Tuesday 19 November 2019

HISHAMUDDIN TUN HUSSIN BELAKANGKAN KEPUTUSAN PARTI, ANGGAP UMNO MILIK PERIBADI BELIAU, WAJAR DIHADAPKAN KE JAWATANKUASA DISIPLIN

Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi mengkhianati Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Tanjung Piai yang baru sahaja dua hari lalu memberikan kepercayaan kepada calon BN bagi memenangi kerusi tersebut.

Sebelum ini Hisham bermaharaja lela menjadi broker Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan Ahli Parlimen UMNO ke PPBM tanpa sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan atau akar umbi UMNO sebelum ini.  Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau menghasut Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan kononnya mengepung atau menghalang mereka (Ahli Parlimen UMNO) bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM.

Namun hari ini, apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang Ahli Parlimen UMNO kerumah Menteri Semburit Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya?  Walaupun bukan semua 22 Ahli Parlimen ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa pada 30hb Oktober 2019 lalu, saya telahpun membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Parti dan Presiden UMNO terhadap penglibatan Hishammuddin Tun Hussein dalam menghasut Pimpinan dan Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai PPBM.   Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada  mereka yang mempengaruhi Pimpinan dan Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.  Tindakan Hisham adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang sudahpun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dari pintu belakang.  Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukan oleh Hishammuddin ini.  Parti perlu mengambil tindakan tegas terhadap beliau.

Dato' Lokman Noor bin Adam
Ahli MT Umno
18hb November, 2019


No comments:

Post a Comment