Friday, 9 February 2018

KIT SIANG DAN MAHATHIR CUBA LINDUNGI PEMALSUAN, PEMBOHONGAN, PENGHASUTAN DAN PEMFITNAHAN DALAM MEDIA SOSIAL.


Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengkritik usaha kerajaan mahu memperkenalkan undang-undang bagi membendung penyebaran berita-berita palsu yang menjurus kepada pembohongan, penghasutan dan pemfitnahan seolah-olah dilihat sebagai cubaannya untuk menyelamatkan tentera siber pembangkang termasuk Red Bean Army yang ditaja oleh DAP.

Memandangkan penyebaran berita-berita palsu berjaya mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan dan membantu pembangkang membolot banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan Ke-12 (PRU-12), sudah tentu usaha mewujudkan undang-undang ini amat mengecewakan Kit Siang. Inilah senjata yang mereka ada untuk menghasut, memfitnah dan membohongi rakyat untuk mendapatkan sokongan undi daripada mereka. Tanpa berita-berita palsu sudah tentu  tidak ada sumbangan yang lain yang mereka telah berikan kepada rakyat untuk menarik hati mereka.

Bagi kami kenyataan Kit Siang yang turut disiarkan di portal propembangkang, Malaysiakini yang mengkritik usaha memperkenalkan undang-undang itu disifatkan sebagai mementingkan diri dan parti sahaja tanpa mempedulikan impak penyebaran berita palsu kepada rakyat.

Jika beliau sendiri mengkritik kerajaan dalam hal ini, sudah pasti rakyat boleh mempersoalkan adakah Kit Siang sebenarnya mahu melindungi tentera siber pembangkang atau Red Bean Army yang dikatakan sangat membantu mereka pada pilihan raya umum yang lalu?

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Penasihat DAP tersebut turut mengaitkan undang-undang yang dicadang diperkenalkan itu berisiko menyekat hak kebebasan bersuara, namun tidak menyentuh mengenai penyebaran berita-berita palsu dan fitnah yang turut popular dalam kalangan penyokong-penyokong atau media sosial milik pembangkang.

Nampaknya Kit Siang cuba untuk memesongkan isu yang sebenar dengan mengaitkan hak kebebasan bersuara yang tidak relevan dengan undang-undang yang bakal digubal iaitu undang-undang pembasmi penyebaran berita palsu.

Kebebasan bersuara bukan bermakna kita dibenarkan untuk menyebarkan berita-berita palsu seperti berbohong, menghasut dan memfitnah. Walaupun kebebasan bersuara merupakan amalan dalam sistem demokrasi, tetapi ia bukanlah mutlak dan ia wajib diamalkan dengan sikap bertanggungjawab tanpa sebarang jenayah pembohongan, penghasutan dan pemfitnahan dalam kebebasan yang diamalkan. Kebebasan bersuara harus diamalkan dengan fakta dan bukannya kepalsuan. Tujuan akta ini hanya menyekat berita-berita tersebut yang boleh menjadi provokasi dan menghuru-harakan negara atau berita palsu yang boleh mensabotaj ekonomi negara.

Kit Siang sepatutnya menunjukkan kematangan dengan mendesak para penyokong pembangkang supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu dan bukannya mengkritik kerajaan yang berusaha memperkenalkan undang-undang bagi menjaga keharmonian negara.

Penyebaran berita-berita palsu dan berbentuk provokasi dilihat semakin tidak terkawal sejak akhir-akhir ini dengan tujuan memenuhi agenda politik masing-masing terutamanya pihak pembangkang yang menjadikan berita-berita palsu sebagai senjata untuk menewaskan pihak lawan.

Sepatutnya Kit Siang perlu lebih matang untuk memainkan peranan membantu menghentikan gejala yang jijik serta buruk ini dan bukanya memperlekehkan usaha kerajaan ini.

Begitu juga tentang ulasan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini yang ‘khuatir’ tentang cadangan undang-undang terhadap berita palsu dengan mengatakan ia undang-undang ‘baik’ tetapi tidak boleh digunakan untuk menutup kebenaran. Hakikatnya, pengubalan undang-undang itu oleh pihak kerajaan sama sekali bukan bertujuan untuk menutup kebenaran, ia amat penting digubal untuk menangani  masalah yang telah diwujudkan oleh pihak pembangkang akhir-akhir ini.

Bercakap tentang kebenaran, layakkah Dr. Mahathir bercakap tentang perkara itu? Contohnya tentang isu 1MDB, terutama tentang isu RM27 bilion daripada RM42 yang dipinjam yang kononnya lesap di atas angin. Dan juga isu kononnya berlaku klaptokrasi oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap wang jumlah RM 2.6 bilion wang milik 1MDB. Itu merupakan sebahagian daripada beberapa isu yang telah dicipta oleh Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya demi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, memburuk-burukan 1MDB dan juga negara.

Setelah isu tersebut disiasat oleh beberapa pihak seperti SPRM, Jabatan Odit Negara, PDRM, BNM dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), termasuk Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ). Setelah melebihi dua tahun isu tersebut didedahkan oleh Sarawak Report, Wall Street Journal dan portal-portal propembangkang tempatan, Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya masih lagi gagal mengemukakan sebarang bukti yang sahih tentang pendedahan yang mereka telah buat terhadap 1MDB.  

Yang ada hanyalah tomahan atau fitnah yang dikitar semula berulang-ulang terhadap 1MDB, dijaja ke sana sini untuk mewujudkan persepsi rakyat untuk membeci kerajaan. Itulah kebenaran yang dikehendaki oleh Dr. Mahathir, iaitu kebenaran yang palsu yang cuba ditutup daripada pengetahuan rakyat. Dengan kata mudah ia merupakan satu fitnah atau pembohongan terhadap 1MDB yang rakyat tidak tahu. 

No comments:

Post a Comment