Friday 29 November 2019

ATOK MAHATHIR MENGANGGAP MEMBAWA BALIK ABU CHIN PENG PERKARA REMEH, BUKANNYA LANGGAR UNDANG-UNDANG?

Saya bekas tentera yang pernah menyaksikan sendiri kezaliman PKM semasa berkhidmat termasuk kehilangan bapa saudara saya angkara kekejaman komunis Bintang Tiga dahulu, mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Atok yang menganggap isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah perkara remeh.
Oleh itu saya ingin persoalkan, apakah melanggar undang-undang negara dengan membawa abu Chin Peng yang dilarang dianggap perkara remeh? Mungkin oleh kerana faktor usia Atok yang hampir ke penamat dia sudah hilang kewarasan untuk berfikir secara waras?
Atok kata, takkan nak kutip balik abu Chin Peng yang sudah ditabur di atas laut dan darat”, tapi sebenarnya kepercayaan kami sebagai rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Aok juga memang sudah lama menjadi abu dan memang tidak boleh dikutip lagi oleh rakyat buat selama-lamanya dan jikalau boleh perlu ditumbangkan seggera.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menarik balik larangan membawa pulang abu mayat bekas ketua pengganas itu.
Bahkan Chin Peng sehingga dia mati tidak pernah memohon menjadi warga negara Malaysia setelah ditawarkan dalam perjanjian damai yang telah ditandatangani.
Dalam hal ini saya ingin menyorot kembali perjanjian Haadyai 2 Disember 1989, iaitu PKM diberi tempoh setahun sehingga 1 Disember 1990 untuk kemukakan senarai yang ingin balik ke Malaysia dengan daripada 1,188 anggota hanya 431 sahaja yang memohon balik ke Malaysia dan nama Chin Peng tidak ada pun dalam senarai permohonan itu.
Itu bermakna Chin Peng memang tidak mahu balik Malaysia. Di sini kita boleh lihat apakah kesetiaannya kepada Yang Di-Pertuan Agong masih berbelah bagi.
Mungkin Chin Peng tidak mahu memenuhi syarat meninggalkan fahaman Komunis yang menolak sistem beraja, sebab itu dia tidak ada dalam senarai 338 orang yang diluluskan oleh kerajaan.
Bagi pemimpin komunis Mealayu seperti Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad memang mahu balik Malaysia dan permohonan telah dibuat. Justeru, kenyataan Atok, kenapa mereka boleh balik tetapi Chin Peng tidak boleh amat mengelirukan dan cuba mencetuskan polimik perkauman, yang mana Atok memang terkenal dengan bab itu.
Yang lebih malang apabila Atok bukan menyelesaikan masalah malah menjadikannya sebagai isu perkauman kononnya Chin Peng orang Cina manakala Shamsiah dan Musa Ahmad orang Melayu.
Saya berpendapat penjenayah perang tidak kira kaum. Orang seperti Pol Pot, Radovan Karadzic dan Hitler tetap dianggap penjenayah walaupun setelah mengaku kalah.
Sebagai contoh , ada bekas pemimpin Nazi ketika dijumpai dari persembunyian, umur mereka sudah lanjut, mereka tetap dihukum.
PKM pula yang dipimpin oleh Chin Peng telah menyambung keganasan selama 32 tahun lagi selepas negara diistiharkan merdeka, maka larangan oleh pihak kerajaan tidak membenarkan abunya dibawa balik adalah wajar dan setimpal dan tidak siapa yang boleh melanggarnya termasuk Atok.
Dilaporkan, semalam Atok menyifatkan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan kerana perkara kecil yang ditimbulkan untuk memburukkan kerajaan.
Walaubagaiman pun, hal ini bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin pada Rabu yang berkata kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.
Media pada Selasa melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk ke Malaysia pada 16 Sept lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat. 


Wednesday 27 November 2019

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KEATAS PIHAK YANG TERLIBAT MEMBAWA BALIK ABU MAYAT CHING PENG DAN MENUKAR BINTANG 14 PENJURU JALUR GEMILANG KEPADA BINTANG 5 PENJURU MILIK PARTI KOMUNIS MALAYA

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini konsisten dengan pendiriannya tidak membenarkan abu mayat Ching Peng, Ketua Komunis Malaya dibawa pulang ke tanahair.  Ini disahkan sendiri oleh Datuk Aziz Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beliau juga menegaskan bahawa pendirian KDN kini kekal sama.

Membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini membawa banyak maksud dan natijah yang sangat buruk dan tragis kepada negara dan rakyat negara ini.  Ini bukan soal membawa pulang abu mayat seorang lelaki Cina atau seorang bukan Islam.  Ini soal membawa masuk abu mayat seorang ketua pengganas yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih dari 10,000 orang rakyat Malaysia berbilang kaum khususnya pejuang-pejuang tanah air kita daripada pihak Polis, Tentera dan pelbagai pihak lain termasuk orang awam.

Mereka yang membawa pulang abu Mayat Ching Peng dan yang sengaja menukar bintang 14 penjuru Jalur Gemilang kepada bintang Parti Komunis Malaya 5 penjuru telah jelas melukakan hati rakyat Malaysia yang pernah berjuang menentang komunis dan mempunyai anggota keluarga yang pernah terkorban atau cedera akibat keganasan pihak komunis.  

Sungguhpun kami kecewa dengan tindakan biadap mengiktiraf dan cuba menghidupkan semula ideologi komunis ini, Sekretariat Suara Rakyat TIDAK AKAN membazir masa membuat sebarang laporan polis berhubung isu ini.  Ini adalah disebabkan, sebarang laporan polis yang dibuat keatas manusia-manusia yang biadap dan tidak sensitif ini sudah pasti tidak akan diambil sebarang tindakan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh bekas Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng.

Hanya ada satu cara bagi rakyat menghukum mereka yang membawa masuk abu mayat Ching Peng dan mereka yang menghina bendera negara ini iaitu dengan menolak terlebih dahulu Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan yang telah memaksa DYMM SPB Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V untuk melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.  Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed, yang menjadi kuda tunggangan saudara mara Ching Peng di dalam DAP adalah punca sebenar semua kebiadapan ini berlaku.

Tun Mahathir sepatutnya memberi nama lain selain Tommy Thomas setelah Baginda YDP Agong menolak nama Tommy Thomas yang merupakan Peguam Ketua Komunis Malaya dan Peguam Lim Guan Eng sebagai Peguam Negara.  Sebaliknya, Tun Mahathir bertegas tidak mahu menamakan nama lain sebagai Peguam Negara selain Tommy Thomas.  Ini jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir telah memaksa YDP Agong, bukan menasihati YDP Agong.

Akibat pengkhianatan Tun Mahathir ini, terlalu banyak kerosakan telah dilakukan oleh Peguam Ketua Komunis Malaya ini.  Dengan kuasa untuk mendakwa sesiapa yang beliau suka, Tommy telah menganiaya pimpinan UMNO dengan pendakwaan terpilih dan pendakwaan berniat jahat.  Malah, penjawat awam seperti arwah Adib, Wira Bomba kita turut menjadi mangsa KETIDAKADILANNYA. Pemangku YDP Agong dan Kerajaan Malaysia juga tidak diberikan maklumat yang sahih sehingga negara diaibkan dengan kewujudan Tribunal untuk menghukum 6 Ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang sudahpun meletakkan jawatan serta peristiwa pahit Kerajaan Malaysia Menandatangani Statut Rome.

Dengan kuasa yang ada pada Peguam Ching Peng ini juga, kita telah melihat semua tuduhan keatas pimpinan Pakatan Harapan seperti Sivarasa Rasiah, Eric Paulsen, Tian Chua, Hassan Karim, Rafizi Ramli, Tamrin Ghafar, Phang Li Kun, Lim Guan Eng dan ramai lagi, semuanya telah digugurkan.  Malah mereka yang menyokong penganas LTTE juga mendapat keistimewaan yang sama seperti mereka yang menyokong keganasan komunis dalam negara ini.  Tindakan Tommy ini telah menghantar mesej yang salah kepada dunia luar seolah-olah Malaysia menyokong perjuangan komunis dan keganasan.

Sia-sia langkah bijaksana Allahyarham Tun Razak menjalinkan hubungan diplomatik dan hubungan dagangan dengan Negeri China bagi menghentikan bantuan kewangan dan senjata Kerajaan China kepada Parti Komunis Malaya.  

