Wednesday 28 February 2018

AMARAN KERAS HADI : JANGAN JADI ALAT PARTI POLITIK TOLAK ISLAM.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran keras terhadap umat Islam agar tidak menjadi ahli, penyokong atau alat kepada parti yang menolak perjuangan Islam.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, namun melalui gambaran yang diberikan Abdul Hadi antarnya konsep Malaysian Malaysia, ia jelas menunjukkan parti yang dimaksudkan Ahli Parlimen Marang menerusi artikel bertajuk Tolak parti yang menggugat agama dan perpaduan itu adalah DAP.

Menguatkan hujahnya, Abdul Hadi berkata, umat Islam boleh berbeza pendapat dalam perkara atau cabang, namun diharamkan untuk berpecah dalam perkara dasar, menyentuh akidah dan mengancam kedaulatan Islam.

“Adapun umat Islam diharamkan dengan sekeras-kerasnya sama ada menjadi ahli, penyokong atau alat termasuk menjadikan rakan setia untuk perjuangan parti (DAP).

“Maka wajib yang bersekongkol dengan parti menentang Islam dan bersekongkol bersamanya sehingga berani melakukan apa sahaja yang menghalang cita-cita Islam atau berbelit-belit dijalanan politiknya, supaya kembali ke pangkal jalan,” katanya menerusi artikel yang disiarkan menerusi portal Harakahdaily di sini kelmarin.

Sebelum ini, krisis antara PAS dan DAP timbul pada 2015 apabila wujud pertikaian membabaitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan memperkasakan Mahkamah Syariah.

DAP turut mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS bertegas mahu melaksanakan hukum tersebut dan pada masa sama, parti itu turut menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Bagaimanapun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan kononya parti itu tidak pernah anti-Islam atau anti-Melayu walaupun berulang kali dilabelkan sedemikian oleh PAS. Hakikatnya itu merupakan satu penafian sahaja sebagai satu muslihat DAP untuk meraih undi orang Melayu Islam supaya boleh berkuasa. Dengan hanya undi kaum Cina sahaja walaupun sembilan puluh peratus, mereka mungkin tidak boleh menguasai negara ini.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang bukan Islam juga hendaklah menolak parti itu demi keselamatan dan kententraman awam negara ini.

“Kalangan bukan Islam pula wajib menolak rakan mereka yang tidak bermasyarakat madani dan majmuk yang mengancam keharmonian antara kaum dan agama,” katanya.

Katanya, adalah menjadi hak wajib kepada umat Islam yang menjadi masyarakat awal di negara ini dan bersifat dominan dalam negara ini untuk menegakkan Islam dan dalam masa sama memberi hak yang adil kepada kaum dan agama lain.



SAMAN LTAT : RAFIZI KANTOI !!!!


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak mempunyai masalah kewangan untuk membayar gratuiti kepada pesara tentera malah kedudukan kewangan badan berkanun itu juga kukuh.
Timbalan Ketua Eksekutif LTAT Datuk Zakaria Sharif menegaskan tiada sebarang kelewatan pembayaran gratuiti kepada pesara tentera kerana kedudukan kewangan LTAT atau kontrak bersama 1MDB bukanlah penyebab kelewatan pembayaran seperti yang didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
“Oleh yang demikian saya menegaskan bahawa tuduhan defendan (Mohd Rafizi) adalah fitnah dan tidak benar. Kenyataan defendan yang cuba mengaitkan plaintif (LTAT) dan 1MDB adalah berniat jahat,” katanya pada perbicaraan kes saman LTAT terhadap Rafizi berhubung kenyataan bahawa LTAT lewat membayar gratuiti kepada pesara tentera.
Saksi pertama plaintif itu juga menjelaskan bahawa pembayaran gratuiti kepada pesara tentera tidak mempunyai kaitan langsung dengan projek antara Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dan 1MDB. 
Dalam penyataan saksinya, Zakaria berkata beliau membuat laporan polis bagi pihak plaintif kerana defendan masih berterusan membuat kenyataan mengenai kelewatan pembayaran gratuiti pencarum tentera.
“Tindakan defendan ini memberi kesan ke atas kepercayaan anggota tentera dan pesara-pesara terhadap plaintif. Oleh yang demikian, plaintif menyerahkan perkara ini kepada polis untuk disiasat. Saya juga percaya bahawa kenyataan-kenyataan defendan adalah semata-mata isu politik dan tidak ada asas untuk mengaitkan masalah 1MDB dan pembayaran gratuiti pencarum tentera oleh plaintif,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung 27 April.
Pada 6 Mei 2016, LTAT memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung 3 kenyataan mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera bagi menuntut ganti rugi am, teladan, dan perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.
Dalam penyataan tuntutannya, LTAT mendakwa Rafizi mengeluarkan kenyataan bertajuk “Bayaran gratuiti pesara angkatan tentera lewat; LTAT perlu dedahkan risiko kewangan akibat 1MDB” dalam laman blog dan Facebook pada 21 Mac 2016.
Ia juga menyatakan pada 24 Mac 2016 melalui laman Malaysiakini, Rafizi mengeluarkan kenyataan bertajuk “Rafizi: I have document showing LTAT’s link to 1MDB”.
Pada 28 Mac 2016, Rafizi didakwa mengulangi kenyataanya di laman Facebook bertajuk “Laporan ketua audit negara ke atas 1MDB mengesahkan kesan masalah kewangan 1MDB ke atas LTAT”.
Plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Rafizi menuduh LTAT secara tidak langsung atau secara sindiran, tidak menjaga faedah, kebajikan dan tidak mempunyai wang untuk membayar pesara tentera.

