Sunday 11 February 2018

KENYATAAN TUN M AJAK RAKYAT KE JALANAN, SATU KENYATAAN TERDESAK.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Datuk Nor Sabrina Mohd Noor berkata, gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menunjuk perasaan di jalanan sekiranya Perdana Menteri mengisytiharkan darurat bagi mengelak pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan adalah satu kenyataan yang cukup terdesak.
Jelas beliau, pembangkang sebenarnya hanya mahu menyemarakkan politik kebencian kerana mereka sudah muflis isu hingga terpaksa mencipta isu-isu yang tidak masuk akal.
“Untuk apa isytiharkan darurat sedang kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini sedang giat mempersiapkan jentera pilihan raya. Malah Perdana Menteri sendiri mahu seluruh jentera BN melaksanakan persiapan mantap untuk berdepan PRU 14 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
“Jadi, dakwaan Dr Mahathir ini hanyalah gambaran betapa terdesaknya pakatan pembangkang yang kini berada dalam keadaan yang cukup huru hara berdepan kemelut calon PM dan berebut kerusi pilihan raya,” jelas beliau dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

No comments:

Post a Comment