Saturday 31 March 2018

10 DALIL MENGAPA PAKATAN HARAPAN PERLU DINAFIKAN KEMENANGAN PADA PRU-14.


1. Masalah Kleptokrasi
Perkataan ini bermakna pemerintah mencuri wang daripada rakyat telah digunakan oleh Pakatan Harapan ke atas Najib Razak dan BN sebahagian daripada racun politik  mereka untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.
Kebenarannya, ia sepatut digunakan kepada Pakatan Harapan sebab sebagai  “pemimpinnegeri yang mereka kuasai Selangor dan Pulau Pinang, peningkatan rasuah secara terang-terang merupakan fenomina harian dan malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.
Begitu juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dikaitkan dengan isu penipuan tanah hak milik peneroka di Ijok yang sedang disiasat oleh SPRM sekarang. Malah, selain daripada siasatan SPRM, Azmin Ali juga telah disaman oleh peneroka-peneroka yang tertipu.
Kes Skandal Kerugian Forex Bank Negara Malaysia yang melibatkan kerugian bernilai lebih kurang RM30 bilion yang melibatkan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir merupakan satu lagi kes kleptokrasi. Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) telah mengesyorkan mereka yang terlibat disiasat oleh PDRM. Proses siasatan sedang dilaksanakan sekarang oleh PDRM untuk dimajukan selanjutnya kepada Peguam Negara bagi pendakwaan di mahkamah.
Atas disebaliknya, tidak ada bukiti langsung setelah tiga tahun ia didedahkan yang mengaitkan Najib dengan 1MDB. Walaupun beliau pernah disiasat, tetapi pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah sama ada tempatan atau asing tentang isu 1MDB. Yang ada hanyalah tomahan yang dikitar semula oleh pembangkang dan media upahan asing yang ditaja pembangkang.
2. Masalah Integriti
Pemimpin Pakatan mempunyai integriti SIFAR sebagaimana yang ditunjukkan dalam banyak pusingan-U mereka – sebagai contoh, PKR ditubuhkan untuk “reform” Mahathir yang didakwa menyalah urus negara selama 22 tahun. Gerakan reformasi Anwar memuncak apabila PKR, DAP, PAS mengutuk Mahathir tetapi hari ini dalam satu pusing ke belakang yang dramatik, mereka memuji beliau, memaafkan beliau dan malah sanggup mengatakan ia adalah OK. Dalam tempoh beberapa minggu dan bulan yang pendek, mereka telah menyapu segalanya bersih seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam tempoh lampau.
Bagaimana hendak mempercayai orang jenis semacam ini untuk memerintah negara ini? Mereka boleh menjual roh mereka, matlamat perjuangan politik mereka, dan anda ibarat seekor keldai masih lagi menyokong mereka?
3. Masalah Sikap Diktator
Ini terbukti dalam mana pemimpin Pakatan menguruskan komponen parti mereka sendiri. Satu contoh ialah di mana Lim Kit Siang terus “berkuasa” terhadap DAP selama sedekad dan memecat dan meminggirkan puak penentang. Malah pemilihan CEC mereka tidak dilaksanakan secara demokratik, yang mana ia terpaksa diulang sebanyak tiga kali atas arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Begitu juga PPBM, pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangkakan akan dibatalkan pendaftarannya kerana Perhimpunan Agung nya tidak dilaksanakan secara demokratik seperti mana yang telah ditetapkan dalam perlembagaan parti.
4. Masalah Kronisme
Semua pemimpin Pakatan adalah tentang kronisme dan nepotisme. Yang mengetuai gerombolan tersebut sudah tentu, Dr Mahathir yang dikenali untuk memperkayakan kroninya dan memerah kekayaan negara untuk kroni dan keluarganya sendiri. Hakikatnya, DAP, PKR dan dahulu malah pemimpin PAS telah menuduh Mahathir atas isu kronisme tanpa henti.
Anwar, isterinya dan anaknya, Lim Kit Siang, dan anknya dan Mahathir dan anaknya terus membantu “dinasti” mereka sendiri. Dahulu malah isteri Lim Guan Eng merupakan individu yang terkuat dalam DAP.
Terdapat peningkatan bukti bahawa tindakan Lim Guan Eng telah memanfaatkan kroni beliau terutama dalam pembangunan hartanah yang telah mewujudkan kemusnahan alam sekitar yang teruk di Pulau Pinang.