PAKATAN HARAPAN SEMAKIN ‘MUFLIS’ MODAL POLITIK.



Agak melucukan apabila soal apa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak makanpun mahu dipolitikkan oleh Pakatan Harapan dikuasai DAP.

Kalau soal makanpun sudah jadi bahan politik terbuktilah pembangkang bukan lagi ketandusan isu tetapi telah sampai pada tahap ‘muflis’ dalam usaha mereka meracuni fikiran rakyat bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menjelang PRU-14 dan dalam usaha mencari modal memburuk-burukkan kerajaan, Pakatan Harapan semakin kelam-kabut. Ia memandangkan fitnah dan tomahan mereka tidak berhasil, ia ditambah pula sikap tenang Najib menghadapi serangan mereka.

Walaupun ‘diserang’ siang malam termasuk melalui media sosial mahupun portal berita pro pembangkang, Najib meneruskan tugas beliau seperti biasa. Keadaan itulah yang memungkinkan Pakatan Harapan yang cukup bernafsu untuk menang PRU-14 kali ini terpaksa ‘merangkul apa sahaja’ untuk dijadikan isu. Ibarat seorang yang hampir lemas di sungai, hingga sanggup mengapai apa sahaja, malah najis sekalipun yang terapung di permukaan sungai.

Bayangkanlah kalau seorang yang kononnya bertaraf negarawan pun turut mempolitikkan apa yang Perdana Menteri makan, susahlah Malaysia kalau pembangkang bersikap seperti itu. Namun begitu kita tidak perlu membuang masa melayan kejahilan Pakatan Harapan berpolitik. Biarlah rakyat sahaja menilai tahap pemikiran mereka.

Hakikatnya Pakatan Harapan semakin rimas. Kemelut dalaman khususnya melibatkan PPBM semakin serius. Pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara pula dilihat mula mewujudkan gelombang penolakan rakyat termasuk penyokong terhadap pakatan itu dan paling teruk ketika Pakatan Harapan menganggap mereka mahu menghapuskan kleptokrasi, negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka pula tercetus pelbagai isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan integriti.

Untuk menutup semua kelemahan dan kepincangan tersebut serta bagi melindungi ‘tengkorak buruk yang sedang memaparkan wajah sebenar’ mereka, maka isu remeh pun terpaksa digunakan bagi mengalih perhatian rakyat.

Malang sekali Malaysia ada gabungan pembangkang seumpama itu. Sepatutnya mereka membentangkan kepada rakyat apa agenda mereka untuk negara dan bagaimana mereka boleh menjadi lebih baik daripada kerajaan BN.

Tetapi sudah pastilah Pakatan Harapan tidak berupaya membentangkan agenda mereka. Ia kerana agenda mereka hanya satu iaitu memburu kuasa. Itu sahaja. Tambahan pula pengerusi mereka sendiri sudah menyatakan tidak mampu menunaikan janji-janji dalam manifesto yang mereka bentangkan. Kalau begitulah keadaannya, apa modal mereka ada untuk mempengaruhi rakyat? Modal mereka ialah tomahan dan fitnah serta mencari isu remeh untuk dipolitikkan.

Pakatan Harapan cuba memperbodohkan rakyat dengan isu yang tiada kaitan dengan usaha mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara. Kehadiran Dr. Mahathir dalam pakatan itu ternyata tidak membawa apa-apa faedah kepada harapan rakyat untuk melihat kewujudan barisan pembangkang yang rasional dan matang.
Sebaliknya rakyat terus dipaksa menyaksikan adegan, membaca kenyataan dan mendengar hujah-hujah memualkan oleh segerombolan ahli politik yang diresapi politik kebencian yang dibawa oleh Dr. Mahathir. Itulah Pakatan Harapan.




LIVE ANDA TANYA KITA JAWAB: PERANGKAP PERANG PERSEPSI PRU-14.



Diskusi Sembang Santai bertajuk PERANGKAP PERANG PERSEPSI PRU 14 yang dihoskan oleh YB Tan Sri Annuar Hj Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia bersama Prof. Madya Dr Azmi Hassan, Pakar Strategis Geopolitik UTM dan Datuk Seri Dzulkarnian Taib, Presiden/CEO Yayasan Media Hebat, Bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan di Riverside PWTC pada jam 12 tengahari ini, Rabu 28 Februari 2018.

DR MAHATHIR DAN KHAIRUDDIN GAGAL MENYAMAN NAJIB.


Tun Dr. Mahathir Mohamad dan satu pihak lagi terlepas segala peluang untuk menyaman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan melakukan salah laku dalam pentadbirannya berkaitan kes 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

Perkara tersebut ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan berpuas hati terhadap tafsiran undang-undang yang menyatakan Perdana Menteri tidak boleh disaman kerana beliau merupakan anggota pentadbiran Persekutuan, bukan penjawat awam.

