Friday 30 November 2018

PAPA GOMO DITAHAN…. BILA PULA NAK TAHAN WAYTHA MOORTHY YANG TERIMA LEBIH 150 LAPORAN POLIS?

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang masih belum menahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy biarpun telah lebih 150 laporan polis dibuat terhadapnya.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian ekoran penahanan Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO.
“Papagomo ditahan selepas menerima 17 laporan polis ke atasnya. Bila pula nak tahan Menteri P. Waythamoorthy yang menerima lebih 150 laporan polis?
“Exco Dap, V. Ganabatirau yang mengapikan perkauman isu kuil dan turut menerima laporan polis, bila nak ditahan?” soalnya yang dimuatkan dalam laman facebooknya hari ini.
Tegasnya, prinsip ‘Rule of Law’ model Malaysia Baharu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti dilaksanakan.
“Siapa sahaja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara-perkara yang membelakangi prinsip perundangan dan Perlembagaan wajar disiasat secara adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka.”
Manakala bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin kesal tindakan pihak berkuasa tersebut kerana secara keseluruhannya rakan sejawatannya Papa Gomo itu menyeru kepada penyatuan ummah bukannya ke arah pergaduhan.
“Tetapi malang sekali seruan itu dianggap sebagai menghasut kepada perkauman,” katanya dalam catatan di laman sosialnya.
Shahrul turut senada dengan Asyraf apabila mempersoalkan mengapa pihak berkuasa masih belum mengambil apa-apa tindakan terhadap P. Waytha Moorthy.
Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan polis menahan Papa Gomo atas alasan memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial
“Tetapi malang sekali seruan itu dianggap sebagai menghasut kepada perkauman,” katanya dalam catatan di laman sosialnya.
Shahrul turut senada dengan Asyraf apabila mempersoalkan mengapa pihak berkuasa masih belum mengambil apa-apa tindakan terhadap P. Waytha Moorthy.
“Konon ‘no body above the law’, tapi rupanya P. Waytha Moorthy ‘above the law’ atau lebih tinggi darjatnya mengatasi undang-undang negara. Belum ditahan lagi walaupun ada beratus laporan polis terhadap beliau namun beliau masih kebal,” tegasnya.
Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan polis menahan Papa Gomo atas alasan memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial

ATOK BERI ALASAN KONONNYA KEKURANGAN MAJORITI DUA PERTIGA PRU 14, ADALAH FAKTOR MENGAPA PH GAGAL MENUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT - HAKIKATNYA SIAPAKAH YANG ATOK CUBA NAK PERBODOHKAN?

BATU PAHAT, 30 Nov – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi teruja dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mempunyai helah terbaru bagi mengelakkan menunaikan janji-janji mereka ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Ini katanya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kekurangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen sebagai alasan.
“Tun M sudah ada alasan baru. Beliau menegaskan kekurangan majoriti dua pertiga adalah faktor kenapa PH gagal menunaikan janji.
“Itu cakap beliau semalam ketika menerima Ahli Parlimen Bagan Serai dan empat senator Barisan Nasional (BN) yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” ujar Puad dalam entri di Facebooknya.
Justeru Puad menimbulkan beberapa persoalan mudah kepada kerajaan PH.
“Adakah untuk menurunkan harga minyak perlukan dua pertiga?
“Adakah untuk meneruskan bantuan nelayan, petani dan pekebun sawit memerlukan dua pertiga?
“Atau sebenarnya Tun Mahathir memerlukan dua pertiga untuk meminda Perlembagaan bagi meratifikasikan ICERD atau untuk mengurangkan lagi kuasa Raja-raja Melayu?” soal Puad.
Mengulas isu syarat kemasukan ke parti PPBM, Puad seterusnya mempersoalkan bagaimanakah pula dengan lain-lain syarat selain syarat mereka yang masuk perlu setahun tidak boleh memegang jawatan.
“Apakah siasatan rasuah, ‘money laundering’ dan melarikan cukai dikecualikan? Kenapa syarat tidak boleh memohon projek atau kontrak kerajaan tidak dimasukkan?
“Barulah ‘genuine’ kemasukan mereka ke dalam PPBM. Setahun hanya kosmetik sahaja,” sinisnya lagi

Thursday 29 November 2018

“APA LAGI ASET NEGARA AKAN DIJUAL OLEH KERAJAAN PH?” SOAL NAJIB.


