Sunday, 9 September 2018

FAKTA DEMI FAKTA SANGKALAN KAMI REHADAP KENYATAAN DAIM. BELIAU HARUS BERI RESPON ATAU ISYTIHARKAN DIRINYA SEORANG PEMBOHONG.

The Third Force (TTF): Berikut adalah berita pengarang dipetik daripada NST atas talian (karangan asal jauh di bawah) yang telah disalin semula (tulisan berwarna biru) untuk memasukan respon oleh TTF (bertulisan merah):


NST: KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin berkata pentadbiran baru telah terkejut mendapati kedudukan kewangan kerajaan setelah menemui pegawai Bank Negara Malaysia.

TTF: Hari ‘terkejut kebangsaan’ telah berlalu, Daim.


Di mana pada 3hb September 2018, kebanyakkan pemimpin Pakatan Harapan ‘terkejut’ kerana Lim Guan Eng dibebaskan daripada tuduhan rasuah tanpa di adili dimahkamah.


Oleh itu berhentilah daripada terlalu ‘terkejut’ dan teruskan hidup ‘terkejut’ anda.


NST: Semasa sesi temu bual dengan TV3 dalam program Soal Rakyat malam semalam (5hb Sept 2018), Daim yang mengetuai Council of Eminent Persons (CEP), berkata tentang keadaan mengejutkan yang membawa isu kepada kegagalan kerajaan dalam memenuhi aku janji 100 hari.


TTF: Sebenarnya, ia merupakan satu keajaiban TV3 bercakap dengan anda.


Jawatan anda sebagai pengerusi CEP sepatutnya berakhir setelah 100 hari kerajaan Pakatan Harapan memerintah


Pada 16th of August 2018, kami menulis:


Apabila Daim Zainuddin mewakili Malaysia ke China beberapa minggu yang lepas, beliau melakukannya selaku pengerusi CEP, sebuah badan penasihat  Dr Mahathir Mohamad yang ditubuhkan untuk menasihat beliau tetang perkara berkaitan dengam ekonomi.


Bagaimanapun, rakyat Malaysia harus ambil perhatian bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak memperuntukan bahawa sebuah panel penasihat ekonomi dibentuk untuk menasihat Perdana Menteri atas perkara ekonomi.


Diikuti, bahawa Dr Mahathir Mohamad menubuhkan CEP selaku rakyat negara ini dan bukan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Hakikatnya ini adalah benar digambarkan dalam keputusan untuk menubuhkan majlis itu tanpa pertamanya memberi tahu Kabinet Malaysia, di mana, pada ketika CEP ditubuhkan, Kabinet Malaysia belum dimuktamadkan lagi.


Di bawah keadaan itu, CEP, di mana mengandungi ahli yang bukan dipilih rakyat, tidak layak mendapat faedah daripada sumber kerajaan atau dibayar gaji menggunakan wang pembayar cukai.


Bagaimanapun, apabila Daim pergi ke China, beliau pergi bagi pihak Kerajaan Malaysia dan, menurut sumber yang boleh dipercayai, beliau dapat manfaat yang amat sangat daripada sumber kerajaan dan wang pembayar cukai yang mana digunakan untuk tiket penerbangan dan mengendalikan perkara berkaitan dengan penginapan.


Dalam lain perkataan, CEP telah merompak wang yang sukar dicari oleh pembayar cukai negara.


Disebalik itu, tidak ada sebab yang mutlak untuk Daim pergi ke China, memandangkan jadual lawatan beliau melibatkan rundingan yang mencerobohi bidang kuasa Kementerian Kewangan.


Bukan sahaja Lim Guan Eng tidak ada semasa lawatan beliau itu, begitu juga  Mahathir, yang malah tidak sibuk meraikan rombongan negara asing atau sakit sehingga tidak mampu mengunjungi luar negara.


Apakah ini bermakna, adalah bahawa Mahathir mengendalikan Kerajaan Malaysia melalui satu cabal of dictatorsdan telah dengan mutlaknya tidak yakin dalam atau pandangan terhadap Kabinet Malaysia yang beliau pimpin.


Dalam lain perkataan, bukan sahaja Kabinet Malaysia di bawah pentadbiran Mahathir satu jenaka, PRU-14 tidak bermakna, bahawa orang yang melaksanakan peranan bukanlah rakyat Malaysia yang telah diundi untuk berkuasa.


Oleh itu anda lihat , adalah mengejutkan bahawa TV3 bercakap dengan anda.


Mengapa , adakah Lim Guan Eng lumpuh?


Atau beliau dijangkiti penyakit syphilis? 


NST: “Semasa kita menyediakan, kita tidak tahu keadaan yang sebenar. Setelah bertukarnya kerajaan, perkara pertama perdana menteri lakukan adalah membentuk Council of Eminent Persons.


