Thursday 27 September 2018

NGO BERHIMPUN BANTAH PENYALAHGUNAAN AMLATFA


27 SEPT: Satu perhimpunan membantah penyalahgunaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menekan musuh-musuh politiknya telah diadakan malam tadi di luar perkarangan Istana Negara.
Perhimpunan tersebut disertai sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Presiden Pemantau Malaysia Baharu (Pemantau), Datuk Lokman Noor Adam yang mengetuai perhimpunan itu berkata, beberapa pemimpin UMNO telah disiasat di bawah akta tersebut kerana didakwa menerima sumbangan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, katanya, ada pemimpin yang diugut sama ada keluar daripada UMNO ataupun didakwa di mahkamah.
“AMLATFA ini seolah-olah dipergunakan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri keempat satu ketika dahulu.
“Itu sebab kita merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja-raja Melayu supaya campur tangan dalam menghentikan penyalahgunaan AMLATFA untuk menekan musuh-musuh politik PH,” katanya.

“SAYA TIDAK AKAN DIGARI, BERBAJU LOKAP JIKA KELUAR UMNO MINGGU LEPAS”


27 SEPT: Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa beliau mungkin tidak akan berbaju lokap dan bergari sekiranya meninggalkan UMNO minggu lepas.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau yang dibuat oleh pentadbir media sosial Ahli Parlimen Baling itu, Abdul Azeez menyifatkan penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan.
Dalam hantaran itu, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, beliau tidak akan sekali-kali meninggalkan perjuangan UMNO dan berdiri teguh bersama parti tersebut walaupun terpaksa ke penjara.
“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan. Jika saya telah keluar dari UMNO minggu lepas, anda tidak akan lihat saya begini (berbaju lokap SPRM dan bergari) hari ini.
“Namun walau apa pun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang, hatta ke penjara sekalipun saya tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat UMNO ini,” kata Abdul Azeez.
Abdul Azeez, abangnya dan sepupu ditahan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Putarjaya.
Ketiga-tiga mereka tiba pada pukul 10.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan digari.
Abdul Azeez ditahan di Ibu pejabat SPRM pukul 11.15 pagi kelmarin ketika hadir untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya berkenaan.
Abang Abdul Azeez merangkap Pengurus Besar sebuah syarikat pengurusan hartanah ditahan pada pukul 11.30 pagi pada hari yang sama di Sungai Buloh, Selangor manakala sepupu mereka yang memegang jawatan sebagai Pengarah Syarikat ditahan pada pukul 5.30 petang di Ibu pejabat SPRM.
Difahamkan, ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan dalam pelbagai kes rasuah termasuk projek Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

PPBM NEGERI SEMBILAN DIBUBARKAN !!!!!!!


27 SEPT: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan PPBM Negeri Sembilan dibubarkan kerana mempunyai banyak masalah.
“Kita guna pakai keputusan bubar PPBM yang telah tertubuh awal untuk Negeri Sembilan kerana kita ada banyak masalah.
“Jadi (jabatan pendaftar pertubuhan) ROS bagi nasihat untuk bubar dan lantik semula pimpinan di peringkat negeri,” kata Muhyiddin selaku presiden parti itu pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM, hari ini.
Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri dan bertanggungjawab terhadap jabatan pendaftar pertubuhan berkata, Tan Sri Rais Yatim akan mengetuai penubuhan baru PPBM di Negeri Sembilan.
Ketika ditanya apa masalah yang dihadapi PPBM kawasan itu, Muhyiddin berkata: “Kita berhadapan banyak masalah, ada yang buat laporan polis, buat sidang media… saya tak nak ulas panjang,” katanya.
Rais dilantik sebagai ketua badan pimpinan PPBM Negeri Sembilan yang diberi tanggungjawap untuk merombak dan menstruktur semula badan kepemimpinan parti itu pada peringkat akar umbi pada Selasa minggu lalu.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, yang juga timbalan menteri komunikasi dan multimedia, dilantik sebagai timbalannya.
Kepincangan pada kepemimpinan PPBM Negeri Sembilan terdedah apabila Penyelaras PPBM Bahagian Port Dickson, Ramli Awang, mengeluarkan kenyataan melarang dua pemimpin PKR berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, baru-baru ini.
Beliau memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid supaya tidak berkempen di kawasan itu kerana kesal mereka kerap menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan itu kemudian dibalas oleh Ketua Pendaftar PPBM negeri, Datuk Mohamad Zin Mustapa, yang tidak bersetuju dengan tindakan Ramli, malah mendakwa jawatannya sudah terlucut kerana memohon menjadi ahli PKR.
Ramli yang mendakwa masih memegang jawatan itu, bagaimanapun mempertahankan tindakannya dan bersedia dikenakan tindakan oleh pihak atasan parti, jika beliau didapati melakukan kesalahan.

