Monday 30 September 2019

DIVIDEN LTAT 2% : PALING TERENDAH DALAM SEJARAH DI BAWAH KERAJAAN PH


Selepas 10 bulan puas mencari alasan, akhirnya LTAT terpaksa mengumumkan dividend 2% untuk tahun 2018 - iaitu paling rendah dalam sejarah.

LTAT juga tidak mengisytiharkan apa-apa bonus untuk tahun 2018.

Untuk perbandingan, purata dividen dan bonus tahunan LTAT untuk tempoh 9 tahun dari 2009 hingga 2017 adalah 14.1%.

Seperti biasa, pelbagai alasan-alasan diberi - termasuk cubaan untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu:

“Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi ini ialah penyataan semula akaun bagi tahun kewangan 2016 dan 2017, pembayaran dividen di luar kemampuan, impak terhadap keuntungan terkumpul, kesan negatif pelaksanaan Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan pembayaran dividen yang belum diterima dari anak syarikat.

Tapi apa yang mereka tidak sebut pula ialah kebanyakkan pelaburan besar LTAT telah mencatat kerugian kerana ekonomi serta pasaran saham yang semakin merosot selepas PRU14 dan juga pasaran saham negara yang bertukar menjadi paling corot dalam dunia di bawah PH.

Tak sebut pula harga saham pelaburan utama LTAT iaitu Boustead Holdings telah jatuh lebih 67% selepas PRU14 apabila ekonomi negara merosot teruk.

Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT mengalami kerugian besar sebanyak RM488 juta pada tahun 2018 berbanding keuntungan RM875 juta untuk tahun 2017 di bawah BN.

Seperti Khazanah Nasional, Boustead Holdings tidak pernah rugi selama 9 tahun semasa pemerintahan BN.

Nilai saham aset kedua terbesar LTAT iaitu Affin Bank juga jatuh 30% sejak PRU14.

Sebab-sebab utama kenapa pendapatan dan dividen LTAT lembab, PH malu hendak beri tahu pulak.

Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing atas kredibiliti kerajaan PH dengan sewenang-wenang membatalkan perjanjian projek-projek mega antarabangsa yang telah ditandatangani seperti ECRL, HSR dan lain-lain?

Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing ke atas hutang negara yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang tidak berapa cerdik, kononnya hutang negara ialah RM 1 trilion ?

Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing atas kesetabilan politik di bawah kerajaan PH dalam isu peralihan kuasa di antara PM Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang menjadi masala yang masih tidak menentu.

Sekiranya sentimen pelabur-pelabur asing itu tidak benar, maka persoalannya mengapakah mereka menarik keluar pelaburan mereka dari pasaran Malaysia. Ketika pemerintahan kerajaan BN, Indek pasaran BSKL ialah 1,896 mata dan kemudian ia terus meredum apabila kerajaan PH mengambil alih dan sekarang ia terus beredar antara lebih kurang 1,665.08 mata hingga ke 1,692.32 mata tanpa mampu mencapai ke kedudukan asal iaitu 1,896 mata. Akibatnya berlaku jumlah kerugian yang amat besar di  BSKL  lebih kurang RM 200 bilion.

Kejatuhan nilai saham di BSKL hakikat sebenarnya ada kaitan dengan kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat GLC atau syarikat milik kerajaan seperti Khazanah Nasional, Tabung Haji, FELDA, KWSP dan lain-lain. Dan terkini termasuk LTAT.

Oleh itu rakyat jangan mudah tertipu dengan propaganda pembohongan yang telah dibuat oleh kerajaan PH, bahawa kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat berkenaan kononya disebabkan oleh kegagalan tadbir urus oleh pengurusan yang lalu di bawa kerajaan BN. Ini memang sudah menjadi satu modus operandi kerajaan PH untuk menyembunyikan kegagalan diri sendiri dengan menuding jari terhadap pihak lain.