Malam itu, kita adakan mesyuarat hingga jam 12.00 tengah malam, dan kita semua pihak termasuk Bank Negara, untuk menyemak akaun. Kita telah terkejut.


Angkanya berbeza. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya beritahu perdana menteri bahawa kita perlu melihat kedalam ini. Satu perkara buruk telah berlaku.


TTF: Angkanya berbeza ? Beza macam mana?


Bolehkah kita dapat satu bukti untuk dipamirkan ?


Kami dengan ini mencabar anda pamirkan dalam media utama yang dikatakan angka palsu yang dipamirkan oleh kerajaan BN dahulu.


Ini serius, kami merasa sakit dan letih terhadap semua aksi pembohongan media anda untuk menarik perhatian yang mana anda dan tuan anda memang pakar dalam melakukan pembohongan.


Pada 1st of September 2018kami beritahu Lim Guan Eng seperti berikut:


Semalam, semua tentang hutang negara.


Hari ini, berbalik semula kepada 1MDB.


1MDB -hutang negara – 1MDB – ia serupa menaiki roller coaster dengan Guan Eng ini.


Secara serious, kita telah berulang kali menyuruh beliau untuk mempamirkan angka, pengiraan dan bukti untuk menunjukkan bagaimana dia merumuskan bahawa hutang negara adalah melebihi RM1 trilion dan bahawa nisbah hutang-kepada-GDP ialah 80.3%.


Kita juga telah menyuruh dia untuk mempamirkan bukti untuk membuktikan dakwaannya bahawa Jho Low mempunyai tangan tersembunyi dalam urusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dengan China dan bahawa urusan itu telah dirundingkan melalui pintu belakang oleh pentadbiran Najib.


Tetapi sudahkah dia umumkan atau tunjukkan bukti tersebut?


Tidak.


Sebagai hakikatnya, malah dia tidak mampu untuk mempertahankan dakwaan oleh Moody Investors Service bahawa Kerajaan Malaysia berbohong tentang nisbah kutang-kepada-GDP ialah 80.3%.


Sehingga ke hari ini, malah dia tidak mampu untuk menyangkal dakwaan bahawa projek Trowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai berbilion tidak ada apa-apa melainkan penipuan daripada pejabat dia dahulu di Komtar untuk menutup skandal urusan tanah terbesar yang melibatkan rasuah serta ganjaran kepada kroninya dalam pelbagai persatuan Cina dan firma perunding.


Oleh itu bagaimana kita boleh mempercayai beliau?


Sama juga, bagaimana kita boleh mempercayai anda?


Mana dia bukti bahawa kerajaan BN dahulu mempamirkan angka palsu?


NST: “Sekarang kita perlu untuk mengkaji semula semua perkara – kewangan, economy and the agencies. Kita perlu tahu sama ada kit mempunyai cukup wang dalam perbendaharaan negara atau tidak,” kata Daim.


TTF: Sudah tentu anda tidak ada wang mencukupi.


Perdana Menteri anda, Dr Mahathir Mohamad, musnahkan ekonomi dan secara rahsia mendapatkan Bank Negara Malaysia menggunakan berbilion rizab asing untuk secara palsu (artificially) kononnya untuk menstabilkan ringgit.


Dia musnahkan hubungan dengan China dan menyebabkan kerajaan China menarik balik import Kelapa Sawit, durian dan sarang burung, yang berpotensi menjejaskan berjuta peladang, orang tengah, pedagang dan pemasar


Dia telah memberi paparan yang tidak tepat dan suram terhadap asas atau fundamental ekonomi negara dan keadaan ini telah menyebabkan pelabur asing menarik keluar berbilion dolar daripada pasaran dan menyebakan harga saham jatuh dengan teruknya.


Maka anda mendapatkan kroni anda untuk merebut naik saham yang telah ditinggalkan oleh pelabur asing pada harga yang teramat murah dan sekarang menggunakan rizab Bank Negara dan dana anda dan Mahathir dengan secara rahsia cuba membawa masuk ke dalam negara untuk mengapungkan harga saham untuk faedah kroni anda.


Berani kata kami berbohong?


NST: Bagaimanpun, Daim kata kerajaan telah melakukan terbaik untuk memenuhi harapan rakyat, dan antara lain, telah berjaya menghapuskan  Goods and Services Tax (GST).


TTF: Satu sebab secara praktikal Mahathir meminta sedekah daripada Presiden China Chinese President Xi Jinping untuk memberi pinjaman AS$40 bilion, ada kaitan dalam kehilangan pendapatan dihadapi oleh kerajaan kerana memansuhkan GST. Itulah kerajaan yang cerdik namanya.

NST: Beliau berkata kerajaan telah juga merancang untuk menentukan ‘pengasingan kuasa’ (seperation of power) perlu dilaksanakan.