30 NOV: Datuk Seri Najib Razak sedih apabila Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melupuskan pegangannya dalam IHH Berhad (IHH) kepada Mitsui.
Bekas Perdana Menteri itu juga kecewa apabila penguasaan 16 peratus kepentingan Khazanah dalam IHH djual pada harga lebih rendah iaitu RM6 sesaham berbanding RM6.42 harga pada awal tahun ini.
“Ini bermakna Khazanah jual ketika harga saham rendah,” katanya Najib dalam kenyataannya.
Menurutnya, ramai tidak tahu Malaysia semasa di bawah kerajaan BN dahulu memiliki kumpulan hospital kedua terbesar di dunia.
“Ketika saya dilantik Perdana Menteri pada tahun 2009, Khazanah memiliki kumpulan hospital Pantai. Pada masa itu, kumpulan ini hanya bernilai RM5.2 bilion.
“Seterusnya, kumpulan ini terus berkembang termasuk pembelian kumpulan hospital Singapura bernama Parkway, di mana Khazanah menstruktur semula pegangan aset hospital mereka menjadi IHH Berhad pada tahun 2010,” katanya.
Selepas kumpulan ini disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, nilai IHH Berhad meningkat menjadi RM25.6 bilion dan IPO IHH merupakan ketiga terbesar di dunia untuk tahun itu.
IHH terus berkembang selepas disenaraikan dengan pembelian kumpulan hospital di negara asing.
Tetapi, katanya, hari ini Khazanah di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah menjual kepentingan 16 peratus di dalam IHH kepada kumpulan Jepun Mitsui dengan harga RM8.42 bilion bermaksud Mitsui menjadi pemegang saham terbesar.
Nilai IHH pada hari ini dianggarkan bernilai RM50 bilion dan memiliki kumpulan hospital terbesar di Malaysia dengan 14 buah hospital, empat hospital di Singapura, 21 hospital di Turki dan sembilan hospital di India.
Ini antara faktor, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion pada akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017.
Malah, kata Najib selama ini, IHH dikenali sebagai kumpulan hospital Malaysia kerana Khazanah merupakan pemegang saham terbesar dan mengawal hala tuju IHH
Kini, kumpulan hospital kedua terbesar di dunia ini tidak lagi milik Malaysia atau menjadi kebanggaan negara kerana telah menjadi kumpulan milik negara Jepun.
Tidak mustahil Pengerusi IHH yang sebelum ini diterajui orang Malaysia akan digantikan dengan orang Jepun tidak lama lagi.
“Negara kehilangan peluang untuk membina dan memiliki sebuah syarikat MNC bertaraf global,” ujarnya.
Najib tidak menolak penjualan aset negara itu antara langkah untuk Khazanah menaikkan dividen kepada kerajaan.
“Sebelum ini, Menteri Kewangan Guan Eng pernah mengumumkan bahawa antara langkah untuk menggantikan kehilangan hasil dari pemansuhan GST, dividen dari Petronas, Khazanah Nasional dan BNM akan dinaikkan.
“Apa lagi aset negara akan dijual?” soal Najib lagi.

Wednesday 28 November 2018

PM SIFATKAN PERUSUH ADA NIAT UNTUK MEMBUNUH ADIB


28 NOV: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pelaku rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya dekat sini semalam mempunyai niat untuk membunuh anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.
Perdana Menteri berkata, perusuh yang melakukan kekecohan di kuil bukan sekadar untuk melakukan demonstrasi tetapi mempunyai niat untuk membunuh orang tidak berdosa.
“Nampak jelas orang (mereka yang melakukan rusuhan) buat ini dengan niat hendak membunuh. Kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari dalang di sebalik kes ini,” katanya selepas melawat mangsa di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Perdana Menteri menjelaskan, rakyat Malaysia bebas untuk melakukan demonstrasi secara aman mengikut lunas undang-undang dan bukannya kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.
Ketika mengulas mengenai tindakan pemaju mengupah samseng tempatan dalam kes tersebut, beliau menyifatkan itu adalah perbuatan yang tidak berfikir.
“Orang asing ini tidak faham budaya orang Malaysia, tidak boleh buat macam itu. Kalau kita dapat tahu siapa yang melakukannya, pihak Peguam Negara akan mengambil tindakan,” jelasnya.
Mengenai permohonan pihak pengurusan kuil yang meminta campur tangan kerajaan, Perdana Menteri memaklumkan, beliau akan membuat kenyataan berhubung perkara itu di Parlimen esok.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa setengah jam bagi melawat serta mengetahui perkembangan Muhammad Adib yang menerima rawatan di IJN.

