Thursday, 15 February 2018

SINDROM ‘TIGA-BERUK’ PAKATAN HARAPAN.



Frasa ‘see no evil, hear no evil, speak no eviltimbul di Jepun pada kurun ke 17 dan sejak itu ia telah digunakan sebagai metafora atau kiasan tiga ekor beruk dengan yang pertama menutup matanya, yang kedua menutup mulutnya, dan yang ketiga menutup telinganya. Dengan ringkas, inilah orang Melayu kata ‘buat bodoh’ atau pura-pura anda tidak tahu apa yang telah berlaku.

Apabila anda tidak menyokong orang Pakatan Harapan, semua yang anda lakukan adalah salah, walaupun anda betul. Apabila anda menyokong orang Pakatan Harapan, semua yang anda lakukan adalah betul, walaupun anda salah. Itulah doktrin yang orang Pakatan Harapan amalkan.
Pada satu ketika apabila Tun Dr Mahathir Mohamad digelar ‘Mahazalim’, ‘Mahafiruan’, ‘Mamak Bendahara’, ‘One of the Top Ten Enemies of the Press’, ‘Mister Ten Percent’, dan lain-lain. Pembangkang menjanjikan rakyat Malaysia bahawa perkara pertama yang mereka akan lakukan sekiranya berkuasa ialah mereka akan menentukan yang  Mahathir dipenjarakan terhadap semua jenayah yang beliau telah lakukan semasa menjadi Perdana Menteri.

Ezam kata beliau mempunyai enam kotak dokumen berkaitan pelakuan korup  Mahathir

Bertahun sejak 1998, Mohamad Ezam Mohd Nor menjelajah seluruh Malaysia untuk mengumumkan yang beliau mempunyai enam kotak bukti terhadap pelakuan korup  Mahathir, di mana ia akan digunakan untuk memenjarakan Mahathir setelah pembangkang berkuasa kelak. Sepuluh tahun kemudian, pada 30hb Disember 2008, Ezam mengumumkan bahawa enam kotak itu sebenarnya dalam simpanan Anwar Ibrahim. Oleh itu, sehingga hari ini, 20 tahun kemudian, mereka masih berkeras yang enam kotak itu wujud.

Pada 2008, Ezam kata enam kotak itu berada bersama Anwar

Selama 20 tahun, rakyat Malaysia telah diberi tahu bahawa Mahathir adalah seorang  kleptokrat atau pencuri dan mereka ada cukup bukti untuk membuktikannya dan akan menentukan Mahathir dipejarakan pada tempoh masa yang panjang. Hari in, mereka beritahu kita sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang, disebalik menggunakan enam kotak tersebut sebagai bukti untuk memenjarakan  Mahathir, mereka akan menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri. Dan Mahathir telah mengumumkan yang beliau akan jadai Perdana Menteri sekurangnya selama dua tahun, yang bermakna sehingga 2020.
Apa akan berlaku dalam dua tahun? Ketika itu, Anwar sepatutnya telah dibebaskan dari penjara dan sepatutnya menerima pengampunan diRaja. Sekiranya menjelang  2020 Anwar masih lagi tidak menerima pengampunan diraja, kemudian beliau hanya boleh jadi Perdana Menteri pada 2023, di mana bermakna setealah PRU-15 atau dua pilihan raya daripada sekarang.

Satu cara untuk Mahathir dan keluarganya untuk selamat adalah untuk  Mukhriz mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 2020 setelah Mahathir berundur — sekiranya Mahathir menjadi Perdana Menteri selepas PRU-14

Apa yang akan berlaku pada 2020 setelah Mahathir berundur, sekiranya beliau berundur dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang beliau telah kata, dan sekiranya Anwar tidak menerima pengampinan diRaja ketika itu? Itu bermakna sama ada Mahathir tidak lagi boleh berundur atau seorang harus mengambil alih sebagai Perdana Menteri dari 2020 sehingga PRU-15 pada 2023 (sebab Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri sehingga selepas PRU-15 pada 2023).
Okay, itu berbalik kita kepada enam kotak bukti terhadap perlakuan korup  Mahathir. Adakah enam kotak itu masih lagi akan digunakan untuk memenjarakan Mahathir dalam tempoh masa yang panjang, sebagaimana apa yang mereka janji kepada kita selama 20 tahun sejak 1998, atau rancangan itu sekarang tidak lagi berada di atas meja?
Enam kotak itu adalah serupa dengan Sword of Damocles tergantung di atas kepala  Mahathir. Mahathir tahu sekiranya beliau tidak menjadi Perdana Menteri, seandainya  Pakatan Harapan memenangi pilihan raya uamum akan datang, ketika itu beliau akan menghadapi masalah. Dan sekiranya beliau berundur pada 2020 setelah dua tahun sebagai Perdana Menteri ke 7 dan Anwar mengambil alih, beliau akan juga menghadapi masalah. Hanya satu jalan yang beliau dan anak-anaknya boleh tinggal luar penjara ialah dengan Mukhriz mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada  2020. Dan Mukhriz tidak boleh mengambil alih sebagai Perdana Menteri melainkan  Mahathir dahulu menjadi Perdana Menteri.
Lebih penting lagi, sekiranya beliau tidak menjadi Perdana Menteri, tidak ada jalan untuk beliau memaksa penama (trustee), proksi dan kroni beliau untuk memulangkan kembali RM100 bilion yang mereka pegang atas nama masing-masing. Itu merupakan satu pertimbangan yang lebih mencabar. Seorang pesara seperti  Mahathir sudah tidak ada taring lagi oleh itu mengapa pula penama, proksi dan kroni beliau harus mengembalikan RM100 bilion yang mereka pegang atas nama masing-masing?

Enam kotak bukti perlakuan korup Mahathir adalah ibarat Sword of Damocles bergantung di atas kepala Mahathir

Mokhzani Mahathir cuba mendahului kemungkinan tindak balas terhadap keluarganya selepas pilihan raya umum akan datang dengan menafikan yang beliau menyalah guna kuasa untuk menjadi salah seorang bilionair sepuluh terkaya ke atas di Malaysia.
Bagaimanapun , pokoknya ialah, isu Mokhzani menjadi seorang bilionair adalah isu yang besar bagi pembangkang pada satu ketika dahulu. Hari ini, Pakatan Harapan tidak lagi mahu bercakap tentang itu. Mereka memberitahu kita itu merupakan  Mahathir lama. Mahathir lama seorang kleptokrat atau pencuri wang sementara  Mahathir baharu sudah berubah dan sekarang memperjuangkan untuk Reformasi.
Sebenarnya, masalahnya bukan Mahathir. Sebagai seorang kleptokrat pencuri wang, ia satu perkara biasa bagi Mahathir untuk merompak negara ini. Ia merupakan apa yang kleptokrats seperti Mahathir lakukan, beliau merompak negara ini. Masalah sekarang ialah  Pakatan Harapan. Pakatan Harapan bersandiwara ibarat seperti tiga ekor beruk hanya untuk merampas kuasa. Dan Pakatan Harapan akan buat apa sahaja, berprinsip atau disebaliknya, demi untuk kuasa.


No comments:

Post a Comment