TTF: Ah, ‘pengasingan kuasa’Sejak bila rakan dalam jenayah anda, Mahathir mempercayainya?


Hello, pernahkah anda mengikuti berita berikutnya?


Malah, fahamkah bagaimana sistem keadilan dalam negara kita ini telah hancur disebabkan cengkaman oleh rakan dalam jenayah anda, Mahathir, telah aturkan ke atas Peguam Negara, kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk polis dan SPRM?


Sekiranya anda tidak, ikuti pautan di bawah dan fahamkan kandungan terhadap semua artikel di dalamnya.


LINK 1: Our system of justice is crumbling like a cookie

LINK 2: Tommy, you’re arrogant, prejudiced, subversive and unfit to be AG. Step down.


NST: “Sekarang, walaupun kita tidak boleh memenuhi semua aku janji dalam tempoh 100 hari, kita telah lakukan terhadap GST.  Maka , kita akan bergerak ke arah pengasingan kuasa antara eksekutif (parlimen), perundangan dan kehakiman.”


TTF: Anda tidak boleh memenuhi semua aku janji sebab, sebagaimana  Mahathir sendiri akui, aku janji adalah palsu dan dicipta untuk mengelirukan rakyat.

Pada 1st of June 2018, kami menulis:


Mahathir mendakwa bahawa Pakatan Harapan memerlukan lebih masa untuk memenuhi aku janji yang digariskan dalam ‘10 janji dalam 100 hari’ manifesto  PRU-14 memandangkan “Barisan Nasional telah rosakkan negara.”


Mahathir mengatakan ini tanpa menerangkan dengan lebih lanjut fakta bagaimana Barisan berkemungkinan telah menyebabkan kemusnahan kepada ekonomi, di mana setiap rakyat Malaysia yang berfikiran benar tahu, ia telah dicetuskan oleh Pakatan Harapan daripada mula ia mengambil alih kuasa.


Kemudian, pada 16th of July 2018dia mendakwa bahawa manifesto bukanlah kitab injil (bible) yang harus diikuti dan dipatuhi secara keagamaan, bermakna, dia akui bahawa pakatan itu tidak ada niat apa sahaja untuk memenuhi aku janji  manifesto daripada mula ia dilancarkan.


Ini, sejajar dengan kenyataan terkini beliau (READ HERE), layak sebagai satu pengakuan untuk dirinya bahawa Pakatan Harapan telah sesungguhnya membuat aku janji palsu untuk menumbangkan Barisan Nasional.


Dapat tak?


NST: Daim kata atas tinjauan kembali, rakyat lebih kisah tentang isu penting yang lain disebalik aku janji yang digariskan dalam manisfesto Pakatan Harapan.


TTF: Tidak benar.


Satu seri tinjauan pendapat umum yang dilakukan di Facebook mendedahkan bahawa rakyat kecewa terhadap Pakatan Harapan kerana gagal memenuhi aku janjinya.


Hakikatnya, satu tijauan pendapat mendedahkan bahawa 97% rakyat mera


sa mangkuk tandas boleh dijadikan Perdana Menteri yang baik daripada Mahathir.


Dan ini bukan pembohongan.


NST: Dia juga mengingatkan rakyat sebahagian daripada legasi atau warisan kerajaan dahulu termasuk yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mana beliau kata telah menjadi satu batu penghalang untuk perubahan mengambil tempat di negara ini.


TTF: Warisan atau legasi mana yang dimaksudkan itu? Apakah masalahnya? Bagaimana? Mengapa?


NST: “Tetapi kesemua aku janji tidak penting kepada mereka. Rakyat hanya mahu melihat harga barang turun. Kemudian, mereka bertanya mengapa yang bersalah masih lagi bebas. Mengapa Najib masih belum dipenjarakan lagi.


TTF: Mana anda tahu aku janji tidak penting kepada rakyat? Jikalau tidak penting masakan kebanyakan rakyat kecewa dengan janji-janji anda yang gagal ditunaikan.


Malah tiada siapa risau dan kisah tentang kes Najib sebab ia hanya hukuman oleh media anda dan bukanya hukuman daripada mahkamah. Dengan sikap hasad dengki anda dan pencacai, anda gagal untuk memahami ‘rules of law’ di mana seseorang bersalah sekiranya ia didapati bersalah oleh mahkamah bicara.


Hanya satu yang telah mengapi-apikan isu 1MDB ialah anda dan pencacai anda.


Di sebalik mengurus negara ini dengan baik, semua yang kami lihat di media setiap hari ialah 1MDB ini dan 1MDB itu.


1MDB ialah 1MDB – sekiranya ada kes, bawalah ke mahkamah. Titik noktah. Dan jangan merapu dan meroyan untuk menipu rakyat.


Apa yang rakyat lebih penting ialah bagaimana ANDA akan mengurangkan kos sara hidup.


