Saturday, 11 November 2017

POLIS SIASAT AMBIGA KERANA ‘MENYEBABKAN KEGEMPARAN AWAM’ BERKAITAN ARTIKEL DALAM SARAWAK REPORT


Polis sedang menyiasat seorang peguam terkenal dan aktivis sosial Ambiga Sreenevasan di bawah seksyen Kanun Keseksaan yang jarang digunakan, mendakwa yang beliau telah menyebabkan kegemparan awam berkaitan dengan saman fitnah yang difailkan oleh PAS terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Keputusan PDRM menyoal siasat bekas presiden Majlis Peguam yang kononnya dihormati ramai menimbulkan persoalan, terutama sekali dikalangan pembangkang, memandangkan kase tersebut bersidang di United Kingdom.
Ambiga sedang disiasat kerana didakwa memberi maklumat kepada  Rewcastle Brown terhadap pemimpin kanan PAS kononnya menerima jumlah wang yang banyak daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rewcastle Brown telah menamakan Ambiga sebagai punca maklumatnya dalam dakwaannya yang pemimpin kanan parti Islam itu menerima wang daripada Najib.
The Malaysian Insight difahamkan yang polis mula penyiasatannya setelah laporan di buat oleh pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) Zulkarnain Mahdar di balai polis Sri Petaling pada 01 November 2017.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan yang penyiasatan sedang dijalankan terhadap Ambiga.
Polis menolak dakwaan siasatan ke atas Datuk S Ambiga yang dinamakan dalam pembelaan kes saman antara editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan menakut-nakutkan peguam itu.
Beliau berkata keterangan Ambiga perlu diambil kerana ada laporan polis dibuat terhadapnya dan polis sekadar menjalankan tugas.
“Terdapat laporan polis yang dibuat, jadi kita kena buka siasatan dan selepas semua kenyataan dan siasatan dibuat kami akan hantar kepada pihak berkuasa masing-masing untuk diambil tindakan susulan,” kata Fuzi pada sidang media selepas lawatan kerja ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Cheras hari ini.”
Ambiga sedang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen  233 Akta Suruhanjaya Kommunikasi dan Multi Media (SKMM) 1998 menyentuh kesalahan memulakan penghantaran komunikasi dengan niat untuk menganiayai orang lain.
Seksyen 505(b) untuk mereka yang membuat, menyiarkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, kabar angin atau laporan dengan niat untuk menyebabkan, atau di mana ia memungkinkan untuk menyebabkan, ketakutan atau kegemparan awam, atau kepada sebarang bahagian masyarakat awam di mana sebarang orang mungkin akan didorong melakukan kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman awam.
Sekiranya didapati bersalah, pesalah akan menghadapi maxima dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya sekali.
Menurut Rewcastle-Brown kenyataan pembelaan dan kenyataan tuntutan balas sepert dilapor oleh The Malaysian Insight, beliau berkata beliau telah bercakap kepada Ambiga pada July tahun lepas berkenaan Najib, 1MDB dan PAS.
"Ambiga telah memberi tahu pihak pembelaan yang punca maklumat beliau, boleh dipercayai, anggaran jumlah yang telah dibayar lebih kurang RM90 juta," kata  Rewcastle-Brown semasa mengemukakan fail di mahkamah pada 11 October 2017.
Rewcastle-Brown berkata beliau menyiarkan sebahagian daripada bualan beliau dengan Ambiga dengan niat yang baik sebagai satu kommen politik ke atas perkara kepentingan awam.
Awal minggu ini, pihak polis telah merakamkan kenyataan dari wartawan yang melaporkan kenyataan tuntutan balas Rewcastle Brown.
Pembelaan Rewcastle Brown difail berkaitan dengan saman fitnah presiden PAS president Abdul Hadi Awang terhadap beliau pada April thun ini.
Dalam saman beliau itu, Hadi menuntut yang beliau telah difitnah oleh Sarawak Report dalam satu artikel, bertajuk "As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections", disiarkan pada 6hb Ogos tahun 2016 yang lepas.
Artikel berkenaan mencadangkan yang wang diberi sebagai pertukaran untuk PAS menyokong Barisan Nasional.
Dalam tuntutan balas, Rewcastle Brown berkata pihak yang menuntut telah menyediakan atau dibantu oleh dua blogger, termasuk Malaysia Today kendalian  Raja Petra Kamarudin, untuk menyediakan artikel bagi menggangu beliau.
"Gangguan yang dibuat telah menyebabakan pihak yang membela diri (Rewcastle Brown) menerima tekanan (stress) yang teruk, kebimbangan dan kesengsaraan, dimana beliau menuntut ganti rugi."
Rewcastle Brown juga memohon injunksi untuk menghalang Hadi daripada terus menganggunya.
Ambiga telah enggan memberi kommen yang dia merupakan punca maklumat kepada Rewcastle Brown, dengan memberi alasan kononnya prosiding kase itu masih sedang dibicarakan dibicarakan di mahkamah di United Kingdom.