Selain Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik juga tidak boleh disaman kerana mereka merupakan anggota pentadbiran Persekutuan dan tidak termaktub di bawah definasi penjawat awam.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan Dr. Mahathir dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk kebenaran merayu.

Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang bersandarkan kepada tafsiran Perlembagaan Persekutuan ketika memutuskan Najib tidak boleh disaman atas alasan beliau bukan penjawat awam, dikekalkan.

Kuorum berkenaan turut berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan tidak melepasi aras jangkaan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964 yang membolehkan kebenaran merayu diberikan.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Seri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Aziah Ali juga memerintahkan kos RM20,000 dibayar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedua-duanya memohon kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman terhadap Najib.

Panel itu menetapkan 16 April ini bagi mendengar permohonan peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili ketiga-tiganya, menarik diri daripada mewakili Anina.

Tuesday 27 February 2018

RAFIZI : MELAYU MASIH TIDAK MEMPERCAYAI KITA.


(MMO) –Masyarakat Melayu bersetuju dengan isu yang biasa diketengahkan parti pembangkang tetapi tidak menyuarakan sokongan mereka sebab mereka tidak yakin ia merupakan satu alternatif yang lebih kredible daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN), kata Rafizi Ramli PKR.
Ahli Parlimen Pandan itu menambah bahawa parti pembangkang perlu dipersalahkan kerana kegagalan mereka sendiri untuk memenangi hati pengundi yang disebaliknya menaruh simpati kepada arah perjuangan kita.
Kita adalah bertanggungjawab ke atas hakikatnya yang mereka masih lagi menggundi BN setelah memahami semua isu-isu ini,” beliau berkata di satu sesi meja bulat ‘Selamatkan Malaysia’ hari ini.
Lebih banyak kita bercakap kepada mereka, lebih banyak mereka tidak percayakan kita,” beliau menambah.
Beliau berkata pemimpin pembangkang tidak perlu menjadi “opportunis” dan merendahkan martabatdidalam bercakap kepada pengundi Melayu, terutama mereka di kawsan luar bandar di mana BN masih lagi mempunyai sokongan yang kuat.

DATUK AKHBAR SATAR TIDAK LAYAK JADI PRESIDEN TRANSPARENCY INTERNATIONAL KERANA BELIAU SENDIRI TIDAK TRANSPARENT DALAM MELAPORKAN INDEKS PERSEPSI RASUAH.

Kami dengan ini mempersoalkan tentang dakwaan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar mengenai kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) disebabkan isu 1 Malaysia Development Bhd (1MDB), Felda dan hukuman penjara 30 bulan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Ironinya mengapa beliau cuba menyembunyikan beberapa skandal yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan dan skandal seorang bekas Menteri Persekutuan yang berasal daripada Sabah.

Kami juga berharap agar Akhbar berlaku telus (transparent), jujur dan berhenti menjadi ejen kepada Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP. Jikalau terlalu berminat sangat hendak berpolitik, letakanlah jawatan sekarang (Presiden Transparency International yang bukan merupakan parti politik), sertailah dan pilihlah mana-mana parti politik pembangkang yang ingin menerimanya sebagai calon bertanding dalam PRU-14 yang akan datang. Di situ bolehlah beliau membuat penilaian terhadap diri beliau sendiri sama ada majoriti rakyat dengan mudah dapat terpengaruh apa yang beliau katakan itu. Dengan itu dapatlah ditentukan sama rakyat yang bodoh atau beliau sendiri yang bodoh.

Kami merujuk kepada satu kenyataan yang ditularkan oleh beliau yang mengatakan bahawa Indeks Rasuah Malaysia merosot kononnya kerana isu 1MDB, Felda dan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi Ramli dalam kes mendedahkan maklumat akaun peribadi syarikat Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kami ingin mengingatkan beliau bahawa indeks rasuah di negara ini merosot bukan kerana isu 1MDB, Felda mahupun kerana pemenjaraan Rafizi. Indeks rasuah kita merosot adalah kerana salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Contoh paling ketara adalah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Ini berikutan kes skandal banglo beliau di Pulau Pinang yang mendapat liputan meluas dari media dari dalam dan luar negara. Walaupun sudah didakwa, Guan Eng masih tidak mahu meletakkan jawatan.

Sudah semestinya apabila seorang Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, persepsi rakyat dan orang asing terhadap negara kita akan merosot kerana mereka melihat di Malaysia seorang Ketua Menteri juga menyalahgunakan kuasa. Mengapa kes ini tidak diambil kira sebagai memberi impak ketika merumuskan kepada kemerosotan indeks rasuah negara?

Kedua adalah kes banglo Disneyland di Selangor milik seorang pemimpin muda PKR. Kes ini juga memberikan impak yang negatif kepada negara apabila seorang pemimpin muda sayap PKR didakwa mempunyai kekayaan luar biasa. PKR pula merupakan parti yang menerajui kerajaan negeri Selangor.
Ketiga pula merupakan skandal yang paling besar melibatkan bekas Perdana Menteri yang kini memimpin Pakatan Harapan iaitu skandal Forex yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) hilang RM32 bilion. Malah kerajaan terpaksa menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara ini. Kes ini juga telah mendapat perhatian dunia di mana pemimpin Pakatan Harapan bertanggungjawab akan kehilangan wang ini.