MANA DIA PENYELESAIAN UNTUK MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT??? BUKANNYA HANYA MENUDING JARI TERHADAP ORANG LAIN.


NST: “Rakyat telah lupa. Semasa Najib berkuasa, hakim dilantik oleh beliau. Kemudian Peguam Negara adalah orang beliau. Ketua SPRM adalah juga orang beliau.


Semua fail terhadapnya ditutup. Upon inquiry, the files were not there, and investigations had to be done again, and time will be needed to carry it out,” he said.


TTF: Semasa Mahathir berkuasa, adakah Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua SPRM bukan dilantik oleh Perdana Menteri sebelum dipekenan oleh Agong? Oleh itu, sekiranya mereka dilantik oleh PM, apakah bukti yang anda boleh tunjukkan bahawa mereka yang dilantik itu tidak ada sebarang agenda untuk kepentingan peribadi PM.


Tidakkah anda kaji laporan polis yang kami buat terhadap ketua SPRM, Mohd Shukri Abdull?


Tidakkah anda lihat bagaimana kami buktikan melampaui batas keraguan bahawa satu konspirasi telah wujud antara Shukri, Tommy Thomas dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk memusnahkan Najib?


Sekiranya anda belum, ikuti pautan di bawah dan belajar satu atau dua tentang bagaimana korupnya dari segi moral tentang tuan anda itu:


1. NGO wants police to investigate Zeti, Shukri and Thomas

2. [VIDEO]: Zeti, Shukri dicabar saman Raggie Jessy

3. Police report lodged against Tommy Thomas, Zeti and Shukri, press conference tomorrow

4. Government is building a Fortress of Solitude around Zeti

5. Part 2: Proof that Zeti and Ambank officials knew the identities of the RM2.6 billion donors

6. Shukri has six days to drop all charges against Najib


Cukupkah


Atau anda perlu lagi?


NST: Daim memohon rakyat untuk memberi kerajaan lebih masa untuk memperbetulkan isu yang menyusahkan negara ini..


Kita harap bahawa rakyat akan faham keadaan sebenar. Sebagai sebuah kabinet yang baru, mereka sebagai pembangkang sejak melebihi 50 tahun yang lalu. Dengan itu terdapat perbezaan untuk mereka. Mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. CEP akan membantu perdana menteri dan memberi nasihat atas keutamaan.”


TTF: Huh? Alasan lagi, sampai bila harus beri alasan? Sepatutnya, “jikalau tidak pandai menari janganlah salahkan kerana pentas tidak rata”.


Memberi lebih masa?


Mengambil kira jumlah kerosakkan yang anda semua telah lakukan dalam hanya 100+ hari, dengan lebih awal anda dijatuhka, adalah lebih baik untuk Malaysia.

Original Editorial:

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin said the new administration was shocked to discover the government’s financial situation upon a meeting with Bank Negara officials.

During an interview session with TV3’s Soal Rakyat last night, Daim who heads the Council of Eminent Persons (CEP), said the shocking state of affairs led to the government having issues in meeting its 100 days’ pledges.

“When we did the manifesto, we did not know the actual situation. After the change of government, the first thing the prime minister did was to form a Council of Eminent Persons.

“That night, we had meeting until 12am, and we called all parties including Bank Negara, to look into the accounts. We were shocked.

“The numbers were different. It had never happened before. I told the prime minister that we need to look into this. Something bad had happened.

“Now we need to review all things – finance, economy and the agencies. We need to know whether we have enough in the coffers or not,” Daim said.

However, Daim said the government did its best to meet the people’s expectations, and among others, had successfully done away with the Goods and Services Tax (GST).

He said the government was also planning to ensure the separation of powers to be put in place.
“Now, although we cannot fulfil all pledges within 100 days, we did so for GST. Then, we are moving towards the separation of powers between the executive, parliament and the judiciary.”

Daim said on hindsight, the people were more concerned about bread and butter issues instead of the other pledges outlined in Pakatan Harapan manifesto.

He also reminded the people some of the previous government’s legacy including the ones set up by former prime minister Datuk Seri Najib Razak which he said has become a stumbling block for changes to take place.

“But most of the (pledges) were not important to them. The people only want to see the price of goods go down. Later, they asked why the guilty ones are still free. Why Najib is not in jail yet.

“The people have forgotten. When Najib was in power, the judges were appointed by him. The (then) attorney-general was his man. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was his.

“All the files against him were closed. Upon inquiry, the files were not there, and investigations had to be done again, and time will be needed to carry it out,” he said.

Daim implored the people to give the government more time to rectify issues plaguing the country.
“We hope that the people will understand the actual situation. As for the new cabinet, they were the opposition over the past 50 years. So it is different for them. They need time to adapt. The CEP will assist the prime minister and advise on the priorities.”


Source: NST Online

No comments:

Post a Comment