Friday, 10 November 2017

PEMBANGKANG CUBA TIPU RAKYAT KONONNYA NAK GANTI GST DENGAN SST


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pembangkang ikhlas dalam soal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan jangan menipu rakyat kononnya GST patut dihapuskan tetapi dalam masa sama akan mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sudah lapuk.
“Mansuhkan sahaja cukai barang dan nyatakan di mana mereka (pembangkang) mahu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion setahun. Usahlah perdayakan rakyat,” kata perdana menteri dalam catatan terkini blog rasminya (www.najibrazak.com), hari ini.
Najib menjelaskan bahawa SST yang mahu diguna pakai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.
Beliau berkata pengenalan sistem SST bukan sahaja keterbelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.
Dr Mahathir sedar akan perkara itu dan pernah mengakui GST lebih baik daripada SST kerana pentadbiran beliau sendiri yang mengesyorkan untuk menaik taraf cukai kepada sistem GST, kata Najib.
“Akhirnya Tun Dr Mahathir bersetuju dengan kerajaan bahawa GST menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.
“Namun kerana beliau keterlanjuran kata menjanjikan pemansuhan GST, beliau sekarang ini mahu menggantikan GST dengan SST, sebuah sistem lapuk dan tersembunyi yang telah ditamatkan oleh 160 buah negara di dunia. Sekali lagi Tun melakukan u-turn (pusingan U),” jelas perdana menteri.
Beliau berkata Dr Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST dengan kadarnya tidak dimaklumkan kepada pembeli bagi mengemis undi.
“Bukankah ini satu pembohongan? Di bawah sistem SST adalah tidak perlu untuk penjual maklum jumlah cukai dalam resit.
“Jadi mereka boleh mengenakan cukai pada kadar yang tidak boleh dikawal penguat kuasa, dan rakyat juga tidak sedar mereka masih dicukai walaupun diberitahu GST dimansuhkan. Tidak dengan GST di mana penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni enam peratus,” jelasnya.
Najib menegaskan dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.
Katanya, GST diperkenalkan kerana ia lebih moden, telus dan mempunyai perundangan yang lengkap bagi mengelakkan penipuan dan diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia, selain mempunyai cara perhitungan dan piawaian yang konsisten dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

