Setelah didapati bersalah melanggar undang-undang, khususnya Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan, 1989 (BAFIA), Rafizi terus mencari simpati dan sokongan di media sosial dengan membuat satu bebenang mengenai isu NFC di Twitter. Beberapa soalan telah diajukan oleh Rafizi untuk menerangkan kenapa beliau melanggar undang-undang tersebut. Saya akan kongsikan di sini apa yag telah dituliskan serta pendapat saya mengenai setiap persoalan yang diajukan Rafizi.
Rafizi telah memulakan dengan mengfalsafahkan perbuatannya dengan mengajukan dua soalan:
1. “Apakah tanggungjawab saya apabila mendapat tahu mengenai skandal NFC?”
2. Apakah wajar melanggar undang-undang demi menyelamatkan wang rakyat?”
Beliau menjawab soalan pertama dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau tidak berbuat apa-apa mengenai perkara tersebut, beliau pecah amanah sebagai seorang wakil rakyat dan pemimpin politik, serta amanah yang Allah kurniakan untuk memahami isu-isu tersebut.
Larangan Hasutan dan Pecah Rahsia serta Patuh Kepada Undang-Undang menurut Islam
Beliau mengutarakan bahawa undang-undang seperti BAFIA, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan adalah undang-undang yang telah digubal dengan niat buruk untuk melindungi pesalah yang berkuasa.
Undang-undang, di mana sahaja kita berada, sama ada di sebuah negara Islam, mahupun negara yang ditadbir oleh bukan Islam, adalah wajib dipatuhi, selagi ianya tidak menyuruh kepada melanggar hukum Allah SWT.
Surah An-Nisaa’ ayat 59 menyebut:
“Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.“
Ulil Amri di sini bermaksud ibubapa jika anda masih anak yang masih bergantung kepada ibubapa; suami kepada isteri seperti mana yang diwahyukan melalui surah An-Nisaa’ ayat 34; Majikan jika anda bekerja untuknya maka wajib mematuhi peraturan dan arahan bekerja; pemimpin yang dipilih, hakim-hakim mahkamah, polis dan lain-lain pihak berkuasa sekiranya anda adalah rakyat.
Sebuah hadith Sahih Muttafaqun Alayhi Bukhari dan Muslim (Bukhari 2796/Muslim 1839 menyebut:
“Menjadi kewajipan seorang muslim mendengar dan taat dalam melakukan perintah yang disukai atau pun tidak disukai, kecuali bila diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada kewajiban untuk mendengar serta taat.“
Akta BAFIA diwujudkan untuk memelihara rahsia-rahsia peribadi, bukan untuk melindungi orang yang salah. Sekiranya tiada akta seperti ini diwujudkan, maka kandungan akaun anda boleh didedahkan kepada sesiapa sahaja. Bukan Malaysia sahaja yang mempunyai undang-undang seperti ini, bahkan Agensi Kewangan Saudi Arabia dan lain-lain negara di dunia juga ada mempunyai undang-undang yang sedemikian.
Akta Hasutan adalah undang-undang untuk mencegah dari perbuatan atau pertuturan yang menghasut orang ramai untuk memberontak atau bangun melawan pihak berkuasa, kerajaan mahupun Raja. Perbuatan menghasut ini sekali lagi bertentangan dengan dalil-dalil di atas. Iblis telah memberontak semasa diperintah oleh Allah SWT untuk sujud terhadap Adam a.s. dan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan yang mempersoalkan keperluannya sebagai malaikat Allah untuk sujud kepada kejadian Allah yang diperbuat dari tanah. Akibatnya Iblis telah diusir keluar dari syurga.
Akta Rahsia Rasmi pula diadakan untuk menentukan rahsia-rahsia kerajaan Yang DiPertuan Agong tidak disebarkan sewenang-wenangnya. Bayangkan walaupun adanya Akta ini, masih ada yang tidak memegang sumpah dan ikrar yang dibuat semasa diambil bekerja. Memelihara rahsia itu adalah satu perintah Allah SWT. Surah At-Tahrim Ayat 3 mafhumnya:
“Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang isterinya (Hafsah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafsah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (pembicaraan Hafsah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebagian yang lain (kepada Hafsah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafsah dan Aisyah) lalu (Hafsah) bertanya: “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab: “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal“
Akibat tidak memelihara rahsia tersebut, Hafsah binti Umar r.a dan Aishah binti Abu Bakar r.a tidak didatangi Rasulullah SAW selama sebulan lamanya. Itu adalah hukuman bagi kedua-dua isteri Rasulullah SAW itu (Sahih Bukhari 5191).
Anggapan Rafizi bahawa orang yang menggunakan logik bahawa jika anda langgar undang-undang maka anda harus dihukum adalah orang-orang yang otaknya terletak dilutut juga menunjukkan betapa beliau sendiri tidak percaya kepada perintah dan ketentuan Allah SWT. Dalil-dalil di atas telah menunjukkan beberapa contoh yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW mengenai hukuman yang dikenakan setelah perintah dilanggar.
Begitu juga tanggapan bahawa Mahatma Gandhi itu penjenayah – manakan sama perjuangan Gandhi dengan perjuangan Rafizi. Gandhi memperjuangkan kebebasan tanah airnya dari penjajahan British. Rafizi hanya memperjuangkan popularitinya.
Ingat – sebelum 2013, Rafizi tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam exco PKR. Isu NFC telah memberinya nama dan populariti yang telah membolehkannya bertanding di kerusi Parlimen kawasan Pandan dan menang.
No comments:
Post a Comment