Tuesday 27 February 2018

DATUK AKHBAR SATAR TIDAK LAYAK JADI PRESIDEN TRANSPARENCY INTERNATIONAL KERANA BELIAU SENDIRI TIDAK TRANSPARENT DALAM MELAPORKAN INDEKS PERSEPSI RASUAH.

Kami dengan ini mempersoalkan tentang dakwaan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar mengenai kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) disebabkan isu 1 Malaysia Development Bhd (1MDB), Felda dan hukuman penjara 30 bulan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Ironinya mengapa beliau cuba menyembunyikan beberapa skandal yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan dan skandal seorang bekas Menteri Persekutuan yang berasal daripada Sabah.

Kami juga berharap agar Akhbar berlaku telus (transparent), jujur dan berhenti menjadi ejen kepada Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP. Jikalau terlalu berminat sangat hendak berpolitik, letakanlah jawatan sekarang (Presiden Transparency International yang bukan merupakan parti politik), sertailah dan pilihlah mana-mana parti politik pembangkang yang ingin menerimanya sebagai calon bertanding dalam PRU-14 yang akan datang. Di situ bolehlah beliau membuat penilaian terhadap diri beliau sendiri sama ada majoriti rakyat dengan mudah dapat terpengaruh apa yang beliau katakan itu. Dengan itu dapatlah ditentukan sama rakyat yang bodoh atau beliau sendiri yang bodoh.

Kami merujuk kepada satu kenyataan yang ditularkan oleh beliau yang mengatakan bahawa Indeks Rasuah Malaysia merosot kononnya kerana isu 1MDB, Felda dan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi Ramli dalam kes mendedahkan maklumat akaun peribadi syarikat Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kami ingin mengingatkan beliau bahawa indeks rasuah di negara ini merosot bukan kerana isu 1MDB, Felda mahupun kerana pemenjaraan Rafizi. Indeks rasuah kita merosot adalah kerana salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Contoh paling ketara adalah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Ini berikutan kes skandal banglo beliau di Pulau Pinang yang mendapat liputan meluas dari media dari dalam dan luar negara. Walaupun sudah didakwa, Guan Eng masih tidak mahu meletakkan jawatan.

Sudah semestinya apabila seorang Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, persepsi rakyat dan orang asing terhadap negara kita akan merosot kerana mereka melihat di Malaysia seorang Ketua Menteri juga menyalahgunakan kuasa. Mengapa kes ini tidak diambil kira sebagai memberi impak ketika merumuskan kepada kemerosotan indeks rasuah negara?

Kedua adalah kes banglo Disneyland di Selangor milik seorang pemimpin muda PKR. Kes ini juga memberikan impak yang negatif kepada negara apabila seorang pemimpin muda sayap PKR didakwa mempunyai kekayaan luar biasa. PKR pula merupakan parti yang menerajui kerajaan negeri Selangor.
Ketiga pula merupakan skandal yang paling besar melibatkan bekas Perdana Menteri yang kini memimpin Pakatan Harapan iaitu skandal Forex yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) hilang RM32 bilion. Malah kerajaan terpaksa menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara ini. Kes ini juga telah mendapat perhatian dunia di mana pemimpin Pakatan Harapan bertanggungjawab akan kehilangan wang ini.

Keempat pula adalah skandal satu projek di Pulau Pinang yang sehingga hari ini tidak lagi bermula walaupun tanah rakyat sudah digadaikan kepada pemaju. Malah sehingga hari ini laporan kebolehlaksanaan masih belum disiapkan lagi dan syarikat-syarikat bertujuan khas (SPV) yang diberi projek itu juga sudah bertukar tangan. Lebih memalukan syarikat gergasi dari negara China juga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam projek ini.

Kelima pula adalah beberapa skandal yang sedang disiasat oleh SPRM di Selangor seperti skandal tanah di Ijok, tanah di Kampung Sungai Yu , skandal perlombongan pasir dan skandal Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIG) yang dikatakan milik Menteri Besar Selangor di Perbadankan, pada hal ia dimiliki individu. Ini sekali gus mewujudkan persepsi bahawa terdapat salah guna kuasa dan rasuah oleh kerajaan negeri dan pemimpin parti PKR.

Akhir sekali, sudah semestinya kekayaan luar biasa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan juga membangkitkan persoalan mana mereka mendapat wang yang begitu banyak. Ada pemimpin Pakatan Harapan yang berceramah seluruh negara menggunakan jet peribadi dan kereta-kereta mewah. Dari mana mereka dapat duit sebanyak itu.

Apabila persoalan ini tidak dapat dijawab oleh pihak Pakatan Harapan, ia memberikan persepsi bahawa wujud salah guna kuasa dan rasuah di kalangan mereka sekaligus menyebabkan indeks rasuah kita merosot. Oleh yang demikian, kami ingin ingatkan Akhbar supaya lain kali buatlah kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau laporan CPI. Jika tidak, sudah tentulah anda merupakan orang pertama rakyat Malaysia yang menyandang jawatan tersebut (Presiden Transparency International) dilihat sebagai seorang badut.

Malah tidak wajar juga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pula dipersalahkan kerana kononya mereka gagal membanteras rasuah. Ini adalah kenyataan yang dangkal serta tidak bertanggungjawab. Lima contoh yang kami beri yang melibatkan kes utama dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, apakah dia? Itu belum lagi melibat sektor swasta, jabatan kerajaan seperti polis, kastam, imigration dan lain-lain. Kalau nak tulis semuanya dalam artikel ini memang tidak habis. Selain daripada tangkapan dan siasatan, walhal SPRM sudah melakukan pelbagai usaha dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya rasuah dan aktiviti pencegah rasuah. Malah beberapa tahun kebelakangan ini banyak kes rasuah yang telah berjaya diselesaikan oleh SPRM.

Kesimpulannya, indeks persepsi rasuah merosot adalah kerana skandal-skandal pemimpin Pakatan Harapan termasuk Pengerusi Pakatan Harapan dan ini tidak termasuk lagi skandal seorang bekas Menteri Persekutuan yang berasal daripada Sabah. Kami berharap Transparency International Malaysia akan berlaku lebih telus (transparent), jujur dan adil supaya dipercayai serta dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Berhentilah menjadi agen kepada Pakatan Harapan, sekiranya masih enggan, jadikanlah Transparency International Malaysia sebagai sebahagian daripada sayap Pakatan Harapan, senang cerita supaya rakyat tidak keliru.


No comments:

Post a Comment