TAKTIK PROPAGANDA PEMBANGKANG MENJELANG PRU 14 DIJANGKA LEBIH KOTOR DAN JIJIK

Penyebar propaganda PRU dari DAP
Rakyat diingatkan agar berhati-hati dan tidak menelan bulat-bulat dengan propaganda dan fitnah oleh pihak pembangkang yang dijangka lebih dahsyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini berbanding PRU sebelumnya.
Sesuatu yang tidak mustahil sekiranya pembangkang mencipta isu serta fitnah yang teruk berbanding PRU ke 13 yang lalu di mana mereka kini dilihat terlalu ghairah untuk menguasai pentadbiran di Putrajaya.
Penyebar propaganda PRU dari BERSIH
Kita boleh lihat bagaimana ketika PRU ke 13 yang lalu, pihak pembangkang menabur pelbagai fitnah seperti isu 40 ribu orang bangla, isu blackout, isu tukar peti undi di mana ke semua dakwaan yang mereka buat itu akhirnya terbukti tidak betul.
Namun malangnya, ada segelintir rakyat yang terpengaruh dan percaya dengan fitnah dan tohmahan yang direka-reka oleh pihak pembangkang itu.
Sebab itu rakyat nasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan menyelidik terlebih dulu kebenarannya apabila menerima sebarang maklumat yang tersebar di dalam media sosial, khususnya yang datang dari pembangkang.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yakin perkara ini mungkin akan berlaku memandangkan cubaan mereka untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu RM2.6 bilion dan penyelewengan 1MDB menemui kegagalan.
Kita boleh lihat bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan isu RM2.6 bilion dengan cuba mengaitkan ia dengan penyelewengan 1MDB sehingga sanggup bekerjasama dengan pihak luar dalam usaha mereka untuk menyerang Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.
Biarpun tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan terhadap Datuk Seri Najib itu akhirnya terbukti tidak betul dan fitnah semata-mata, namun sedikit sebanyak ia turut memberikan kesan apabila ada rakyat yang termakan dengan hasutan dan fitnah mereka itu.
Sudah pastinya, menjelang pasca PRU 14 ini, mereka akan lipat gandakan lagi serangan dengan menambah rencah ratus di dalam tohmahan dan fitnah yang menjadi senjata utama propaganda mereka.
Sekarang ini pun sudah bermula serangan mereka terhadap kerajaan BN dengan memfitnah kononnya pemindahan anggota tentera ke tiga kawasan parlimen yang sekarang disandang oleh tiga orang menteri kerajaan pusat, iaitu Parlimen Bagan Datoh, Bera dan Segamat.
Mereka memfitnah kononnya Parlimen Bagan Datoh yang disandang TPM merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, kononnya SPR telah memindahkan pengundi baru seramai 1,411 orang anggota tentera ke kawasan parlimen tersebut. Alasan tomahan tersebut kononnya berdasarkan pencapaian kemenangan Dr Zahid dengan majoriti yang tipis semasa PRU yang lepas iaitu 6.5 peratus.  
Seterusnya Parlimen Bera yang disandang oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri, SPR telah memindahkan pengundi baru seramai 1,234 orang anggota tentera ke kawasan parlimen tersebut. Pemindahan tersebut kononnya berdasarkan pencapaian Ismail Sabri dengan majoriti yang tipis semasa PRU yang lepas iaitu 5.2 peratus.
Akhir sekali, begitu juga Parlimen Segamat yang disandang oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam, kononnya SPR telah memindahkan seramai 1,051 orang anggota tentera ke kawasan parlimen tersebut serta mempertikaikan kewajaran pemindahan tersebut memandangkan kem tentera yang didakwa di Segamat (mungkin tidak wujud) itu kononnya siap pada bulan April 2018. Mereka medakwa pemindahan tersebut oleh BN kononnya berdasarkan pencapaian Subramaniam dengan majoriti yang tipis semasa PRU yang lepas iaitu 3 peratus majoriti bersamaan dengan 1,217 undi.   
Justeru itu, rakyat diseru agar tidak terpengaruh dengan permainan politik kotor pihak pembangkang dan mengambil iktibar bagaimana kotor dan jijiknya taktik penipuan yang mereka gunakan pada PRU ke 13 yang lalu.
Apa yang penting sekarang, rakyat perlu ada sikap untuk menyelidik terlebih dulu apa juga informasi yang mereka perolehi.
Rakyat perlu lebih matang dan rasional dalam membuat penilaian serta celik mata dengan permainan politik pembangkang agar kita tidak tertipu lagi seperti sebelum ini.

