Wednesday, 4 December 2019

MAHATHIR : SEORANG PENYELAMAT ATAU SEORANG PEMUSNAH?

Dahulu Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya merupakan seorang penyelamat blok pembangkang yang dikenali Pakatan Harapan (PH). Setelah 18 bulan kemudian dia telah dikutuk oleh mereka yang sama yang telah melantiknya sebagai Perdana Menteri yang kononnya cuba menghancurkan Pakatan Harapan. Berbulan madu PH nampaknya tidak berpanjangan dan malah kos perkahwinan mereka belum diselesaikan sudah bercakap tentang perceraian.
Itulah nasib lahirnya sebuah perkahwinan atas kebencian. Ya, perkahwinan PH bukan perkahwinan atas kasih sayang. Ia adalah perkahwinan atas kebencian. Ia adalah ikatan perkahwinan pasangan yang tidak ikhlas yang saling membenci antara mereka, tetapi lebih membenci musuh bersama yang mereka tentang. Dengan itu, mereka bersatu untuk menjatuhkan musuh bersama namun pada masa yang sama tidak ikhlas mempercayai antara satu sama lain dan mempunyai niat bagaimana untuk memusnahkan rakan se jenayah mereka, setelah berjaya memusnahkan musuh meeka bersama.

Banyak Cina, terutama dalam komuniti perniagaan, menganggap kabinet Pakatan Harapan sebagai grombolan badut-badut

Ia telah berlaku sejak dahulu lagi. Amerika Syarikat berkerjasama dengan Soviet Russia untuk menghadapi Nazi Jerman dan kemudian bertelagah sama sendiri pasca Perang Dunia Kedua dalam “Perang Dingin”. Amerika Syarikat juga telah berkerjasama dengan Taliban untuk menghalau Russia daripada Afghanistan dan akhirnya mereka bertelagah antara mereka setelah Russia berjaya dihalau keluar dari Afganistan. Selepas itu Amerika berkerjasama dengan Presiden Saddam Hussein untuk melemahkan Ayatollah Khomeini di Iran dan akhirnya menggantung Saddam Hussein sampai mati dalam satu perbicaraan “mahkamah kangaroo” di Iraq.
Sejarah dipenuhi oleh perkara berlawanan yang merubah kerjasama untuk kepentingan bersama dan akhirnya apabila berjaya dilaksanakan mereka akan mula bersengketa. Dengan itu apakah yang menghirankan sangat tentang Pakatan Harapan dalam pembentukan kerjasama Dr Mahathir,Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim untuk menumbangkan UMNO-Barisan Nasional dan berapa cepat mereka akan berpecah apabila kerajaan PH berjaya dibentuk setelah UMNO-Barisan Nasional ditumbangkan ?
Adalah jelas dalam kerjasama UMNO-Barisan Nasional terdapat hanya satu boss sahaja, iaitu UMNO. MCA, MIC, Gerakan, PPP dan semua rakan gabungan menari mengikut rentak UMNO dan mematuhi dasar parti yang telah ditetapkan atau sekiranya tidak, akan sedia menghadapi akibatnya.
Itu, kata DAP, memang tidak baik sebab ia membuat semua yang lain sebagai macai UMNO, tidak seperti Pakatan Harapan — dan Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum itu.

DAP telah menjadi lebih Komunis daripada sebelum PRU ke 14

Itu mungkin tidak baik bagi DAP yang cauvanis Cina. Tetapi sekurang-kurangnya gabungan berbilang bangsa UMNO-MCA-MIC mampu bertahan melebihi 60 tahun. Gabungan Pakatan ditubuhkan pada tahun 1999. Runtuh pada tahun 2001. Dibentuk semula pada tahun 2008. Runtuh pada tahun 2013. “Dicipta semulapada tahun 2015. Dan akhirnya sekarang kelihatan sedang menuju ke arah keruntuhan sekali lagi.
Oleh itu, UMNO mungkin sebagai pembulidalam Barisan Nasional, menurut DAP. Tetapi sekurangnya UMNO mampu mempertahankan perpaduan kaum dalam Barisan Nasional sejak 60 tahun yang lalu. Pakatan Harapan bangga bahawa tiada siapa sebagai boss dan setiap orang adalah sama. Itu kata mereka, tetapi yang jelas DAP adalah boss PH. Kononnya mereka lakukan sesuatu berasaskan konsensus dan sekiranya mereka tidak mencapai konsensus maka ‘mereka akan bersetuju untuk tidak bersetuju’ (merujuk apa yang Anwar Ibrahim kata banyak kali). Dan itu, kata Pakatan Harapan, adalah satu perkara yang baik.