Sunday 29 September 2019

SELAIN DARIPADA PROSIDING MENGHINA MAHKAMAH, AG JUGA HARUS DIHADAPKAN KE JAWATANKUASA KAUKUS REFORMASI DAN TADBIR URUS


Selain daripada prosiding menghina mahkamah, Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memanggil Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bagi memberi penjelasan berkaitan dakwaan salah guna kuasa di dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Memandangkan Parlimen bakal bersidang bermula 7 Oktober ini maka penjelasan berkaitan kes ini perlu dibentangkan dalam Sidang Dewan.
Jika kelmarin Wanita UMNO mendesak untuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendirian terhadap Peguam Negara atas salah laku dalam mengurus kes kematian Allahyarham Adib, kini kami rakyat yang perhatin mendesak agar Anwar pula menyatakan pendirian dan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, beliau perlu memanggil Tommy untuk memberi penjelasan.
Hasil soal selidik itu nanti, ia perlu dibentangkan ke dalam Sidang Dewan agar penjelasan tersebut akan tercatat dalam Hansard Parlimen, selain itu seluruh rakyat Malaysia juga bakal dapat penjelasan yang sewajarnya.
Penjelasan itu nanti secara tidak langsung memberi ruang kepada Tommy bagi membersihkan namanya memandangkan kini banyak pihak yang merasakan beliau tidak layak menjawat jawatan sebagai Peguam Negara.
Kelmarin, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Allahyarham Adib akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.
Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.
Allahyarham Adib, yang merupakan anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu. 
Oleh itu semua rakyat tidak kira faham politik, kaum serta agama harus bangkit mendesak agar Tommy Thomas dihadapkan ke muka pengadilan kerana menghina mahkamah dan juga ke Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus agar jenayah beliau dapat dirakamkan sebagai satu iktibar kepada jenerasi dan kerajaan di masa akan datang.

KEPUTUSAN INKUES ADIB: KENYATAAN MEDIA KPN MENGELIRUKAN

Dalam satu kenyataan media bertarikh 27 Sept di TV3 dan berita yang sama dipetik oleh media Malaysia Today pada tarikh yang sama, Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa, “Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah Koroner, Shah Alam hari ini”.
Seterusnya beliau menyatakan akan mengadakan perbincangan bersama pegawainya di Bukit Aman bagi menentukan langkah seterusnya, termasuk sama ada akan memanggil semula beberapa individu yang pernah ditahan berhubung perkara itu sebelum ini.
“Sebelum ini kita telah berpuas hati bahawa tidak ada bukti untuk kita mengenakan tuduhan atas sesiapa, buktinya tidak cukup.
Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh”.
Persoalannya sekarang benarkah kes ini ‘belum disiasat dan suspek belum dikenal pasti’? Jikalau ia sudah disiasat, mengapa pula ia perlu disiasat semula untuk mengenal pasti suspek?
Sekiranya suspek belum dikenal pasti, bagi menentukan langkah seterusnya, siapa kah pula beberapa individu yang dimaksudkan yang pernah ditahan untuk dipanggil semula berhubung kes ini. Adakah mereka bukan suspek? Sebab beliau telah menyatakan suspek belum dikenal pasti.
Akhir sekali, benarkah pihak polis tidak ada bukti untuk mengenakan tuduhan atas sesiapa kerana tidak cukup bukti?
Difahamkan tidak ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak sama ada pihak polis mahu pun pihak Peguam Negara bahawa kes ini tidak cukup bukti.
Yang ada, susulan kematian terhadap mangsa, iaitu Muhammad Adib di IJN, kes ini telah diklasifikasi semula oleh pihak polis daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana  membunuh apabila berlaku kematian terhadap mangsa ketika itu.
Namun tidak ada juga sebarang kenyataan daripada Peguam Negara ketika mengarah agar inkues dibuat terhadap kes tersebut dengan memberi alasan bahawa ia tidak cukup bukti.
Kenyataan KPN bahawa kes ini tidak cukup bukti jelas menimbulkan banyak keraguan dan tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab melalui akabar Berita Harian bertarikh 18 Disember 2018.
Menurut beliau, kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
“Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu.
“Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas tidak ada mana-mana perkataan dalam kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor itu, walau pun sebagai pihak yang bertanggung jawab membuat siasatan kes ini, menyatakan bahawa kes ini tidak cukup bukti.
Begitu juga dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin dalam satu kenyataan media Astro Awani pada 27 September 2019. Dalam kenyataan media, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula suspek yang dipercayai terlibat berhubung kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Beliau juga tidak menyatakan bahawa kes ini tidak cukup bukti.
Oleh yang demikian jelas kelihatan sekali lagi, KPN sekali lagi cuba untuk menjadikan PDRM sebagai alat politik pihak penguasa.
Jika dahulu beliau mempolitikkan isu kes ‘video sek semburit’ sekarang ini sekali lagi beliau cuba untuk mempolitikkan isu pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib.


