Wednesday, 11 December 2019

SEBAB MENGAPA PH MAHU NAJIB DENGAN SECARA MUTLAKNYA DIPENJARAKAN

Peguam Negara General Tommy Thomas di bawah tekanan yang hebat. Dia perlu menentukan bahawa Najib Tun Razak didapati bersalah dan dipenjara kerana kononnya didakwa merompak SRC International dan 1MDB. Dan penyabitan kesalahannya harus lebih hampir kepada RM42 bilion, yang amaunnya yang didakwa kononnya Najib telah curi. Sekira tidak, maka Pakatan Harapan akan berada dalam kesusahan yang serius.
Sebab Pakatan Harapan menang PRU ke 14 pada Mei 2018 sebab Najib didakwa kononya telah mencuri antara RM42 ke 50 bilion wang pembayar cukai (dan Pakatan Harapan akan tentukan bahawa Najib dipenjara atas jenayah itu “hari berikutnya”) termasuk janji-janji pilihan raya yang Pakatan Harapan telah buat (detail sebagaimana dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dan sebagaimana yang dibuat semasa perhimpunan dan ceramah).
Begitu, setakat ini kedua-dua nya masih lagi belum ditunaikan.

Pakatan Harapan kata mereka akan memenjarakan Najib “hari berikutnya setelah memenangi PRU ke 14 dan sekarang sudah 580 hari

Setengah orang teruja untuk mengundi Pakatan Harapan sebab mereka percaya bahawa Najib seorang penjenayah yang mencuri berbilion wang pembayar cukai. Yang lain teruja dengan janji-janji manis bulan, bintang dan cakrawala apabila  Pakatan Harapan berkuasa. Adalah dengan itu sangat kritikal bahawa sekurangnya satu janji telah ditunaikan iaitu menghapuskan GST yang mempunyai kesan sampingan, iaitu mengurangkan pendapatan kerajaan dan terpaksa berhutang..
Menunaikan janji untuk mewujudkan satu juta peluang perkerajaan baru, satu juta rumah mampu milik, merendahkan kos sara hidup, menurunkan harga petrol ke RM1.50 se liter, gaji minima yang tinggi, dan sebagainya, sekarang adalah mustahil. Dengan itu, mereka perlu tunaikan perkara terbaik berikutnya  — iaitu untuk memenjarakan Najib kerana kononnya mencuri RM42 ke 50 bilion wang pembayar cukai.
Sekurangnya sekira Najib didapati bersalah dan dipenjarakan, sebahagian rakyat  Malaysia akan berpuas hati dengan tidak sepenuhnya. Mungkin kerana kehidupan masih lagi sukar, kos sara hidup masih lagi tinggi, gaji masih lagi rendah, peluang pekerjaan masih lagi berkurangan, kadar jenayah masih lagi teruk, rasuah masih lagi berleluasa, dan banyak lagi, tetapi berpuas hati melihat Najib membayar jenayah yang didakwa, hakikatnya akan memberi alasan untuk menendang keluar Umno-Barisan Nasional  menggantikan mereka dengan DAP-Pakatan Harapan.
Tetapi itu dilihat tidak berlaku, sekurangnya dalam masa terdekat. Dan ini membuat rakyat merasa kecewa.

Lim Guan Eng kata 60% janji telah ditunaikan tetapi rakyat tidak setuju

Hakikatnya bahawa Pakatan Harapan gagal menunaikan janji pilihan raya dan rakyat masih menderita, ini cukup tidak baik. Tetapi gagal memenjarakan Najib, apabila dahulu pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 mereka kata Najib 100% bersalah mencuri RM42 ke 50 billion dan apabila mula berkuasa nanti Najib akan dipenjarakan   “hari berikutnya. Ini tidak dapat diterima kerana ia tidak ditunaikan.
Dengan itu sekarang sama ada tunaikan janji kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia atau tunaikan janji memenjarakan Najib kerana mencuri RM42 ke 50 bilion. Mereka tidak boleh mungkir atas kedua-dua janji. Mereka harus tunaikan sekurang-kurang salah satu janji. Dan memandangkan janji kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia mustahil ditunaikan, maka Pakatan Harapan harus sekurang-kurangnya tunaikan janji kedua iaitu memenjarakan Najib. Tetapi itu juga dilihat mustahil untuk ditunaikan.