PULAU PINANG SEBUAH NEGERI YANG GAGAL DI BAWAH DAP


Selama ini DAP menuduh Malaysia sebuah negara yang gagal di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kini tuduhan tersebut terpalit ke muka sendiri apabila bencana demi bencana yang menimpa Pulau Pinang membuktikan bahawa negeri pimpinan DAP itu adalah sebuah negeri yang gagal.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpaksa mengakui apa yang terjadi di negeri itu adalah atas faktor kelemahan pentadbiran DAP yang selama ini sentiasa bersikap sombong dan angkuh.
Banyak pihak telah menegur pentadbiran DAP yang hanya dilihat mementingkan keuntungan tanpa memikirkan risiko pada masa hadapan… malah seringkali mereka mengeluarkan kenyataan yang bongkak kononnya mereka jauh lebih baik daripada BN.
Jika diimbas kembali, pada 15 Disember 2013, Guan Eng begitu angkuh mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempoh satu penggal sahaja. Begitu juga ADUN Tanjong, Ng Wei Aik yang mengeluarkan kenyataan pada tahun 2008 mampu selesaikan masalah banjir dalam tempoh 9 bulan sahaja.
Tetapi kita lihat apa yang terjadi sekarang ini. Sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada 2008, tahun demi tahun banjir di negeri itu semakin memburuk. Sejak 2011, sudah RM38 juta dibelanjakan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk atasi banjir. Dalam Bajet 2017 menerusi duit kerajaan pusat, RM150 juta lagi diberikan untuk atasi banjir. Ke mana hilang semua duit ini?,”
Bukan isu banjir sahaja yang menjadi bukti negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang gagal di bawah pentadbiran DAP, kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa juga adalah salah satu bukti bagaimana disebabkan kerakusan kerajaan negeri menarah bukit mencari keuntungan telah membawa bencana.
Pembangunan tanpa kawalan yang dilakukan oleh kerajaan negeri telah membawa musibah yang besar kepada rakyat negeri Pulau Pinang.
Tetapi Guan Eng harus bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sikap berjiwa besar dengan menolak tepi fahaman politik sempit demi membantu rakyat di negeri itu.
Sikap jiwa besar ini juga telah dicontohi oleh seluruh kepimpinan dan jentera BN yang turut sama membantu mangsa banjir di negeri itu. Orang yang selama ini DAP cerca dan hina serta juga ingin ditumbangkan, kini menghulur bantuan tanpa ada sedikitpun ungkitan.
Justeru itu, kepimpinan pembangkang harus belajar daripada BN bagaimana untuk berjiwa besar dan jangan hanya berpolitik setiap masa tanpa mengambil kira kebajikan dan masalah rakyat.
Berikut antara fakta kegagalan DAP mentadbir Pulau Pinang:
1. Berkaitan penarahan bukit, banyak pihak termasuk NGO telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan kerajaan negeri dalam menarah bukit juga pembinaan rumah di lereng-lereng bukit namun ia tidak dipedulikan.
2. Tanah di negeri itu habis digadai. Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion. Sejak 2008, aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion.
3. Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi. Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.
4. Pelaburan makin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.
5. Kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta. Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.
6. Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lembab. Purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Pulau Pinang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.
7. Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang. Satu-satunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen (sama dengan Selangor di bawah PKR), cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Pulau Pinang dapat.
8. Ini adalah antara bukti jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang. Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya.

