Friday, 15 March 2019

WEE KA SIONG SAHUT CABARAN AHLI PARLIMEN JELUTUNG RSN RAYER UNTUK MENYEBUT SKANDAL TROWONG DASAR LAUT DI LUAR PARLIMEN

Datuk Seri Wee Ka Siong menyahut cabaran Ahli Parlimen Jelutong apabila mengulangi tentang skandal projek pembinaan terowong Pulau Pinang.

Presiden MCA itu telah memuat naik kenyataan yang pernah ditulis pada minggu lalu sekali lagi di Facebook miliknya lewat malam tadi.
“Petang tadi, Ahli Parlimen Jelutong telah mencabar saya supaya mengulangi apa yang saya bahaskan tentang skandal Terowong Pulau Pinang di Dewan Rakyat di luar Parlimen.
“Dia ugut mahu saman saya jika saya ulang perkara tersebut. Baik, saya sahut cabaran YB Jelutong.
“Link ada di sini jika Jelutong tak dapat cari: https://www.facebook.com/…/a.100575559292…/1221762901324545/,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.
Semalam, RSN Rayer berang apabila Menteri Kewangan yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikaitkan dengan isu skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakub ketika membahas menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam perbahasan itu, Ismail Sabri memetik tulisan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, terbabit dalam penyelewengan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang serta mempunyai kepentingan di dalam syarikat yang terbabit dalam projek itu.
Kenyataan Ismail Sabri itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun menggunakan peraturan mesyuarat meminta kenyataan itu ditarik balik kerana membuat tuduhan.
Ismail Sabri mempertahankan bahawa beliau tidak membuat tuduhan, sebaliknya menyatakan apa yang ditulis Raja Petra dan meminta Menteri Kewangan memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Tindakan Rayer itu menyebabkan beberapa wakil pembangkang bangun mempertahankan Ismail Sabri.
Lihat video berikut cabaran yang disahut oleh Datuk Wee Ka Siong.



































Thursday, 14 March 2019

SAWIT DIJUAL KEPADA KRONI MAHATHIR PENEROKA DISURUH TANAM BULOH!!!!


Berita Baik Untuk Industri Sawit Malaysia (Tapi Untuk Siapa?)
4 Mac 2019, China tandatngan perjanjian untuk beli US$891 juta atau 1.62 juta tan minyak sawit daripada Malaysia (BACA DI SINI)...

Wahhh...

Macai2 PH kemain bersorak sorai bila dapat tahu berita nie...

Mahacai2 kata kerajaan akan kembalikan harga sawit negara seperti zaman BN...

Sorak mahacai lagi, nie permulaan jer tau, akan datang nanti, harga sawit akan jadi lagi tinggi dari zaman BN dulu...

Bukti apa lagi yang korang nak untuk tunjukkan yang kerajaan PH nie tolong rakyat?

Kan dah cakap, PH Menang, Rakyat Senang!!!

Cuma perlu bersabar, kata mahacai…
Siapa Sebenarnya Yang Untung Dari Perjanjian Tu?

Tapi tau tak korang???

Yihai Kerry (Shanghai) Trade Co tandatangani perjanjian dengan PGEO Marketing Sdn Bhd untuk beli minyak sawit...

Perjanjian tu di saksikan oleh si Teresa Kok yang sibuk cadangkan peneroka tanam buluh tu.

Yihai Kerry beli daripada PGEO Marketing Sdn Bhd...

BUKANNYA DARI FELDA!!!

Maknanya langsung tak der kaitan dengan peneroka…
PGEO Marketing ni syarikat milik Wilmar International Limited...

Syarikat milik keluarga Robert Kuok (kroni Mahathir)...

Wilmar International Limited tu pulak berpangkalan kat Singapura (BACA DI SINI), bukan Malaysia...

Jadi segala cukai di bayar di Singapura...
Persoalannya kenapa si Teresa sibuk suruh peneroka tanam buluh ganti sawit? (BACA DI SINI)...

Logiknya, supaya syarikat kroni tak der saingan dalam industri sawit...

FELDA ni pengeluar hasil sawit terbesar dalam negara...

