Wednesday, 25 October 2017

HINA NEGARA SENDIRI…. MASIH WARASKAH TUN MAHATHIR?


Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar Malaysia sebagai ‘Darul Penyangak’ adalah satu penghinaan terhadap negara sendiri.
Perbuatannya amat tidak wajar bagi bekas Perdana Menteri dan kononya seorang negarawan menggelarkan negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.
Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.Adakah beliau tidak minat lagi untuk menjadi warga negara Malaysia?
Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya.
Penghinaan ini bagi merujuk kepada catatan di blog Dr Mahathir yang menamakan Malaysia negara ‘Darul Penyangak’ berikutan pelaksanaan projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Dr Mahathir sebenarnya mengulangi isu 1MDB dan GST itu dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci Datuk Seri Najib Tun Razak Najib dan mahukan Perdana Menteri itu jatuhkan.
Strategi Dr Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh. Itu sahaja yang Dr Mahathir mahu, iaitu menjatuhkan Najib. Inilah politik dendam yang tidak baik dan ini bukan sikap seorang negarawan. Ini merupakan sikap seorang Ketua Kongsi Gelap di Chow Kit Road.
Sebenarnya Najib telah menjelaskan satu persatu berserta fakta mengenai 1MDB dan juga menerangkan mengenai rasional pelaksanaan GST.
Mahathir sudah pasti tidak mahu mendengar serta menerima sebarang penjelasan kerana matlamatnya adalah hanya untuk menjatuhkan PM Najib atas sebab dendam pribadi, bukannya untuk kepentingan negara tetapi untuk melunaskan dendam nafsu serakahnya.

TANAH RUNTUH: MALAPETAKA ANGKARA SIFAT BONGKAK KERAJAAN DAP P. PINANG


Kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan cerun bukit Lembah Pantai Tanjung Bungah seharusnya menjadi satu pengajaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang selama ini sentiasa bongkak dan sombong.
Kejadian malang ini menjadi bukti inilah akibatnya andai undang-undang dan peraturan diketepikan semata-mata mahu mengaut keuntungan.
Ini satu petunjuk bahawa apa jua keputusan yang dibuat mesti mengikut undang-undang dan diteliti… Mesti ada satu perasaan benda ini boleh menimbulkan bahaya atau tidak, bukan soal mempertahan hujan tetapi realiti apa yang bakal berlaku.
Realitinya kini kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuat satu keputusan yang salah dan telah memberi impak yang negatif sehingga menyebabkan kematian. Keadaan ini sekaligus menunjukkan kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri.
Selepas ini kerajaan negeri belajarlah untuk mendengar teguran rakyat, NGO dan badan-badan berkaitan kerana golongan ini sentiasa memberi teguran. Sebagai contoh, isu penggondolan bukit di Bukit Bendera, syarikat terbabit hanya didenda RM30 ribu sedangkan projek yang dibuat telah diluluskan selepas mereka membayar denda… Bagaimana hal ini boleh berlaku?
Isu ini juga harus diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri agar kejadian malang di Tanjung Bungah tidak berulang lagi.
Sebab itu jugalah banyak pihak yang bising dan menyuarakan kebimbangan apabila kerajaan negeri menarah hutan tanpa pengawasan. Walaupun berlaku sedikit demi sedikit tetapi pada akhirnya nanti akan berlaku satu penarahan bukit yang luas. Inilah risiko yang akan berlaku bila dasar-dasar kerajaan negeri tidak menetapkan secara kekal bahawa hutan-hutan tidak boleh ditebang sewenang-wenangnya.
Kerajaan negeri patut tahu penebangan hutan dan penarahan bukit akan mengakibatkan suhu yang panas di negeri ini, menyebabkan masalah tadahan air dan ia terbukti apabila hujan lebat di beberapa kawasan akan menyebabkan banjir berlaku amat luar biasa kerana ia bukan setakat air tetapi bersama lumpur dan batu-batu ikut turun.
Sayangnya sehingga hari ini kami tidak nampak apakah inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menyelamatkan keadaan yang membahayakan rakyat pada masa-masa akan datang.
Banyak pihak turut menempelak pentadbiran kerajaan negeri pimpinan DAP selama 10 tahun ini kerana ia hanya mengundang malapetaka dek sikap sombong dan ego yang hanya mementingkan keuntungan.
Dalam hal ini kerajaan negeri tidak boleh mengekalkan sikap tamak, degil dan tidak mahu mendengar pandangan-pandangan daripada pihak lain kononnya mereka sahaja yang betul.
Hari ini terbukti kepada kita bahawa malapetaka ini telah menjejaskan kualiti kehidupan rakyat di negeri ini. Apa guna ada sebuah kerajaan negeri kalau tidak boleh menjamin kesejahteraan rakyat?
Kami harap ini adalah malapetaka terakhir yang berlaku disebabkan kerakusan manusia. Oleh itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu mengambil tindakan segera selain belajar mendengar pandangan pihak ketiga.
Guan Eng juga perlu melihat semula apa yang mereka perjuangkan selama ini semasa isu Lynas dahulu dengan menyalahkan kerajaan kononnya projek tersebut mendatangkan bahaya kepada masyarakat dan bermacam-macam tohmahan lagi dilemparkan.
Tetapi dalam hal di negeri sendiri, mengapa mereka mengabaikan semua hal yang dibangkitkan semasa menentang Lynas dulu?
Untuk rekod, tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan projek swasta yang sedang membangunkan bangunan kediaman mampu milik setinggi 50 tingkat sebenarnya tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar.

