Wednesday 11 March 2020

CHAUVINISME DAP HANYA MELEMAHKAN KUASA MASYARAKAT CINA SERTA MEROSAKKAN PERPADUAN

Sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP memegang tampuk pimpinan negara, mereka sebenarnya gagal menyumbang ‘apa-apa’ yang signifikan kepada negara dan juga kepada kaum Cina khususnya. PH hanya meninggalkan kegagalan serta kemusnahan ekonomi dan sosial terutama terhadap perpaduan rakyat.
Kesan daripada kegagalan tersebut, kaum Cina yang sebelum ini memberikan sokongan padu kepada DAP dilihat semakin menjauhkan diri kerana kecewa dengan parti itu.
Apakah sebenarnya perjuangan DAP?  Ketika berkuasa, mereka hanya rakus menjual aset-aset negara demi kepentingan mereka, tiada usaha pun dilakukan demi penyatuan rakyat. Selain itu, DAP berterusan mendesak Perdana Menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada kuda tunggangannya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi DAP, Anwar adalah kuda tunggangan serta ‘boneka’ yang boleh digunakan parti berkenaan untuk menjayakan agenda Malaysian Malaysia yang selama ini diperjuangkan oleh parti berkenaan. Sebab itulah, demi menjayakan agenda mereka, DAP bukan sahaja memperalatkan orang Melayu malah berlawan secara terus dengan MCA dan GERAKAN dalam pilihan raya umum (PRU).
Kesan akibat daripada perbuatan DAP itu akhirnya melemahkan kuasa komuniti Cina itu sendiri di negara ini.
Buktinya dapat dilihat sendiri dalam kabinet baharu Perikatan Nasional (PN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin, boleh dikatakan, kabinet baharu itu adalah kabinet ‘Melayu Bumiputra’ kerana diwakili oleh majoriti Melayu.
Strategi digunakan DAP adalah rakus dan tidak berperikemanusiaan dan ia hanya melemahkan lagi komuniti Cina di negara ini. Kerajaan memerlukan wakil Cina yang kuat dalam pentadbiran kerajaan, tetapi hari ini apa sudah jadi? Salah siapa keadaan ini berlaku?
Situasi yang berlaku akibat kerakusan DAP ini adalah sesuatu yang tidak mapan untuk jangka panjang dan hanya merugikan masyarakat Cina. Chauvinisme dalam kalangan pemimpin tertinggi DAP hanya merosakkan perpaduan rakyat dan menimbulkan keresahan rakyat.
Sehingga kini, wajah DAP masih tidak berubah, politik perkauman sentiasa dimainkan oleh mereka dan akan berterusan.
Bagi DAP, kesejahteraan hidup rakyat bukanlah perkara yang wajib diberi keutamaan. Agenda mereka iaitu Malaysian Malaysia adalah keutamaan terbesar dalam perjuangan mereka, biar pun berapa harga yang perlu dibayar.
Kini, sudah banyak dalam kalangan kaum Cina yang mula berfikir kembali, adakah sikap begini baik dalam jangka panjang untuk Malaysia. Adakah politik ala kiasu (tamak kuasa) DAP ini boleh menjaga kepentingan dan kemakmuran kaum Cina dan India untuk jangka panjang?
Kami yakin, walaupun kerajaan baharu pimpinan Perikatan Nasional (PN) majoritinya Melayu tapi ia tidak akan meminggirkan rakyat pelbagai kaum di negara ini, agenda bangsa pasti terus menjadi keutamaan demi keharmonian negara. 

No comments:

Post a Comment