Jadi, korang nampak apa yg ada dalam kepala hotak berjambul puak DAP???
Rakyat dapat apa???

Dapat ler kencing yang hancing barang sebalang dua…
Tujuan Teressa Suruh Tanam Buloh Nak Tolong Siapa Sebenarnya?

Persoalannya kenapa si Teresa sibuk suruh peneroka tanam buluh ganti sawit? (BACA DI SINI)...

Logiknya, supaya syarikat kroni tak der saingan dalam industri sawit...

FELDA ni pengeluar hasil sawit terbesar dalam negara...

Jadi, korang nampak apa yg ada dalam kepala hotak berjambul puak DAP???
Baru Terdedah Peranan Robert Kuok Dalam Majlis Penasihat Ekonomi

Tentu korang semua tahukan, si Robert Kuok nie salah sorang dari Majlis Penasihat Ekonomi...

Siapa yang lantik dia?

Tak lain dan tak bukan, Tun Mahathir lah yang lantik dia...

Nak buat pencerahan sikit, Robert Kuok nie dah kawal pasaran sawit kat Indonesia (BACA DI SINI)...

Dan sekarang, Robert Kuok dapat pulak kawal pasaran sawit kat Malaysia...

Malaysia dengan Indonesia, 2 pengeluar sawit terbesar dunia...

Maknanya, Robert Kuok sekarang nie dengan rasminya dah kawal pasaran sawit dunia!!!

Korang tahukan, Felda banyak buka ladang kat Indonesia...

Kat Indonesia, FELDA kena jual pada Syarikat PT Wilmar Nabati, syarikat milik Robert Kuok...

Kat Malaysia pulak, kalau FELDA nak jual sawit, kena jual pada PGEO Marketing Sdn. Bhd. juga syarikat milik Robert Kuok...

Bermakna, FELDA sekarang nie bawah cengkaman Robert Kuok dan dengan sendirinya peneroka2 FELDA berkerja untuk Robert Kuok...

Majoriti peneroka ialah Melayu dan FELDA sendiri adalah antara aset terbesar orang Melayu...

Tapi sekarang terpaksa tunduk dengan arahan dan perintah Robert Kuok!!!

Dan Robert Kuok adalah kroni Tun Mahathir...

Nampak tak apa yang ada dalam kepala hotak berjambul puak DAP dan Tun Mahathir?

Jadi fahamlah kita apa yang Tun Mahathir kata, Selamatkan Malaysia!!!

PH MENANG, MELAYU KENA GANYANG!!!


OSMAN SAPIAN MENTERI BESAR JOHOR WAJAR LETAK JAWATAN


Dalam satu video sidang media, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kelihatan tidak mengambil berat atau hanya bersikap acuh tidak acuh sahaja akan keadaan yang berlaku di Pasir Gudang apabila berkata;
“Worst tak worst sangat, tiada kematian dan tiada juga critical case, just dia rasa muntah, dia rasa pening kepala sahaja.”

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai keperluan bagi negeri Johor untuk membuat pengisytiharan darurat disebabkan pencemaran akibat pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
Isu ini bukan mengenai besar ataupun kecil, kritikal ataupun tidak, tetapi mengenai kegagalan beliau mengawal pencemaran tersebut dari merebak.
Selain itu Osman juga seolah-olah berjenaka dan memperkecilkan penduduk terlibat apabila dipetik berkata;
“Kawasan perumahan tidak terjejas, hanya sekolah-sekolah kerana sekolah agak terdedah, rumah ditutup pintu dan sebagainya.”
“Mereka yang duduk di rumah biasanya tidak akan keluar di siang hari dan sebahagiannya pergi kerja.”

