Monday, 19 March 2018

MAHATHIR PERLU AMBIL ALIH SEBAGAI PEMIMPIN DAP DENGAN KADAR SEGGERA SUPAYA TIDAK KEMPUNAN JADI PM PH.

Tidak lama setelah Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah bertanding pilihan raya akan datang atas tiket DAP, Muhyiddin Yassin pula berkata bahawa tiada jalan untuk PPBM boleh mematuhi surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh  28hb Februari 2018 . Surat ROS itu memberi PPBM sehingga 30hb Mac 2018 untuk memajukan minit mesyuarat cawangan dan bahagian, di mana Muhyiddin menyatakan ia tidak boleh dilakukan.
Ia kelihatan sebagai satu penutup yang tidak dihiraukan yang mana dalam tempoh dua minggu lagi PPBM tidak akan wujud lagi. Dan itu juga bermakna, dengan mungkir (default), Pakatan Harapan juga tidak akan wujud — sekurang-kurangnya bukan Pakatan Harapan yang didaftarkan di bawah undang-undang. Dan memandangkan  Pakatan Harapan tidak didaftarkan di bawah undang-undang, itu akan bermakna  PKR, DAP, PPBM dan PAN tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum di bawah bendera Pakatan Harapan tetapi terpaksa akan bertanding di bawah setiap simbol parti masing-masingsementara calon PPBM akan terpaksa bertanding di bawah status bebas menggunakan logo basikal, payung, bas atau sebarang logo yang dicabut daripada satu peti.

Mahathir terpaksa mendaftar dirinya sebagai ahli DAP dan mengikut undang-undang mengambil alih sebagai pemimpin DAP untuk menjadi PM.

Namun begitu, Mahathir telah menjangkan ini, di mana mengapa beliau sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak kisah bertanding pilihan raya umum atas tiket DAP, dan juga mengapa beliau menyuruh Muhyiddin mengumumkan yang PPBM tidak dapat mematuhi surat ROS bertarikah 28hb Februari 2018. Mereka sedang, pada hakikatnya, menyediakan pihak umum untuk pengumuman selanjutnya  — di mana calon PPBM akan bertanding pilihan raya umum atas tiket DAP.
Sebahagian pemimpin PPBM tahu akan rancangan ini. Sebab itulah mengapa minggu lepas mereka mengumumkan yang mereka boleh mempertimbangkan bertanding atas tiket PKR atau PAN tetapi tidak atas tiket DAP. Mereka kata, sebagai sebuah parti Melayu, mereka tidak boleh bertanding pilihan raya umum atas tiket  DAP sebab itu tidak akan diterima oleh pengundi-pengundi Melayu.
Bagaimanapun, itu bukanlah sebenar masalah utama, walaupun ia merupakan satu masalah. Masalah utama ialah apa akan berlaku sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya dengan tidak kurang daeipada 112 kerusi parlimen? Menurut Artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, DYMM Yang di-Pertuan Agong akan melantik Perdana Menteri (Prime Minister) untuk mengetuai Kabinet yang merupakan ahli Dewan Perwakilan siapa pada budi bicara baginda dijangkakan menguasai keyakinan majoriti ahli Dewan.

Selangor dan Perak telah tanpa kerajaan untuk seminggu pada 2008 apabila kedua-dua Sultans negeri tersebut enggan menerima angkat sumpah Menteri Besar yang baru dan kerajaan yang baru.