Akhirnya, Mahathir yang dikutipnya semula selepas dipecat Tunku Abdul Rahman, memberi nyawa pula kepada ideologi komunis bertapak dalam negara ini dengan melantik Peguam Ketua Komunis Malaya sebagai Peguam Negara.  Sewajarnya juga, rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan mana-mana pihak yang memberikan sokongan untuk Perdana Menteri Tunggangan DAP ini terus mengekalkan kuasanya dan melakukan lebih banyak kerosakkan.

Tuesday 26 November 2019

SELEPAS PH BERKUASA AKHIRNYA ABU MAYAT CHIN PENG DIBAWA PULANG KE MALAYSIA SECARA SENYAP

Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat “kembali ke rumah” pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya.
Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir di Sitiawan, Perak pada 1924 (tanpa bukti kerakyatan Malaysia kerana tiada kad pengenalan). Semenjak Perjanjian Damai Hat Yai pada 1989, dia telah bermastautin di Thailand.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81 tahun berkata selepas abu mayatnya tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama.
Menurut Chai, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu atau jirat.
 Penyelaras kumpulan yang membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk ditabur di Perak, Chai Kan Fook, 81, berkata sebaik saja abu mayat itu tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang.
Katanya, abu mayat itu dibawa pulang bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng agar abu mayatnya dibawa pulang ke tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.
“Biarlah kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” katanya ketika membuat pengumuman pada petang hari ini di Ipoh yang turut dihadiri rakan-rakan seperjuangan Chin Peng.
Namun begitu, majlis upacara peringatan itu tidak didedahkan kerana mahu mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sekarang kami telah menyelesaikan tugas itu, kami sangat gembira,” katanya.
Sementara itu, Chai percaya kerajaan PH tidak akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana berpandangan kerajaan PH mempunyai sikap yang berbeza berbanding kerajaan BN sebelum ini.
“Kami tidak melanggar undang-undang, kami mempunyai kepercayaan terhadap PH, kami percaya kepada mereka.
“Kami sangat tua sekarang. Jika mereka mahu mengambil tindakan, mereka hanya boleh menangkap kami,” kata She Yu, 74, sambil ketawa.
Bagi Tong Yee, 82, pula berkata, PH tidak akan berkelakuan seperti parti BN.
“Jika mereka sama saja seperti kerajaan terdahulu, apakah itu bermakna rakyat telah membuat keputusan yang salah untuk menggulingkan BN pada pilihan raya umum tahun lepas?” soalnya.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat kesahihan mengenai dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
KDN bertegas dengan larangan kerajaan sebelum ini untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia, bagaimanapun portal berita tempatan, Malaysiakini, hari ini melaporkan abu mayat pemimpin PKM itu sudah dibawa masuk pada 16 September lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini selepas kerajaan menetapkan keputusan mengenai larangannya sebelum ini.
Beliau berkata, kerajaan kekal dengan dasar melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk sebagaimana diputuskan sebelum ini dan akan menyiasat kesahihannya.

“Sehingga kini memang tiada permohonan diterima dan KDN sendiri tidak pernah tahu abu mayat Chin Peng berkenaan sudah dibawa masuk pada 16 September lalu sebagaimana dilaporkan portal berita (Malaysiakini) terbabit.
KDN hanya mendapat maklumat mengenainya apabila menerima persoalan daripada pelbagai pihak termasuk media hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, susulan dasar kerajaan yang tidak berubah bagi melarang abu mayat Chin Peng dibawa pulang, KDN akan menjalankan satu siasatan mengenainya.
“Siasatan ini bagi memastikan sama ada perkara itu betul berlaku agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang membawanya masuk serta yang membenarkan ia dibawa masuk,” katanya.
Hari ini, Malaysiakini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk pulang ke negara ini dua bulan lalu dan ditabur ke laut serta di kawasan banjaran Titiwangsa.
Abu mayatnya dilaporkan tiba di Ipoh pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.
Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak pada 1924 meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada usia 90 tahun dan kerajaan pada ketika itu memutuskan larangan bagi membawa mayat atau pun abunya pulang ke Malaysia untuk disemadikan.