Keempat pula adalah skandal satu projek di Pulau Pinang yang sehingga hari ini tidak lagi bermula walaupun tanah rakyat sudah digadaikan kepada pemaju. Malah sehingga hari ini laporan kebolehlaksanaan masih belum disiapkan lagi dan syarikat-syarikat bertujuan khas (SPV) yang diberi projek itu juga sudah bertukar tangan. Lebih memalukan syarikat gergasi dari negara China juga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam projek ini.

Kelima pula adalah beberapa skandal yang sedang disiasat oleh SPRM di Selangor seperti skandal tanah di Ijok, tanah di Kampung Sungai Yu , skandal perlombongan pasir dan skandal Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIG) yang dikatakan milik Menteri Besar Selangor di Perbadankan, pada hal ia dimiliki individu. Ini sekali gus mewujudkan persepsi bahawa terdapat salah guna kuasa dan rasuah oleh kerajaan negeri dan pemimpin parti PKR.

Akhir sekali, sudah semestinya kekayaan luar biasa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan juga membangkitkan persoalan mana mereka mendapat wang yang begitu banyak. Ada pemimpin Pakatan Harapan yang berceramah seluruh negara menggunakan jet peribadi dan kereta-kereta mewah. Dari mana mereka dapat duit sebanyak itu.

Apabila persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak Pakatan Harapan, ia memberikan persepsi bahawa wujud salah guna kuasa dan rasuah di kalangan mereka sekaligus menyebabkan indeks rasuah kita merosot. Oleh yang demikian, kami ingin ingatkan Akhbar supaya lain kali buatlah kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau laporan CPI. Jika tidak, sudah tentulah anda merupakan orang pertama rakyat Malaysia yang menyandang jawatan tersebut (Presiden Transparency International) dilihat sebagai seorang badut.

Malah tidak wajar juga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pula dipersalahkan kerana kononya mereka gagal membanteras rasuah. Ini adalah kenyataan yang dangkal serta tidak bertanggungjawab. Lima contoh yang kami beri yang melibatkan kes utama dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, apakah dia? Itu belum lagi melibat sektor swasta, jabatan kerajaan seperti polis, kastam, imigration dan lain-lain. Kalau nak tulis semuanya dalam artikel ini memang tidak habis. Selain daripada tangkapan dan siasatan, walhal SPRM sudah melakukan pelbagai usaha dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya rasuah dan aktiviti pencegah rasuah. Malah beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes rasuah yang telah berjaya diselesaikan oleh SPRM.

Kesimpulannya, indeks persepsi rasuah merosot adalah kerana skandal-skandal pemimpin Pakatan Harapan termasuk Pengerusi Pakatan Harapan dan ini tidak termasuk lagi skandal seorang bekas Menteri Persekutuan yang berasal daripada Sabah. Kami berharap Transparency International Malaysia akan berlaku lebih telus (transparent), jujur dan adil supaya dipercayai serta dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Berhentilah menjadi agen kepada Pakatan Harapan, sekiranya masih enggan, jadikanlah Transparency International Malaysia sebagai sebahagian daripada sayap Pakatan Harapan, senang cerita supaya rakyat tidak keliru.


Saturday 24 February 2018

INJUNKSI SEMENTARA TERHADAP TONY PUA : PENGIKTIRAFAN KEHAKIMAN NAJIB TAK BERSALAH DALAM ISU 1MDB PERLU DITERIMA.

Mahkamah Rayuan perlu menerima pengiktirafan kehakiman tentang hakikat bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu 1MDB, kata seorang Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya.

Dalam penghakiman setebal 33 muka surat, Datuk Yaacob Md. Sam berkata, dapatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tentang perkara itu dilapor secara meluas serta terkandung dalam domain awam yang tidak boleh sama sekali dipertikai.

Katanya, mahkamah itu berpendapat Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dari segi fakta atau undang-undang dalam menunaikan budi bicaranya mengenakan injunksi terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee atas alasan pembelaan dirinya (Tony Pua) tidak boleh berjaya dengan wujudnya bukti, terutama tentang keputusan Peguam Negara itu.

“Oleh itu, memang sewajarnyalah dakwaan bahawa dapatan itu bersifat jahat juga tidak harus dilayan sebagai satu pandangan serius,” kata beliau sambil menjelaskan bahawa fakta yang diberi pengiktirafan kehakiman itu wujud dalam rayuan Najib.

Beliau berkata, apabila sesuatu fakta diberi pengiktirafan kehakiman oleh mahkamah, tiada bukti perlu dikemukakan bagi membuktikan kewujudannya.

Hakim Yaacob adalah antara anggota panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 14 Februari lalu dan membuat keputusan tentang rayuan Tony Pua terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung saman fitnah difailkan Najib terhadapnya (Tony Pua).

Panel hakim itu menolak rayuan Tony Pua dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kepada Najib injunksi sementara dua belah pihak terhadap Tony Pua berhubung satu klip video fitnah berkaitan pembentangan satu rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Dalam penghakimannya, Hakim Yaacob berkata, Seksyen 56 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan satu jendela perundangan, yang melaluinya, mahkamah boleh membuat keputusan untuk menerima pengiktirafan kehakiman tentang sesuatu fakta atau perkara, yang mana tiada pembuktian selanjutnya perlu dikemukakan bagi membuktikan kewujudannya.

