Monday, 5 March 2018

TUN M, MUHYIDDIN GAGAL PERJELASKAN ISU - AHLI AKAR UMBI PPBM KECEWA.


Ahli-ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus meluahkan rasa kecewa terhadap Pengerusi parti tersebut, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang masih gagal menjelaskan isu melibatkan kedua-dua pemimpin utama parti berkenaan.

Terbaharu, seramai 12 ahli Pemuda PPBM Bahagian Pagoh, Pasir Gudang dan Johor Bahru mendesak Dr. Mahathir dan Muhiyiddin menjawab isu sama yang dibangkitkan oleh ahli akar umbi di Kelantan, Selangor dan Kedah sebelum ini.

Wakilnya, Johari Sulaiman berkata, sebagai pelapis muda kepimpinan PPBM, mereka mahu kedua-dua pemimpin kanan parti itu menjawab isu dibangkitkan kerana perkara tersebut menjadi satu tanda tanya kepada ahli di peringkat akar umbi.

“Isu kekayaan luar biasa ahli keluarga Dr. Mahathir sehingga kini masih belum terjawab, begitu juga isu Muhyiddin yang didakwa menjadi punca kes perceraian sepasang suami isteri.

“Apa yang kami mahukan adalah Dr. Mahathir dan Muhyiddin bercakap dengan jujur atas segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dan sekiranya perkara itu adalah fitnah, saman mereka yang berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Johari berkata, kepimpinan di peringkat bawahan sukar memberi penjelasan kepada ahli akar umbi apabila ditanya kesahihan dakwaan dan tuduhan itu.

Menurut beliau, kedua-dua isu tersebut sekiranya tidak diselesaikan dengan segera akan menyukarkan tugas mereka ketika membantu kempen parti sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14.

“Apa yang kami hendak jawab jika pengundi bertanyakan bagaimana anak Dr. Mahathir boleh jadi antara orang terkaya di Malaysia? Betulkah Muhiyiddin punca penceraian keluarga itu kerana nama Tan Sri ada disebut di mahkamah?”

“Apa yang kami hendak jawab? (Jadi) jawablah…..bersihkan serta jaga parti ini baik-baik sebelum kita kritik parti lain,” katanya.

Johari memberitahu, mereka juga bersedia menerima sebarang tindakan daripada kepimpinan parti ekoran sidang akhbar yang diadakan hari itu.

No comments:

Post a Comment