Menurut konvensyen, ‘keyakinan majoriti ahli Dewan’ itu bermakna pemimpin parti politik yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen.
Sekarang, ini mungkin kedengaran mudah. Realitinya, bagaimanapun, ia tidak begitu mudah. Pada 2008, Kerajaan Negeri Perak dan Selangor tidak dapat dibentuk dan kedua negeri itu beroperasi tanpa kerajaan selama seminggu sebab Pakatan Rakyat tidak dapat meyakinkan DYMM Sultans Perak dan Selangor yang mereka menguasai keyakinan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang, perkara yang sama dijangkan akan berlaku. Mahathir tidak mewakili mana-mana parti dan untuk semua niat dan maksud beliau ialah calun bebas walaupun beliau bertanding atas tiket DAP. Beliau harus disahkan menurut undang-undang sebagai pemimpin DAP, atau tidak, hanya seperti di Selangor dan Perak pada 2008, Mahathir tidak boleh menerima pekenan daripada Agong untuk membentuk kerajaan baru dengan beliau sebagai to form the new government with him as Prime Minister.
Anwar Ibrahim tahu akan perkara ini, sebab itulah mengapa beliau melantik dirinya sebagai Ketua Umum of PKR sekirnya perkara yang sama berlaku. Sekiranya  Anwar tidak memegang sebarang kedudukan secara rasmi atau sah menurut undang-undang dalam PKR, beliau tidak boleh mengangkat sumpah dalam kerajaan baru, sama ada di peringkat kerajaan negeri mahu pun di peringkat kerajaan pusat. Mahathir, bagaimana pun, tidak memegang sebarang status rasmi atau sah dari segi undang-undang dalam mana-mana parti atau gabungan parti (memandangkan  PPBM akan diharamkan pada 30hb Mac 2018 dan Pakatan Harapan tidak akan dapat didaftarkan sebelum PRU-14).

Mahathir akan perlu meyakinkan Agong bahawa beliau menguasai keyakinan majoriti di Dewan dengan mengesahkan disesi undang-undang dengan menjadi ahli DAP dan mengambil alih sebagai pemimpin DAP.

Mahathir terpaksa dengan serta merta medaftar sebagai ahli  DAP dan mendapatkan dirinya secara rasmi dan sah disegi undang-undang dilantik sebagai pemimpin DAP. Kemudian perlantikan ini perlu dimajukan ke ROS berserta dengan bukti keahlian beliau. Tambahan kepada itu, setiap dan semua calon parlimen  PPBM, PKR, DAP dan PAN pada PRU-14 perlu menandatangani surat mengisytiharkan bahawa dalam keadaan parti mereka memenangi kerusi terbanyak di Parlimen, pilihan Pedana Menteri mereka ialah Mahathir. Ini kerana Pakatan Harapan tidak lagi wujud dan tidak sah disisi undang-undang.
Ini menjadi salah satu syarat untuk mereka bertanding. Dengan ringkas, Surat Watikah membenarkan mereka bertanding di bawah simbol parti mereka akan menjadi pertukaran kepada Surat Izin (Consent Letter) persetujuan untuk Mahathir menjadi Perdana Menteri sekiranya parti membentuk kerajaan.
Hanya itu, dalam keadaan Pakatan Harapan memenangi kerusi terbanyak di  Parliamen dan DAP memenangi majoriti kepada kerusi itu, barulah Mahathir boleh memohon mengadap Agong dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baru. Kurang daripada itu, Agong tidak perlu memberi pekenan untuk mengadap dan juga termasuk angkat sumpah Mahathir sebagai Perdana Menteri kerajaan yang baru ini.

Pada 30hb Mac 2018, PPBM akan menamatkan kewujudannya dan Mahathir akan jadi calon bebas.

Adalah sudah terlalu lewat untuk PPBM menyelamatkan diri dengan memalsukan minit mesyuarat cawangan dan bahagian, seperti bagaimna Mahathir memalsukan  1.3 juta tandatangan semasa Declarasi Rakyat beliau. Oleh itu, hanya satu pilihan yang tinggal untuk Mahathir untuk dengan kadar seggera mendaftar sebagai ahli  DAP dan secara rasmi mengambil alih sebagai pemimpin DAP. Kurang daripada itu, Mahathir tidak akan boleh mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang

Sekarang masalah Mahathir’s tidak lagi tentang bagaimana untuk memenangi pilihan raya tetapi tentang apa yang beliau akan laku sekiranya pembangkang menang? Mahathir adalah sebagaimana orang panggil tanpa-status’. Beliau bukan ahli atau pemimpin mana-mana parti dan untuk menjadi Perdana Menteri anda perlu menjadi ahli parti dan pemimpin parti itu. Dan untuk itu berlaku, DAP harus bersetuju untuk menyerahkan parti kepada  Mahathir.


No comments:

Post a Comment