Saya bekas tentera yang pernah menyaksikan sendiri kezaliman PKM semasa berkhidmat termasuk kehilangan bapa saudara saya angkara kekejaman komunis Bintang Tiga dahulu, mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Atok yang menganggap isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah perkara remeh.
Oleh itu saya ingin persoalkan, apakah melanggar undang-undang negara dengan membawa abu Chin Peng yang dilarang dianggap perkara remeh? Mungkin oleh kerana faktor usia Atok yang hampir ke penamat dia sudah hilang kewarasan untuk berfikir secara waras?
Atok kata, “takkan nak kutip balik abu Chin Peng yang sudah ditabur di atas laut dan darat”, tapi sebenarnya kepercayaan kami sebagai rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Aok juga memang sudah lama menjadi abu dan memang tidak boleh dikutip lagi oleh rakyat buat selama-lamanya dan jikalau boleh perlu ditumbangkan seggera.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menarik balik larangan membawa pulang abu mayat bekas ketua pengganas itu.
Bahkan Chin Peng sehingga dia mati tidak pernah memohon menjadi warga negara Malaysia setelah ditawarkan dalam perjanjian damai yang telah ditandatangani.
Dalam hal ini saya ingin menyorot kembali perjanjian Haadyai 2 Disember 1989, iaitu PKM diberi tempoh setahun sehingga 1 Disember 1990 untuk kemukakan senarai yang ingin balik ke Malaysia dengan daripada 1,188 anggota hanya 431 sahaja yang memohon balik ke Malaysia dan nama Chin Peng tidak ada pun dalam senarai permohonan itu.
Itu bermakna Chin Peng memang tidak mahu balik Malaysia. Di sini kita boleh lihat apakah kesetiaannya kepada Yang Di-Pertuan Agong masih berbelah bagi.
Mungkin Chin Peng tidak mahu memenuhi syarat meninggalkan fahaman Komunis yang menolak sistem beraja, sebab itu dia tidak ada dalam senarai 338 orang yang diluluskan oleh kerajaan.
Bagi pemimpin komunis Mealayu seperti Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad memang mahu balik Malaysia dan permohonan telah dibuat. Justeru, kenyataan Atok, kenapa mereka boleh balik tetapi Chin Peng tidak boleh amat mengelirukan dan cuba mencetuskan polimik perkauman, yang mana Atok memang terkenal dengan bab itu.
Yang lebih malang apabila Atok bukan menyelesaikan masalah malah menjadikannya sebagai isu perkauman kononnya Chin Peng orang Cina manakala Shamsiah dan Musa Ahmad orang Melayu.
Saya berpendapat penjenayah perang tidak kira kaum. Orang seperti Pol Pot, Radovan Karadzic dan Hitler tetap dianggap penjenayah walaupun setelah mengaku kalah.
Sebagai contoh , ada bekas pemimpin Nazi ketika dijumpai dari persembunyian, umur mereka sudah lanjut, mereka tetap dihukum.
PKM pula yang dipimpin oleh Chin Peng telah menyambung keganasan selama 32 tahun lagi selepas negara diistiharkan merdeka, maka larangan oleh pihak kerajaan tidak membenarkan abunya dibawa balik adalah wajar dan setimpal dan tidak siapa yang boleh melanggarnya termasuk Atok.
Dilaporkan, semalam Atok menyifatkan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan kerana perkara kecil yang ditimbulkan untuk memburukkan kerajaan.
Walaubagaiman pun, hal ini bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin pada Rabu yang berkata kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.
Media pada Selasa melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk ke Malaysia pada 16 Sept lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
No comments:
Post a Comment