NAJIB BIDAS GUAN ENG: PH MAHU RAKYAT BERKORBAN EKORAN MENUKAR DASAR EKONOMI YANG LEBIH TERUK - IBARAT BODOH SOMBONG


27 SEPT: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas “rengekan” Lim Guan Eng yang mendakwa beliau mungkin akan diingati sebagai Menteri Kewangan paling tak popular dalam sejarah kerana tidak mempunyai buah tangan untuk diberikan kepada rakyat.
Menurut Najib, kerajaan PH menggunakan alasan hutang telah mencecah RM1 trilion sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu tetapi ramai ahli-ahli ekonomi termasuk Moody’s telah mempertikai kaedah mengira hutang dibuat PH.
“Sebagai contoh, apabila Guan Eng menperincikan bagaimana hutang sudah menjadi RM1 trilion dia telah memberitahu bahawa RM201.4 bilion dari RM1 trilion ini ialah kerana kerajaan perlu membayar kos sewa dan kos penyelenggaraan.
“Siapa antara saudara-saudari yang menyewa rumah ataupun pejabat pernah mengambil kira atau memasukkan kos sewa dan kos penyelenggaraan sebagai hutang peribadi anda?
“Masalah pokok kerajaan hari ini sebenarnya ialah akibat daripada langkah diambil mereka sendiri selepas PRU14 untuk memberi tempoh 3 bulan sifar cukai tanpa GST ataupun SST, menggantikan GST dengan SST, mengembalikan subsidi pukal dan pembatalan projek-projek secara meluas.
“Ini telah mengakibatkan kerajaan kehilangan dana sekurang-kurangnya RM40 bilion setahun tidak termasuk wang input GST yang perlu dibayar balik kerana GST tiba-tiba disifarkan dan dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada Khamis.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pembatalan projek-projek secara meluas yang dibuat kerajaan PH merupakan salah satu faktor kadar pertumbuhan ekonomi menjadi rendah.
“Jika ditambah dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan bantuan termasuk bayaran BR1M maka ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi di dalam negara akan menjunam lebih banyak lagi sehingga Malaysia mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi.
“Tetapi lebih senang untuk mereka menuding jari kepada kerajaan lama dan saya dengan cerita hutang RM1 trilion,” katanya.
Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu yakin bahawa bajet 2019 akan merupakan bajet defisit, bermakna hutang negara akan bertambah dan bukan dikurangkan.
“Guan Eng sudah memberi gambaran ini akan berlaku kerana sejak minggu lalu, beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menerbitkan lebih banyak bon kerajaan. Menerbitkan bon maksudnya meminjam wang. Dan ini adalah hutang.
“Selama 9 tahun di bawah kerajaan BN pimpinan saya, saya tidak pernah meminta rakyat untuk ‘berkorban.’
“Ekonomi semakin bertumbuh dan bantuan kepada rakyat semakin bertambah. Tiba-tiba apabila kerajaan PH mengambil alih dan mengubah polisi ekonomi Malaysia secara dasar, mereka mahu rakyat untuk bersedia berkorban,” ujarnya lagi.
Tambah Najib lagi, kerajaan PH perlu terima hakikat bahawa polisi-polisi dan langkah-langkah sendiri yang telah menukar halatuju ekonomi kepada arah yang lebih teruk dan akhirnya mahu rakyat berkorban ekoran dasar teruk itu.
“Dahulunya, kita ada Program Transformasi Negara yang begitu teratur dan berkesan.
“Kini kita ada menteri kewangan yang takut popularitinya terancam dan satu kerajaan yang minta rakyat untuk berkorban oleh kerana langkah-langkah regresif atau mundur serta bodoh mereka,” katanya.
Semalam, Guan Eng menerusi wawancara bersama MalaysiaKini berkata dia mungkin akan menjadi menteri kewangan paling tidak popular dalam sejarah negara.
“Ia akan merupakan bajet yang sangat sukar.
“Mungkin saya akan jadi menteri kewangan paling tidak popular kerana saya tidak mempunyai buah tangan untuk diberikan,” katanya.

