Sunday, 17 November 2019

KATAK LOMPAT UMNO KATA KEKALAHAN DI TANJUNG PIAI KERANA RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN KERAJAAN PH

KETUA Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim merangkap katak lompat UMNO menyifatkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai semalam menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan hari ini.
Menerusi ciapannya di Twitter, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap katak lompat UMNO itu berkata, ia merupakan kekalahan teruk yang membawa mesej berbentuk ‘gegaran letupan’ yang kuat.
Ciapannya itu dipercayai ditujukan kepada kerajaan PH hari ini yang beliau lompat agar lebih berwaspada dan tidak mengabaikan janji-janji kepada rakyat termasuk kekalahan PH pada PRK kali ini.
PRK Tanjung Piai semalam menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merampas kembali kerusi Parlimen itu dengan majoriti besar sebanyak 15,086 undi.
Jeck Seng, 55, memperoleh sebanyak 25,466 undi mengatasi pencabar terdekatnya iaitu calon PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.
Empat lagi calon yang bertanding iaitu Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) hanya memperoleh 1,707 undi, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah) dengan 850 undi serta dua calon bebas masing-masing Dr Ang Chuan Lok (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghafar (32 undi).


Saturday, 2 November 2019

SLOGAN SLOGAN PAKATAN HARAPAN TERHADAP UMNO DAN BARISAN NASIONAL MAKAN TUAN

SEBELUM PRU KE-14:
1. Kerajaan BN – Sebuah kerajaan kleptokrasi. Kerajaan tidak bersih. Kerajaan rasuah.
2. Najib Razak – Penyamun Negara.
3. UMNO parti rasis – Hanya untuk ketuanan Melayu.
4. Kerajaan BN – Kerajaan penyangak – Bebankan rakyat dengan cukai GST 6 peratus.
5. Kerajaan BN kerajaan zalim – Lynas beracun. Membunuh rakyat Pahang dan Malaysia.
6. Najib Razak dan kerajaan negeri Johor – Mahu menjual negara Malaysia kepada negara China – Projek Forest City.
SELEPAS PRU KE-14. PH JADI KERAJAAN DI PUTRAJAYA:
1. Segala hutang negara yang bertimbun-timbun adalah kerana Kerajaan BN terdahulu.
2. Ekonomi negara merudum dan tiada bisnes – Semua kerana Kerajaan BN terdahulu.
3. Dr. Mahathir pula – Perlu lama lagi jadi PM kerana ekonomi buruk dan terlalu banyak kerosakan dibuat oleh Najib Razak. Dia kata akan berhenti setelah hutang diselesaikan !!!!!?
4. Kerajaan PH: Berhutang banyak, pinjam, keluarkan Bon Samurai dan menjarah berbillion ringgit duit Petronas kerana….konon bayar hutang kerajaan terdahulu.
Lim Guan Eng kata:
Untuk membayar hutang 1MDB Najib Razak. Pada hal satu sen hutang 1MDB belum dijelaskan. Hakikatnya Aset 1MDB RM 41bilion (tidak termasuk nilai terkini projek TRX dan Bandar Malaysia) dan libaliti RM 31bilion (hutang pelaburan jangka panjang yang mempunyai tempoh matang yang tidak perlu dibayar sekarang esok atau lusa)
5. KES 1MDB – SIAPA MO1?
Dulu sibuk tuduh Najib Razak perancang segala-galanya di dalam kes penipuan 1MDB. Kenyataan saksi-saksi dalam dua perbicaraan SRC International dan 1MDB yang sedang berlangsung sekarang membuktikan disebaliknya.