Tuesday, 24 October 2017

GUAN ENG HENTIKAN SIKAP SALAHKAN ORANG LAIN


TANAH RUNTUH : GUAN ENG PERLU BERTANGGUNGJAWAB


BAJET 2018, BN TIDAK TERKEJUT SKRIP LAPUK PEMBANGKANG ‘BAJET GULA GULA PILIHAN RAYA’.


SIAPA SEBENAR MONYET? SPRM ATAU LIM KIT SIANG - DAP?

Saekor monyet yang amat marah cuba untuk menerkam
Di tengah-tengah kekalutan Rafizi Ramli terpaksa menjawab perihal PREPAYMENT INVOICEnya yang serba mengelirukan, ditambah pula dengan penjelasan Rafizi Ramli yang dia sendiri terlupa beberapa fakta atau terlepas pandang terutama sekali berhubung tarikh pada invois dan tarikh dalam penjelasannya, para pemimpin Pakatan langsung tidak berusaha mempertahankan Rafizi. Sebaliknya mereka lebih sibuk dengan hal sendiri.
Hari ini Rafizi Ramli terpaksa ‘MEMBODOH-BODOHKAN’ orang yang menyanggah dan enggan percaya dengan penjelasannya, tetapi PKR yang merupakan parti yang diwakilinya lebih berminat dengan berita Tian Chua lebih rela masuk penjara selama sebulan dan menarik semula rayuannya di mahkamah. Portal-portal berita yang sebelum ini memberikan ruang kepada Rafizi, juga tidak begitu menyebelahinya.
DAP langsung tidak membela Rafizi. Regu utamanya, Tony Pua, langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Mudah untuk difahami mengapa DAP mengambil sikap ‘berkecuali’ dalam hal Rafizi Ramli walaupun DAP juga sangat terkenal dengan penipuan akaun mereka, sepertimana yang berlaku dalam pemilihan CEC yang menyebabkan parti itu hampir diisytiharkan haram.
Matlamat untuk mencapai kemenangan besar pada PRU-14, menyebabkan DAP sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan undi orang Melayu-Islam, khususnya Melayu-Bandar di mana kebanyakan calon DAP akan bertanding. Pada masa yang sama, DAP juga menjaga kepentingan untuk menang dengan undi Cina.
Setelah pesta arak Jerman, Octoberfest dibenarkan di Selangor, serangan ke atas Dobi Islam di Johor terbaharu DAP meneruskan agenda mereka untuk menimbulkan rarsa tidak percaya dan sangsi dengan entiti-entiti penguatkuasaan kerajaan seperti PDRM dan SPRM. Serangan secara verbal itu, telah berjaya sebelum ini terutama ke atas PDRM, sehinggakan terdapat terlalu banyak video-video viral yang memburuk-burukkan PDRM yang turut memberi kesan kepada anggota-anggota dan pegawai-pegawai PDRM yang bertugas.
Terbaharu, Lim Kit Siang mempertikaikan SPRM yang menurutnya tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Malahan Lim Kit Siang menggelarkan Ketua Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai ‘monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara’ hanya kerana SPRM tidak mengambil sebarang tindakan mengikut kehendak DAP dalam isu 1MDB.
REUTERS dua tahun lalu menyiarkan berita tentang siasatan oleh SPRM, PDRM dan Pejabat Peguam Negara yang membersihkan nama Perdana Menteri daripada tuduhan dan skandal 1MDB yang dipopularkan oleh DAP dan PKR. Malah SPRM turut menyatakan wang yang dipersoalkan itu, sebenarnya adalah derma politik daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib.