BOMBA AKAN BUAT LAPORAN POLIS PERTAHAN ADIB DIBELASAH PERUSUH.


28 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan mengatakan Muhammad Adib Mohd. Kassim cedera akibat dilanggar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, laporan itu dibuat bagi mempertahankan kenyataan sebelum ini bahawa Muhammad Adib cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh.
“Rakaman video telah membuktikan bagaimana keadaan ketika itu. Jadi tiada apa untuk dijelaskan,” katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Tambahnya laporan polis tersebut akan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya malam ini.
“Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.
Itu perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang disangka Muhammad Adib, 24, yang cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh.
Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,” katanya.
“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.
Anggota Bomba Yang Cedra Dipindah ke IJN
“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” ujarnya lagi.

SIAPA EXCO PERAK MAHU JATUHKAN MENTERI BESAR?


28 NOV: Ketua Pembangkang DUN Perak Datuk Saraani Mohamed hari ini mendedahkan terperinci usaha wakil PAN dan seorang EXCO kerajaan negeri PH yang memujuk wakil rakyat UMNO menyertai mereka menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Saraani bersetuju mendedahkan nama EXCO terbabit dengan syarat 10 EXCO sedia ada bersetuju atau mendedahkannya pada sidang DUN Perak jika terus dicabar.
“Jangan cabar saya, nanti saya sebut dalam Dewan. Adun UMNO akan bangun sokong saya,” katanya dalam sidang media di Ipoh, Rabu.
Berikut sedutan sidang media Saraani.

Tuesday 27 November 2018

PEMBANGKANG KEMUKA USUL BAHAS INSIDEN KUIL DI DEWAN RAKYAT


27 NOV: Pembangkang hari ini mengemukakan usul menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) bagi membolehkan Dewan Rakyat membahaskan insiden kekecohan di Kuil Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Selangor.
Ketua WHIP Barisan Nasional, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa berharap Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul itu dan  disokong ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).
“Kami berharap Speaker menerima usul tersebut dan dapat menangguhkan Dewan bagi membolehkan isu di bawah usul itu dibahaskan segera kerana melibatkan kepentingan rakyat dan perlu disegerakan,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Bera itu, insiden yang berlaku adalah perkara serius dan perlu diselesaikan segera bagi kepentingan rakyat serta mengelak sesuatu yang tidak diingini jika dibiarkan.
“Perkara ini jika tidak dibendung, kita khuatir ia boleh merebak menjadi sentimen perkauman. Kita perlu selesaikan (melalui Parlimen) dan kerajaan perlu membuat keputusan mengenainya,” ujar Ismail Sabri lagi.

Tambahnya, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee sudah menghantar usul tersebut ke pejabat Speaker hari ini.
Beliau menjangkakan jika Speaker dan kerajaan bersetuju, ia akan dibahaskan petang esok atau selewat-lewatnya pada Khamis.
Ronald di dalam usul tersebut berpandangan Dewan perlu ditangguhkan bagi membincangkan mengenai isu ini kerana ia melibatkan perkara terentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Melalui usul itu juga beliau mencadangkan kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan agensi penguatkuasaan perlu segera menangani perkara itu sebelum merebak menjadi isu perkauman sehingga memecahkan semangat perpaduan rakyat serta keharmonian di negara ini.
Dalam sidang media itu juga, ahli parlimen pembangkang turut kesal kerana anggota bomba yang ke tempat kejadian untuk bertugas diserang sehingga terpaksa menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital Subang Jaya.
Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah meminta orang ramai jangan mempercayai berita yang tular di media sosial mengenai rusuhan di kuil tersebut sebaliknya merujuk kepada sumber sahih.

MENTERI PH DIINGATKAN AGAR TIDAK GUNA KEDUDUKAN PERIBADI UNTUK CETUS PROVOKASI.


