Thursday 30 August 2018

MAHATHIR SEORANG YANG TERDESAK DAN HAIWAN POLITIK YANG TIDAK BERHATI-HATI, SEORANG YANG BANKRAP IDEA

Tunku Abdul Aziz
Adalah menjadi jelas dalam masa yang singkat perubahan dasar ekonomi Mahathir yang tidak menentu menggantikan persekitaran yang mesra-perniagaan dan kestabilan yang teratur yang merupakan masa depan untuk berniaga di negara di bawah BN, Malaysia kelihatan dengan tidak dapat diubah lagi telah menuju ke arah kemusnahan diri sendiri.
Keadaan sudah tentu tidak boleh dibantu oleh balas dendam yang tidak waras dan sikap ke anak-anakan oleh kepimpinannya. Mahathir ialah seorang yang terdesak dan haiwan politik yang tidak berhati-hati, seorang yang bangkrap idea untuk membawa negara ini ke hadapan dan menyertai negara maju berpendapatan tinggi selaras yang telah dimulakan melalui perdagangan dan diplomasi ekonomik Najib. Model Mahathir berhubung dengan China telah mengubah rupa tanah yang subur untuk faedah perniagaan yang saling menjadikan usaha sama berfaedah kepada perniagaan yang merugikan Malaysia.
Menyediakan negara atas potensi ke arah sengketa yang dashyat dengan China mungkin akan memuaskan ego besar beliau, tetapi adakah Mahathir benar-benar kisah nasib rakyat negara perdagangan kita ini? Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang telah mengenakan tekanan kepada negara-negara untuk menjauhi China, akan merasa berterima kasih kepada gelagat Mahathir tetapi apakah beliau fikir jika menjauhi AS itu akan menjadi faedah kepada rakyat Malaysia tanpa menjual roh kita kepada jelmaan hantu, iaitu AS hari ini?
Mahathir, anda telah menjadi musuh kepada negara ini dalam pemikiran satu hala untuk mengejar satu pemikiran yang menghantui agenda peribadi anda dengan alasan kebencian dan balas dendam. Sebagai rakan karib anda, George Soros, yang pada satu ketika merupakan musuh ketat anda dan ‘punching bag’ yang satu ketika  pernah dikatakan dalam satu mesyuarat di Hong Kong, bahawa anda telah menjadi libaliti kepada negara anda sendiri. Hanya kecaman ke atas diri anda itu sahaja yang relevan. Anda, dalam satu perkataan, adalah IRRELEVANT.

Wednesday 29 August 2018

SIKAP KONFRANTASI: CHINA BERI AMARAN KEPADA MAHATHIR.


