Sunday 12 August 2018

ISU KAPAL EQUQNIMITY: MAHATHIR SEORANG PEMBOHONG BESAR


Semasa melawat kapal mewah yang disita Equanimity, Mahathir menyatakan bahawa kerajaan perlu menjual kapal mewah tersebut kerana tidak mahu menanggung kos penyelengaraannya.
Seterusnya, beliau berkata bahawa kapal itu dipecayai dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mahathir juga mendakwa, kapal yang dipercayai milik Jho Low yang dianggarkan bernilai RM1 bilion sebelum ini kini berharga sehingga RM600 juta.
“Kita ada semua dokumen dan melayakkan kita jual kapal ini. Dia beli kapal dengan duit yang dicuri daripada kita, sekarang kita akan jual kapal ini untuk dapatkan semula duit yang dicuri itu.

Berdasarkan kenyataan Tun Mahathir di atas berikut adalah respon daripada jurucakap pemilik sebenar kapal mewah tersebut iaitu Equanimity (Cayman) Ltd pada 10 Ogos 2018:
Sebagaiman yang kami sedar, dalam sebarang keadaan,penyitaan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak diselaraskan dengan DOJ Amerika Syarikat (AS), tetapi disebaliknya telah dilakukan bertentangan kepada DOJ AS, di mana kami telah berulang-ulang meminta bahawa Equanimity harus dikembalikan kepada kawasan di bawah naungan AS dan ia telah dinyatakan kepada mahkamah AS, dan hanya dengan itu, mereka akan mampu menjalankan peranan sebagai kustodian yang sewajarnya terhadap kapal mewah itu dan memelihara nilainya. Kenyataan kami itu telah diterima oleh Mahkamah [AS] dengan bersetuju atas permintaan kami dengan mengizinkan DOJ AS sebagai kustodian kepada kapal mewah itu.   
Bagaimanapun, mahkamah Indonesian mengeluarkan perintah pada 17 April, 2018 bahawa kapal mewah itu dikembalikan kepada Equanimity (Cayman) Ltd. – pemilik yang sah – tidak menyerahkan kepada orang lain. Berikutan perintah itu Polis Nasional Indonesia (INP) mengakui ia sebagai “tanggungjawab perundangan…INP harus mematuhi perintah Mahkamah Daerah Jakarta Selatan dengan serta merta mengembalikan  Equanimity kepada pemiliknya,” dan degan itu, “menurut fakta yang didedahkan dalam pendengaran mahkamah, boleh dirumuskan melalui pendengaran mahkamah, ia diputuskan bahawa pemilik sebenar Equanimity mengikut undang-undangialah  Equanimity (Cayman) Ltd. dan tiada kaitan antara kapal mewah  Equanimity dengan 1Malaysian Development Berhad (1 MDB).”
Kerajaan  Malaysia tidak indah semua ini dan mengambil alih aset itu dalam melanggar terus keputusan mahkamah Indonesia yang sedia ada dan arahan mahkamah AS. Ini rupanya sebab mengapa lebih sedozen polis Indonesia dan pegawai Malaysia menaiki kapal tersebut minggu lepas tanpa notis awal dan memaksa kapal itu terus belayar ke Malaysia. Mungkin, sekiranya mereka telah berkerjasama dengan DOJ AS atau berniat untuk mematuhi salah satu daripada perintah mahkamah   berkenaan dalam memberi kesan,, ini mungkin tidak menjadi keperluan bagi mereka.
Banyak punca dalam media utama telah melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah campur tangan secara peribadi dengan Presiden Indonesia melalui panggilan talipon secara peribadi, dengan itu telah menyuntik politik ke dalam prosiding undang-undang bagi dua negara yang berdaulat itu .   
Walaupun prosiding mahkamah Indonesian dan mahkamah AS membawa kepada keputusan yang bercanggah tentang status kapal mewah itu, tetapi kedua-dua prosiding sekurang-kuranya terbuka dan telus, dengan Equanimity (Cayman) Ltd. Kami telah diberi peluang yang adil untuk mempersembahkan kedudukan dan hujahanMalangnya, perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk apa sahaja tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk menyita kapal mewah tersebut.