Tuesday, 10 December 2019

KEBEBASAN HAK UNTUK BERSUARA SEBAGAI AMALAN DEMOKRASI SUDAH TERKUBUR DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Saudara saudari sekelian rakyat Malaysia,

Saya akan hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta esok 11/12/2019 jam 9.30 pagi atas permohonan pihak Polis untuk mengenakan Bon sebanyak RM 20,000 supaya saya menutup mulut daripada mengkritik Pakatan Harapan dan berhenti membuat posting tegur kerajaan yang mereka sifatkan sebagai "menghasut". Kes ni tak macam kes lain. Kita kena bantah undang-undang rimba yang menyekat kebebasan bersuara dan hak menggunakan media sosial menggunakan bon RM20,000 yang akan lupus jika saya teruskan membuat kenyataan dan posting. Mahathir tahu kita tidak takut didakwa, itu sebab mereka guna "ISA" ala baru ini untuk tutup mulut kita.

Mahathir rampas duit UMNO, beku akaun UMNO dan sekat sumber kewangan UMNO.  Setelah dia buat kita susah dan mengikat tangan kita, dia ajak kita bertarung dengan mengeluarkan parang panjangnya.  Dia siksa kita pula dengan mendenda kita RM20,000 setiap kali kita menyatakan kebenaran atau mengkritiknya. Inilah ahli politik paling bacul saya pernah jumpa.  Takde telur nak berhadapan dengan pengkritiknya.  Jika anda tidak bersetuju dengan undang-undang zalim Mahathir ini, ayuh hadir beramai-ramai bersama saya esok. Peguam saya akan memfailkan bantahan terhadap tindakan tidak demokratik ini. Sesiapa yg berakal patut bantah undang-undang rimba ini.

Dato' Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat

Monday, 9 December 2019

PENJAWAT AWAM YANG DAHULU TERTIPU, MEMBANTU KEMENANGAN PH, KINI DITINDAS DAN DIMUSUHI OLEH KERAJAAN PH

DAP kata bahawa satu ‘Deep State’ wujud dalam Perkhidmatan Awam Malaysia yang mempunyai 1.6 juta orang penjawat awam. Apakah makna ‘Deep State’?

Berikut adalah bagaiman Wikipedia mendefinasikan tentang ‘Deep State’.
A deep state, juga dikenali sebagai sebuah negara dalam sebuah negara, merupakan sebuah kerajaan sulit terdiri daripada jaringan kuasa yang tersembunyi  atau terselindung bergerak secara bebas daripada kepimpinan politik negara, dalam mengejar agenda dan matlamat tersendiri. Ini lebih kurang merangkumi kerajaan tersembunyi dalam kerajaan yang sah dilantik rakyat.

Pakatan Harapan kata ‘Deep State’ wujud dalam perkhidmatan awam Malaysia yang mempunyai 1.6 juta orang penjawat awam

Hari ini, Khalid Abdul Samad menteri PH berkata penjawat awam yang tidak mahu berkerjasama dengan kementerian mereka akan ditukarkan ke tempat lain. Dengan kata mudah, siapa yang engkar printah kerajaan Pakatan Harapan akan diambil tindakan yang sewajarnya.
Khalid kata lebih setahun sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan dan penjawat awam telah diberi peluang untuk mensesuaikan diri. “Kita tidak boleh ambil alih kerajaan dan hanya memecat orang sahaja, tetapi kita disebaliknya mengikut sistem yang sedia ada dan memberi mereka peluang.”
Tetapi akhirnya, setelah melebihi setahun sekarang, mereka siapa kita dapati, tidak dapat menawarkan kerjasama mereka, kita akan tukarkan mereka ke tempat lain.”