Projek kontroversi Trowong Dasar Laut Pulau Pinang juga melibatkan beberapa kroni Lim Guan Eng, selain daripada isu rasuah dalam pembelian banglo dengan harga di bawah harga pasaran.
5. Masalah Perkauman
Pakatan seing menuduh BN, terutama Umno bermain dengan politik perkauman. Baiklah, DAP, sebagai sebuah parti yang berpura-pura sebagai parti berbilang-kaum sering mencetuskan sentimen perkauman di kalangan kaum Cina untuk membenci Melayu. Anda boleh melihat ini dalam ceramah mereka seperti contoh tajuk ceramah berikut …”Use the Malays to screw the Malays..” atau “Gunakankan Melayu untuk musnahkan Melayu”.
Dengan menggalakkan kaum Cina membenci MCA/Gerakan, DAP sedang membentuk budaya perkaum tegar, menyalahkan MCA dan Gerakan kononnya gagal memperjuangkan untuk kaum Cina apabila DAP sendiri tidak berbuat apa-apa untuk kaum Cina melainkan menanam kebencian.
Faktanya ialah, Melayu merupakan kaum majoriti dan pentadbiran yang lalu dan sekarang telah mengambil kira keperluan kaum majoriti sebagai satu keutamaannya. Adakah ini bukan demokrasi?
Di bawah Najib, perkara telah berubah dengan jelas dan, meskipun tidak dapat sokongan majoriti kaum Cina, Najib masih lagi memberi perhatian terhadap mereka dan menerima penyertaan MCA/Gerakan dalam Kabinetnya.
DAP ialah parti perkauman sebenar dengan tsunami Cinapada PRU-13 tetapi mereka mengatakan ia “Tsunami Rakyat Malaysia sebab beliau tiada keberanian untuk mengakuinya.
6. Masalah Menipu dan Memperdaya
Pakatan telah memberi harapan dan janji palsu kepada rakyat dan banyak program dan janji-janji kepada rakyat telah gagal untuk menjadi kenyataan.
Terdapat terlalu banyak contoh tetapi mencukupi untuk menyatakan, manifesto mereka yang lalu dan terkini adalah tidak prktikal dan tidak boleh dilaksanakan kerana bebrapa sebab dan mereka mengetahuinya. Ia sama dengan menipu dan memperdaya setiap orang termasuk penyokong mereka sendiri.
7. Masalah Tidak Boleh Diharapkan dan Tidak Kesesuaian
Mereka gagal mentadbir Pulau Pinang dan Selangor dengan betul dan namun itu mereka masih ada hati untuk mentadbir negara ini??!
Krisis air telah menjadi kebiasaan di Selangor dan di Pulau Pinang rakyat kelemasan dalam kesedihan banjir kilat dan tanah runtuh termasuk pencemaran alam sekitar. Rakyat di tendang keluar rumah mereka akibat bencana buatan manusia tersebut.
8. Masalah Menuding Jari Terhadap Pihak Lain
Pemimpin Pakatan telah menguasai seni dan kemahiran menuding jari terhadap BN dan pihak lain atas semua kesengsaraan negara dan kegagalan mereka sendiri. Mereka pengecut, tidak boleh diharapkan dan tidak layak menjadi Pembangkang.
9. Masalah Kepimpinan
Apabila anda tidak mempunyai jeneral yang berkebolehan, macam mana anda boleh memenangi pertempuran atau peperangan melainkan anda mengunakan kejahatan, penipuan dan cara dan maksud tidak jujor untuk menipu dan berbohong kepada rakyat?
Bolehkah anda bayangkan seorang yang mempunyai skandal, dijatuhi hukuman kerana meliwat yang mukanya terkenal di peringkat antarabangsa menjadi PM kita atau seorang diktator, orang tua berumur 93 tahun, korup dan tamak menjadi PM kita atau yang lebih teruk, seorang rasis, beracun, tidak boleh diharapkan, sifu Pusingan-U sebagai PM kita?
Jeneralkecil mereka hanya bagus dalam membuat bermacam dakwaan yang tidak dapat dibuktikan, melontarkan kata kesat bersama dengan penyokong yang biadab.Tiada perwatakan negarawan.
10. Masalah Memperjuangkan Isu Peribadi
Kecelaruan Pakatan malah boleh membunh Pakatan Rakyat itu sendiri, setiap daripada mereka mengejar agenda kepentingan peribadi sendiri. Ia bukan berkenaan Selamatkan Malaysia sebab Malaysia amat cemerlang di bawah Najib dan BN.
Malaysia dan rakyat Malaysia akan hancur sekiranya kita menyerahkan kuasa  kepada gerombolan yang tidak dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran, berlagak pandai dan penipu.