(Today Online) – Malaysia tidak seharusnya membuat kenyataan yang boleh membuat rakyat China marah atau menghantui mereka sekiranya serius mahu menjalin hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kukuh, kata media tabloid harian milik kerajaan China Global Times pada hari Rabu (Ogos 29).
Dalam satu rencana pengarang, media tabloid dimiliki oleh sebuah kumpulan akhbar terbesar China menyatakan bahawa kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tentang Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) telah menyentuh perasaan rakyat China dan telah membentuk sentimen negatif terhadap Malaysia.
Dr Mahathir telah mendakwa taman perindustrian, yang telah didirikan pada tahun  2012, telah diasingkan dengan dinding daripada penduduk tempatan, dan menyifatkan bahawa syarikat China di dalamnya tidak beroperasi di dalam mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
Kenyataan beliau, di mana telah memberi isyarat bahawa projek yang disokong China mencabar kedaulatan Malaysia, adalah salahdan bercanggah dengan pendiriannya mengalukan pelaburan China di Malaysia, kata lidah pengarang tersebut.
The Global Times menyatakan bahawa pelabur China tidak mempunyai niat langsung untuk menghakis kedaulatan Malaysia”
“The MCKIP telah ditubuhkan oleh promosi bersama oleh dua kerajaan. Adalah mustahil pihak berkuasa China untuk menguatkuasa sebarang undang-undang di sana. Keseluruhan taman perindustrian dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan fungsinya juga di bawah undang-undang Malaysia.”
Mereka menambah bahawa sekiranya MCKIP didapati janggal dengan kepentingan penduduk tempatan, Putrajaya harus menyelesaikannya melalui koordinasi , “disebalik membandingkannya kepada isu kedaulatan, di mana mungkin akan memburukkan lagi keadaan kepada pertikaian”.
“Malaysia perlu diingatkan bahawa banyak perkataan daripada Kuala Lumpur boleh disebarkan ke China melalui internet, menyebabkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat awam di China,” kata mereka.
Perlu diambil perhatian bahawa sentimen awam memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan kerjasama di antara dua negara.
Bagaimana masyarakat awam China melihat kerjasama China-Malaysia tidak bermakna ia tidak berkaitan dengan kepentingan Malaysia.
Apabila kenyataan sedemikian didengar oleh rakyat China, akan menyakitkan hati mereka.
Mereka sudah tentu akan membuat pelabur China merasa bimbang tentang pendapat awam rakyat Malaysia, dan sama ada keadaan sedemikian akan menjejaskan pelaburan dalam negara.”
Mantan Perdana Menteri Najib Razak telah membuat ia sebagai satu keutamaan untuk menjalin hubungan dengan China, sementara  Dr Mahathir kelihatan sebagai kurang bertolak ansur. Perdana Menteri sekarang telah berkata bahawa banyak projek dengan China tidak mendatangkan pulangan kewangan yang banyak untuk  Malaysia.
Dr Mahathir telah mengarahkan beberapa projek infrastruktur dan kuasa yang disokong China untuk dibatalkan, termasuk East Coast Rail Line (ECRL).
Sementara itu, pada Ithnin lepas Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia tidak akan membenarkan orang asing untuk membeli unit kediaman di Forest City, satu pembangunan bersama oleh pemaju dari China, Country Garden Pacificview dan kerajaan negeri Johor.
Bakal pembeli, kebanyakan mereka dari China, sekarang dipercayai menimbang semula pilihan mereka.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Minister Zuraida Kamaruddin pada hari Selasa dengan tegas dan berkata tentang kommen Dr Mahathir atas pengharaman warga asing daripada membeli hartanah di Forest City masih belum dimuktamadkan lagi.
Beliau menambah bahawa satu jawtankuasa akan dibentuk untuk mengkaji dan pertimbang semula apa sahaja terma yang telah dipersetujui dahuluuntuk projek  the Forest City .
Pejabat Perdana Menteri juga telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari yang sama memberi tahu bahawa Malaysia telah mengenakan beberapa syarat ke atas warga asing terhadap pembelian hartanah.
Pembelian hartanah bagaimanapun, tidak menjamin secara automatik pemastautin tetap negara ini Dalam mengalukan pelaburan asing di Malaysia, kerajaan mengulang semula bahawa mereka mengalukan pelaburan terus asing yang menyumbang kepada pemindahan teknologi, memberi peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan mendirikan industri,” tambah jurucakap berkenaan.


PROJEK ECRL: DARI MANA GUAN ENG DAPAT KOS RM30 BILION?