Di Malaysia, derma politik tidak mempunyai sebarang undang-undang, apabila DAP menentang sekeras-kerasnya sebarang pengisytiharan yang perlu dibuat oleh mana-mana parti politik tentang punca dan sumber dana politik mereka.
Ogos 2017, THE STAR ONLINE melaporkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menggantung saman jenayah ke atas 1MDB setelah tidak mempunyai sebarang bukti atau salahguna dalam syarikat pelaburan negara itu.
15 September 2017, syarikat perfileman yang mana anak tiri Najib Abdul Razak adalah salah seorang pemiliknya, Red Granite berjaya mencapai persetujuan dengan Kerajaan Amerika Syarikat berhubung aset-aset syarikat tersebut yang sepatutnya disita kerana kononnya dibiayai dengan wang 1MDB.
Hampir keseluruhan fakta terkini menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan oleh DAP dan Pakatan terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak khususnya, hanyalah tuduhan-tuduhan jahat yang bukan sahaja untuk mencemarkan imej Perdana Menteri dan Kerajaan, tetapi yang lebih penting untuk memastikan integriti pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang di negara ini, tercemar dan tidak lagi dipercayai.
Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang, rakyat memerhati tindak-tanduk SPRM. Malah bukan stakat memerhati, bahkan mempersoalkan mengapa SPRM terlalu lambat bertindak terhadap mana-mana kes yang membabitkan DAP dan PKR.
Ramai yang masih lagi ingat tentang kes membabitkan Christina Liew dari PKR yang sekarang ini dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah. Christina Liew, pada 30 Sptember 2015, Mahkamah Tinggi Tawau telah memutuskan dia dan dua rakan subahatnya bersalah kerana melakukan pemerdayaan untuk memiliki tanah dan telah didenda sebanyak RM558 juta.
Begitu juga dengan kes membabitkan anak lelakinya, Lim Guan Eng dalam dua kes rasuah dan salahguna kuasa, sehingga kini masih terkial-kial dan mencari-cari lompong undang-undang untuk dimanipulasikan agar dia tidak dibicarakan tuduhan-tuduhan tersebut yang membabitkan sebidang tanah dan sebuah banglo di Jalan Pinhorn.
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga kes membabitkan RM305 juta yang dibayar menggunakan tanah dan wang rakyat Pulau Pinang kepada syarikat penyedia laporan kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut yang sebenarnya tidak pernah dilaksanakan walaupun bayaran telah dibuat.
Begitu juga dengan kes kilang haram Sungai Lembu yang turut membabitkan anaknya!
Masyarakat turut mempersoalkan tindakan DAP khususnya Lim Guan Eng yang terpaksa mengambil tindakan mendapatkan pengisytiharan dari mahkamah bahawa Akta SPRM adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan semata-mata untuk membebaskan dirinya daripada sebarang tindakan undang-undang.
Dan sekarang, bapanya menggelar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai monyet yang ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak bercakap?
Berdasarkan kepada isu-isu semasa yang membabitkan DAP dan 1MDB, siapa sebenarnya yang jadi monyet? SPRM atau Lim Kit Siang-DAP?