Ya, dari segi teori itu dilihat baik. Malah dari segi teori juga, Komunisme adalah juga ideologi yang baik. Tetapi sama ada teori apabila dipraktikkan masih lagi baik adalah satu perkara yang lain sama sekali. Dan teori Pakatan Harapan perkahwinan yang “baik” adalah serupa dengan mempunyai kerajaan komunis untuk mencengkam ke atas kehidupan harian kita semua.

Masalah peralihan kuasa akan mengakhiri riwayat Pakatan Harapan

PKR sedang berpecah disebabkan rebutan kuasa dalaman. DAP sedang menyebarkan komunisme dan cuba untuk mengembalikan Parti Komunis Malaya (PKM). Rancangan peralihan kuasa Perdana Menteri tidak nampak akan berlaku dan  Mahathir mungkin tidak meletakkan jawatan dan menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim pada atau sebelum Mei 2020, menurut kepada apa yang mereka dakwa bahawa perjanjian peralihan kuasa Mahathir/Anwar telah ditandatangan dan dimetrai. Mereka telah berjanji kepada pengundi tentang banyak perkara dan setelah 18 bulan memerintah janji-janji tersebut masih tidak ditunaikan dan mereka terus menyalahkan Najib Tun Razak terhadap kegagalan Pakatan Harapan.
Ya, tanah yang dijanjikan masih lagi tidak kelihatan dan seperti Nabi Musa yang perlu  menjelajah padang pasir selama 40 tahun untuk mencari janji yang belum ditunaikan. Tetapi rakyat Malaysia tidak bersedia untuk menjelajah selama 40 tahun menunggu untuk janji-janji ditunaikan. Bukan sahaja 40 tahun, malah empat tahun mereka tidak bersedia untuk menjelajah untuk mencari janj-janji yang belum ditunaikan itu.. Setelah hanya satu tahun, rakyat Malaysia sudah rasa meluat kerana tertipu. Ini kerana mereka janji untuk tunaikan dalam tempoh 100 hari atau kurang dan sekarang sudah masuk 572 hari masih belum jaya ditunaikan.
Tetapi apa yang rakyat Malaysia lihat adalah betul-betul mengarut daripada  Pakatan Harapan. Janji tidak ditunaika. Menyalahkan Najib atas kegagalan  Pakatan Harapan. Rasuah di bawah Pakatan Harapan lebih teruk daripada semasa di bawah  Barisan Nasional. Tidak kecekapan dan Kabinet yang melucukan. Hipokrasi dan tiada reform yang dijanjikan. Rebutan kuasa di semua peringkat. Penyebaran ideologi Komunisme dan penyebaran budaya anti-Islam.

Rasuah melibatkan pekerja asing bertambah buruk sekarang berbanding sebelum PRU ke 14

Senarai dosa di bawah Barisan Nasional mungkin panjang. Tetapi di bawah  Pakatan Harapan senarainya malah lebih panjang dengan tambahan senarai dosa baru dan dosa lama yang berterusan. Sekiranya benar “Ladang Ternakanmempunyai sebarang makna, sejak Mei 2018 ia mempunyai makna khas di Malaysia. Persoalannya siapakah dia mereka “Ladang Ternakan “babi” dalam Pakatan Harapan Malaysia?  Ya, satu persoalan yang amat menarik.
Mereka dalam bidang perniagaan kata, rasuah hari ini adalah lebih teruk daripada sebelum PRU ke 14. Rasuah bukan sahaja masih wujud tetapi nilainya telah meningkat. Mereka perlu membayar lebih sogokan “di bawah meja” daripada dahulu. Ini mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi dan perniagaan turut dalam keadaan menderita. Sekiranya ini berlanjutan, menjelang PRU ke 15 pada tahun 2023, krisis ekonomi Malaysia akan menjadi lebih dahsyat.
Mereka kata, Mei 2018 satu revolusi yang telah mengubah Malaysia — ala the Storming of the Bastille” semasa Revolusi Perancis. Penuntut sejarah akan tahu bahawa Revolusi Perancis Pertama merupakan satu kegagalan. Revolusi Perancis  Pertama membawa “Reign of Terror” atau “Pemerintahan Yang Menakutkan” (seperti pemerintahan kerajaan PH hari ini). Revolusi Perancis Kedua yang telah membawa kesejahteraan dan pembahruan.
Dengan itu untuk menyamakan Mei 2018 dengan Revolusi Perancis Pertama merupakan satu feng shui yang tidak baik sebab Revolusi Perancis Kedua diperlukan untuk memperbaiki kesilapan selepas Revolusi Perancis Pertama. Dan Revolusi Perancis Kedua berlaku selepas era Napoleon Bonaparte, seorang yang telah mentabalkan dirinya sendiri sebagai Maharaja atau Emperor Perancis dan keseluruhan Eropah
Oleh kerana itu, setelah kesilapan yang besar selepas Revolusi Perancis Pertama, (sama seperti kemenangan PH dalam PRU ke 14) wujud seorang diktator (seperti Mahathir). Dan selepas kematian diktator tersebut perubahan sebenar telah berlaku di Perancis. Itukah apa yang kita akan lihat di Malaysia?  Sekiranya demikian maka reform yang dijanjikan tidak akan berlaku di bawah Mahathir atau Anwar. Ia harus datang di bawah kepimpinan generasi yang lain.  Itu lah apa yang sejarah Perancis telah mengajar kita  Dan itu lah jangkaan hala tuju yang sama yang sejarah Malaysia akan menuju..