29 OGOS: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendapat angka kos RM30 bilion untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Menurut Najib, sememangnya terdapat kajian bahawa kos adalah RM30 bilion namun kajian itu dilakukan pada 2009 dan bagi jajaran berbeza dan adalah bagi jarak 545km; dan ia tidak mencakupi jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang.
“Tujuh tahun kemudian apabila ECRL dianugerahkan pada 2016, tukaran matawang kita lemah dan ia melibatkan jajaran dengan jarak 688km termasuk segmen bagi Pelabuhan Klang.
“Saya perlu tanya soalan ini kepada Menteri Kewangan, dari mana beliau mendapat angka itu, berapa kilometer bagi nilai RM30 bilion itu dan unjuran kos itu diperolehi dari tahun bila?
“Adakah kos RM30 bilion yang sering disebut PH ialah berdasarkan laporan tahun 2009 ini yang banyak berbeza dengan projek kos RM55 billion 7 tahun kemudian?,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan PH yang tetap bertegas bahawa kos sebenar projek ECRL adalah RM30 bilion dan mereka menuduh kos RM55 bilion adalah terlalu mahal dan sengaja dinaikkan.
Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, Kerajaan PH tidak sepatutnya menggunakan angka kos projek pada tahun 2009 dengan dakwaan yang mereka sendiri tak berupaya membuktikannya dengan sokongan fakta.
Ujarnya lagi, berdasarkan kepada masa, peningkatan kos selain perubahan kepada spesifikasi, projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) juga melonjak dari RM27 bilion kepada RM50 bilion bagi tempoh yang sama termasuk lebuhraya Lebuh Raya Pan Island Link (PIL-1) yang kosnya RM9 bilion untuk 19.5km iaitu RM462 juta/km.
“Jika kos meningkat bermakna rasuah dan salahlaku, biarpun ia adalah kerana masa berbeza dan spesifikasi, adakah ini bermakna projek PTMP juga ada unsur rasuah?
“Pada kos RM55 bilion untuk 688km, kos itu adalah RM79.9 juta bagi setiap kilometer. Manakala pada harga RM30 bilion, ia adalah RM43.6 juta setiap kilometer,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat syarikat tempatan yang boleh membina ECRL pada kos RM10 bilion sahaja. Bagi jarak 688km, ia bermasuk kos hanya RM14.5 juta bagi setiap kilometer.
“Adakah harga ini realistik jika dibandingkan dengan projek-projek lain? Kos projek berbeza ketara berdasarkan kepada spesifikasi terowong, jambatan dan stesen,” katanya.