Hakim Yaacob juga berkata, keputusan Peguam Negara itu terletak dalam rangka kerja Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Najib melunaskan syarat yang diwajibkan ke atasnya untuk diberi injunksi sementara terhadap Tony Pua sementara menunggu keputusan kes saman fitnahnya terhadap Tony Pua.

“Kami bersetuju sepenuhnya dengan hujah peguam yang arif bagi pihak plaintif (Najib) bahawa keseluruhan isu 1MDB telah diteliti dan disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dilantik Parlimen,” kata Hakim Yaacob.
Beliau berkata, siasatan juga dilakukan SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang keputusannya diumumkan kepada orang ramai oleh AGC bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berkaitan 1MDB.

Yaacob berkata, dakwaan Tony Pua tentang kewujudan pakatan sulit antara Najib, Barisan Nasional (BN) dan PAS berkaitan RUU 355 adalah andaian semata-mata dan perkara itu terletak sepenuhnya pada kuasa mutlak dan budi bicara yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membuat keputusan tentang penerimaan dan urusan Dewan itu sama ada membenarkan atau menolak sesuatu rang undang-undang.

Kata hakim itu, setelah meneliti pembelaan diri Tony Pua, jelas didapati bahawa beliau bukannya pembuat dokumen berkenaan dan dokumen itu merupakan keterangan dengar cakap atau ‘here say’ yang tidak terdapat dalam pengetahuan peribadi Tony Pua.

Najib menyaman Tony Pua atas kedudukan peribadi beliau dengan mendakwa Tony Pua membuat kenyataan fitnah terhadapnya dalam video secara langsung berkaitan pembentangan RUU 355.

Perdana Menteri mendakwa klip video yang dimuat naik oleh Tony Pua atau ejennya dalam Facebooknya sepanjang dua minit, 21 saat bertajuk BN Government abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill, boleh diakses secara meluas dan percuma melalui internet.

Pada 21hb April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib bagi mendapatkan injunksi sebelah pihak untuk menghalang Tony Pua daripada terus menyiarkan perkataan yang sama atau serupa dan pada 4hb Ogos tahun lepas, Perdana Menteri juga diberi injunksi sementara dua belah pihak oleh Mahkamah Tinggi.

Perkembangan muktahir ini meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai plaintif dijangkakan mampu memenangi kes saman fitnah beliau terhadap Tony Pua yang rata-rata berniat jahat.

Kesimpulannya manusia yang berniat jahat seperti Tony Pua hanya mampu merancang kejahatan beliau, tetapi hanya allah sahaja yang boleh menentukannya. Tetapi malangnya beliau bukan seorang Muslim untuk mempercayai nya maka beliau akan terus melakukan kejahatan sampai bila-bila. 

CUBAAN TUTUP SKANDAL TANAH IJOK MAKIN BERBELIT DAN MENJERUT AZMIN.


