Friday 28 February 2020

MEMBAZIRKAH KOS PRU 15 RM 500 JUTA, BERBANDING RM 87 BILION DI JARAH KERAJAAN PH ?

Akhir-akhir ini timbul persoalan oleh pihak tertentu bahawa membazirkah kos RM500 juta untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) berbanding RM87 billion aset rakyat yang telah dijarah sepanjang kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa.
Bidasan kami ialah, penjarahan kerajaan PH itu hanya dalam tempoh 18 bulan dan berapa billion lagikah yang mungkin akan dijarah oleh kerajaan PH yang dikuasai DAP melalui Kementerian Kewangannya yang dikuasai oleh Lim Guan Eng untuk tiga tahun akan datang sehingga tempoh penggal berakhir.
Kami rasa tak mungkin hanya menjimatkan RM500 juta kita mengorbankan RM87 billion dan mungkin lebih kerana masih ada tiga tahun lagi sebelum PRU 15.
Hakikatnya krisis politik ini yang berlaku sekarang diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin PH termasuklah Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) selaku Perdana Menteri telah menyebabkan ekonomi negara tambah merudum. Bursa Malaysia mengalami kejatuhan indeks paling teruk dalam sejarahnya hanya dalam tempoh sehari ketika krisis ini bermula.
Persoalan sekarang, adakah kerugian RM42 billion akibat krisis ini bukan satu pembaziran berbanding RM500 juta untuk mengadakan PRU?
Dengan itu kami ingin mengulas mengenai pandangan beberapa pihak yang berkata mengadakan PRU hanya membazirkan wang rakyat dan sebaiknya diserahkan kepada kesemua Ahli Parlimen menentukan kemelut perebutan jawatan perdana menteri.
Tambahan lagi, krisis politik ketika ini berlaku angkara kecelaruan pemimpin-pemimpin PH merebut jawatan PM.
Inilah hakikat sebenar Malaysia Baru yang mereka sering canangkan. Malaysia Baru yang menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit daripada segala segi, keputusan-keputusan separa matang menteri-menteri kabinet yang ada kalanya melucukan, situasi politik yang tidak stabil akibat perebutan jawatan perdana menteri antara Mahathir dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim-Presiden PKR) dan pelbagai faktor kelemahan kerajaan PH.
Dalam situasi celaru dan tidak menentu inilah sewajarnya kuasa memilih kerajaan diserahkan kembali kepada rakyat melalui PRU. Biarlah rakyat mencorakkan kembali kerajaan, setelah PH gagal memikul amanah sejak 9 Mei 2018, hanya untuk tempoh 18 bulan, bukan 61 tahun.
Kami berpendapat, jika diteruskan dengan idea mahu membentuk kerajaan minoriti, adalah bila-bila masa sahaja kerajaan tersebut boleh dijatuhkan di Dewan Rakyat.
Hikatnya kerajaan minoriti bukan jalan penyelesaian kerana ia akan menimbulkan masalah lain, terutama dalam meluluskan bajet perbelanjaan kerajaan. Untuk meluluskan bajet sekurang perlu mendapatkan sokongan majoriti mudah iaitu sekurang-kuarangnya sokongan dari 112 ahli dewan. Sebagai contoh , sekiranya kerajaan minoriti yang dipilih hanya mempunyai  92 kerusi majoriti, macam mana mereka hendak berfungsi untuk mentadbirkan negara? Jawabnya kerap kali kerajaan akan menghadapi masalah kewangan untuk mentadbir rakyat.
Pada masa yang sama, ketika itu akan berlaku lagi krisis fasa seterusnya iaitu sentimen keyakinan pelabur oleh sebab kerajaan yang tidak kukuh . Berapa billion pula kerugian yang akan berlaku di Bursa Malaysia ketika itu? Akhirnya kembali juga kepada rakyat untuk memilih, yang sepatutnya boleh diadakan selepas krisis pertama.
Kerajaan minoriti yang lemah dijangkakan tidak kekal lama akan menguna segala waktu yang ada untuk menjarah wang dan aset rakyat kerana mereka sedar tempoh hayat pemerintahan mereka tidak lam, seperti yang berlaku terhadap kerajaan PH sebelum ini bahawa mereka hanya akan mampu menjadi kerajaan sepenggal.
Jika 18 bulan RM87 bilion aset dijual kepada kroni, berapa pula jumlahya untuk tempoh yang tidak menentu itu (tiga tahun sebelum PRU 15)? Tambahan lagi jika menteri terbabit berada di kedudukan yang sama sebagaiman dahulu.
Kami berpendapat, PRU ketika tidak wujud ‘caretaker government’ sudah pasti lebih menjimatkan wang rakyat.
Tiada orang politik yang berjawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik atau ‘macai-macai’ mereka yang akan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen.
Tidak ada lagi pengumuman janji palsu projek juta-jutaan malah berbillion untuk meraih undi. Gelanggang lebih adil dan terbuka, jika parlimen dibubarkan.
Justeru itu, semua pihak perlu menyerahkannya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.
Segalanya sudah di tangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Orang politik dan rakyat jelata sewajarnya menjunjung duli di atas batu jemala. Daulat Tuanku !!!!


