Tuesday 31 March 2020

SPRM LANCARKAN SIASATAN KECURIAN RM250,000 MILIK SYED SADDIQ

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan siasatan terhadap aduan polis terhadap jumlah besar wang tunai dipercayai milik bekas seorang menteri.
SPRM kata mereka terima aduan tentang pemilikan jumlah besar wang yang meragukan dipercayai milik bekas seorang menteri sebagaimana dilaporkan di media.
Berdasarkan aduan itu, SPRM akan membuka satu kertas siasatan untuk melakukan siasatan di bawah Akta SPRM 2009,” dinyatakan dalam satu kenyataan pada hari semalam Selasa (Mac 31).
Dipercayai penyiasatan ini berhubung dengan bekas laporan polis Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kehilangan wang tunai RM250,000 dikatakan hilang daripada peti simpanan dalam rumahnya.
Beliau mendakwa bahawa tidak ada kesan peti simpanan dibuka secara paksa.
Syed Saddiq juga menafikan bahawa wang RM250,000 yang hilang dari peti simpanannya milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

SPRM TERIMA ADUAN RASUAH TERHADAP DAIM, KATA LAPORAN

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan menerima aduan tentang salah guna kuasa berkaitan dengan projek East Coast Rail Link (ECRL), Bernama melaporkan.
Media harian, Harian Metro telah sebelum ini berkata aduan adalah terhadap bekas penasihat kerajaan Daim Zainuddin, pengerusi Council of Eminent Persons dalam pentadbiran Pakatan Harapan.
Bernama memetik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata bahawa SPRM akan mengkaji aduan sebelum menjalankan siasatan lanjut. Beliau tidak mendedahkan penglibatan sebarang individu terlibat, kata laporan itu.
Saya mengesahkan bahawa SPRM pernah terima aduan tentang ECRL untuk disiasat. Bagaiman pun, kami akan kaji aduan itu dahulu.
Kami tidak boleh mendedahkan pihak yang dinamakan dalam kes ini sebab kami belum lagi mulakan siasatan,” beliau memberitahu Bernama TV hari ini.
Satu punca memberitahu Bernama TV bahawa pihak pengadu telah meminta SPRM menyiasat kenaikkan kos projek ECRL tersebut, di mana dikatakan sepatutnya  RM30 bilion, sebaliknya menjadi RM44 bilion.
Punca maklumat, dalam merujuk kepada satu laporan media, berkata projek ECRL, di mana telah dibatalkan pada bulan Januari 2019, bermula semula pada bulan April tahun berkenaan setelah kerajaan yakin untuk memulakan semula projek berkenaan dengan China Communication Construction Company (CCCC) Ltd pada kos RM44 bilion melalui Pakej Rancangan Baru ECRL.
Menurut punca maklumat, mendakwa bahawa rancangan baru kosnya sepatut RM30 bilion memandangkan beberapa perkara telah dikurangkan, antaranya pembatalan lima stesen sepanjang laluan Gombak-Klang.
Ini bermakna rancangan baru ECRL adalah RM14 bilion lebih mahal disebalik pengurangan banyak perkara,” kata beliau.
Projek ECRL bermula semula setelah perjanjian tambahan telah ditandatangani oleh  Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan CCCC pada bulan April 12, 2019, di mana kelihatan kos projek dikurangkan RM21.5 bilion daripada kos asal RM65.5 bilion dan jajaran baru dipendekkan 40km dari 688km menjadi 648km.
Jajaran baru ialah Kota Baru, Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi /Kajang, Putrajaya dan Port Klang. Projek asal ECRL menghubungkan Port Klang di Selangor ke Pengkalan Kuborn di Kelantan.
Daim, sekutu kuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah ditugaskan oleh pentadbiran yang lepas untuk merundingkan semula projek ECRL dengan China, yang menjuruskan kos projek dikurangkan dari RM65.5 bilion ke RM44 bilion berikutan dengan beberapa perubahan daripada rancangan asal.