Dulu tuduh MO1 adalah Najib Razak.
HAKIKAT SEBENARNYA IALAH:
1. Kerajaan Pakatan Harapan: Kerajaan yang menghancurkan negara ini.
2. Kerajaan PH – Kerajaan penyamun. Samun duit Petronas sehingga berbillion. Serta habis aset negara dijual macam harta mak bapak mereka dan bukan harta rakyat.
3. Kata UMNO parti rasis – Pakatan Harapan melalui DAP – 10 kali lagi rasis terhadap orang Melayu. Berpura-pura berlakon seperti tidak rasis. Hakikatnya, DAP Maha Rasis.
4. Cukai GST bebankan rakyat? Sebenarnya apabila hapuskan cukai GST, towkay-towkay Cina penyokong serta yang mesra DAP boleh melarikan cukai bernilai RM25 billion ringgit setiap tahun melalui SST. Sebab itulah mereka bermati-matian memansuhkan GST dan memperkenalkan Cukai SST untuk membantu towkay-towkay kaum mereka menipu kerajaan.
5. Dahulu kononya kerajaan BN zalim kerana membenarkan kilang Lynas yang kononnya beracun? Setelah kerajaan PH memerintah Kilang Lynas di Pahang tidak lagi beracun dan dibenarkan terus beroperasi. Sejak didirikan oleh kerajaan BN tidak ada yang mati keracunan disebabkan kilang Lynas. Kuatnya berbohong PH.
6. Forest City – Kononnya dalam projek tersebut Najib cuba nak jual negara kepada China. Sekarang elok sahaja PH memerintah projek yang sama tidak ada lagi soal mahu jual negara?
Malah sekarang Lim Guan Eng cuba untuk menjual negara dengan menurunkan  harga siling apartmen mewah kepada warga asing daripada RM1 juta kepada RM600 ribu ringgit se unit.
BOHONG LAGI SETELAH MEMERINTAH 17 BULAN.
7. Pinjam duit berbillion dan menjarah wang Petronas kononnya Lim Guan Eng kata nak bayar hutang 1MDB.
Terbukti hutang 1MDB satu sen pun belum dibayar memandangkan ia pinjaman jangka panjang yang mempunyai tempoh matang untuk dibayar balik, bukan hari ini, esok atau lusa..
Kadar elektrik tetap juga naik. Tidakpun turun.Dahulu Najib tolong rakyat melalui 1MDB membeli beberapa Loji Penjana Kuasa Bebas (IPP) milik kroni Mahathir untuk mengurangkan bebanan kos tarif elektrik kepada rakyat. Itulah salah satu sebab mengapa Mahathir membenci Najib kerana menggangu ketamakan kroni Mahathir untuk kepentingan rakyat.
8. Dulu kata, MO1 IALAH NAJIB RAZAK.
Kini terbukti di mahkamah, MO1 ialah Casey Tang, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, yang membuat pelbagai keputusan bagi pihak 1MDB.
ADUH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN:
Terlalu banyak slogan yang mengelirukan.
TERLALU BANYAK BOHONG.
TERLALU BANYAK MENUDUH KERAJAAN BN TERDAHULU BUSUK. SEBENARNYA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN YANG SEBUSUK-BUSUKNYA SUDAH MEMERINTAH PUN MASIH NAK TIPU RAKYAT.
Rakyat Tanjung Piai perlu sedar.
Dan perlu beri Isyarat yang jelas kepada:
PERDANA MENTERI.
TIMBALAN PERDANA MENTERI.
Anwar Ibrahim.
Lim Guan Eng.
Tan Sri Muhayiddin Yasin.
Mat Sabu.
BYE – BYE, PH kerajaan sepenggal.

Tuesday, 29 October 2019

ISU MENGHARAMKAN DAP : ANWAR KANTOI DIBELASAH PAS KERANA SURUH PAS ‘TUTUP MULUT’