Tuesday 25 February 2020

‘UNITY GOVERNMENT’ TAJAAN MAHATHIR ADALAH ANCAMAN KEPADA KUASA RAKYAT YANG AKAN MENJURUS KEPADA PEMERINTAHAN KUKU BESI - AGONG WAJAR MENYERAHKAN BALIK KUASA KEPADA RAKYAT

UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional sepatutnya  memberi sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baru ‘Perikatan Nasional’ selepas runtuhnya Pakatan Harapan (PH).
Ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia, tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat.
Syaratnya ialah kerajaan baru ini tidak melibatkan DAP namun memandangkan syarat ini tidak dapat dipenuhi, malangnya usaha pembentukan kerajaan baru ‘Perikatan Nasional’ tidak dapat diteruskan lagi seperti dijanjikan Tun Mahathir.
Namun Tun Mahathir yang telah meletakan jawatan sebagai PM Malaysia dan Pengerusi partinya PPBM. Beliau telah membuat satu pusingan ‘U’ untuk kembali semula berkuasa dengan mencadangkan sebuah kerajaan ‘Unity Government’.
Pusingan ‘U’ ini  berlaku ekoran setelah beliau mendapat sokongan daripada GPS dan juga pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan Amanah seperti Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Mat sabu.
.Berasaskan kepada kemungkinan untuk membentuk satu kerajaan ‘unity’ dan jika ia benar berlaku maka secara prinsipnya  banyak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan iaitu apa-apa perkiraan membentuk kerajaan mestilah atas dasar parti dan bukannya individu.
Ini kerana dalam cadangan pembentukan ‘Unity Government’ itu dikatakan dibentuk dengan bakal perdana menteri memilih individu-individu dan bukannya parti bagi membentuk  kabinet. Maka ini bermakna bercanggah dengan amalan demokrasi dimana kabinet yang dibentuk kerajaan haruslah berdasrkan keputsan parti yang mewakili rakyat dan bukan keputusan individu.
Yang anihnya ‘Unity Government’ ini tidak dinyatakan sama ada mempunyai blok pembangkang untuk tujuan ‘check and balance’ apa yang dilakukan oleh kerajaan.
JiJika begini adalah wajar kuasa perlu dikembalikan kepada rakyat… kembalikan hak rakyat bagi menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan kerana dalam demokrasi kuasa di tangan rakyat bukan ditangan individu.
Selain itu krisis politik yang sedang melanda negara ini sekarang juga perlu dihentikan.
Cukuplah krisis ini, cukuplah cerita ‘back door’ ‘front door’… rumah yang hendak dimasuk sama ada pintu depan atau belakang sudah runtuh dan musnah … sampai bila mahu berlanjutan begini?.
Apa yang terjadi ini adalah kerana pemimpin PH yang berebut kuasa namun sayangnya UMNO dan PAS pula yang dipersalahkan. Isu ini jelas menunjukkan pemimpin PH yang berebut kuasa. Oleh itu UMNO dan PAS tidak wajar dipersalahkan.
Tapi mereka salahkan orang lain… salahkan UMNO dan PAS,” seperti menegakkan benang yang basah untuk menutup kelemahan sendiri.
Seterusnya semua pemimpin-pemimpin BN,UMNO, PAS dan PBRS telah sebulat suara menyatakan pendapat mereka bahawa mereka tidak boleh bersekongkol menyertai kerajaan Unity Government’ sekiranya ia melibatkan DAP, mereka sebulat suara mengambil pendirian tidak akan menyertai kerajaan itu.