Daripada kenyataan Tun Mahathir dan respon daripada pemilik kapal tersebut Equanmity (Cayman) Ltd seperti di atas adalah jelas bahawa selain sebagai seorang pembohong tegar, beliau juga seorang yang tidak mengamalkan kedaulatan undang-undang atau ‘Rules of Law’.

Dalam dua kenyataan beliau itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak yakin apa yang beliau katakan.

Pertama, beliau menyatakan bahawa “kapal itu dipercayai dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perkataan ‘dipercayai’ menunjukkan beliau tidak yakin apa yang beliau katakan bahawa kapal itu dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB.
Kedua, beliau menyatakan bahawa “kapal yang dipercayai milik Jho Low yang dianggarkan bernilai RM1 bilion sebelum ini kini berharga sehingga RM600 juta. Di sini juga perkataan ‘dipercayai’ telah menunjukkan bahawa beliau tidak yakin apa yang beliau katakan yang kapal itu dimiliki oleh Jho Low.
Kesimpulannya beliau sendiri telah menunjukkan ketidak yakinan dirinya bahawa kapal itu dibeli menggunakan wang milik 1MDB dan ia dimiliki oleh Jho Low.
Lazimnya dari kontek sikologi, seseorang yang tidak yakin dengan apa yang dikatakan menunjukkan bahawa dia cuba untuk berbohong. Kerana dia sendiri tidak tahu apa yang beliau dikatakan memandangkan beliau sendiri ketiadaan fakta serta bukti yang sahih tentang apa yang beliau dikatakan..
Ketiga, Tun Mahathir menyatakan bahawa kononnya mereka ada dokumen dan melayakkan kapal mewah itu dijual. .
Tetapi menurut salah seorang peguam yang mewakili 1MDB dan Kerajaan Malaysia, bernama Jeremy M. Joseph bahawa ia akan menggambil masa sehingga sembilan bulan untuk mengenal pasti pemilik asal kapal yang bernilai RM 1 bilion tersebut.
Menurut seorang lagi peguam yang mewakili 1MDB bernama S. Sitpah berkata bahawa tempoh masa untuk kapal itu berlabuh di Terminal Bousted Cruise Centre, Pelabuhan Kelang, tidak dapat dipastikan kerana perkara itu bergantung kepada siasatan.
Jelas di sini menunjukkan Tun Mahathir seorang pembohong besar kerana menyatakan kononnya kapal mewah itu sudah ada dokumen untuk dikenalpasti pemiliknya lantaran itu boleh terus dilelong.
Namun ia tidak semudah itu apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Andaikata, katakanlah pemilik kapal mewah telah dikenal pasti, satu lagi proses penyiasatan harus dilaksanakan, iaitu membuktikan adakah benar kononnya kapal itu dibeli dengan wang yang kononnya dicuri daripada 1MDB.
Oleh itu, rakyat harus bijaksana dan jangan terus dibohongi oleh Tun Mahathir yang terdesak untuk mengalih atau memesongkan perhatian rakyat atas kegagalan beliau menunaikan manifesto pra PRU-14. Ini kerana itulah pendekatan beliau menipu rakyat dari dahulu terutama anak muda yang tidak mengenali beliau semasa PRU-14 lalu terus mengundi Pakatan Harapan.
Akhir sekali sekiranya betul Mahathir benar-benar boleh menjual kapal mewah tersebut sebelum dapat membuktikan siapa dia pemiliknya dan sebelum dapat membuktikan wang pembelian kapal tersebut merupakan wang dicuri dari 1MDB, maka bolehlah kita anggap Tun Mahathir sebagai ‘Ketua Lanun Malaysia Baru’ dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai ‘Timbalan Ketua Lanun Malaysia Baru’ kerana mereka amat terdesak untuk mendapatkan wang dengan penjualan kapal mewah itu walaupun ia belum dapat dibuktikan pemiliknya dan sama ada benar kapal itu dibeli kononnya dengan menggunakan wang 1MDB yang dicuri.



No comments:

Post a Comment