Sunday, 1 December 2019

ISU ABU CHIN PENG : KENYATAAN PENGERUSI PATRIOT TIDAK PATRIOTIK, MALAH DANGKAL SERTA TIDAK BERMORAL

Kami bekas tentera yang mempunyai pengalaman tentang keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) ingin menempelak kenyataan Pengerusi Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang menganggap kemarahan rakyat dalam isu Chin Peng hanya akan menimbulkan huru-hara dan pertelagahan antara kaum.
Malah, kami melihat, kononnya andaian Patriot bahawa kemarahan orang ramai adalah satu polemik untuk memburukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), adalah satu kenyataan yang naive, amat dangkal dan tidak bermoral.
Terdapat perbezaan yang jelas antara Chin Peng dan anggota PKM yang telah pulang ke Malaysia dahulu. Seingat kami, Chin Peng tidak pernah meminta maaf dan beliau adalah ketua kumpulan pengganas yang membunuh ribuan askar, polis dan orang awam. Manakala bekas anggota lain telah memohon maaf dan mereka hanyalah pengikut dan telah kembali ke pangkuan masyarakat.
Patriot yang dilihat tidak menunjukkan sebarang semangat patriotik telah mengaitkan kemarahan rakyat dengan perkauman. Tetapi ingatkah bahawa yang telah terbunuh termasuk juga ramai askar dan polis yang berbangsa Cina.
Rata-rata keluarga mereka ini masih ada dan masih terkesan dengan pembunuhan ini oleh PKM. Apakah ini dikatakan sebagai perkauman?”
Kelmarin, Patriot mengeluarkan kenyataan menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap isu abu bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng dijadikan isu perkauman untuk memburukkan kerajaan.
Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji berharap supaya insiden memerangi PKM dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang dan bukannya membangkitkan isu perkauman.
Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan dibawa ke Ipoh, Perak pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari sama.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81, dilaporkan berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.
Mengulas lanjut, kami bekas tentera meluahkan rasa hairan apabila Patriot bersikap terlalu ‘protective’ seolah melindung pihak tertentu dengan membuat sangkaan yang tidak berasas.
Ini soal moral pejuang negara, jati diri anak bangsa, maruah negara dan emosi keluarga mangsa. Bukan soal perkauman! Tidak sama sekali.
Kita telah dengar luahan kekecewaan ramai askar dan bekas-bekas askar yang kecewa dengan tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng ini.
Jadi, Patriot sebenarnya tidak mewakili kami bekas tentera dan dilihat seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk mengembalikan perjuangan PKM di tanah air ini.
Dalam pada itu, kami yakin bahawa terdapat agenda tersembunyi yang cuba dibawa oleh golongan berhaluan kiri terutamanya dalam parti DAP untuk menghidupkan kembali ideologi komunis dalam masyarakat. Banyak bukti telah didedahkan setakat ini sejak kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP memerintah negara ini.
Kami harap Patriot lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan terutamanya untuk isu yang sensitif sebegini, demi untuk mengambil hati tuannya sebagai tentera upahan DAP.


YAHUDI TIDAK MEMAAFKAN HITLER, MENGAPA PULA MELAYU MEMAAFKAN CHIN PENG?

