Friday 20 March 2020

TUN M, ANDA KALAH, TERIMA KENYATAAN! MASA ANDA SUDAH BERAKHIR, TINGGALKAN POLITIK

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ke 7, negara dan lain-lain pemimpin dunia menjadi girang. Negara sekeliling dunia tiba-tiba melihat kebangkitan seorang “penyelamat” yang missinya untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrats, pencuri dan perasuah yang telah merosakkan atau mereputkan (gangren) negara.
Dia telah dihimpun dengan pelbagai anugerah penghormatan dan mengeliling dunia untuk mengutuk mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia bercakap besar bagaiman dia mencipta sejarah kembali semula dari persaraan memandangkan tiada siapa berkebolehan memimpin negara dan bahawa Pakatan Harapan yang dia pimpin adalah jawapan terakhir untuk rakyat Malaysia.
Sebelum itu dia mentadbir negara selama 22 tahun dan selang 15 tahun selepas itu, dia kembali berpolitik bersama PKR, DAP, Bersatu dan Amanah yang merupakan kenangan yang manis untuk dilupakan.
Tetapi pertaruhan dia kali ini tidak menjadi. Pertama, dia telah melantik segrombolan menteri yang terlalu bersemangatMereka secara praktikal terburu-buru dan membuat dasar demi dasar yang hanya berkesan dalam dunia korporat yang teguh dan teruji. Dasar yang keras dan cukai baru yang diimplementasikan dibuat tanpa rundingan bersama.
Menteri-menteri Mahathir, tidak berpengalaman dalam perkhidmatan awam seperti mana yang diperkatakan, dilihat dan dirasai sebagai ‘gung-ho’ dan autokratik; yang menghampiri keangkuhan dan kejahilan.
Kedua, Mahathir dan pasukanya hanya terlalu obsess dalam menuduh segalanya dan semuanya ke atas Najib bagi setiap satu kekurangan yang melanda negara. Daripada kewangan hinggalah ke perkhidmatan awam. Mereka tergila-gila dan asyik dengan kebebalan kepada idea bahawa selagi mereka terus mengacau Najib dan UMNO, rakyat Malaysia terus menyokong mereka walaupun apa yang mereka lakukan.
Terus terang, Mahathir dan keseluruhan Pakatan Harapan telah banyak menghina terhadap Najib dan itu sebenarnya telah memperkukuhkan Najib dan UMNO, atau Barisan Nasional.
Sama ada Najib didapati bersalah atau tidak atas semua jenayah yang didakwa, itu atas mahkamah undang-undang untuk buat keputusan. Dan kami mengulangi, ini bukan untuk mempertahankan Najib. Tetapi satu sahaja yang kita harus selalu ingat bahawa Mahathir harus tidak melampaui nasibnya membelasah Najib.
Dan hari ini Mahathir sekali lagi menggunakan faktor Najib
Wahai Mahathir ! Hanya katakanlah bawa anda tidak mampu menguruskan negara dengan satu pasukan yang dikumpulkan hanya untuk menjustifikasi mereka bersetuju yang anda menjadi perdana menteri selepas PRU 14 yang lepas.
Sekarang ia bukan lagi tentang Najib atau UMNO. Ia hanya sebab Mahathir tidak boleh menghadam bahawa masa dia sudah berakhir dalam politik.
Legasi peningalan Mahathir dalam bidang ekonomi semasa memimpin Pakatan Harapan amat mendukacitakan. Ia itu ekonomi yang musnah di mana telah membebankan kerajaan baru Perikatan Nasional yang ambil alih pemerintah sekarang.
Terkini, tentang bencana wabak COVID-19 juga merupakan satu lagi legasi negatif peninggalan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir. Kegagalan mereka menangani wabak ini di peringkat awal tiga bulan yang lepas mengakibatkan ia menjadi serius sukar dibendung sekarang, di mana telah mengakibatkan dua orang  terbunuh (setakat ini) dan 898 orang (823 orang sedang dirawat dan 75 sudah sembuh). Jumlah keseluruhan mangasa 900 orang dan mungkin meningkat.
Ya, Mahathir cipta sejarah. Sejarah Perdana Menteri berkhidmat terpanjang dan terpendek yang telah negara perolehi setakat ini, ia itu terpanjang 22 tahun dan terpendek 22 bulan.
Akhir sekali disarankan agar Mahathir mengambil 9% bonus kerana telah berkhidmat dengan kerajaan dan bersara dengan elok dari politik, agar menjadi negarawan yang dihormati rakyat dan bukan yang dihina.





No comments:

Post a Comment