Di sebalik tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdiam diri mengenai dakwaan skandal RM1.18 bilion terhadap tanah Ijok yang diutarakan Pengarah BNSC, Datuk Abdul Rahman Dahlan seminggu lalu, hanya pembantu Menteri Besar memberi reaksi.
Antaranya termasuk Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei dan Penyelaras Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dari Parti Amanah Negara (PAN).
Bagaimanapun, jawapan mereka tidak masuk akal dan dilihat hanya cubaan rapuh mereka untuk menutup isu sebenar.
Contohnya, Shao Loong melabelkan dua syarikat swasta terbabit sebagai syarikat kroni, di mana mereka telah gagal melaksanakan projek dijanjikan, dan kemudiannya mempertahankan kerajaan Selangor yang bertindak menyerahkan semula tanah kepada dua syarikat kroni yang gagal ini.
Malah, Shuhaimi Shafiei juga mendakwa ia adalah satu keputusan menang-menang, untuk tidak meneruskan kes di Mahkamah Persekutuan dan membuat penyelesaian dengan syarikat terbabit yang dilabelkan sebagai ‘kroni BN’.
Maka, jika kedua-dua Shao Loong dan Shuhaimi berkata syarikat terbabit adalah ‘kroni BN’ yang wujud ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir antara 1998-2000, mengapa pula kerajaan Selangor mahu selamatkan mereka yang sudah jelas gagal dan kini dibenarkan ‘menang-menang,’ malah sangat ‘menang’ berbanding peneroka melalui keuntungan atas angin.
Lebih mengejutkan ialah kenyataan dari Dr Dzulkefly dari PAN yang memperincikan bagaimana wang RM1.18 bilion dibahagikan:
– Pampasan kepada 981 peneroka = RM300 juta
– Bayaran kepada bank dan pemiutang = RM670 juta
– Disimpan oleh dua syarikat ‘kroni’ = RM210 juta
Pengiraan oleh BNSC bagi pampasan kepada peneroka sebelum ini lebih murah hati iaitu RM421 juta berbanding jumlah RM300 juta sahaja yang didedahkan Dr Dzulkefly, iaitu lebih rendah daripada keseluruhan jumlah RM1.18 bilion manakala RM880 juta diperolehi dua syarikat ‘kroni’ untuk melangsaikan hutang mereka kepada bank, pemberi pinjaman dan turut menyimpan bonus RM210 juta untuk syarikat mereka.
Ini bermakna, daripada harga efektif RM12.34 bagi setiap kaki persegi yang dibayar untuk tanah peneroka oleh sebuah syarikat senarai awam kepada dua syarikat ‘kroni’ di mana penyokong tegar Dr Mahathir, Khairuddin Abu Hassan pernah memegang jawatan Pengarah Eksekutif, peneroka di Ijok hanya dibayar RM3.12 bagi setiap kaki persegi bagi tanah mereka, manakala bakinya masuk ke kantung dua syarikat terbabit.
Dalam keadaan tergesa-gesa mereka untuk menyalahkan BN bagi skandal ini, ketiga-tiga individu ini turut tidak mengendahkan satu fakta penting, iaitu kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah memberikan tanah itu kepada peneroka.
Ini satu fakta yang perlu mereka akui.
Apapun, cubaan rapuh ketiga-tiga individu ini untuk memberi penjelasan membuka lebih banyak pekung dan persoalan seperti berikut:
a). Adakah anda merasakan adalah adil kepada peneroka yang diberi pampasan pada harga RM3.12 bagi setiap kaki persegi bagi tanah mereka, dinilai mengikut harga 18 tahun lalu, memandangkan syarikat senarai awam itu membayar RM12.34 bagi setiap kaki persegi kepada dua syarikat ‘kroni’ dan ketika hakikatnya bahawa pasaran tanah pertanian di Ijok ketika ini dijual pada harga antara RM30 hingga RM65 bagi setiap kaki persegi?
b). Jika anda mendakwa mereka adalah syarikat kroni dari era Dr Mahathir, mengapa anda masih mahu menyelamatkan mereka dengan membenarkan mereka memperoleh RM810 juta daripada RM1.18 bilion yang dibayar itu?
c). Apakah harga yang boleh diperolehi jika kerajaan Selangor menjual tanah berkenaan melalui tender terbuka?
d). Syarikat senarai awam itu telah mengumumkan secara terbua projek perumahan ke atas tanah itu mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sekurang-kurangnya pada RM15 bilion. Bukankah lebih baik jika Kerajaan Selangor meneruskan perancangan dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah merangka satu model di mana kerajaan Selangor akan memajukan tanah berkenaan atau melalui perkongsian, yang akan memanfaatkan peneroka dan kerajaan Selangor sendiri?
e). Amat jelas, terdapat model alternatif.
Jika alasan Azmin adalah bagi memastikan peneroka memperolehi pampasan dengan lebih cepat, mengapa kerajaan Selangor tidak menggunakan rizab RM3 bilion bagi membayar RM300 juta terus kepada peneroka terlibat?
Pada masa sama, kerajaan Selangor sepatutnya meneruskan kes di Mahkamah Persekutuan bagi memiliki terus tanah berkenaan yang berjaya dirampas dari dua syarikat berkenaan ketika pentadbiran Tan Sri Khalid, memandangkan kerajaan Selangor sudah memenangi kes berkenan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Kerajaan Selangor juga boleh menjual tanah berkenaan secara terus kepada syarikat senarai awam berkenaan pada harga RM1.18 bilion dan memperolehi RM810 juta untuk kerajaan Selangor berbanding keuntungan atas angin bagi dua syarikat terbabit.
Atau, mereka boleh melaksanakan ketelusan dengan menjual tanah berkenaan melalui tender terbuka bagi mendapatkan harga lebih tinggi.
f). Ketiga-tiga individu ini juga secara rapuh mendakwa kerajaan Selangor akan menanggung hutang ratusan juta Ringgit kepada bank. Adakah ketiga-tiga individu ini boleh menjelaskan secara terperinci, bagaimana pula kerajaan Selangor terpaksa menanggung hutang yang diambil oleh dua syarikat terbabit dan berapa jumlah tepat ratusan juta Ringgit ini?
Jika tanah berkenaan sudah dilucut hak berdasarkan kepada perlanggaran Kod Tanah Negara oleh kedua syarikat terbabit, tidakkah tanah berkenaan bebas dari sebarang bebanan?
Perlu juga dinyatakan di sini, penghakiman bertulis bagi kedua-dua kes dimenangi kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan langsung tidak menyebut kerajaan Selangor bertanggungjawab terhadap pinjaman bank yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ‘kroni’ berkenaan.
g). Demi ketelusan, adakah kerajaan Selangor akan mendedahkan perjanjian penyelesaian akhir dengan dua syarikat terbabit?
Datuk Lim Sian See atau Eric See-To
Timbalan Pengarah
Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC)


Friday 23 February 2018

MEMOIR ROBERT KUOK - UNTUK RENUNGAN MELAYU YANG KETANDUSAN JATIDIRI, TAMAK HALOBA, GILA KUASA DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.