Semua pemimpin-pemimpin yang menentang pemimpin-pemimpin Mufakat Nasional serta PBRS telah memberi pendapat mereka mengapa kuasa harus dikembalikan semula kepada rakyat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan telah berkata negara hari ini berdepan dengan kegawatan ekonomi, politik serta soal tekanan serta keresahan yang dihadapi oleh rakyat.
Menurut beliau oleh kerana negara sekarang ini gawat, ekonomi, politik, sosial tekanan dan keamanan dan sebagainya, keresahan rakyat… ‘the best option’ yang ada yang mana kuasa ini hanya ada kepada YDP Agong ialah membubarkan parlimen.
Dan beliau bersedia untuk jelaskan perkara ini kepada rakyatdengan penyerahan semula kepada rakyat, biarlah rakyat pula pilih siapa yang boleh memimpin mereka. Inilah yang kita nak nyatakan dengan jelas. Ini adalah pendirian bersama Mufakat Nasional,” tambahnya.
Manakala  Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula menyatakan bahawa Majlis Presiden MCA telah bermesyuarat lebih awal lagi dan parti itu  telah meluluskan satu resolusi iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menyelesaikan kemelut ini iaitu ‘bubarkan Parlimen’.
Menurut beliau, apa jua kecacatan dan keruntuhan ialah disebabkan oleh mereka sendiri dan mereka sendiri yang menyebabkan  perkara ini berlaku sehingga kerajaan PH runtuh dan akhirnya yang mencipta kemelut ini adalah PH.
Seterusnya menurut beliau, MCA mendukung penuh, mereka akan berdepan dengan rakyat, biarlah rakyat menilai prestasi PH selama 22 bulan ini. Kembalikan kuasa kepada rakyat dan satu saja iaitu menubuhkan satu kerajaan yang kukuh, kuat untuk negara, memulihkan  ekonomi…itulah perkara  yang diutamakan.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan pula turut menjelaskan bahawa parti itu akan  menyerahkan kuasa kepada rakyat.
Menurut beliau, memilih sesebuah kerajaan untuk memerintah atau memimpin  adalah hak rakyat.  Tiada mana-mana individu atau organisasi boleh merampas hak rakyat, maka MIC berpendapat  bahawa memandangkan satu pilihan yang dibuat pada PRU 14 telah gagal maka kita perlu kembalikan kepada hak rakyat melalui  Pilihanraya.
Sementara itu Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup  merasa kecewa dengan prestasi kerajaan PH yang mentadbir negara selama 22 bulan.
Beliau kecewa dengan kegagalan kerajaan PH  mentadbir negara ini dengan baik dan… tidak sampai separuh penggal.
Akhir sekali menurut beliau bahawa Tun Mahathir  telah melakukan perkara yang baik dengan meletakkan jawatan dalam kerajaan PH yang telah runtuh. Maka negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini wajarlah untuk kita serahkan semula kuasa memilih ini kepada rakyat  dan PBRS akan memegang pada prinsip demokrasi ini,” tegasnya 

Saturday 22 February 2020

[VIDEO] SIDANG MEDIA MAJLIS PRESIDEN PH YANG MENGHAMPAKAN ANWAR YANG TERLALU YAKIN MENJADI PM KE 8.