Di negara Jerman, undang-undang menganggap logo swastika dan simbol ‘SS’ sebagai organisasi anti-perlembagaan. Mempamirkan secara umum atau menjual bahan yang menyokong mereka adalah melangar undang-undang dan mempamirkan simbol Nazi di negara Jerman boleh dihukum tiga tahun penjara. Tabik hormat Nazi dan kenyataan atau laungan seperti “Heil Hitler” juga diharamkan dikhalayak umum.
Pada tahun 2005, Kesatuan Eropah mencadangkan tentang isu yang ada hubung kait dengan Nazi diharamkan di 25 negara ahli di bawah kesatuan tersebut. Menteri Keadilan Luxembourg, Mr Luc Frieden, berkata, “Kita harus menamatkan isu ini. Perbincangan telah berlarutan begitu lama. Kita harus bersimpati dengan mangsa kem tahanan Nazi di Auschwitz dan lain-lain kem tahan Nazi”.
Ahli Liga Pertahanan Yahudi Bertempur dengan Neo-Nazi di Amerika Syarikat
Isu Adolf Hitler dan simbol Nazi di Eropah adalah isu sensitif sebagaimana isu sensitif  Chin Peng dan simbol Parti Komunis Malaya (PKM) di Malaysia. Parti Nazi di negara Jerman telah diharamkan, begitu juga PKM di Malaysia.
Terdapat juga mereka yang mempertikaikan bahawa Perjanjian Perdamaian Hat Yai” yang telah ditandatangani pada tahun 1989 di mana tamatnya keganasan PKM dan pengganas komunis dibenarkan pulang ke Malaysia. Itu tidak seratus peratus benar dan Kapt John Seademon telah menjelaskan keseluruhannya dalam artikel ini yang bertajuk “The Butcher of Bekor is Back” (READ HERE).
Namun ia tidak semudah itu seperti menaik bas dan pulang ke Malaysia untuk hidup dan kemudiannya mati, sebagaimana yang dicadangkan oleh setengah pihak. Dalam Perjanjian Hat Yai terdapat tempoh pengampunan dan terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum pengganas-pengganas berkenaan boleh pulang ke Malaysia.
Pejuang IS dari Asia
Persoalannya, sebagai contoh, bolehkah mereka yang pergi ke Syria untuk menyertai  Daesh atau the Islamic State (or ISIS) sewenang-wenang beli tiket kapal terbang dan kembali ke negara asal yang dilahirkan (mana-mana negara) hanya sebab mereka tidak lagi mahu berjuang untuk Negara Islam dan merasa rindu untuk pulang ke kampung halaman? Oleh itu mengapa pengganas Muslim” dilayan secara berasingan daripada pengganas Cina, yang dilihat diberi layanan istimewa?
Perkara pokok di sini: adakah kerajaan Pakatan Harapan telah menarik balik pengharaman terhadap Chin Peng dan/atau abunya di bawa balik ke Malaysia? Sekiranya larangan telah ditarik balik maka ia tiada masalah. Maka mereka yang membawa balik abu Chin Peng ke Malaysia tidak melakukan sebarang jenayah.
Tetapi setakat ini kerajaan Pakatan Harapan tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang penarikan balik pengharaman. Mengapa tidak? Takut apa? Adakah larangan ditarik balik secara berbisik? Adakah mereka diberitahu (secara berbisik) bahawa kerajaan akan tutup sebelah matadan tidak menyatakan apa-apa, tetapi buat diam-diam saja?
Macam hendak cari pasal dengan orang Melayu
Mereka kata langkah ini untuk menghormati wasiat terakhir atau wasiat Chin Peng. Sekiranya demikian maka buat diam-diam sajalah!  Walaubagaimana pun mereka secara haramnya telah menyeludup abu Chin Peng ke Malaysia. Mengapa mereka adakan sidang media yang dilihat untuk mencari pasal dengan orang Melayu. Mengapa mereka mencari pasal kononnya di bawah kerajaan Umno- Barisan Nasional ini tidak boleh dilakukan, hanya di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, abu Chin Peng boleh dibawa balik ke Malaysia?
Hakikatnya mereka sedang mempolitikkan isu mmbawa balik abu Chin Peng ke Malaysia. Ini memang tidak ada kena mengena dengan “wasiat mendiang Chin Peng”. Oleh itu sekarang, seperti mana yang mereka mahukan, perkara ini sudah menjadi politik dan satu kentang politik yang panas di atasnya. Mereka mahukannya maka sekarang mereka sudah dapat. Maka hiduplah mereka dengannya.
Sekiranya niat mereka untuk provokasi Melayu maka mereka sudah berjaya Kalau Cina mahu jual maka Melayu boleh beli, sebagaiman yang dikatakan oleh pahlawan Melayu Laksmana Hang Tuah.