Thursday, 9 November 2017

POLIS AKAN MENYOAL SIASAT MAHATHIR ATAS KATA-KATA PENGHINAANNYA KE ATAS MASYARAKAT BUGIS

Ketua Jabatan Siasatan Jenyah Selangor Fadzil Ahmat
PDRM telah membuka dua kertas siasatan ke atas Dr Mahathir Mohamad terhadap dakwaannya melalui kata-kata penghinaan terhadap masyarakat Bugis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata dua kertas siasatan telah dibuka setelah pengerusi Pakatan Harapan itu telah didakwa menghina masyarakat Bugis semasa dua ucapan yang dibuat di Selangor.
Kejadian terakhir berlaku bulan lebas semasa satu perhimpunan di Petaling Jaya.
“Saya boleh mengesahkan yang kami sedang menyiasat Dr Mahathir tentang kata-katanya tentang masyarakat Bugis. Kami akan merakamkan kenyataannya dalam masa terdekat,” kata Tuan Fadzil Ahmat kepada The Malaysian Insight.
Kertas siasatan katanya, telah dibuka malah sebelum Sultan Selangor mendesak polis menyiasat Dr Mahathir kerana didakwa menghasut kebencian kepada mereka yang berketurunan Bugis.
Minggu lepas, setiausaha Sultan Selangor, Hanafisah Jais berkata Dr Mahathir kelihatan menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, mengaibkan dan menggambarkan masyrakat Bugis dengan penghinaan.

Dr Mahathir, yang telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan sekarang salah seorang pengkritik kerajaan yang tegar, didakwa membuat kenyataan tersebut dalam ucapannya dalam satu perhimpunan bertema, Love Malaysia, End Kleptocracy di Petaling Jaya pada Oct 14, 2017, kata Hanafisah.
“Kerabat Istana Selangor merasa ucapan (Dr Mahathir) keterlaluan, dan boleh mencetuskan kebencian dan penghinaan terhadap masyarakat Bugis, sehingga ke satu tahap yang boleh mengakibatkan huru hara dan ketidak harmonian antara kaum.”
Kenyataan mantan perdana menteri itu tentang Bugis juga telah mendapat kritikan ahli masyarakat itu sendiri, yang menuntut beliau memohon maaf.
Naib Presiden Indonesian Jusuf Kalla berkata Dr Mahathir telah bukan sahaja menghina masyarakat Bugis di Malaysia dengan kenyataanya, tetapi juga mereka  di Indonesia.
“Sebagai seorang berketurunan Bugis , saya membantah (terhadap kenyataan beliau) dan saya rasa terkejut.  Dr Mahathir harus memohon maaf memandangkan masyrakat  Bugis bukan sahaja terdapat di Sulawesi Selatan, tetapi seluruh Indonesia dan malah di Malaysia,” Antara news agency memetik Jusuf Kalla sebagai berkata.
Sebuah pertubuhan Bugis Indonesia telah menuntut untuk Dr Mahathir memohon maaf atau mereka akan mengadakan bantahan besar-besaran di luar kedutaan  Malaysian di Jakarta.
Bugis merupakan kumpulan etnik rumpun Melayu dari pulau Sulawesi di Indonesia. Sebahgian besar masyarakat Bumiputra Muslim di Malaysia adalah keturunan Bugis.
Dalam kecamannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir, didakwa telah berkata bahawa Najib berketurunan “Lanun Bugis”.
Pada masa yang lampau Najib telah mengakui, pernah bercakap dengan bangga tentang keluarganya berketurunan Bugis, iaitu keturunan pahlawan menentang penjajah, pelayar dan pedagang yang cekap pada zaman silam
Pihak istana Selangor menyatakan sebuah klip video ucapan Dr Mahathir dengan jelas menunjukkan beliau telah menghina dan menyamakan masyarakat Bugis dengan lanun, penjenayah dan perompak.
Dalam respon kepada kenyataan istana Selangor, Dr Mahathir telah berkata: “Tidak semua orang Bugis lanun, Raja kita juga keturunan Bugis. Saya tidak kata yang Raja kita adalah lanun, tetapi apa yang saya maksudkan Najib adalah lanun.”
Mantan perdana menteri itu juga berkata dalam video Facebooknya yang sekiranya beliau ditahan di lokap kerana menentang Najib, beliau akan akur.
“Memandangkan saya telah secara aktif menentang Najib, terdapat banyak orang yang mahu saya memakai baju oren dengan perkataan ‘lock-up’ di atasnya. Oleh itu, ini adalah satu lagi langkah ke arah itu,” Dr Mahathir telah berkata.