ZURIDA DIBIDAS KERANA MENGENAKAN PAKAIAN HAZMAT SEMASA LATIHAN ‘NYAH CEMAR’

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan masanya untuk mencari publisiti murahan, kata Ahli Parlimen Johor Baru Akmal Nasrullah Md Nasir.
Akmal, tujukan kepada bekas rakan partinya Zuraida Kamaruddin, membidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kerana mengenkan pakaian putih Peralatan Perlindungan Peribadi (PPP) yang lengkap semasa latihan nyah cemar.
Dalam masa yang genting ini, menteri tidak seharusnya buang masa dan mengumpul orang ramai untuk melancarkan acara tersebut dengan gimik.
Beliau seharusnya mengelakkan lagak tarik perhataian supaya PPP (pakaian) beliau dan pegawai boleh digunakan untuk mereka di barisan hadapan (frontliners),” kata Akmal.
Akmal telah merujuk kepada penyertaan Zuraida pada hari Isnin (Mac 30) dalam satu latihan nyah cemar diadakan oleh kementeriannya di Petaling Jaya.
Akmal kata penyertaan Zuraida dalam latihan nyah cemar menyumbang kepada isu kekurangan PPP seluruh negara.
Menteri itu, yang tidak terlibat sebagai barisan hadapan (frontliner), akan juga menyebabkan pembaziran sumber di hospital kerajaan, di mana sedang menghadapi kekurangan PPP.
Hakikatnya, malah sebahagian pegawai terpaksa menggunakan beg plastik sebagai PPP untuk menjalankan tugas mereka,” kata Akmal dalam satu kenyataan pada hari Selasa (Mac 31).
Akmal juga berkata penyertaan Zuraida menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja, memandangkan pegawai diperlukan untuk mematuhi kepada bebrapa protokol kerajaan untuk acara kementerian.

Monday 30 March 2020

COVID-19 : CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG, KESAN DARI TINDAKAN DRASTIK DAN PROAKTIF KERAJAAN HARI INI

Corona virus atau dinamakan COVID-19 kini sudah mewabak ke seluruh dunia dan menjadi krisis global.
Di negara kita, sehingga semalam 150 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah positif COVID-19 ini 2,470 kes.
CPRC (Crisis Preparedness and Response Centre) Kebangsaan melaporkan, daripada jumlah 2,470 kes, negara kita telah mencatat 34 kematian, 73 kes positif dirawat di ICU dan 52 kes perlu bantuan pernafasan.
Apakah seseorang yang dijangkiti COVID-19 ini tiada harapan langsung? Nanti dulu. Jangan panik.
CPRC juga melaporkan bahawa dalam tempoh 24 jam lalu, 68 kes telah pulih dan discaj. Jumlah mereka yang pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad kini berjumlah 388 kes.
Sehingga kini, pelbagai usaha positif telah dilakukan oleh pihak yang berautoriti dalam negara kita untuk menangani wabak ini.
Malah, dua hari lalu kerajaan juga sudah mengumumkan beberapa pakej bantuan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat PKP.
Ketua Pengarah Kesihatan, dua hari lalu memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia untuk menguji keberkesanan ubat merawat pesakit COVID-19 yang dikenali sebagai Remdesivir.
Ubat itu yang dihasilkan Gilead Sciences, dikatakan berjaya merawat pesakit pertama di AS yang dijangkiti COVID-19.
Sementara itu, JP Morgan sebuah bank pelaburan di Amerika Syarikat, turut memuji strategi dan cara Malaysia mengendalikan krisis COVID-19 ini yang disifatkan sebagai antara yang terbaik di ASEAN dan beberapa negara Eropah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu telah melaksanakan kemampuannya membuat saringan 16,000 ujian sampel berbandingan hanya 6,000 saja sehari sebelum ini.
Jadi, kita sebenarnya mempunyai “cahaya di hujung terowong” untuk mengekang wabak ini sekali gus menghapuskannya.
Kita juga memuji kepekaan dan keprihatinan seperti UMNO dan sayap-sayap partinya, pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang turun padang menyatakan sokongan moral kepada barisan hadapan negara di samping membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Di Kubang Pasu, Kedah kita Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Pasu memberikan sumbangan makanan kepada petugas-petugas bilik gerakan dan COVID-19 Pusat Kesihatan Daerah di Kubang Pasu.
Kita juga turut memberikan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas-petugas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Jitra yang bertugas siang malam memastikan PKP ini dipatuhi.
Turut tidak dilupakan ialah golongan fakir miskin di dalam kawasan Kubang Pasu yang telah kita bantu pada kadar keupayaan dan kemampuan kita di sana.
Sebagai rakyat, kita terus memberi kerjasama dengan duduk di rumah, duduk diam-diam. Insya-Allah dengan keupayaan dan kemampuan yang negara kita ada dan dengan ikhtiar, doa dan tawakal kita, wabak ini pasti akan berlalu.