MANA JANJI? ZAMAN SURAM FELDA AKAN BERULANG

KUALA LUMPUR, 29 Ogos –  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim meluahkan rasa khuatir Felda tidak lagi menjadi agenda utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini berbanding apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap warga peneroka Felda sebelum ini.
Menurutnya, Felda sangat dekat dengan pentadbiran kerajaan BN sebelum ini di mana pelbagai insentif dan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan BN terhadap peneroka Felda.
“Ini dapat kita lihat apabila Hari Peneroka disambut secara besar-besaran. Tetapi di bawah pemerintahan kerajaan hari ini, kita dapat lihat tidak ada sambutan Hari Peneroka sepertimana sebelum ini.
“Saya khuatir, bukan sahaja kerajaan hari ini tidak melunaskan janji-janji mereka terhadap peneroka Felda, tetapi Felda kini sudah tidak menjadi agenda utama kepada kerajaan hari ini.
“Perkara ini memberikan kesan yang besar kerana terdapat 112 ribu keluarga peneroka, termasuk dengan hasil yang biasa memberikan sumbangan kepada kehidupan mereka dan kepada pendapatan negara, bakal terjejas.
“Politik, politik jugalah. Tetapi jangan kita persiakan kejayaan Felda yang diiktiraf di seluruh dunia. Tidak ada di tempat lain di dalam dunia yang ada model seperti Felda ini.
“Malah banyak negara termasuk Indonesia pernah datang ke negara kita untuk melihat bagaimana kita membangunkan Felda untuk dilaksanakan di negara mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam diskusi ‘100 Hari PH Tipu’ dengan tajuk ‘Felda: Mana Janji?’ yang bersiaran secara langsung melalui medium facebook rasmi UMNO Online malam tadi.
Beliau seterusnya berharap agar Felda tidak mengalami semula zaman suram yang pernah berlaku di bawah pentadbiran Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri Keempat, di mana sektor komoditi seperti Felda tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.
“Sebab itu saya menyatakan kerisauan kerana nampaknya jalan cerita dalam pentadbiran kerajaan hari ini lebih kurang sama sepertimana pada masa pentadbiran perdana menteri yang keempat sebelum ini.
“Pada zaman pentadbiran perdana menteri keempat dulu, Felda tidak pernah mendapat bantuan kerajaan. Segala pembangunan infrastruktur di dalam Felda itu dibangunkan dengan menggunakan hasil pendapatan dari perniagaan mereka. Perkara ini mungkin ramai yang tidak tahu.
“Hanya di zaman pemerintahan Pak Lah (Tun Abdullah) dan Datuk Seri Najib, kerajaan telah memberikan Felda satu peruntukan tetap untuk pembinaan jalan raya, paip air yang mana memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membinanya. Dan banyak inisiatif-inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan BN sebelum ini untuk membantu warga peneroka Felda ini,” jelasnya.
Justeru, beliau yakin bahawa peneroka Felda boleh menilai sendiri bagaimana komitmen kerajaan BN sebelum ini untuk membantu warga peneroka Felda dengan pelbagai inisiatif yang diwujudkan, di mana hampir satu bilion diberikan kepada peneroka Felda selama lima tahun hanya bermula di dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
“Semenjak dari tahun 90-an, Felda tidak pernah menerima sebarang peruntukan atau bantuan daripada kerajaan persekutuan dan peruntukan serta bantuan itu hanya mula diterima pada Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.
