Friday, 16 March 2018

KEMPEN BURUKKAN KERAJAAN ISU 1MDB MEMAKAN DIRI…….. KIT SIANG PANIK.


Menurut laporan berita The Malaysian Insight , Lim Kit Siang panik dan cemas dalam menghubungi pihak berkuasa Swiss untuk membincangkan apa harus dilakukan terhadap wang bernilai RM430 yang mereka rampas.
Kit Siang tidak mahu wang itu dikembalikan kepada 1MDB atau kepada Kerajaan Malaysia. Switzerland, disebaliknya, merancang untuk menyimpan wang itu sendiri. Kit Siang juga tidak senang dengan rancangan mereka itu dan mahu Switzerland menyimpan wang itu ‘sebagai penama’ dan akan digunakan untuk faedah 32 juta rakyat Malaysia.
Bagaiman itu akan dilakukan (dan sama ada cara itu pernah dilakukan sebelum ini) adalah tidak jelas kerana Kit Siang telah tidak menerangkan cara untuk melakukannya. Sekiranya Switzerland menggunakan wang itu, katakanlah untuk membina sekolah Cina di Pulau Pinang, kemudian hanya segelintir rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada wang itu..

Matthias dan Khairuddin terbang ke seluruh dunia membuat aduan kepada kerajaan asing tentang RM42 bilion wang 1MDB ‘hilang atas angin.

Masalahnya Switzerland merampas wang itu kerana aduan yang dibuat oleh  Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan dan bukan disebabkan oleh aduan yang dibuat oleh 1MDB atau oleh Kerajaan Malaysia. Sekiranya 1MDB atau Kerajaan Malaysia mahu wang itu, mereka perlu membuat aduan kepada dengan Kerajaan Swiss dan memajukan bukti yang mereka kehilangan wang atau wang itu telah dicuri daripada mereka.
Tetapi 1MDB dan/atau Kerajaan Malaysia tidak hilang wang itu. Wang itu tidak dicuri daripada sama ada 1MDB dan/atau Kerajaan Malaysia. Oleh itu bagaimana 1MDB  dan/atau Kerajaan Malaysia boleh menuntut kembali wang itu sekiranya mereka tidak kehilangan wang itu atau wang itu tidak dicuri daripada mereka? Yang lebih penting macam mana 1MDB dan/atau Kerajaan Malaysia menunjukan bukti atau menawarkan bukti yang mereka yang hilang wang atau wang itu dicuri daripada mereka sekiranya bukti tidak wujud?
Oleh itu, ia kelihatan seperti kempen memburuk-burukan kerajaan oleh Pakatan Harapan telah memakan diri dengan teruknya dan Kit Siang sedang panik. Sekiranya  Switzerland menyimpan wang itu, macam bagaimana mereka rancang untuk lakukan, dan tidak memulangkan wang tersebut kepada 1MDB atau kerajaan Malaysia, macam bagaimana mereka rancang untuk lakukan, kemudian ini hanya membuktikan yang wang itu mungkin dicuri daripada tempat lain, tetapi ia tidak dicuri daripada  1MDB dan/atau Kerajaan Malaysia.

Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kata RM42 bilion wang 1MDB telah hilang di atas angin dan semua sekarang terbukti pembohongan.

Dalam intipati isu 1MDB, Switzerland telah membantu untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak mencuri RM42 bilion wang 1MDB, sebagaimana yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.  Dan Pakatan Harapan memerlukan cerita ini iaitu ‘RM42-bilion wang 1MDB telah hilang di atas angin’ untuk kempen pilihan raya mereka.
Apa yang Pakatan Harapan, atau Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan, telah lakukan hanyalah membantu Kerajaan Switzerland menjadi kaya dengan anggaran lebih kurang setengah bilion Ringgit. Apa pun 1MDB atau Kerajaan Malaysia tidak mengambil kisah sebab wang itu bukan milik mereka. Oleh itu, sekiranya Kerajaan  Swiss menyimpan wang itu untuk mereka sendiri, sebagaimana apa yang Kit Siang bimbangi akan berlaku, ia bukan merupakan satu kerugian kepada 1MDB atau kepada Kerajaan Malaysia.
Perkara yang sama juga terhadap AS$60 juta yang Red Granite Pictures telah bersetuju untuk bayar kepada Kerajaan AS dan AS$250 juta kapal mewah berdaftar di Cayman Islands bernama Equanimity, yang telah ditahan oleh Kerajaan Indonesia.  Wang dan aset bernilai RM1.2 bilion sekarang milik rakyat AS, kata MSNBC pada Jumaat, 9hb Mac 2018. Ini bermakna RM1.2 bilion tidak akan dikembalikan kepada  1MDB dan/atau Kerajaan Malaysia.

Semua yang Pakatan Harapan telah gunakan terhadap Barisan Nasional ialah isu 1MDB dan GST dan sekiranya semua ini tidak berkesan, maka mereka akan dapat kurang daripada 80 kerusi Parliament pada PRU-14.

Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan juga pergi ke AS untuk membuat aduan kepada DOJ. Oleh itu, disebabkan ini, Kerajaan AS dijangkakan akan merampas wang dan beberapa aset. Pada 20hb Julai 2016, DoJ AS mengumumkan yang lebih kurang sekitar AS$1 bilion atau anggaran RM4 bilion sedang disasarkan. Pada 15hb Jun 2017 DoJ AS meminda angka dikurangkan kepada AS$540 juta atau RM2.1 bilion.

Walaubagaimana pun, sama ada ia RM4 bilion atau RM2 bilion ia sebenarnya bukan isu. Isunya semua wang dan aset bakal dirampas akan dimiliki oleh rakyat AS, kata laporan berita pada hari Jumaat, dan bukan dipulangkan kepada 1MDB atau Kerajaan Malaysia. Dan sebab itulah mengapa Kit Siang panik. Sekiranya Kerajaan AS dan Swiss merampas berbilion dari seluruh dunia dan menyimpan untuk diri mereka, kemudian apakah kebaikan yang mereka telah lakukan?
Yang lebih penting, bagaimana mereka boleh gunakan peluru ini pada kempen PRU-14? Sekiranya AS dan Kerajaan Swiss menyimpan wang dan aset yang bakal mereka rampas itu dan tidak memulangkan kepada 1MDB atau kepada Kerajaan Malaysia, itu bermakna wang itu tidak dicuri daripada 1MDB atau daripada Kerajaan Malaysia.

Kit Siang panik yang Kerajaan Swiss dan AS merancang untuk menyimpan berbilion yang bakal dirampas, justeru itu membuktikan wang itu bukan milik 1MDB atau Kerajaan Malaysia.

Saperti diduga Parlimen Switzerland telah menolak usul ahli parlimen Parti Sosial Demokrat, Carlo Sommaruga yang mencadangkan wang yang kononnya terkait 1MDB di negara itu di kembalikan kepada rakyat Malaysia.
Sebelum PRU 13 dulu Sommaruga juga membangkitkan isu dengan kaedah dan waktu yang hampir serupa iaitu menjelang pilihanraya umum dan mensasarkan ahli politik tertentu.
Sommaruga diketahui mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh pembangkang dan NGO anti-Kerajaan.
Baru-baru ini Lim Kit Siang dan Wan Azizah turut berperanan untuk cuba menyebarkan berita palsu  seolah-olah ada wang 1MDB (maka ianya wang rakyat) yang ditahan di Switzerland. Sekiranya usul itu diluluskan maka Pakatan Harapan akan beroleh laba politik di saat mereka terus buntu dan strategi berita palsu satu persatu kantoi separuh jalan.
Mereka masih mahu memberi gambaran pada rakyat bahawa 1MDB kehilangan wang, wang 1MDB dicuri dan cuba mensasarkan tuduhannya kepada YAB PM, sebagai senjata menjatuhkan Datuk Seri Najib.
Tapi sekali lagi mereka beroleh malu. Ahli Parlimen negara maju seperti Switzerland bukan cap ayam seperti sesetengah dari kita di sini. Malah sewaktu usul ini dibawa tahun lalu, kabinet Switzerland telah menyebut dengan jelas usul ini harus ditolak kerana bercanggah dengan asas undang-undang.
Sudahlah wang RM430 juta yang dirujuk itu bukan dari 1MDB, malah 1MDB sendiri berkali-kali menegaskan mereka tiada kehilangan apa-apa wang.
Perlu difahami 1MDB menjalankan urusniaga dan pelaburan dengan atau melalui pihak tertentu, dan kebertanggungjawaban mereka terhad setakat mana dan dengan siapa mereka berurusan..
Apa apa yg berlaku dan dilakukan orang lain, apa lagi di negara lain dengan wang yang dilabur mereka adalah sama sekali di luar kuasa 1MDB. Yang penting 1MDB melabur secara sah dan telah mendapat kembali pelaburannya malah dengan keuntungan.
Mana mungkin setelah beroleh pulangan dari pelaburannya, dan dengan tiada kehilangan apa-apa 1MDB mahu menuntut wang pelaburan yang sudah menjadi hak orang lain sebagai hak mereka. Lainlah kalau 1MDB kehilangan wang mereka. Jika itu berlaku semestinya kehilangan itu dicatat dalam akaunnya,dan akaun itu sudah diperiksa terperinci oleh PAC, yang turut dianggotai ahli parlimen PAS, PKR dan DAP.
Pembangkang benar-benar mahu membina persepsi wang dicuri. Mereka mahu jadikan berita palsu mereka sebagai modal besar PRU14….mereka tidak akan berjaya. Masa adalah penawar mustajab kepada kepalsuan kerana selepas sedikit masa, tetap datang kebenaran dan dengannya terhapuslah kebatilan.
Kesabaran di pihak kerajaan dengan terus menerus menumpukan kepada tanggungjawab mengurus negara, dan memberi masa yang panjang untuk rakyat menilai sebelum membubarkan parlimen, akhirnya satu demi satu berita palsu/fake news berkubur bersama pembawanya!!…..

No comments:

Post a Comment