BERKAT SOKONGAN UMNO, PAS, PKR, DAP DAN PAN, TUN MAHATHIR DAPAT KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI SEHINGGA BELIAU BERSEDIA MELEPASKAN JAWATAN (TIDAK TAHU BILA) MUNGKIN  SELEPAS APEX 2023?.  TIADA KEPUTUSAN MENENDANG KELUAR DAP DIBUAT, HANYA PENDAKWAAN TERHADAP PENGGANAS LTTE DAP TIDAK AKAN DITERUSKAN DAN KEMUNGKINAN BESAR MEREKA AKAN TERLEPAS DARI HUKUM  PENJARA. OLEH ITU USAHA SERTA KERJA KERAS PDRM CAWANGAN ANTI PENGGANAS SEBELUM INI MERUPAKAN SATU TUGAS YANG SIA-SIA KERANA KERAJAAN PH SEKARANG MERUPAKAN KERAJAAN PRO PENGGANAS LTTE. OLEH ITU APA KHABAR PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG GHAIRAH UNTUK BERKERJASAMA DENGAN ATOK KONONNYA BELIAU AKAN KETEPIKAN DAP APABILA KERJASAMA TERLAKSANA KELAK. PUAS HATI TAK PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG TERLIBAT?

Thursday 20 February 2020

ADAKAH TABUNG HAJI DIKHIANATI KERAJAAN PH YANG ANTI ISLAM ATAU DISELEWENG OLEH KERAJAAN BN ?