PAS telah memblasah presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi amaran kepada PAS untuk menutup mulut tentang desakan agar DAP diharamkan.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan telah mempersoalkan sama ada Anwar telah mengugut parti Islam itu supaya “menutup mulut”.
Mengapakah Anwar cuba untuk menyekat kebebasan kita untuk menyatakan   pendapat kita? Adakah DAP mengatasi undang-undang? Mengapa kita tidak boleh mendesak agar DAP perlu diharamkan sekiranya pemimpin mereka terpalit dalam elemen subersif?” kata beliau.
Anwar pada hari Sabtu yang lalu (Oct 26) mendakwa bahawa PAS akan hanya  mengundang bahaya dengan meminta DAP diharamkan.
Kita tidak ada benda untuk ditakutkan , memandangkan kita menyuarakan nya demi untuk kepentingan yang terbaik untuk negara.
Sekiranya sebuah parti didapati terlibat dalam elemen mengancam keselamatan dan kedaulatan negara, Pendaftar Pertubuhan (ROS) seharusnya membatalkan pendaftarannya, mengikut undang-undang ,” kata beliau.
Sebelum itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan bahawa perkembangan baru-baru ini menunjukkan bahawa DAP dilihat menyebarkan ideologi komunis, melindungi pesimpati pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), dan mengapi-apikan perselisihan agama.
Tuan Ibrahim telah menyatakan bahawa desakan untuk mengharamkan DAP mempunyai justifikasinya, ini memandangkan pemimpin-pemimpin mereka didakwa telah  cuba melemahkan prinsip kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Ibrahim juga telah menyatakan bahawa penglibatan DAP dalam menyebarkan ideologi komunis dan sosialis terbukti dalam buku komik yang telah diharamkan baru-baru ini yang bertajuk “Belt & Road Initiative For Win-Winism”.
Beliau menarik perhatian bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ialah orang yang telah menandatangan prakata dalam buku komik tersebut yang ditulis oleh seorang aktivis bernama Hew Kuan Yau atau lebih terkenal dengan gelaran ‘Superman Hew’.
Hew, yang dikatakan telah meninggalkan atau dipecat dari DAP (wallah hu alam benar atau tidak) setelah mendakwa bahawa Laut China Selatan milik negara China, telah dilantik sebagai CEO Malaysia-China Business Council (MCBC).

Hew baru-baru ini telah meletak jawatan sebagai CEO MCBC setelah buku komik beliau dan DAP diketahui umum.
Tuan Ibrahim juga memaklumkan  bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengesahkan bahawa buku komik tersebut diharmkan sebab ia mepromasikan komunisme dan sosialisme, selain daripada menyebarkan maklumat yang salah dan mengelirukan tentang pejuang kemerdekaan negara ini.
Sebahagian daripada pemimpin DAP juga ditahan untuk bantu siasatan tentang pengaruh LTTE di Malaysia, memandangkan ia merupakan satu pertubuhan pengganas.
Tuan Ibrahim telah juga minta polis untuk menyiasat Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim yang mendakwa bahawa “The Kingdom of God adalah missi yang tidak boleh dihalangsemasa dalam satu Forum Naratif Malaysia Baru di sebuah gereja di Kota Damansara pada 14 September 2019. Hari yang sama Piagam Mufakat Nasional di meterai.
Takiyuddin berkata DAP harus meninggalkan kerajaan sekiranya mereka berkeras menekan pihak berkuasa untuk untuk “melanggar undang-undang” dengan membebaskan pemimpin DAP yang ditahan, dan menuntut Kementerian Dalam Negeri menarik balik keputusan mengharamkan buku komik yang kontroversial itu.
Mereka yang tidak menghormati kedaulatan undang-undang tidak seharusnya berada dalam kerajaan,” kata beliau.
Takiyuddin juga mengesahkan bahawa kesemua 18 orang Ahli Parlimen PAS dengan sebulat suara menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkhidmat sepenuh penggal sebagai Perdana Menteri.
Kami menyokong Perdana Menteri yang sedang berkuasa sekarang, dan bukannya perdana menteri-dalam-menunggu (Anwar),” beliau berkata..
Takiyuddin berkata rebutan kuasa hanya menjejaskan kestabilan negara.
Apabila negara tidak stabil, ia akan dengan teruknya menjejaskan keyakinan pelabur asing. Malah pelabur asing yang sedia ada akan menarik diri daripada pasaran Malaysia apabila negara tidak lagi stabil.
Kita seharusnya fokus kepada kemajuan ekonomi demi rakyat,” kata beliau.
Walaubagaimana pun Takiyuddin berkata mereka akan terus berkerjasama dengan  Umno dalam Mufakat Nasional untuk menguasai Putrajaya daripada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang.
Apa pun, kami tidak akan melindungi atau menyokong sebarang cubaan politik ‘pintu belakang’ untuk mengambil alih kuasa ,” kata beliau.