Monday, 12 February 2018

ISU STADIUM : KENYATAAN SETENGAH MASAK AZMIN AMAT MEMALUKAN.


Kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018 sebagai kenyataan amat memalukan.
Sebagai seorang ketua kerajaan negeri kenyataan sedemikian rupa tidak sepatutnya dikeluarkan apatah lagi kerajaan negeri di bawah kepimpinannya sering melaungkan kononnnya “peduli rakyat”. Di bil board iklan kerajaan negeri di sana sini mengiklan “peduli itulah” “peduli inilah” bermacam-macam “peduli”. Hakikatnya kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali tidak peduli apa pun tentang pentadbiran serta kebajikan rakyat negeri itu. Sebagai contoh masalah bekalan air bersih yang berlarutan hingga sekarang, masalah penyakit demam nyamok ades tertinggi di negara ini, masalah pembuangan sampah yang tidak terurus dan penyelenggaraan Perumahan Pangsapuri Rakyat Termiskin (PPRT) hingga terpaksa dibantu oleh kerajaan pusat. Yang beliau peduli hanyalah dirinya dan politik. Siang malam dua puluh empat jam berpolitik hingga rakyat diabaikan.
Kami tidak terfikir langsung seorang menteri besar boleh membuat kenyataan sebegitu rupa. Apa gunanya Stadium Shah Alam yang besar dan boleh menampung kapasiti penyokong yang ramai dan lengkap dengan segala kemudahan tetapi tidak boleh digunakan oleh pasukan sendiri iaitu “The Red Giant”.
Perbandingan yang digunapakai langsung tidak mencerminkan keadaan dan senario yang sebenarnya. Lainlah jika Selangor tidak mempunyai stadium dan sebagainya. Ini adalah berkaitan sukan nombor satu  negara yang pasukan The Red Giant mempunyai sejarah tersendirinya.
Bukan soal ada padang atau tidak.. ini soal sentimen dan keperluan rakyat dan penyokong Selangor yang ramai memerlukan stadium yang lebih besar khususnya Stadium Shah Alam (SSA).
Penjelasan Azmin mempolitikkan isu ini kerana sanggup mengorbankan aspirasi dan harapan rakyat serta penyokong Selangor sekaligus menyerlahkan ego dan politik beliau yang sebenarnya.
Dilaporkan Azmin secara sinis membuat perbandingan dengan pasukan bola sepak Iraq berhubung kemelut penggunaan stadium oleh pasukan negeri berkenaan.
Beliau berkata kononnya, “Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh bermain atast padang pasir,” sinis Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang tuan rumah pasukan The Red Giant untuk Liga Malaysia 2018.
Apabila Azmin ditanya tentang macam mana tentang, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan? Beliau menjawab bahawa YB Amiruddin Shaari sedang meneliti perkara itu.
Bagi kami meneliti sahaja tidak mencukupi sekiranya Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan masih lagi tidak kelihatan wujud di negeri Selangor walaupun kerajaan yang sama sudah dua penggal memerintah. Macam mana nak wujud, kerana baharu sahaja hendak diteliti setelah sepuluh tahun memerintah.
Pasukan ‘The Red Giants’ dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah dalaman antara Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dengan kerajaan negeri sejak penghujung 2016.
Sejak itulah, pasukan bola sepak itu tidak memiliki gelanggang rasmi dan terpaksa menumpang stadium lain, iaitu di Stadium Bandar Raya Kuala Lumpur di Cheras.
Kami melihat bahawa Azmin sepatutnya elakkan diri dari dilihat sebagai pemimpin setengah masak dengan segera mencari jalan penyelesaian terutama pasukan bolasepak Selangor yang cukup gah di negara ini dari sudut sejarahnya.
Apa yang penting adalah beliau sepatutnya mementingkan rakyat negeri Selangor dan bukannya untuk kepentingan politik mana-mana pihak sekalipun kerana bola sepak sepatutnya menjadi alat untuk menyatukan segala-galanya.
Inilah masalahnya jika pemimpin yang tidak mempunyai semangat kesukanan. Hari ini orang muda dan seluruh rakyat Selangor dapat melihat sejauh mana kebertanggungjawaban seorang Menteri Besar yang seharusnya melihat soal berkenaan secara serius dan bukannya dipolitikkan. Oleh kerana beliau mementingkan politik daripada segala-galanya inilah kesannya.

No comments:

Post a Comment