Kemelut yang melanda Tabung Haji (TH) hari ini bukan berpunca dari penyelewengan, curi duit atau pelaburan palsu seperti yang cuba digambarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
2. Keuntungan Bersih TH semasa pemerintahan kerajan BN pada 2017 ialah RM3,412 juta, RM2,486 juta (2016), RM3,536 juta (2015), RM2,979 juta (2014).
3. Manakala Hibah yang dibayar menggunakan peruntukan sejumlah RM3,324 juta (2017), RM2,871 (2016), RM3,220 juta (2015) dan RM3,237 juta (2014). Terlebih bayar hibah berbanding keuntungan pada 2014 dan 2016 telah di offset dengan pengurangan hibah pada 2015 dan 2017.
4. Justeru adalah sangat tidak benar dakwaan seorang ekonomis populis tajaan PH yang pergi memberi tahu orang kampung bahawa TH di bawah BN beroperasi seperti sistem Pak Man Telo atau skim piramid; yang menggunakan wang pelabur bagi membayar dividen.
5. TH adalah satu institusi pelaburan besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit setahun. Ia tidak sama langsung dengan skim Pak Man Telo atau mana-mana skim Piramid seperti cuba digambarkan oleh ekonomis songsang ini. Skim Piramid tidak mempunyai pelaburan luar yang mampan dan mencatatkan keuntungan.
6. Kemelut TH bukan sebab Azeez Rahim curi duit atau berlaku penyelewengan berbilion ringgit. TH menjadi kontroversi kerana PH memerlukan naratif politik yang jahat bahawa kononnya UMNO lah pengkhianat institusi Melayu dan Islam itu.
7. Apabila PH menjadi kerajaan, orang Melayu/Islam tidak mempercayai mereka dan melihat PH sebagai ikatan politik yang didominasi oleh DAP yang anti Islam.
8. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana 70% orang Melayu tidak mengundi PH. Perdana Menteri Melayu PH datang dari parti yang mempunyai mempunyai kerusi tidak sampai separuh dari DAP. Jawatan-jawatan penting diberikan kepada mereka yang berasosiasi dengan DAP.
9. Justeru PH perlukan batu loncatan untuk menarik sentimen orang Islam di negara ini. Salah satu naratif ialah TH kerana agensi ini sangat dekat dengan hati dan emosi umat Islam.
10. Maka dibesar-besarkan aset semasa kurang dari jumlah wang pendeposit. Digembar-gemburkan TH telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 kerana membayar hibah walaupun liabilitinya melebihi aset.
11. Benar ini berlaku. Tapi ini bukan kehilangan wang seperti cuba dikelirukan oleh PH. Kebanyakan aset TH yang rosot nilai ialah pegangan saham di Bursa Malaysia.
12. Mengapa pegangan saham TH di Bursa Malaysia merosot? Ini kerana malapetaka kebodohan yang mungkin disengajakan atau tidak disengajakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan mengumumkan bahawa hutang negara RM 1 trilion.
13. Kesannya pelabur asing telah meninggalkan pasaran Bursa Malaysia yang mengakibatkan negara kerugian berjumlah RM 300 bilion dalam masa yang singkat. Ia juga menyebabkan kemerosotan nilai RM kerana pelabur telah menjual RM untuk mendapt kembali mata wang mereka.
14. Fenomina kemerosotan ini bukan sahaja dialami oleh pegangan saham TH di Bursa Malaysia, malah pegangan saham institusi-institusi pelaburan yang lain seperti LTAT, KWSP, KHAZANAH dan lain-lain.
15. Ambil contoh, rosot nilai aset TH pada 2017 ialah RM4.1 bilion meningkatkan kepada RM10 bilion pada 2018 apabila Bursa Malaysia jatuh teruk akibat kegagalan pentadbiran PH.
16. Namun kita tahu sebahagian aset yang mengalami rosot nilai atas kertas ini memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun.
17. Ambil contoh Malakoff, TH beli sahamnya 500 juta saham pada harga RM1.80 sesaham, namun pada penghujung 2018, akibat kegagalan pentadbiran PH, Bursa Malaysia merosot dengan teruk, maka harga sahamnya jatuh kepada 80 sen seunit. Ia bermakna TH rugi atas kertas RM500 juta.
18. Kerugian TH ini hanya atas kertas. Jika tahun hadapan saham ini meningkat semula maka aset TH akan kembali meningkat. Namun dalam masa yang sama TH mendapat dividen sekitar RM30 juta setahun daripada Malakoff.
19. Kini apabila saham Malakoff dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dividen sekitar RM30 juta setahun ini akan diterima oleh syarikat ini. UJSB tidak perlu membayar sesen pun kepada TH kecuali pada Sukuk (yang tiada jaminan kerajaan) yang tamat pada 7 dan 10 tahun lagi.
20. Malangnya Sukuk yang tiada jaminan kerajaan ini tidak dijamin nilainya apabila tamat tempoh matangnya 7 dan 10 tahun lagi.
21. Siapa tidak mahu berniaga bagi satu sijil hutang dan anda dapat RM30 juta setahun?
22. Ambil contoh kedua, TH telah membeli tanah di Tun Razak Exchange dengan harga RM186 juta. UJSB di bawah Kementerian Kewangan telah mengambil alih tanah ini dengan memberi satu surat hutang sebanyak RM400 juta kepada TH yang perlu dijelaskan dalam tempoh 7 atau 10 tahun.
23. Tanah ini telah dinilai mempunyai GDV minima sekitar RM900 juta apabila dibangunkan kelak. Bayangkan berapa banyak sub projek yang akan diwujudkan di bawah pembangunan ini. Jika di bawah TH ia akan memberi peluang kepada usahawan dan kontraktor Islam. Apabila di bawah SPV bawah kawalan MOF, anda fikir sendirilah.
24. Siapa pun boleh berniaga macam UJSB ini. Tidak perlu keluar apa-apa modal. Bagi dua kertas Sukuk tanpa jaminan, anda dapat perniagaan yang bernilai berpuluh bilion ringgit.
25. Sekarang orang Islam fikir sendiri siapa khianat Tabung Haji, kerajaan Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.