Tuesday 27 March 2018

MENGENALI DALAM DAN LUAR ISU 1MDB


Pilihan raya umum menjelang tiba dan tajuk panas ialah sama ada Mahathir telah benar-benar bertaubat. Penulis asal artikel ini selalu bertanyakan kepada mereka mengapa mereka amat membenci Najib sehingga sanggup menunggang atas kuda  (Mah) untuk memusnahkan anak ayam (Jib) dengan mempercayai bahawa malah binatang buas seperti harimau dan serigala akan bertaubat.
Dalam kata lain, sekiranya seorang wakil jualan pembekal tetap anda ABC Sdn Bhd datang di kedai anda untuk mengutip pembayaran dan anda memberinya cek atas nama ABC Sdn Bhd, selepas itu, sekiranya wakil jualan itu membelanjakan wang itu, siapakah yang harus bertanggungjawab?
Tiada seorang sebenarnya memahami peristiwa 1MDB. Penulis ini menggunakan contoh di atas dalam cara yang mudah supaya pembaca boleh memahami dalam dan luar isu tersebut.
Hakikatnya , 1MDB telah membayar kepada akaun bank IPIC di British Virgin Island (BVI). Tetapi berikutan itu, IPIC menyatakan tidak menerima sebarang wang. 1MDB telah ditipu bukan sebab mereka cuai tetapi sebab 1MDB telah diarahkan untuk membayarnya kepada IPIC BVI, dan IPIC BVI dan akaun IPIC Kuwait dimiliki oleh pemegang akaun yang sama. Oleh begitu dari segi perundangan, IPIC telah menerima jumlah yang telah dibayar.
Walaupun IPIC sedar keadaan sebenarnya tetapi memandangkan isu ini serious dan melibatkan seorang putra raja, kes telah diselesaikan melalui saluran undang-undang dan 1MDB memenangi kes.
Walaubagaiman pun, isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai motif tersembunyi dalam negara ini dan mengunakannya untuk menyerang Kerajaan. Kerajaan telah mengadakan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengandungi 14 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS. Bintang politik DAP yang kononnya cerdik, Tony Pua juga di dalam panel itu. Bagaimanapun laporannya telah berjaya disiapkan.
Ia perlu ditegaskan di sini bahawa sebahagian daripada laporan tersebut telah disediakan oleh Ketua Odit Negara dan diperiksa oleh tiga firma odit terkenal di dunia iaitu ERNST & YOUNG, KPMG dan DELOITTE. Dengan siapnya laporan tersebut, timbalan pengerusi PAC Tan Seng Giaw dari DAP mengesahkan bahawa  1MDB telah dikelirukan dan bagaimanapun isunya telah diselesaikan. Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri Najib tidak melakukan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.

Mengapa pula hingga hari ini, parti pembangkang seperti DAP masih memainkan isu  1MDB? Terdapat dua wakil DAP dalam siasatan PAC itu dan sekiranya mereka tidak mengiktiraf hasil siasatan PAC yang disertai oleh dua orang Ahli Parlimen wakil mereka, apakah jenis kredibiliti yang mereka ada? Atau bolehkah kita ambil bahawa DAP hanya mahu bercakap tentang perkara yang tidak masuk akal berdasarkan atas apa sahaja perkara tajuk yang mereka suka?

Pernahkah kita fikirkan mengapa Mahathir amat takut terhadap 1MDB dan mahu sedaya upaya untuk menghancurkannya? Ini adalah kerana matlamat asal penubuhan 1MDB adalah untuk menyelesaikan kecelaruan terhadap kontrak berat sebelah 22 konsesi lebuhraya dan 18 pengeluar elektrik bebas (IPP) peninggalan Mahathir setelah 22 tahun memerintah.

Kita semua tahu bahawa kontrak ini malah lebih teruk daripada perjanjian yang ditandatangani dengan angkatan penaklukkan perikatan lapan negara kepada China.  Sebuah syarikat dua ringgit boleh memperolehi kontrak lebuh raya dengan pinjaman bank dijamin kerajaan, yang membenarkan penyesuaian tetap kadar tol selama tempoh 30 tahun. Adakah ini tidak membebankan rakyat? Oleh itu mengapa banyak rakyat terpengaruh dengan penghinaan terhadap 1MDB yang cuba melepaskan mereka daripada bebanan ini?
Atas isu IPP, semasa era Mahathir Tenaga Nasional telah dipaksa untuk membeli semua kuasa elektrik yang dijana oleh IPP setiap hari yang mana ia menguntungkan syarikat-syariktat kroni Mahathir itu, namun ia membebankan rakyat. Kami bukan mengatakannya, tetapi ia diperkatakan oleh DAP hampir sedekad. Malangnya mereka hanya rioh rendah tetapi gagal untuk memberhentikannya. Setelah ia berjaya diselesaikan oleh 1MDB, mengapa pula mereka mendapat penghinaan daripada rakyat.
Mengapa Mahathir mendesak Najib untuk meletakkan jawatan? Mengapakah  Mahathir hanya mahu menjadi PM sementara untuk tempoh dua tahun? Adakah sebab beliau mahu menghidupkan semula syarikat-syarikat konsesi tersebut untuk 30 tahun lagi? Di sini kami tidak mahu bercakap banyak lagi. Anda semua boleh memikirkannya semula
Ingatlah penunggang kuda Mahathir, bahawa Mahathir tidak pernah dan tidak akan bertaubat, walaupun sedang nazak, hampir dicabut nyawa oleh malaikat maut. Samalah seperti haiwan buas harimau atau serigala yang tidak akan bertaubat.