“Jadi, saya yakin peneroka boleh menilai, bagaimana Felda itu diangkat kembali, di mana selepas zaman kegemilangan, kemudiannya sedikit diketepikan dan hari ini, di bawah kerajaan BN sebelum ini ditingkatkan kembali nama Felda itu sendiri.
“Saya berharap agar Felda tidak melalui semula zaman suram sebelum ini kerana jika ini berlaku, maka pendapatan kepada negara akan terjejas dan apa yang lebih penting, nasib peneroka Felda itu sendiri akan turut terjejas,” tegasnya.

SENARAI SST MASIH KABUR YANG PASTI KUDA PALING ATAS DIKECUALIKAN SST

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penyenaraian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang masih kabur dan bercelaru biarpun  hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dilaksanakan bakal mengundang risiko kepada pengguna di negara ini.
Menurut beliau apabila keadaan tersebut berlaku dikhuatiri terdapat mereka yang akan mengambil kesempatan terutama peniaga yang kurang beretika dengan sengaja menaikkan harga barang sedangkan keadaan adalah sebaliknya.
“Dalam laman web kastam ada yang saya lihat barang-barang yang dikecualikan. Tetapi senarai berkenaan terlalu panjang dan orang pun sukar untuk melihat satu persatu. Yang menariknya ia bermula dengan kuda… barang yang dikecualikan SST adalah bermula dengan kuda.
“Apabila kecelaruan ini berlaku maka akan ada penyalahgunaan. Kemungkinan nanti barang-barang sengaja dinaikkan sedangkan kemungkinan barang itu tidak ada SST tetapi oleh kerana senarai pengguna tidak faham dan tidak tahu inilah yang berlaku.
“Mereka dengan sengaja naikkan harga barang dan mereka kata sebab SST lah maka harga naik. Kerana itu kekaburan berkenaan perlu diselesaikan dalam sehari dua ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Berkuatkuasa 1 September ini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bagi mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pelaksanaan SST itu adalah susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lalu.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan melihat peniaga yang kurang beretika menyebabkan sesuatu barang mengalami kenaikan mahu pun penurunan.
“Mana ada harga barang yang degil. Yang degil ialah peniaga…yang degil ialah manusia. Kedegilan itu berpunca daripada etika. Kalau kita belajar ilmu perniagaan ada satu pengajian tentang etika perniagaan.  Ini agaknya kurang di Malaysia, kurang mengamalkan etika perniagaan.
“Akibat daripada itu harga yang dituduh degil itu sebenarnya berpunca daripada peniaga yang degil. Jadi kita harap perkara ini diambil kira oleh KPDNHEP mudah-mudahan rakyat tidak jadi mangsa”, ujarnya.
Tegas beliau lagi perkara itu perlu diambil perhatian serius bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa.
“Janji 100 hari 10 janji tidak ditunaikan sepenuhnya. Rakyat jadi mangsa sepuluh kali…kemudiannya penipuan-penipuan dibatal GST dan ditambah dengan SST.  Itu pun rakyat jadi mangsa. Harga kelapa sawit turun tidak naik-naik rakyat menjadi mangsa…harga getah turun tidak naik-naik rakyat jadi mangsa…bantuan musim tengkujuh, bantuan untuk nelayan, bantuan untuk pesawah rakyat jadi mangsa.
“Jadi perkara begini membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang tidak profesional, kerajaan yang sekarang ini kerajaan yang tidak ada harapan. Namanya sahaja pakatan harapan,” katanya. 