Saturday 28 September 2019

KEPUTUSAN INKUES ADIB: KENYATAAN TPM BAHAWA KES PEMBUNAHAN ALLAHYARHAM ADIB BUKAN ISU PERKAUMAN HANYA UNTUK MENUTUP KELEMAHAN KERAJAAN PH


Dalam satu kenyataan media di TV3 pada 27 September terhadap keputusan inkues terhadap pembunuhan seorang anggota bomba allahyarham Muhammad Adib Abu Kasim, TPM Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menyatakan bahawa kes itu bukanlah isu perkauman.

Kenyataan beliau itu sukar dipertahankan berdasarkan beberapa fakta yang tertentu yang membuktikan bahawa ia memang kes hasutan perkauman, tetapi cuba dinafikan untuk menyembunyikan kelemahan kerana ia melibatkan beberapa orang pemimpin PH.

Tujian artikel ini ditulis bukanlah untuk menyemarakan lagi api perkauman dalam kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib, tetapi hanya untuk mendedahkan kebenaran kepada rakyat tentang bagaimana ia boleh berlaku.

Pada peringkat permulaannya memang benar ia bukan isu perkauman, tetapi kemudiannya ia telah manipulasi oleh beberapa pemimpin-pemimpin PH dari kaum India yang tidak bertanggungjawab sehingga telah mencetuskan rusuhan perkauam.

Pada mulanya ia hanya merupakan pertikaian hak milik tapak Kuil Sri Maha Mariaman, USJ 25 diantara jawatankuasa kuil tersebut dengan pihak pemaju tanah. Difahamkan pihak pemaju telah pun membayar pampasan untuk mengambil alih tanah tersebut serta merobohkan kuil tersebut.

Malangnya isu ini telah dimanipulasikan oleh beberapa pemimimpin PH dari kaum India kebanyakkannya dari DAP, seperti Exco Kerajaan Negeri Selangor Ganabatirau, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Menteri Perpadauan, P.Waytha Moorthy dan Menteri Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jaykumar.

Mereka ini dipercayai telah mengeluarkan kenyataan menghasut kononya beberapa orang Melayu cuba menceroboh dan merobohkan kuil mereka. Kenyataan mereka inilah yang telah mengumpulkan berpuluh ribu kaum India dikuil tersebut lalu tercetusnya rusuhan.

Walaupun tidak mungkin kesemua yang hadir di kuil tersebut bersifat perkauman namun atas hasutan pemimpin-pemimpin mereka yang tidak bertanggungjawab yang bersikap perkauman itu maka terceuslah rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman.Jikalau tidak, ia sudah tentu tidak akan berlaku.

Oleh itu ada lah jelas di sini bahawa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman memang merupakan rusuhan perkauman sebab ia dihasut oleh lima orang pemimpin-pemimpin PH yang bersifat perkauman.

Kami melihat perkara yang lebih serius adalah siapakah pencetus sehingga membawa kemaraan ribuan bangsa India ke tempat kejadian di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield dan mengakibatkan rusuhan serta pergaduhan.
Justeru, kami rakyat yang perhatin atas isu tersebut telah menyimpan segala bukti-bukti dalam bentuk kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin berkenaan yang berbau hasutan perkauman pada hari sebelum berlakunya rusuhan itu hingga menghasut ribuan kaum India berkumpul dan merusuh di tempat kejadian.
Bukti-buktinya adalah seperti berikut:
1- EXCO Kerajaan Selangor, V. Ganabatirau telah bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan perkauman mendakwa kononnya orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.
2- Empat orang Menteri PH iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar telah mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan perkauman sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil tersebut pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.
Tanpa kenyataan-kenyataan tersebut di atas tidak mungkin berlakunya rusuhan kauam India di kuil tersebut yang mengorbankan seorang anggota bomba Melayu Muhammad Adib Abu Kasim.
Oleh itu, pihak berkuasa iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) harus mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap kesemua pemimpin-pemimpin PH tersebut di atas penyebab kepada rusuhan perkauaman di Kuil Sri Maha Mariamman.
Kesimpulannya kenyataan TPM Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman itu bukan merupakan rusuhan perkauaman adalah meleset. Hakikatnya beliau hanya cuba untuk menyembunyikan kelemahan kerajaan PH yang gagal menangani masalah perkauman dari kalangan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin mereka terutama dari DAP.
Akhir kata, seandainya perkara ini tidak didedakan kepada rakyat untuk difahami, dikuatiri ia akan terus berulang sekali lagi dan akan menghancurkan negara ini.

