masih obses untuk mencampuri urusan pentadbiran dua Perdana Menteri selepasnya, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Satu daripadanya ialah isu pembinaan ‘jambatan bengkok’ yang dibatalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dan Tun M mahu ia dibina semula oleh Datuk Seri Najib.“Tidak lama setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, saya telah dihubungi oleh orang kanan Tun M iaitu Datuk Malik Mydin perenang sensasi negara yang berenang sejauh 32 km dari Dover England ke Calais Perancis. Pertemuan itu berlaku di Restoran Nasi Kandar Yassin Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Datuk Malik menyampaikan salam Tun M. Dia menjelaskan bahawa Tun M mahu berjumpa jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor yang diketuai oleh Tan Sri Ghani Othman. Dia minta jasa baik saya untuk mengaturkan pertemuan tertutup itu,” ujarnya yang juga bekas Setiausaha Politik Tan Sri Ghani Othman dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Johor.
Menurut Puad lagi, pertemuan itu diadakan di Hotel Pullman Putrajaya tetapi Datuk Malik menyampaikan pesanan Tun M, iaitu dia tidak mahu Tan Sri Shahrir Samad hadir sama atas alasan berdendam dengan Shahrir dan Shahrir dimaklumkan mengenai permintaan Tun M itu. Hasilnya, kecuali Muhyiddin dan Shahrir, semua Ketua Bahagian hadir termasuk Syed Hamid Albar dan Azalina.
“Dalam pertemuan itu Tun M menyatakan dia telah berjumpa Datuk Seri Najib dan meminta supaya membina semula jambatan bengkok yang dibatalkan oleh Pak Lah.
“Tun M memaklumkan kepada kami, Datuk Seri Najib tidak ada masalah dengan syarat orang Johor sendiri yang mahukannya. Justeru Tun M berharap UMNO Johor setuju dan ini boleh ditafsir sebagai sokongan penuh rakyat Johor kepada pembinaan semula jambatan bengkok.
“Tan Sri Ghani berjanji kepada Tun M untuk membawa cadangan itu bagi mendapatkan persetujuan konsensus dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri,” kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu.
Jelas Puad walaupun begitu, ia tidak pernah dibincang dalam mesyuarat UMNO Johor dan secara tidak langsung UMNO Johor menolaknya kerana antara puncanya, terdapat di kalangan ahli berpendapat jika diluluskan maka kontrak akan diberikan kepada syarikat sama, Gerbang Perdana iaitu kroni Tun M.
“Syarikat milik Datuk Yahya Jalil ini telah dibayar pampasan tinggi apabila Pak Lah membatalkan projek tersebut. Sebab itu ia dianggap pembaziran kalau mahu disambung semula apatah lagi ia bukan lagi projek mendesak.
“Lagi pun Shahrir Samad sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru pernah menyatakan, Johor Bahru lebih memerlukan projek perumahan rakyat dan mampu milik bukannya jambatan bengkok,” tegasnya.
Jelasnya lagi, bukan Datuk Seri Najib yang menolaknya tetapi UMNO Johor yang tidak menyokong kerana ada keutamaan lain.
“Justeru dasar ‘kapitalisme kroni’ Mahathir sebenarnya ditolak sendiri oleh rakyat Johor.
“Ternyata Datuk Seri Najib menggembirakan rakyat. Tun Mahathir berduka kerana Datuk Seri Najib tidak melayan dasar ‘kapitalisme kroni’nya. Sebab itu dia berdendam dengan Najib.
“Tun Mahathir, berhentilah berbohong,” sarannya lagi. Sengketa Mahathir Najib sekarang bukanlah disebabkan oleh kepentingan rakyat dan negara, ia kerana disebabkan oleh seorang bekas pemimpin yang tamak dan mementingkan diri sendiri.