PEMILIHAN CEC DAP BAKAL TENTUKAN APAKAH PRINSIP ‘COMPETENCY,ACCOUNTABILITY,TRANSPARENCY (CAT)’ BENAR BENAR RELEVAN


Memang isu berkenaan pemilihan CEC parti DAP yang masih tergantung dengan pelbagai alasan itu sudah pun memalukan seluruh ahli dan konco-konco DAP.Walaupun pimpinan tertinggi parti itu masih lagi mendabik dada kononnya mereka tidak bersalah dan apa yang berlaku itu disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak sepatutnya terjadi, banyak pihak melihat ianya sekadar alasan semata-mata.
Hakikatnya yang berlaku adalah sikap penting diri pimpinan DAP sejajar dengan peruntukan berat sebelah yang terdapat dalam perlembagaan parti cauvinis itu sendiri yang menafikan hak para ahli untuk menyatakan hak mereka sekaligus menelanjangkan dasar parti itu sendiri yang begitu mirip kepada amalan mana-mana rejim dalam dunia.
Ahli di beza-bezakan dengan taraf keahlian serta cawangan mengikut gred-gred tertentu dan hanya segelintir sahaja yang boleh menentukan kedudukan pucuk pimpinan parti.Selebihnya hanya mampu melihat dan mengiakan apa sahaja yang berlaku walaupun tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
Apakah ini contoh terbaik di waktu mereka sendiri melolong kononnya dasar kerajaan pemerintah BN yang di tunjangi UMNO itu sebagai tidak mengamalkan prinsip demokrasi yang sebenar ?
Apa pun ianya terpulang kepada penerimaan dan penilaian para ahli DAP itu sendiri sebab mereka adalah di kalangan yang mempunyai suara untuk merubah segala kepincangan yang berlaku.
Jika tidak seluruh ahli DAP akan terus menjadi hamba abdi politik kepada Dinasti Lim kerana cengkaman yang begitu kuat terhadap parti akan terus diperketatkan.
Buktinya sudah ada, pemilihan CEC yang bakal diadakan nanti akan menentukan sama ada hamba-hamba abdi politik ini masih mahu meneruskan sokongan membuta-tuli mereka terhadap parti yang kini turut dipergunakan oleh segelintir mereka yang punya kepentingan.
Apakah Lim Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa akan terus dibiarkan bertanding bagi mengisi antara jawatan tertinggi dalam parti DAP ?
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, ini berikutan Guan Eng sendiri merupakan individu yang dituduh di mahkamah atas ke salahan rasuah dan masih dalam tempoh menunggu untuk dibi carakan.
Bagaimanapun, katanya, adalah tidak salah untuk Ketua Menteri Pulau Pinang itu meneruskan niat untuk bertanding dalam pemilihan semula kerana tindakan itu tidak melanggar undang-undang.
“Kalau dia kena tuduh di mahkamah, itu bermakna sudah ada rekod walaupun belum dibuktikan bersalah.
“Guan Eng adalah orang yang selalu bercakap pasal ketelusan dalam parti sedangkan dirinya sendiri masih dalam proses perbicaraan mahkamah berhubung isu rasuah. Hal ini tidak elok dari segi moral selain dianggap tidak beretika sekiranya dia terus bertanding,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
DAP baru-baru ini memutuskan untuk mengadakan semula pemilihan CEC parti itu pada 12 November ini seperti diarahkan Jabatan Pendafta ran Pertubuhan (ROS) selepas dua pemilihan sebelum ini tidak diiktiraf kerana tidak sah.
Tambah Tunku Abdul Aziz, jika Guan Eng bertanding dalam pemilihan semula CEC itu sekalipun, peluang untuk dirinya menang adalah sukar kerana dipalit dengan pelbagai kontroversi selain tuduhan di mahkamah.
Katanya, hal ini bagaimanapun terpulang kepada ahli-ahli DAP yang terlibat dalam pengundian pada 12 November ini.
“Kalau ahli-ahli DAP yang mengikut prinsip CAT seperti yang dilaungkan DAP, maka mereka perlu menolak pemimpin-pemimpin yang mempunyai masalah etika dan moral,” katanya.
Maka jelas sekiranya Guan Eng masih lagi di berikan ruang untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu maka DAP bukan sahaja sudah meliwat prinsip CAT yang di agung-agungkan mereka tetapi turut mengikat mulut para ahlinya dengan terus menghamba-abdikan seluruh ahli dan para penyokong parti cauvinis tersebut.