Wednesday 26 September 2018

SO ROSMAH IS QUESTIONED, BUT SHUKRI AND ZETI GET OFF SCOT- FREE?

On the 24th of June 2018, I told a press conference that former Bank Negara Gevernor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz knew the identities of persons and companies that facilitated the transfer of RM2.6 billion into Najib’s Ambank account.


Not only did Zeti know the money was a donation from the Saudi Royal family, it was she who suggested that the money be transferred into Najib’s personal account.


The person who entered these claims into a 2015 investigation paper by the MACC was none other than Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, who, at the time, was yet to be appointed head of the anti-graft agency.


The investigation paper, put together by him, was titled “Kertas Siasatan Terhadap Najib Razak” and pertained discoveries made by the MACC into 1MDB.


Then, in a shocking turn of events, on the 3rd of July 2018, Zeti denied having any knowledge of the RM2.6 billion, meaning, the paper Shukri prepared in 2015 should immediately have become a point of contention for the GoM.



THE THIRD FORCE

Datin Seri Rosmah Mansor was called for questioning yesterday by the MACC on counts of having allegedly committed offences under the Anti-Money Laundering Act, Anti-Terrorism Financing Act and Proceeds of Unlawful Activities Act (AMLA) 2001. Following a 13 hour ordeal with invesigators from the anti-graft agency, the wife of former Malaysian premier Dato’ Seri Najib Tun Razak was seen exiting the MACC headquarters at 10.42 pm with her counsels, K Kumaraendran and Geethan Ram Vincent. The person leading the so-called “renewed investigations into 1MDB” is none other than Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, the current chief commissioner of the MACC.

Does that not reek of mala fide intent?


Everything that has to do with investigations into 1MDB or anything even remotely related to the Malaysian fund by the MACC does. The fact that Shukri is heading the anti-graft agency is itself proof that the Government of Malaysia (GoM) under Prime Minister Dr Mahathir Mohamad is committed to abusing the system of enforcement and justice to implicate Najib and Rosmah of crime.

Abusing the system of enforcement and justice?

Yes.
On the 24th of June 2018, I told a press conference (watch video below) that former Bank Negara Gevernor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz knew the identities of persons and companies that facilitated the transfer of RM2.6 billion into Najib’s Ambank account. Not only did Zeti know the money was a donation from the Saudi Royal family, it was she who suggested that the money be transferred into Najib’s personal account.


The person who entered these claims into a 2015 investigation paper by the MACC was none other than Shukri, who, at the time, was yet to be appointed head of the anti-graft agency. The investigation paper, put together by him, was titled “Kertas Siasatan Terhadap Najib Razak” and pertained discoveries made by the MACC into 1MDB. Zeti was the governor of Bank Negara at the time the said discoveries were conducted.

Three years later, following the 14th general election (GE14), the new Pakatan Harapan government under Mahathir’s leadership wasted very little time in appointing Shukri as the new head of MACC. Shukri immediately took to the media to disclose how he was “threatened, bullied and called a traitor” by persons from the Najib administration. But not only did he commit an offence by failing to report the matter to the authorities, the disclosure meant that the 2015 investigation paper he prepared may have been put together under duress.

So tell me, how could he be the one to lead the so-called “renewed investigations into 1MDB?” How could the GoM have undertaken to appoint him as MACC head when clearly, the paper he prepared in 2015 should automatically have become a point of contention for the GoM? If indeed he was “pressured” to skew discoveries in Najib’s favour, is it not logical that the paper he prepared is factually flawed? And given that he has yet to declare the paper to be flawed, is it also not possible that he lied about being “threatened and bullied” by persons from the Najib administration?