Robert Kuok, orang Malaysia terkaya dan kedua terkaya di Asia Tenggara, mula membina empayar perniagaan sejak 1950, sebelum Merdeka dan jauh sebelum pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Menjelang 1960, Kuok sudah menjadi jutawan terkaya dan dikenali dengan panggilan Raja Gula’ Malaysia — dan hari ini beliau bernilai lebih AS$15.3 bilion.
Banyak monopoli dan pertolongan yang Kuok daripada kerajaan Perikatan (ketika itu) yang dipimpin UMNO sejak era Tunku Abdul Rahman merupakan asas pembentukan kekayaan beliau. Hakikatnya, adalah kerana UMNO yang Kuok menjadi kaya walaupun beliau mahu dunia percaya, sebagaimana beliau tulis dalam memoir atau riwayat hidup beliau, kerana kerja kuat dan DNA Cina beliau merupakan sebabnya dan bukan kerana beliau kroni pemimpin UMNO ketika itu.
Apabila DEB dilancarkan pada 1970, Kuok dengan pahitnya menentangnya dan beliau secara terbuka memberitahu pemimpin UMNO sedemikian. Ini adalah apa yang dilaporkan oleh Straits Times (Singapura) pada 4hb Disember 2017:
In the book, Mr Kuok criticised implicitly the policy of preferential treatment for Bumiputeras in Malaysia, and said he made one “strong attempt to influence the course of history” of the country but failed.
“The train of the nation had been put on the wrong track,” Mr Kuok wrote, referring to a private meeting in September 1975 with soon-to-be prime minister Hussein Onn. In the course of the meeting, Tun Hussein said he could not “sell my (Mr Kuok’s) formula” of removing pro-Malay policies “to his people”.

Memoir Robert Kuok bercakap tentang keagungan Cina
Kuok percaya dengan keagungan Cina dan dengan tidak segan silu mengatakannya di dalam memoir beliau, sebagaimana yang dilaporkan oleh  South China Morning Post (SCMP) seperti berikut:
The overseas Chinese made enormous contributions to Southeast Asia. They are the unsung heroes of the region: the poor men and women who migrated and blazed trails into the jungle, accessing the timber wealth; Chinese workers who planted and tapped rubber, who opened up the tin mines, who ran the small retail shops. It was the Chinese immigrants who tackled these Herculean tasks, and created a new economy around them. It was the Chinese who helped build up Southeast Asia. The Indians also played a big role, but the Chinese were the dominant force in helping to build the economy.
The majority of overseas Chinese are moral and ethical people who practice fair play and possess a sense of proportion. I will concede that if they are totally penniless, they will do almost anything to get their first seed capital. But once they have some capital, they try very hard to rise above their past and advance their reputations as totally moral, ethical businessmen. Why did the overseas Chinese survive, adapt and flourish in Southeast Asia? I say the answer lies in the great cultural strength of the Chinese. When they left their homeland, the overseas Chinese retained the culture of China in the marrow of their bones.
Asasnya, pandangan Kuok itu selari dengan apa yang golongan anti-Umno atau Cina DAP anti-Melayu ulangi di media sosial: di mana, kaum Cinalah yang membangunkan  Malaysia, dan sekiranya bukan kerana kaum Cina, Malaysia akan masih lagi hutan dan orang Melayu akan masih lagi tinggal di atas pokok.

Apabila Team A dan Team B bertelagah, Robert Kuok menyokong Team B supaya UMNO boleh berpecah

Apabila UMNO berpecah pada 1987, Kuok memainkan peranan utama dengan membiayai ‘Team B’. Kuok percaya UMNO yang berpecah merupakan UMNO yang lemah dan oleh itu baik untuk kaum Cina. Apabila UMNO berpecah semula pada  1998, Kuok dengan cepat membiayai kumpulan yang menentang kerajaan dengan harapan menjatuhkan UMNO. Apapun yang menentukan kemusnahan UMNO akan menerima bantuan kewangan daripada Kuok.
Pada 2014, apabila kelihatan UMNO akan berpecah sekali lagi, untuk kali ketiga, media milik Kuok South China Morning Post (SCMP), yang beli pada 1993, memainkan isu 1MDB untuk memberi sokongan kepada ‘Kempen Anti Najib’ atau Anti-Najib Campaigh (ANC). Selain daripada media barat seperti Sarawak Report, Wall Street Journal, Sunday Times (UK) dan lain-lain, SCMP juga merupakan di kalangan media asing yang menghebohkan isu 1MDB dengan harapan menjelang  2015, UMNO akan tertekan dengan hebatnya serta tidak relevan dan Barisan Nasional pimpinan UMNO akan digantikan Pakatan Harapan pimpinan DAP.
Dengan ringkas, apabila berlaku perbalahan dalaman UMNO atau Melayu lawan Melayu, wang Kuok akan menjelma untuk membantu membiayai peperangan sebab Melayu yang tidak bersatu atau perpecahan UMNO memberi manfaat kepada kaum Cina. Kuok percaya yang Malaysia dan Asia Tenggara wujud kerana kaum Cina dan oleh itu kaum Cina dan bukannya kaum Melayu harus memerintah Malaysia. Dan beliau telah mempercayai ini selama 70 tahun sejak Perang Dunia Ke-2 dan telah tidak pernah menyembunyikan fakta ini.