SYED SADDIQ BUDAK MENTAH AMAT BIADAP DAN KETERLALUAN CUBA MENGAJAR SULTAN SELANGOR

Anak muda mentah, biadap dan keterlaluan hanya kerana politik
Banyak pihak terutama masyarakat Bugis di Malaysia menyifatkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Abdul Rahman seorang yang amat biadap dan bersikap keterlaluan.
Ini ekoran tindakan Syed Saddiq yang menyatakan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ‘salah faham’ mengenai isu pernyataan Pengerusi PPBM terhadap keturunan Bugis melalui surat terbukanya.
Kami kurang pasti dari negeri mana dan salasilah usul Syed Saddiq, tetapi secara ringkas surat yang ditulis kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor biadap dan kurang hormat, terutamanya dengan nada yang seolah-olah mahu mengajar DYMM Sultan Selangor untuk memahami isu berkenaan.
Perkara ini amat asas dan mudah, di mana pendengar jelas boleh tahu di mana betul dan di mana salah.
Tiada gunanya Syed Saddiq cuba mempertahankan perkara yang salah, di mana secara nyata umum tahu, sehingga ke seluruh pelusuk Nusantara juga tahu, pernyataan itu ada mengaitkan dan merujuk kepada bangsa Bugis sebagai perompak dan lanun.
Lagi kami berpendapat, kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang.
Sekarang, sudah terlambat jika seolah-olah pernyataan itu hanya dirujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sahaja, tetapi ianya telah menyinggung terutamanya mereka dari keturunan Bugis.
Sebagai seorang yang boleh dianggap waras dan berpendidikan, kami berharap agar Syed Saddiq dapat membezakan di antara perkara yang salah dan yang benar. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.
Kami rakyat Malaysia yang menjunjung Rukun Negara amat berharap, pemimpin parti PPBM memberhentikan segala nada politik yang membawa kepada kebencian puak dan kaum, yang boleh mengundang perpecahan rakyat dan mengugat kestabilan negara.
Bagi kami perkara asas yang perlu didukung oleh setiap warganegara adalah prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara antaranya Perkara Kedua iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’.
Kami melihat, tingkah laku Syed Saddiq terhadap DYMM Sultan Selangor ini, seolah-olah dengan bangganya memperlekehkan kenyataan DYMM Tuanku, keterlaluan dan biadap terutamanya kerana beliau menulis secara ‘terbuka’ kepada DYMM Sultan Selangor dan kandungannya disaji di ruang umum, dengan nada seolah-olah ingin mengajar DYMM Sultan Selangor yang dikatakan ‘tidak faham’ dengan cuba menegakkan benang yang basah.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk memesongkan banyak perkara-perkara lain yang tiada langsung ada kaitan dengan kenyataan akhbar DYMM Sultan Selangor mengenai kemurkaan dan kekecewaan DYMM Tuanku mengenai pernyataan Tun Mahathir itu.
Justeru kami rakyat Malaysia yang menjunjung Rukun Negara berharap agar anak-anak muda Malaysia hari ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari tingkah laku Syed Saddiq dalam isu ini dengan tidak mengulangi dan mencemari institusi Kesultanan di negara ini.
Kita perlu menjauhi perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang boleh memurkakan dan menderhakai Raja-Raja dan Sultan-Sultan di Malaysia.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendokong prinsip Rukun Negara, sebagai seorang ahli politik muda yang masih mentah yang berasal dan membesar di negeri Selangor, sebagai seorang yang sentiasa taat dan setia kepada Raja dan negara, kami menganggap surat terbuka dengan nada yang sedemikian oleh Syed Saddiq kepada Sultan kami, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan, adalah keterlaluan dan amat biadap. Raja dan rakyat berpisah tiada.