27 NOV: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Menteri-menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) agar tidak menggunakan kedudukan mereka untuk mencetuskan provokasi berkaitan agama.
Katanya, ada menteri yang bertindak menjadi wira dalam isu berkenaan dan bukannya bertindak segera dalam menyelesaikan permasalahan ini daripada terus memburuk.
“Jika portfolio yang dipegang adalah untuk tujuan menunjukkan perpaduan tetapi jangan kedudukan ini dijadikan suatu tempat untuk menunjukkan provokasi kepada penganut agama lain.
“Saya harap keharmonian agama perlu kekal, ikut peraturan dan penguatkuasaan hendaklah dijalankan secara berhemah supaya tidak timbul masalah keharmonian yang wujud sejak merdeka,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen MMhari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada Menteri Perpaduan, P. Waytha Moorthy yang bertindak menyalahkan pihak berkuasa berhubung insiden kuil di Subang Jaya, semalam.
Menurut Ahmad Zahid, sensitiviti keagamaan jangan diletak kepada sesuatu penganut dan kaum sahaja, apatah lagi meletakkan tanggungjawab kesalahan kepada penguatkuasa seperti PRDM.
“Semua pihak perlu mematuhi perundangan dan peraturan sedia ada.
“Dalam waktu yang sama, semua agama harus menghormati satu sama lain. Jangan ada mana-mana pihak yang rasa seolah-olah menjadi wira kepada sesuatu agama,” kata Ketua Pembangkang itu.
Waytha pada Isnin mengeluarkan kenyataan menyalahkan Polis Daerah Subang Jaya dengan kenyataan yang salah apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.
Katanya, kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat India kerana kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan.
Waytha Moorthy berkata, pihaknya mahu polis Bukit Aman melaksanakan siasatan penuh dan bebas bagi mengenal pasti dalang di sebalik rusuhan dan serangan terhadap kuil itu.
“Ketua Polis Negara wajar mengeluarkan kenyataan yang betul berhubung insiden ini. Kami mengutuk serangan ini dan pihak bertanggungjawab dalam insiden ganas ini perlu ditangkap serta dihukum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, Isnin lalu.
Sidang media turut dihadiri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Jelutong, R S Rayer; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus.

PTPTN : GAMIS AKAN ADAKAN HIMPUNAN MEGA, JIKA KERAJAAN PH MASIH LAGI MENUNJUKKAN KEANGKUHAN.

27 NOV: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) memberi amaran untuk mengadakan himpunan bantahan lebih besar sekiranya kerajaan PH masih angkuh melaksanakan polisi pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa menzalimi anak muda.
Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, ini kerana para mahasiswa berasa terlalu kecewa dengan sikap Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan yang didakwa tidak berusaha mencari jalan penyelesaian dalam hal itu.
“Apa yang kami perjuangkan bukan sekadar menuntut kerajaan PH tunaikan janji, bahkan ia adalah keperluan yang mendesak buat semua graduan IPT untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN sehingga ekonomi mereka stabil seperti yang dijelaskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
”Kami mahasiswa kecewa dengan sikap beliau yang telah menikmati gaji yang besar namun malas berfikir untuk mencari jalan keluar daripada polisi yang menekan anak muda khususnya graduan IPTA dan IPTS di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Sabtu lalu, lebih 100 mahasiswa menyertai Himpunan Tuntut Janji PTPTN, dengan berarak ke ibu pejabat PTPTN.
Himpunan anjuran Gamis itu antara lain bagi menggesa kerajaan mewajibkan pembayaran balik PTPTN ke atas individu bergaji RM4,000 ke atas.
Pada masa sama, Muhammad Faizzuddin berkata, pihaknya bersedia untuk membantu PTPTN dalam mencari penyelesaian sekiranya pengerusi agensi itu masih terbuka hati untuk menunaikan janjinya.
“Beliau terlalu banyak memberikan alasan, sibuk mencari salah orang lain dan tidak nampak usaha yang dilakukan untuk meminda polisi yang menekan anak muda.
“Gamis kecewa dengan sikap ambil mudah beliau yang terlalu malas untuk mengadakan sidang meja bulat bersama pemegang taruh di seluruh Malaysia. Apa yang beliau sibuk lakukan selepas menikmati gaji yang besar ialah menjaja di merata tempat bahawa mekanisme untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN adalah mustahil,” katanya.