Dalam keadaan Sultan Johor sendiri murka dan meminta pihak yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan serta pencemaran ini ditangani dengan segera, kenyataan Osman hanya memburukkan keadaan.
Tindakan beliau mungkin bertujuan untuk mengelakkan panik dalam kalangan masyarakat namun tidak sewajarnya beliau memberi penjelasan kurang tepat dalam keadaan ahli keluarga masih bersedih serta pihak keselamatan sendiri masih bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Sebagai rekod, sehingga kini, berbelas-belas pelajar disahkan kritikal dan Osman wajar membetulkan kenyataan beliau serta belajar untuk menghormati perasaan ahli keluarga dan penduduk yang terlibat.
Walaupun tidak perlu kepada pengisytiharan darurat kerana tiada sebarang kematian direkodkan, namun beliau sepatutnya mengambil tindakan pantas membendung pencemaran tersebut daripada memburuk dan tersebar kepada radius yang lebih besar.
Apatah lagi di sebalik kecuaian dan kelewatan pihak kerajaan negeri menangani pencemaran ini atas alasan kos yang tinggi, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Adakah rakyat Pasir Gudang patut menanggung akibat daripada kegagalan seorang Menteri Besar seperti Osman Sapian yang gagal mengesan dan menyelesaikan masalah dengan segera?
Beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan membuat keputusan yang terbaik sehingga mengakibatkan berlakunya gelombang kedua dan ketiga, yang sepatutnya lebih awal dapat ditangani.
Justeru Osman patut malu dan meletakkan jawatan untuk diisi oleh mereka yang lebih rasional, yang tidak akan berkompromi dan sanggup berkorban demi kesihatan dan keselamatan rakyat walaupun terpaksa melibatkan kos yang tinggi.

Wednesday, 13 March 2019

TALIBANKAH MALAYSIA DI BAWAH UMNO-PAS?

