Akhir-akhir ini timbul persoalan oleh pihak tertentu bahawa membazirkah kos RM500 juta untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) berbanding RM87 billion aset rakyat yang telah dijarah sepanjang kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa.
Bidasan kami ialah, penjarahan kerajaan PH itu hanya dalam tempoh 18 bulan dan berapa billion lagikah yang mungkin akan dijarah oleh kerajaan PH yang dikuasai DAP melalui Kementerian Kewangannya yang dikuasai oleh Lim Guan Eng untuk tiga tahun akan datang sehingga tempoh penggal berakhir.
Kami rasa tak mungkin hanya menjimatkan RM500 juta kita mengorbankan RM87 billion dan mungkin lebih kerana masih ada tiga tahun lagi sebelum PRU 15.
Hakikatnya krisis politik ini yang berlaku sekarang diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin PH termasuklah Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) selaku Perdana Menteri telah menyebabkan ekonomi negara tambah merudum. Bursa Malaysia mengalami kejatuhan indeks paling teruk dalam sejarahnya hanya dalam tempoh sehari ketika krisis ini bermula.
Persoalan sekarang, adakah kerugian RM42 billion akibat krisis ini bukan satu pembaziran berbanding RM500 juta untuk mengadakan PRU?
Dengan itu kami ingin mengulas mengenai pandangan beberapa pihak yang berkata mengadakan PRU hanya membazirkan wang rakyat dan sebaiknya diserahkan kepada kesemua Ahli Parlimen menentukan kemelut perebutan jawatan perdana menteri.
Tambahan lagi, krisis politik ketika ini berlaku angkara kecelaruan pemimpin-pemimpin PH merebut jawatan PM.
Inilah hakikat sebenar Malaysia Baru yang mereka sering canangkan. Malaysia Baru yang menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit daripada segala segi, keputusan-keputusan separa matang menteri-menteri kabinet yang ada kalanya melucukan, situasi politik yang tidak stabil akibat perebutan jawatan perdana menteri antara Mahathir dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim-Presiden PKR) dan pelbagai faktor kelemahan kerajaan PH.
Dalam situasi celaru dan tidak menentu inilah sewajarnya kuasa memilih kerajaan diserahkan kembali kepada rakyat melalui PRU. Biarlah rakyat mencorakkan kembali kerajaan, setelah PH gagal memikul amanah sejak 9 Mei 2018, hanya untuk tempoh 18 bulan, bukan 61 tahun.
Kami berpendapat, jika diteruskan dengan idea mahu membentuk kerajaan minoriti, adalah bila-bila masa sahaja kerajaan tersebut boleh dijatuhkan di Dewan Rakyat.
Hikatnya kerajaan minoriti bukan jalan penyelesaian kerana ia akan menimbulkan masalah lain, terutama dalam meluluskan bajet perbelanjaan kerajaan. Untuk meluluskan bajet sekurang perlu mendapatkan sokongan majoriti mudah iaitu sekurang-kuarangnya sokongan dari 112 ahli dewan. Sebagai contoh , sekiranya kerajaan minoriti yang dipilih hanya mempunyai 92 kerusi majoriti, macam mana mereka hendak berfungsi untuk mentadbirkan negara? Jawabnya kerap kali kerajaan akan menghadapi masalah kewangan untuk mentadbir rakyat.
Pada masa yang sama, ketika itu akan berlaku lagi krisis fasa seterusnya iaitu sentimen keyakinan pelabur oleh sebab kerajaan yang tidak kukuh . Berapa billion pula kerugian yang akan berlaku di Bursa Malaysia ketika itu? Akhirnya kembali juga kepada rakyat untuk memilih, yang sepatutnya boleh diadakan selepas krisis pertama.
Kerajaan minoriti yang lemah dijangkakan tidak kekal lama akan menguna segala waktu yang ada untuk menjarah wang dan aset rakyat kerana mereka sedar tempoh hayat pemerintahan mereka tidak lam, seperti yang berlaku terhadap kerajaan PH sebelum ini bahawa mereka hanya akan mampu menjadi kerajaan sepenggal.
Jika 18 bulan RM87 bilion aset dijual kepada kroni, berapa pula jumlahya untuk tempoh yang tidak menentu itu (tiga tahun sebelum PRU 15)? Tambahan lagi jika menteri terbabit berada di kedudukan yang sama sebagaiman dahulu.
Kami berpendapat, PRU ketika tidak wujud ‘caretaker government’ sudah pasti lebih menjimatkan wang rakyat.
Tiada orang politik yang berjawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik atau ‘macai-macai’ mereka yang akan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen.
Tidak ada lagi pengumuman janji palsu projek juta-jutaan malah berbillion untuk meraih undi. Gelanggang lebih adil dan terbuka, jika parlimen dibubarkan.
Justeru itu, semua pihak perlu menyerahkannya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.
Segalanya sudah di tangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Orang politik dan rakyat jelata sewajarnya menjunjung duli di atas batu jemala. Daulat Tuanku !!!!
No comments:
Post a Comment