Thursday 26 September 2019

SEJARAH HITAM NEGARA, TOMMY THOMAS MENGHINA SISTEM PERUNDANGAN NEGARA

Kebenaran daripada Mahkamah Koroner Shah Alam untuk memulakan prosiding terhadap Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas telah mencatat satu sejarah hitam dalam sistem perundangan negara.

Setakat ini, tidak pernah terjadi dalam negara ini Peguam Negara di kehendaki menjawab dalam prosiding atas pertuduhan menghina mahkamah.

Peguam Negara bakal dihadapkan ke mahkamah bagi menjawab prosiding penghinaan mahkamah kerana telah mendahului mahkamah dalam memberi keputusan berkaitan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.

Ini adalah satu peristiwa besar kepada sistem perundangan negara kita. Peguam Negara sepatutnya berkecuali namun dalam kes ini Peguam Negara dilihat cuba menentukan keputusan kes dan cuba mempengaruhi hakim melalui afidavit yang dikeluarkan.

Tidak pernah berlaku Peguam Negara akan dihadapkan untuk menjawab prosiding penghinaan mahkamah. Ini amat memalukan negara kita. Kalau terjadi di negara lain Peguam Negara yang bermaruah serta mempunyai harga diri sudah pasti akan letak jawatan.

Apa yang terjadi hari ini merupakan satu kes besar dan sekiranya seseorang itu menjaga integriti dan maruah diri pastinya individu terbabit telah meletak jawatan secara terhormat.

Berkaitan dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, adalah akibat daripada tindakan Peguam Negara sewakti kes perbicaraan Allahyarham Adib yang mana Peguam Negara telah mendahului mahkamah di dalam membuat keputusan.

Dalam kes kematian Allahyarham Adib, pihak polis di peringkat awal telahpun buat kenyataan bahawa punca kematian tersebut ada unsur-unsur jenayah dan di Parlimen pun Menteri Dalam Negeri telah buat kenyataan rasmi wujudnya unsur-unsur jenayah.

Bila Adib meninggal dunia Timbalan Ketua Polis Selangor telah mengeluarkan kenyataan, bahawa ia merupakan kes cubaan membunuh pada peringkat awalnya dan akan diubah kepada membunuh. Maknanya, walau tidak diumum oleh mahkamah, tetapi dari siasatan awal polis telah mengatakan ada unsur-unsur jenayah dalam kematian Adib.

Tetapi pihak Jabatan Peguam Negara melalui ketua pendakwaan inkues telah mengeluarkan satu afidavit dan salah satunya mengatakan Adib tidak dipukul oleh sesiapapun. Ini merupakan satu tindakan yang amat serius sebab sewaktu mahkamah sedang membicarakan kes ini, Peguam Negara telah membut keputusan sendiri bila mengeluarkan satu afidavit bahawa Adib tidak dipukul. Ini dianggap oleh mahkamah satu subjudis dan satu penghinaan kepada mahkamah sebab Peguam Negara buat keputusan penghakiman pra matang sebelum hakim memutuskannya.

Persoalan kedua yang dibangkitkan pula jelas adalah berkaitan dengan pengguguran peguam Shazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaa Tempatan (KPKT), bomba dan keluarga Adib.

Memandangkan Shazlin dilihat berlainan nada dengan Peguam Negara dan ini berkemungkinan akan berlaku percanggahan antara Shazlin dan Peguam Negara sekaligus mengganggu apa yang telah mereka rancang.

Sebab itulah semasa saksi 29 dipanggil, Peguam Negara minta Shazlin digugurkan  sebagai peguam yang mewakili KPKT, bomba dan keluarag Adib atas alasan ‘konflik kepentingan’. Ini juga dilihat sebagai satu tindakan yang bertentangan hanya kerana Shazlin tidak senada dengan kehendak Peguam Negara. Kemungkinan Peguam Negara sudah tahu ke mana hendak dihalakan keputusan kes tersebut.

Justeru itu, kami nitzen yang perhatin atas keadilan mendesak agar Peguam Negara harus segera meletak jawatan, kerana beliau sememangnya tidak layak dan gagal menjadi seorang pendakwa yang berkecuali atas dasar ‘Kedaulatan Undang-undang’ dalam perlembagaan Malaysia.