Wednesday, 1 November 2017

PARTI CAP BUNGA CUBA MEMPERBODOHKAN MELAYU IKUT TELUNJUK PAKATAN PIMPINAN DAP

PPBM alat DAP dalam strategi 'use Malay to screw Malay
Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau parti cap bunga yang mendakwa UMNO ketakutan sehingga membentangkan bajet yang disifatkannya sebagai populis.
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu merupakan satu percubaan untuk memperbodohkan orang Melayu sendiri dan masyarakat majmuk di negara ini.
Rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu, dalam sejarah amat arif dan bijaksana dalam adat berpolitik.
Orang kita yang bistari umpama jauhari yang mengenal manikam.
Dek kerana dendam kesumat, marah, geram dan sakit hati yang tiada penghujung menyebabkan PPBM terlalu mengikut nafsu yang lesu.
Ikut rasa binasa, ikut hati mati.
Begitulah tafsiran (daripada pepatah Melayu) yang boleh kita simpulkan apabila Muhyiddin Yassin tanpa segan silu, mengatakan orang Melayu sekarang ramai menyokong PPBM dan sekaligus kepada Pakatan Harapan.
Justeru itu, adalah dinasihatkan agar PPBM janganlah bertindak dengan ‘dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’ kerana orang Melayu sedar parti itu berada di dalam satu kumpulan pakatan yang dikuasai di bawah telunjuk DAP.
Orang Melayu maha mengetahui dasar sosialis DAP, dan perjuangan mereka bukan untuk Islam dan orang Melayu. PPBM hanyalah alat DAP untuk mengamit orang Melayu untuk membuka peluang DAP melaksanakan cita-citanya memerintah negara ini. PPBM juga merupakan alat DAP untuk melaksanakan strateginya ‘use Malay to screw Malay’.
Orang Melayu juga tahu pemimpin Melayu bertelagah dan membuka parti serpihan sebagai agenda peribadi pemimpin Melayu yang  tamak kuasa.
Dan, orang Melayu tidak akan memperjudikan nasib dan masa depan negara kepada DAP dan pihak yang memperjudikan hak dan kedudukan orang Melayu dan Islam kepada DAP, terutama sekali PPBM.
Maka sekarang petanda cukup jelas bahawa orang Melayu dan Islam, malah kaum lain, mula menjarakkan diri dari pakatan pimpinan DAP itu.
Malah ia semakin ketara betapa orang Melayu akan merapatkan saf dan meningkatkan solidariti dan ta’awun untuk kebaikan Islam.
Maka, apabila ini terjadi, kumpulan serpihan yang meninggalkan perjuangan yang asal akan kita kuburkan melalui pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Kerana hanya dengan cara demikian, orang Melayu dan umat Islam mampu melindungi apa yang hak bagi kita seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, sekarang ini semakin jelaslah bahawa PPBM serta Pakatan Harapan yang dikuasai DAP bukan pilihan terbaik untuk orang Melayu dan Islam serta kaum lain di negara ini
Amat malang, dan petaka malap, jika orang Melayu dan umat Islam serta rakyat kita terdiri daripada pelbagai bangsa terjerumus dengan sepak terajang politik PPBM dan Pakatan Harapan itu.

MAHATHIR PEMBEKAL BERITA PALSU

Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengentak paku di atas kepala apabila beliau berkata bahawa Malaysia sedang menghadapi wabak berita palsu(fake news epidemic ).Najib merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau kata terus mendakwa yang Malaysia di kalangan negara ke sepuluh ke atas negara yang korup di dunia. Najib berkata, menurut Transparency International ranking terkini, Malaysia adalah kalangan negara yang kurang korup, ranking ke 55 daripada 176 negara.
“Beliau (Mahathir) telah cuba pelbagai kaedah untuk menyebarkan berita palsu kepada saluran media yang ada yang sanggup melaporkan ceritanya untuk kepentingan politik beliau yang mementingkan diri sendiri. Apabila dicabar untuk menunjukkan bukti atas dakwaannya, beliau gagal menunjukkannya,” kata Najib.
Najib menambah, “Satu lagi dakwaan yang Malaysia sedang menuju ke arah bankrap, tetapi Bank Dunia telah menyatakan yang ekonomi negara ini sedang membangun ke arah kedudukan yang kukuh. Juga, beliau telah mendakwa yang Malaysia sedang dalam bahaya di bawah seorang diktator. Malah baru minggu yang lepas sekutunya daripada DAP (Lim Guan Eng) menganggapnya sebagai diktator”.