Monday 25 November 2019

ROMBAKAN KABINET KERAJAAN PH MERUPAKAN ‘DAMAGE CONTROL’ UNTUK ALIH PERHATIAN TENTANG DEFISIT KEYAKINAN YANG DIHADAPI KESAN KEKALAHAN TERUK DI TANJUNG PIAI

Kenyataan Tun Mahathir berkaitan rombakan kabinet PH yang bakal beliau laksanakan hanyalah merupakan satu ‘damage control’ dalam satu usaha mengalih perhatian tentang defisit keyakinan yang sedang melanda Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Ini adalah akibat ‘Tanjung Piai bashing’ iaitu kekalahan PH dengan majoriti yang amat besar iaitu 15,086 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 Nov lalu.
Yakinlah rombakan ini tidak akan berlaku terhadap ahli kabinet dari DAP yang berkuasa dan dari Amanah sebagai anak didik DAP yang setia. Ini memdangkan Tun Mahathir sendiri tidak ada kekuatan untuk menyingkirkan ahli kabinet DAP yang merupakan talian hayat beliau sebagai PM PH.
Dengan itu ia tidak dapat mengubah kebobrokan kerajaan PH sepertimana yang berlaku sekarang. Buruknya PH adalah bermula di kepala bukan di ekor… potong ekor tak mengubah apa-apa, sepertimana ikan, buruknya ikan bermula di kepala dan seterusnya merebak ke seluruh badan dan berakhir di ekor.
Minggu lalu tular senarai baharu barisan Kabinet selepas tersebar dakwaan akan berlaku rombakan berikutan beberapa menteri dikatakan gagal mencapai prestasi ditetapkan selain keputusan PRK Parlimen Tanjung Piai yang tidak berpihak kepada mereka dengan majoriti yang amat besar.
Pada PRK Parlimen Tanjung Piai, wakil BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memperoleh majoriti sebanyak 15,086 undi berbanding lima yang lain iaitu Karmaine Sardini dari PH-PPBM memperolehi 10,380 undi; Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 undi dan Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz 850 undi, manakala dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lok mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.
Sebelum itu, BN telah berjaya mencipta hatrik kemenangan menerusi PRK di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau 

Friday 22 November 2019

[VIDEO] SINGKIR SAJALAH MAHATHIR, BUAT APA HARI-HARI CAKAP SAJA TAPI TAK BUAT?

Hari-hari kita dengar Pakatan Harapan bercerita tentang rakyat marah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tentang perjanjian yang Mahathir akan serah kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam masa enam bulan lagi.  Buat sajalah undi tidak percaya pada Mahathir dan singkirkan beliau dan gantikan dia dengan Anwar. Buat apa hari-hari cakap saja tapi tak buat?

Tuesday 19 November 2019

HISHAMUDDIN TUN HUSSIN BELAKANGKAN KEPUTUSAN PARTI, ANGGAP UMNO MILIK PERIBADI BELIAU, WAJAR DIHADAPKAN KE JAWATANKUASA DISIPLIN

Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi mengkhianati Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Tanjung Piai yang baru sahaja dua hari lalu memberikan kepercayaan kepada calon BN bagi memenangi kerusi tersebut.

Sebelum ini Hisham bermaharaja lela menjadi broker Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan Ahli Parlimen UMNO ke PPBM tanpa sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan atau akar umbi UMNO sebelum ini.  Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau menghasut Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan kononnya mengepung atau menghalang mereka (Ahli Parlimen UMNO) bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM.

Namun hari ini, apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang Ahli Parlimen UMNO kerumah Menteri Semburit Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya?  Walaupun bukan semua 22 Ahli Parlimen ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa pada 30hb Oktober 2019 lalu, saya telahpun membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Parti dan Presiden UMNO terhadap penglibatan Hishammuddin Tun Hussein dalam menghasut Pimpinan dan Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai PPBM.   Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada  mereka yang mempengaruhi Pimpinan dan Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.  Tindakan Hisham adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang sudahpun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dari pintu belakang.  Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukan oleh Hishammuddin ini.  Parti perlu mengambil tindakan tegas terhadap beliau.

Dato' Lokman Noor bin Adam
Ahli MT Umno
18hb November, 2019