Apabila Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim bertelagah, Robert Kuok menyokong gerakan Reformasi yang anti-UMNO

Kuok percaya bahawa sejak 2008 Tsunami Cina telah membuat ia mungkin berlaku untuk pertukaran daripada kerajaan yang Melayu sebagai dominan kepada kerajaan yang Cina sebagai dominan. Malah sekiranya ia tidak mungkin melihat kerajaan Cina di Malaysia, sekurang-kurangnya kerajaan dipimpin Cina atau kerajaan yang Cina sebagai dominan mungkin boleh diwujudkan. Tetapi kemudian ia akan memerlukan muka Melayu dengan Cina sebagai kuasa sebenar tetapi di sebalik tahkta. Ini berdasarkan atas kepercayaan Kuok, sebagaimana beliau kata di dalam memoir beliau, bahawa sementara British menjalankan pentadbiran Malaya sebelum Merdeka, kaum Cinalah yang sebenarnya menjalankan ekonomi negara dan bukannya British.
Pada April 2016, Kuok jual kepentingan beliau dalam SCMP dan tidak lagi mempunyai kuasa terhadap media tersebut. Apabila The Malaysian Insight dilancarkan tahun lepas , Kuok melihat ini sebagai satu peluang yang baik untuk menggunakan apa dalam intipatinya untuk menghidupkan kembali The Malaysian Insider untuk meneruskan kempen anti-Umno. Kuok kemudian menawarkan bantuan pembiayaan kepada The Malaysian Insight dengan syarat bahawa  Ho Kay Tat akan menjadi ketua pengarang de facto.
Kuok tahu bahawa penguasaan terhadap media adalah sangat genting tetapi tidak boleh dilihat sebagai media yang dikuasai Cina sekiranya mereka mahu memenangi hati dan minda orang Melayu dan demi untuk menentukan Tsunami Melayu di dalam pilihan raya umum akan datang. Ia harus dilihat sebagai media dikuasai Melayu dan The Malaysian Insight sesuai dan tepat memandangkan Faridah Begum K.A. Abdul Kader dan adiknya, Jahabar Sadiq, merupakan pemain utama.

Faridah Begum adalah rakan yang tepat untuk Robert Kuok yang boleh menawarkan muka Melayu termasuk perlindungan daripada tindakan jenayah oleh suami beliau

Faridah menawarkan mereka faedah yang lebih baik kerana kedudukan suaminya dalam kerajaanThe Malaysian Insight adalah apa yang orang Melayu panggil  kebal daripada sebarang tindakan undang-undang memandangkan tiada sebarang tindakan terhadap sesiapa melainkan mendapat lampu hijau daripada Peguam Negara.
Ho Kay Tat telah diarahkan untuk bercakap dengan Jahabar Sadiq, yang memerlukan anggaran RM50 juta dalam tempoh lima tahun, dan satu rundingan telah tercapaiThe Malaysian Insight akan sekarang berkhidmat untuk agenda Pakatan Harapan yang dikuasai DAP untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO. IntipatinyaThe Malaysian Insight adalah tentang agenda politik Cina menggunakan muka Melayu sebagai penyamaran.
Dengan itu maka lengkaplah Tsunami Cina. Itu berlaku pada 2008. Mereka sekarang memerlukan Tsunami Melayu sekiranya mereka mahu menjatuhkan kerajaan BN pimpinan UMNO. Dan ini masih belum berlaku lagi, di mana bermakna BN akan memenangi pilihan raya akan datang. Oleh itu ia sangat genting yang satu portal ‘milik Melayu’ dengan Cina bersembunyi dibelakang diwujudkan untuk mencetuskan  Tsunami Melayu. Dan portal tersebut ialah The Malaysian Insight.

Tsunami Cina sudah lengkap dan mereka sekarang memerlukan Tsunami Melayu untuk menjatuhkan UMNO dan mengantikannya dengan DAP

Artikel dan laporan The Malaysian Insight’s ditulis oleh Red Bean Army DAP, kadang-kadang menggunakan nama Melayu. Untuk menentukan mereka terus ‘mematuhi’ agenda DAPpemilik The Malaysian Insight dibayar RM2 juta sebulan, sudah tentu transaksi pembayaran dibuat di luar negara dengan sebab yang jelas supaya tidak mudah dikesan pihak berkuasa. Dan dengan RM2 juta sebulan untuk selama lima tahun akan datangThe Malaysian Insight adalah amat penting dan merupakan sebagai  cash-cow yang tidak seharusnya gagal.
Kuok sedang menghimpunkan semua hartawan Cina untuk menyertai ANC dan membantu DAP untuk menjatuhkan BN supaya Pakatan Harapan yang dikuasai DAP boleh mengambil alih kerajaan. Sekiranya mereka gagal untuk melakukan dalam pilihan raya umum akan datang kemudian ia mungkin tiadak akan boleh dilakukan lagi. Oleh itu ia merupakan kes sekarang atau tidak. Dan terdapat banyak Melayu dalam Pakatan Harapan yang ketandusan jatidiri, tamak haloba, gila kuasa dan mementing diri sendiri bersedia untuk menjadi Ali Baba untuk DAP sekira ganjarannya lumayan. Ini termasuk pemilik The Malaysian Insight yang sanggup menjual bangsanya sendiri kerana wang. Dan orang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, ganjarannya termasuk menyelamatkan empayar perniagaan beliau berjumlah RM100 bilion dan dinasti politik keluarganya.