100 HARI PAKATAN HARAPAN: 100 FAKTA GAGAL

1. Harga Minyak tidak diturunkan walau satu sen sedangkan harga minyak dunia menurun
2. Satu Tol pun masih tidak dimansuhkan, malah masih tiada rancangan pemansuhan
3. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA masih tidak dihapuskan sama sekali
4. Harga ubat tidak diturunkan dengan signifikan
5. Tarif elektrik dirancang untuk dinaikkan
6. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan
7. Gaji minimum tidak serius diperkasakan
8. Tiada Inisiatif Peduli Sihat
9. Cukai SST 10% campur 6% bakal melonjakkan harga barang dan membebankan rakyat
10. Klinik komuniti ada yang ditutup
11. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’
12. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’
13. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin
14. Insurans wajib masih samar dan bakal bebankan golongan B40
15. KPDNKK perlu lebih proaktif dengan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu
16. Harga rumah perlu diturunkan dengan agresif.
17. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi
18. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian
19. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara
20. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas
21. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu dielakkan pada masa hadapan
22. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib diambil serius, tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar – strategi yang ampuh perlu dirangka segera.
23. Menteri Luar tidak perlu buka ‘kotak Pandora’ dengan menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia
24. Visi baharu Malaysia dalam ASEAN dan OIC perlu dibentangkan, setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu
25. Menteri MITI perlu cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma tunggu dan lihat, tidak proaktif
26. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan diulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air.
27. Isu pengisytiharan Israel negara ‘Bangsa Yahudi’ tidak dihadapi dengan agresif oleh kerajaan – sekadar mengeluarkan kenyataan mengkritik
28. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’
29. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT
30. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput untuk sesi penerangan oleh mana-mana Menteri sama sekali. Golongan LGBT sebaliknya lebih disantuni Menteri.
31. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah
32. Menteri perlu segera memohon maaf apabila ter’celupar’ seperti dalam isu tuduhan Melayu ‘Pendatang’
33. Kenyataan akhbar tidak perlu lagi diedarkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil
34. Tidak seharusnya Perdana Menteri arahkan PDRM menggunakan Bahasa Inggeris dalam taklimat
35. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro
36. Kenyataan akhbar para Menteri yang lemah dan bermasalah dari segi fokus dan penyampaian.
37. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi diulangi
38. Janji 30% wanita dalam kabinet seharusnya ditepati.
39. Pengurusan aset negara perlu dibebaskan daripada retorik politik seperti kes memburukkan Khazanah di bawah Tan Sri Azman Mokhtar – sedangkan beliau berjaya memacu Khazanah melonjakkan nilai kepada RM82 bilion sejak 2004
40. Jadikan pengajaran Khazanah hilang RM2 bilion dalam satu malam – jangan jadikan amalan memburukkan profesional dan pakar yang telah banyak menyumbang demi laba politik
41. Reformasi institusi juga terencat dengan pelantikan Tun Mahathir sendiri menjadi Pengerusi Khazanah
42. Tambah terencat dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Pengarah Khazanah – dituduh ‘kartel’ oleh calon Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Rafizi Ramli
43. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini
44. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.
45. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan
46. ‘Tarik-tali’ royalti petroleum kepada 4 negeri yang memerlukan untuk memangkin pembangunan: Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Kelatan.
47. Penoreh getah belum dibantu dengan agresif dan komprehensif.
48. Dari sudut tadbir urus pula, keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta secara terbuka
49. Sesetengah Timbalan Menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding Menteri
50. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik
51. Suruhanjaya Siasatan Diraja MARA, FELDA, Tabung Haji perlu ditubuhkan
52. Reformasi struktur MARA, FELDA, dan Tabung Haji tidak perlu dilengahkan
53. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan
54. Amalan ‘bulldozer’ di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.
55. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja
56. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM
57. Dalam sektor pendidikan pula, mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka Lara’ belum komprehensif
58. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara
59. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib dihentikan
60. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur
61. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak kelihatan
62. Tiada rancangan Revolusi Industri 4.0 Pakatan
63. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan intelektual awam.
64. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura
65. ‘U-Turn ECRL’, jejas kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China
66. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif
67. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci
68. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar
69. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China, sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik
70. Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak bercakap benar tentang pertemuan dengan pegawai Singapura untuk rudingkan HSR
71. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’
72. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud
73. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi
74. DAP Pulau Pinang teruskan projek PIL-1 di sebalik bantahan penduduk
75. Tiada perkembangan jelas kes Banglo Lim Guan Eng
76. KWSP Suri Rumah agak lewat dilaksanakan
77. Tidak telus dalam mendedahkan pegawai khas Menteri untuk berurusan dengan rakyat
78. Menteri dan Timbalan Menteri yang kurang wibawa – portfolio yang tidak padan dengan taraf pendidikan
79. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja
80. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?
81. RM2-3 juta sebulan untuk selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi
82. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah
83. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga asing
84. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat
85. Universiti Pertanian dicadang sedangkan UPM sudah lama wujud
86. MBM dan GPMS digelar ‘Macai Politik’ sebelum Menteri menarik balik kenyataan sedemikian
87. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum dirundingkan secara komprehensif
88. Kontroversi Pelantikan Ketua Hakim Negara perlu dielakkan – mengulangi persepsi campur tangan Mahathirisme dalam badan kehakiman
89. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat
90. Lantik MB Selangor (Azmin Ali) jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi
91. Menteri Kewangan perlu berhenti bekerja seperti detektif semata-mata
92. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, bekerjalah dengan kreatif untuk buktikan kerajaan Pakatan mampu penuhi manifesto meskipun dalam keadaan yang mencabar.
93. Berhenti salahkan kerajaan terdahulu, fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya).
94. Tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan ‘keselamatan makanan negara’ (Food Security).
95. Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai
96. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China, hinggakan China membeli sawit Indonesia secara tanpa had, dengan Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih ‘klise’
97. Pelan pengangkutan awam bandar dan luar bandar Pakatan juga tenggelam dek projek kereta nasional ketiga
98. Pelaburan asing masih perlu untuk ditingkatkan.
99. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan.
100. Amalan ‘umum dulu, kaji kemudian’, ‘tuduh dulu, siasat kemudian’, dan ‘provok dulu, mohon maaf kemudian’ amat menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat.
Semoga segala kritikan diterima positif untuk penambahbaikan kerajaan. Kita tidak ingin negara kita menjadi negara lemah (Weak state). Kita tidak sanggup melihat negara kita menjadi negara bacul (Pariah state). Dan kita pastinya tidak reda negara kita menjadi negara gagal (Failed State).