So Shukri Abdull is Mahathir’s pawn?

Of course he is!

Everything that has to do with charges preferred by the MACC against Najib and Rosmah on any count is fundamentally flawed owing to Shukri’s personal prejudice against Najib. Not only did the MACC chief fail to call Zeti in for questioning, he failed to recuse himself from investigations and resign as head of the MACC following the police reports I lodged against him and Zeti. The MACC should have been led by anyone but Shukri, a fact the Attorney-General of Malaysia, Tommy Thomas, should have pointed out to the GoM in his capacity as principal legal advisor to government. But did Tommy do anything of that sort?
No.

There is a conspiracy involving Zeti, Shukri and Tommy?

Do I still need to spell it out?

None of the reports I lodged against Zeti and Shukri were looked into by the police

Every single charge that has been brought against Najib to date has been “engineered” with mala fide intent. The MACC under Shukri is clearly prejudiced against the former premier and is bent on helping Mahathir finish him off. The fact that this is true is corroborated by a testimony Zeti gave the media on the 3rd of July 2018. On that day, the former Bank Negara Governor denied having any knowledge of the RM2.6 billion that ended in Najib’s personal bank account.


Now, not only is it impossible for the governor of a central bank not to be in the know when such colossal sums are transacted under his (or her) nose, her testimony smothered Shukri’s 2015 paper further with ambiguity given that the entry Shukri made in the paper contradicted her denial. Tommy should immediately have advised the GoM to have Shukri suspended as MACC head and put under the microscope on suspicion of having fabricated evidence. But did Tommy do anything of that sort?
No.

So perhaps we petition Tommy Thomas to do so?

Why bother?

Why bother when Tommy himself shouldn’t be the Attorney-General of Malaysia? On the 4th of September 2018, I wrote:

Yesterday, everyone was shocked.

The MACC expressed shock. Ramkarpal expressed shock. Even Lim Guan Eng expressed shock. Mahathir, who twisted the arms of judiciary back in the eighties, himself expressed ‘shock’ that Lim Kit Siang’s son was acquitted of corruption charges by the Penang High Court. But it didn’t seem to shock him one bit that the acquittal came days after Tommy Thomas displayed a strong streak of filial loyalty towards the ruling Pakatan Harapan.


Yes Tommy, the man who was appointed Attorney-General (AG) by the Yang di-Pertuan Agong on Mahathir’s advice. On the 25th of August 2018, the AG told Malaysians to manage their expectations amid the hue and cry over Pakatan’s failure to deliver on its manifesto pledges. His partiality in favour of the ruling coalition smothered his reputation further in ambiguity following the unmistakable prejudice he displayed in 2016. Back then, Tommy concluded in an article published by Malaysiakini that Najib was guilty of having taken money from 1MDB despite the case not having been tried in any court of law.


It is a wonder Mahathir found him fit to be the AG.


It is an even bigger wonder that Ramkarpal wasn’t shocked when Tommy appeared as lead prosecutor on the 4thof July 2018. On that day, Najib was produced at the Kuala Lumpur High Court by the MACC to enter his plea on corruption charges. One would have expected the ever so righteous Ramkarpal to immediately point out the element of conflict that existed in Tommy’s appearance and question the AG on his comprehension of law. But not only did the son of Karpal remain silent, so did Kit Siang, who, in the eighties and nineties, would have been the first to open his mouth and demand that the AG be sacked.


And today, it is Tommy’s Chambers that withdrew its case against Kit Siang’s son. Ramkarpal should immediately have thrown down the gauntlet and declared that “enough is enough,” that our system of justice is “crumbling like a cookie.” He should have pointed out that the AGC was smothered in ambiguity from the moment Tommy was appointed AG to the moment his Chambers withdrew the case. Instead, he trained his guns at the MACC (READ HERE) in what appeared to be a clever attempt to shift the spotlight away from the AG. Seriously, who the heck cares about the MACC?


Was it not the AGC that ultimately withdrew its case against Lim?


Need I say more?