Wednesday 25 March 2020

‘KEBODOHAN’ SERTA ‘KEBEBALAN’ PEMIMPIN PH KRITIK USAHA KERAJAAN PN TANGANI COVID-19, IBARAT MELUDAH KE LANGIT TERTEPEK BATANG HIDUNG SENDIRI

Sikap lantang pemimpin Pakatan Harapan (PH) mempertikai usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani wabak COVID-19, hanya menonjolkan kebodohan serta kebebalan mereka.
Jika PH jujur berfikir maslahat rakyat, sudah tentu parti itu telah mengambil langkah tepat ketika berada di posisi kerajaan, sewaktu COVID-19 mula di kesan di negara ini pada bulan Januari 2020. Tetapi malangnya dasar kerajaan PH ketika itu bukan sahaja tidak mengambil langkah drastik menangani pandemik (penularan wabak global) malah terus membenarkan warga China melawat negara ini. Memandangkan pandemik ini bermula di wilayah Wuhan di negara China, dengan membenarkan pelancong negara tersebut berduyun-duyun melawat negara ini tanpa visa, dilihat sebagai satu dasar yang bodoh serta bebal yang diamalkan oleh kerajaan PH ketika itu.
Memandangkan di peringkat antarabangsa banyak negara-negara lain, bukan sahaja menghalang kemasukan rakyat negara China sahaja, malah telah menyekat kemasukkan lain-lain rakyat asing. Sebagai contoh, kerajaan Arab Saudi telah menyekat rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah dari memasuki negara mereka.  
Sikap berpuas hati atau ‘complacency’ acuh tak acuh kerajaan PH bukan sahaja tidak melakukan tindakan drastik, seperti yang dilakuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini, malah ia sudah terbukti melalui tajuk berita dalam kenyataan media yang negatif oleh pemimpin mereka seperti berikut :
1. (Berita Harian, 22 Januari 2020)- Jangan diskriminasi pelancong Cina - Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi

2. (Bernama, 25 January 2020) - Koronavirus : Tiada rancangan halang kemasukan rakyat Cina buat masa ini - Tun M.

3. (Bernama, 26 January 2020) - Coronavirus: Situation in Malaysia not critical at this moment - Dr Mahathir.

4. (The Star, 29 January 2010) - Dr M: Closing mosques and touris sites is not govt policy. (Punca utama mengapa mangsa yang teramai terdiri daripada kalangan jemaah Tabliq)

5. (The Star, 21 February 2020)- Covid-19: No need for blanket ban on Chinese visitors,says DPM.

Dasar negatif sikap sambil lewa kerajaan PH ketika itu, yang jadi mangsa ialah rakyat, di mana kesannya setakat ini (25 Mac 2029), seramai 1,796 orang positif COVID-19 di mana 45 orang daripadanyaberada di pusat rawatan kecemasan (ICU), di antaranya 34 orang daripada mereka perlu diberi bantuan pernapasan dan setakat ini telah mengorbankan 19 orang.

Dengan itu, adalah tidak wajar pemimpin-pemimpin PH mengkritik serta menghina segala usaha yang telah dilakasanakan oleh kerajaan PN sekarang, yang merupakan legasi kelemahan peninggalan kerajaan PH yang sibuk dalam rebutan kuasa ketika itu dan tidak ada masa di ruangkan untuk kepentingan rakyat.

Tindak-tanduk PH – yang tumbang selepas 22 bulan memerintah – jelas dilihat cuba menyembunyikan kelemahan diri mereka dengan mencipta isu terhadap kerajaan PN sekarang untuk tujuan menghasut rakyat.
Apa yang mereka lakukan sekarang, sebenarnya telah menjadikan lebih ramai rakyat benci kepada mereka. Kami yakin di PRU akan datang mereka akan kalah teruk. Mereka mungkin tidak sedar.
Tetapi, percayalah jika mereka tidak mengubah sikap dan pendekatan mereka akan terkubur teruk dalam PRU akan datang.
Rakyat sudah muak dan berasa tidak perlu kepada ahli politik yang telah ternyata gagal mentadbir negara selama 22 bulan dan masih bersikap seperti orang gila talak atau meroyan ketika menjadi pembangkang.
Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan pemimpin PH dan penyokongnya mengkritik cara kerajaan PN menangani wabak pandemik, yang kini sudah mencecah lebih 1,796 orang mangsa dan 19 kes kematian di Malaysia.
Bahkan, ada di antara mereka yang memperlekeh kebolehan Menteri Kesihatan dan mencadangkan supaya mengembalikan bekas menteri dari PH, Datuk Dr Dzulkifli Ahmad ke jawatan berkenaan.
Tetapi mereka lupa atas kelemahan Menteri Kesihatan kerajaan PH ketika itulah yang merupakan akumulatif jumlah mangsa pandemik COVID-19 yang di tanggung oleh kerajaan PN hari ini higga mencecah 1,796 mangsa dan 19 kematian.  
Menyelar pelbagai idea tidak masuk akal daripada PH, kami berpendapat, jika parti itu jujur mahu menyelamatkan negara, sudah tentu Ahli Parlimennya turun padang menyampaikan apa sahaja bantuan kepada masyarakat pengundi di kawasan mereka. Bukan hanya mengkritik, tetapi tidak menyelesaikan masalah.
Sebahagian daripada kawasaan ‘hotspot’ kes wabak adalah di tempat Parlimen PH. Begitu juga sebahagian kawasan yang masih degil tidak mahu duduk diam di rumah juga berada di kawasan Parlimen mereka.
Sepatutnya paling kurang mereka menumpukan usaha ke arah yang boleh meringankan beban pihak keselamatan dan petugas dengan menjaga kawasan Parlimen masing-masing dan jangan ‘cakap tak serupa bikin’. Dan ‘jangan meludah ke langit, nanti tertepek ke batang hidung sendiri’.









No comments:

Post a Comment