“10 janji patut ditunaikan dalam 100 harigagal ditunaikan, sekarang sudah mencapai 580 hari kemudian

Khalid menambah bahawa tidak mudah untuk  reform terhadap kementerian memandangkan ramai yang masih menyokong Barisan Nasional. “Hanya lihat kepada apa yang berlaku kepada Rafizi. Peguam Negara telah beri perintah untuk tidak merayu kepada keputusan, tetapi satu rayuan telah difailkan.”
Dalam respon kepada itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia akan dapatkan maklumat atas dakwaan kewujudan ‘Deep State’ dalam perkhidmatan awam Malaysia, yang cuba untuk sabotaj pentadbiran kerajaan PH.
Saya tidak tahu sekiranya ianya berlaku, tetapi sekiranya negara tersembunyi itu wujud , saya fikir kita boleh kawalnya, tiada masalah. Sebelum ini, terdapat banyak masalah semasa saya jadi perdana menteri, tetapi kita boleh terus mentadbirsaya akan uruskannya , saya akan lihat dan kaji dahulu,” kata Mahathir.

Najib sepatutnya didakwa mencuri RM50 bilion tetapi perbicaraan yang sedang berlangsung dilihat tidak menuju ke arah itu

Apa yang Pakatan Harapan dilihat tidak faham adalah bahawa mereka sepatutnya tidak menang PRU ke 14 disebabkan oleh majoriti penjawat awam (termasuk polis dan tentera) menyokong mereka. Atau sekiranya tidak, mereka tidak mampu meraih sebahagian besar undi Melayu. Sekiranya berasaskan undi bukan Melayu sahaja, Pakatan Harapan tidak mampu memenangi pilihan raya (ini terbukti dalam pilihan raya umum tahun 2008 dan 2013).
Kali ini, pada Mei 2018, orang Melayu buat keputusan memberi peluang kepada  Pakatan Harapan (tetapi bukan orang Melayu di luar bandar seperti di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan dan Pahang yang masih lagi mengundi UMNO dan PAS).

Obsess yang tidak sihat tentang peralihan kuasa Mahathir Anwar membuat banyak orang kecewa

Mengapa orang Melayu, terutama Melayu dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera, membuat keputusan ketika itu untuk mengundi Pakatan Harapan?
Jawapannya mudah !
Sebab pertama. Pakatan Harapan menjanjikan pengundi janji manis bulan, langit, bintang dan cakrawala” (kiasan terhadap kata-kata manis yang dijanjikan yang sukar dilaksanakan). Ia tidak berlaku. ‘10 janji untuk ditunaikan dalam tempoh 100 hari pertamatidak ditunaikan sementara kos sara hidup yang dijanjikan untuk turun setelah GST dimansuhkan tidak berlaku malah kos sara hidup terus meningkat dengan mendadak.
Sebab kedua. Konon dikatakan mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mencuri RM50 bilion wang 1MDB dan bahawa, setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, hari berikutnya kononnya kerajaan akan mendapatkan semula RM50 bilion wang tersebut dan Najib akan dipenjarakan seumur hidupnya. Itu juga tidak berlaku.

Rompakan dan lelongan aset negara oleh kerajaan PH tidak disenangi oleh kebanyakkan penjawat awam Melayu

Hakikatnya , setelah perbicaraan SRC dan 1MDB Najib didedahkan, ia kelihatan bahawa semua cerita tentang apa yang Najib didakwa telah lakukan mungkin tidak benar semuanya tidak benar. Banyak cerita telah secara kasar diperbesarkan dan tiada satu yang hampir dengan kebenaran. Sudah tentu perbicaraan masih lagi belum berakhir. Walaubagaimana pun, melihat kepada kemajuan perbicaraan itu, Najib mungkin menjadi mangsa fitnah atau pembohongan dan berita tidak benar (fake news).Sebab itulah kerajaan PH memansuhkan Akta Berita Tidak Benar atau Fake News  untuk mereka bebas menyebarkan berita tidak benar atau pembohongan untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi secara itu.
Hatta Pakatan Harapan menang PRU ke 14 sebab janji palsu dan pembohongan. Dan sekarang janji-janji itu gagal dan tidak mampu ditunaikan dan pembohongan itu sedang didedahkan satu persatu. Sebab itulah mengapa 1.6 juta penjawat awam Malaysia melakukan pusingan U. Ini tidak ada kena mengena dengan a ‘Deep State’. Semuanya tentang kerajaan Pakatan Harapan didedahkan sebagai penipu yang ada kebenarannya dan orang Melayu tidak  lagi mahu berkolabrasi dengan pembohong dan penipuan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Kebanyakkan Melayu melihat bahawa gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai PM akan datang akan hanya menguntungkan DAP sahaja