Malaysia akan jadi negara Afganistan di bawah Taliban jika UMNO dan PAS memerintah negara? Ini satu retorik menarik dari mulut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang turut dikongsi Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Howard Lee.
Di era lima tahun Taliban menguasai Afghanistan (1996-2001), wanita diwajibkan memakai burkha yang menutup semua kulit tubuh termasuk wajah, lelaki dewasa dikehendaki menyimpan janggut, budak perempuan berusia 10 tahun ke atas tidak dibenarkan ke sekolah dan hukuman potong tangan di kalayak ramai terhadap pencuri.
Taliban juga dituduh oleh Amerika Syarikat bersekongkol dengan Osama bin Laden menghantar bom pesawat bagi meranapkan World Trade Centre (WTC) di New York dalam tragedi 11 September 2001.
Pemerintahan Taliban begitu mengerikan. Rakyat Afghanistan hidup dalam ketakutan akibat diselubungi peperangan dan terperangkap dengan gerakan tentera militan.
Sebaik berlaku peristiwa 11 September, rakyat negara itu digegarkan dengan peluru berpandu dan serangan bertali arus dari tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sehingga membawa kejatuhan kerajaan Taliban. Ribuan rakyat Afghanistan terkorban. Menakutkan bukan?
Itulah ketakutan yang cuba ditanam dan disemai oleh Kor Ming dan sekutu-sekutu DAPnya terhadap rakyat, terutamanya di kalangan bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
Ideologi politik rasis melalui pendekatan menakut-nakutkan rakyat, terutamanya kaum Cina, terhadap pemerintahan Melayu-Islam di Malaysia sudah menjadi satu ketagihan buat DAP sejak turun temurun. Malah itulah senjata ampuh DAP yang membolehkan parti chauvinis berkenaan mendapat sokongan majoriti besar kaum Cina di negara ini.
Samalah dengan sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang baru-baru ini menghamburkan kenyataan bahawa kerjasama UMNO dan PAS merupakan satu pengisytiharan ‘perang’ terhadap orang bukan Melayu.
Niatnya untuk menimbulkan rasa ketakutan yang amat sangat di kalangan orang bukan Melayu terhadap perpaduan Melayu-Islam melalui pengisytiharan kerjasama UMNO dan PAS.
Dalam tempoh 62 tahun UMNO memerintah negara melalui komponen Parti Perikatan kemudiannya Barisan Nasional (BN), pernahkah Kor Ming melihat semua wanita, termasuk bukan Melayu, memakai burkha sebagai pakaian yang diwajibkan oleh kerajaan ketika membeli belah di pasaraya seperti berlaku di Afghanistan ketika era Taliban?
Dalam era pertama PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun (1959-1977), pernahkah Kor Ming melihat semua lelaki dewasa di negeri itu menyimpan janggut atas arahan kerajaan, termasuk lelaki bukan Melayu, sebagaimana Afganistan di era Taliban?
Dalam tempoh kedua PAS memerintah Kelantan selama 29 tahun sejak 1990 hingga kini, pernahkah Kor Ming mendengar semua perempuan berusia 10 tahun ke atas, termasuk bukan Melayu, dilarang ke sekolah atas arahan kerajaan seperti Afghanistan di bawah Taliban?
Dalam kedua-dua pemerintahan Kerajaan UMNO-BN dan PAS, pernahkah Kor Ming mendengar ada pencuri yang dipotong tangan di khalayak ramai sebagaimana kerajaan Taliban lakukan di Afghanistan?
Itulah gambaran ngeri kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang cuba dicanangkan oleh Nga Kor Meng dan sekutu DAPnya terhadap bukan Melayu apabila mengaitkan Malaysia sebagai Afghanistan di bawah Taliban.
Hakikatnya UMNO dan PAS sentiasa bertoleransi terhadap bukan Melayu dalam pendekatan pentadbirannya selama ini. Tidak ada satu pun patung agama Buddha yang dimusnahkan, termasuk di Kelantan, sepertimana kerajaan Taliban memusnahkan dua patung Buddha yang dipahat di tebing Bamiyan pada Mac 2001.
Tidak ada satu sekolah aliran Cina atau Tamil di Malaysia yang ditutup di bawah pemerintahan UMNO-BN dan PAS, sedangkan sekolah seumpamanya bukan sahaja tidak pernah wujud di Afghanistan, malah di negara seluruh dunia termasuk Singapura, kecuali di Negara China dan India itu sendiri.
Malahan Bangunan Komtar di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir DAP sejak sekian lama, tetap berdiri megah, tidak seperti WTC di New York ranap ke bumi akibat bom pesawat dikatakan berpunca dari perancangan Osama bin Laden bersama kerajaan militan Taliban di Afghanistan.
Malaysia hanya pernah melalui tempoh huru hara ketika Parti Komunis Malaya (PKM) menguasai Tanah Melayu selama 14 hari sebaik tentera Jepun menyerah kalah pada 1948.
Menurut Wikipedia, komunis Bintang Tiga menerusi gerakan-gerakan gerilanya seperti MPAJA, pertubuhan Min Yuen, MRA dan lain-lain telah melancarkan beberapa siri keganasan, rusuhan dan pergaduhan kaum, terutamanya di bahagian Selatan Tanah Melayu. Baru 14 hari berkuasa, komunis Bintang Tiga telahpun menyebabkan ribuan jiwa terkorban.
Haru biru juga terjadi pada 1969 apabila DAP merasakan bahawa parti itu sudah menguasai sepenuhnya kerajaan Malaysia selepas Pilihanraya Umum pada tahun berkenaan, sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei.
DAP sengaja berarak meraikan kemenangan ke Kampung Baru, Kuala Lumpur yang padat dengan orang Melayu dan menghamburkan kata-kata nista termasuk menghalau mereka pulang ke kampung kerana “ini KL Cina sudah punya”. Ramai jiwa terkorban akibat keangkuhan DAP.
Malaysia mungkin menjadi tanah Palestine yang diduduki rejim Israel sekiranya DAP menguasai sepenuhnya pentadbiran negara, sama seperti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.
Jangan hairan jika seluruh penempatan Melayu di Putrajaya dan Shah Alam diambil alih dan dikuasai begitu sahaja oleh puak-puak DAP, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap penempatan berdekad Palestine di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Malaysia tidak mungkin menjadi Afghanistan di bawah Taliban sekiranya UMNO-BN dan PAS berkuasa, tapi mungkin menjadi Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis di bawah Israel jika DAP membolot kuasa.
Sewajarnya rakyat tanpa mengira kaum dan agama mengisytiharkan perang terhadap politik rasis DAP, demi kesejahteraan sebuah negara majmuk bernama Malaysia. Elakkan Malaysia menjadi negara Yahudi di bawah DAP.